Pages

info untuk mu


Friday, April 8, 2016

Kutu babi oh kutu babi

Malam tadi la ni punya hal.
Aku rasa macam ada something kat celah jari kaki. Aku ingat luka sebab rasa macam pedih je. Aku ni clumsy sikit. Aku ingat luka pasal semalam aku ada terlanggar almari. Kemarin pulak aku tersepak batu-bata.

Pastu macam pelik je bila sentuh dengan jari macam pedih semacam. Aku pun suluh kat situ. Rupa-rupanya kutu babi tu menginap kat situ.

Aku rasa kena kutu babi tu semalam. Semalam aku terjumpa telur cicak. Then aku bawak telur tu kat belakang rumah, kat tempat bakar sampah. Masa kecik-kecik dulu, kalau aku terjumpa telur cicak, aku suka pecahkan. Pasal nak tengok baby cicak dalam tu besar mana dah. So semalam aku buat perangai cam kecik-kecik dulu. Hahaha.

Maybe dari situ kutu babi tu hinggap. Belakang rumah aku tu macam hutan sikit. Ada ladang kelapa sawit. Biasa la kampung. Memang camtu.

Masa nak pisahkan kutu babi tu dari daging aku, mak aii.. perit gila. Macam nak nangis pun ado. Harap je kecik, kudrat macam lori balak.

Haishh.. kutu babi ni. Kat aku jugak ko pilih ek.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com