Pages

info untuk mu


Tuesday, September 6, 2016

7 years dan aku

Pernah dengar tak lagu Lukas Graham. Ni nama artis tau, bukan nama gigi korang yang paling besar tu.

Tajuk lagu dia 7 years. Ada la lirik dia berbunyi 'Once I was seven years old, my mama told me, Go make yourself some friends or you'll be lonely'.

Masa aku umur tujuh tahun, aku tak ingat apa yang mak ayah aku pesan kat aku. Tapi masa umur tujuh tahun, pesanan ayah yang paling aku ingat. Pesanan tu bukan untuk aku, tapi untuk cikgu aku. Dia cakap "cikgu, kalau anak saya ni nakal, tolong rotan dia ye". Ada la beberapa kali aku pernah kena rotan. Haha.. Nampaknya cikgu aku memang dia betul-betul pegang janji.

Tu pesanan ayah yang zaman dulu-dulu. Pesanan ayah zaman sekarang untuk anak dia "kalau cikgu rotan, bagitau papa. Meh sini papa rotan dia balik".

1 comment:

Cik Mun said...

berbeza betul zaman dulu dengan zaman skrang

 

Template by BloggerCandy.com