Pages

info untuk mu


Monday, July 18, 2016

Sepasang selipar abang

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku tak ingat dah berapa tahun berlalu.

Hari itu kitorang hantar emak ke klinik di Mentakab. Abang yang drive.

Sampai je klinik, aku hantar emak masuk dalam. Kalau pergi klinik, satu benda yang pasti, mesti lama kau bertapa dalam tu. So abang pun decide tidur dalam kereta.

Lepas habis tu, kitorang pergi ke pasaraya di Temerloh, nak beli barang dapur pulak. Sesampai je, abang dah siap parking, matikan enjin, selipar dia tak jumpa dalam kereta. Puas cari. Entah mana.

Tak lama lepas tu, abang sengih malu-malu, dia start enjin, dia keluar parking. Tapi dia tak cakap apa. Masa tu aku dengan emak paham dah. Masa tu aku gelak macam orag gila. Emak lagi la, dah sampai balik rumah dia gelak tak berhenti.

Sebenarnya abang tertinggal selipar dia depan klinik tadi. Sebelum dia tidur, dia tanggalkan selipar kat luar kereta. Alaa.. macam kau tanggal selipar nak masuk rumah. Apa punya tebiat entah tanggal selipar kat luar kereta. Apadaa..

Sekian.

1 comment:

Ahmad Zaki said...

Macam2 tabiat adakan. hehehe...

ZH Blogger

 

Template by BloggerCandy.com