Pages

info untuk mu


Sunday, September 25, 2016

Pokok kelapa sawit sebatang

Kampung aku ke pekan biasanya akan ambil masa 15 minit kalau jenis drive 60 km/j. Dan ke pekan tu jugak ada lebih kurang 7 ke 8 camtu lokasi yang selalunya eksiden. Macam-macam eksiden pernah jadi. Ada yang terus sampai cedera parah, ada yang meninggal, ada biasa, ada yang kereta terbakar.

Tempat paling lejen bila eksiden memang selalu jadi buah mulut orang adalah namanya pokok kelapa sawit sebatang. Kat situ selalunya eksiden teruk-teruk.

Tapi, percaya atau tak, sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu kat mana lokasi tepat pokok kelapa sawit sebatang tu. Aku tahu kat mana tempat selalunya eksiden sebab aku banyak kali nampak eksiden, tapi eksiden secara live tak pernah lagi.

Bila orang cerita ada eksiden kat kelapa sawit sebatang, aku tak pernah tanya kat mana sebenarnya tempatnya. Sebab kalau boleh aku memang tak nak tahu. Tempat selalu eksiden kot, nanti benda tu selalu main dalam kepala bila lalu area situ. Hehe. So aku just pura-pura tahu je bila orang bercerita.

Lokasi tu kan pokok kelapa sawit ada sebatang je, kenapa tak tahu? Kalau tu soalan nak tanya, sebenarnya kiri kanan jalan memang penuh dengan kelapa sawit. So memang tak tahu kat mana yang ada sebatang je pokok. Dan aku just pilih tak nak cari kat mana adanya sebatang je pokok kelapa sawit.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com