Pages

info untuk mu


Saturday, September 3, 2016

Kemalangan aku

Satu hari tu, aku pergi kenduri. Kereta memang banyak. Parking pulak kiri kanan. Time tu aku dengan member aku. Ety namanya.

Kisahnya bermula, aku nak balik. Disebabkan rumah kenduri tu berbukit dan kereta yang aku drive tu manual, amat jadi satu kesusahan yang amat sangat untuk aku.

Masa aku nak naik bukit tu, yang penting hati-hati. Nanti kang tersagat pulak kereta orang. Dengan jalan yg sempit gila, tambah lagi kereta parking kiri kanan jalan, ada la satu malaun yang naik motor dia nak jugak mencelah kat sebelah aku. Tapi dia nak turun bawah.

Disebabkan jalan sempit, sanggup pulak dia nak mencelah, tak nak langsung dia bagi aku lalu. Dia pun terpaksa turunkan kaki jugak, maklumlah, motor perlahan nak mencelah, tak boleh imbang.

Aku ni geram pun ada jugak. Aku mana boleh berhenti dalam keadaan bukit camtu, kereta aku ni manual, nak seimbangkan clutch dengan gear satu, penat wooo..

Aku pun jalan tapi perlahan. Aku tak berhenti untuk mengalah dengan malaun bawak motor tu. Sekali tu "kaki koi.. Kaki koi," jerit malaun tu dalam loghat Temerloh. Aku dah terlenyek kaki dia. Maksud aku terlenyek part kaki separas kuku kaki dia.

So aku pun minta maaf degan muka paling kesian.

Lepas aku dapat boloskan kereta dari tempat sempit tu, aku dengan Ety gelak tak hingat dunia. Aku tak tau nak rasa kelakar ke kesian ke marah ke nak padan muka ke. Yang mampu gelak je...

Tapi kalau aku dengan Ety cerita balik pasal hari tu, memang kitorang gelak gila-gila.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com