Pages

info untuk mu


Thursday, April 21, 2016

Atasi tandas / bilik air tersumbat

1. Jamban tersumbat

Mula jamban tersumbat, pening kepala rasa. Tidur malam pun tak lena. Nak-nak pulak kat rumah ni tetiba aku pulak jadi anak tunggal. Yang lain kerja, aku je la jadi suri rumah tak bertangga.

Orang zaman sekarang ni macam bese la, ada mende tak tau laju je google. Haha. Sama la macam aku.

Jamban tersumbat ni guna asid pencuci tandas. Alaa.. pergi je kedai hardware, tanya, ada tak asid untuk jamban tersumbat.

Tapi kemarin aku pergi kedai hardware mengundang strok haba betol. Camni ceritanya.. masuk je kedai tu ...

Aku: dik, ada asid untuk jamban tersumbat tak ?
Diknon: nak yang cecair ke serbuk?
Aku: tak kisah mana-mana.
Diknon: takde. Dah habis.

Perasaan dia macam 'dik, ada tak pape asid? Meh akak nak sembur kat awak sikit'. Perasaan je la, nanti kang tak pepasai tangan aku bergari.

Next, aku cari kat kedai lain. Jumpa yang botol. Harga rm20.00. Aku tak sempat snap botol tu. Aku dah buang botol tu.

Cara guna :
- tuang separuh dalam lubang tu. Oh ya, sebelum tu, kena tutup hidung dengan kain, paling afdhal letak minyak wangi, kalau tak mau seminggu trauma nak makan. Sebab bila tuang tu, bau *tak reti nak explain* kemainnnnn semerbak.... Series nak muntah.
- Paling penting pakai sarung tangan. Jari aku melecur sikit terkena asid tu pasal aku lupa pakai sarung tangan.
- tunggu 5 minit, curah air panas. Aku curah lebih kurang 6 jag.

Tapi time tu aku macam give up jugak la pasal air macam turun tak lancar. Last jag tu, aku guna pelocok. Aku pam toilet tu, lepas tu terus lancar. Bereh dah kerja satu.

** oh ya, kalau rasa macam tak nak memori kau dengan jamban tu mengganggu, jangan guna jag yang korang selalu minum. Hahahaha..

Kerja kedua pulak....

2. Bilik air tersumbat.

Aku guna cara yang sama jugak. Curah asid tu. Tapi takde kesan. Tak tahu pulak kenapa.

Cara yang lagi satu tu guna mop. Tapi rumah aku mop tu lagi besar dari lubang. So aku guna gumpal-gumpal kain, tolak dengan kayu.

Memang berkesan, tapi air tak berapa lancar. Yang ni aku tak tahu la kenapa. Pasalnya aku ada hal lain, aku terpaksa sambung hari lain. Esok kot baru sambung.

Pesanan dari penaja:
Masa proses cuci tu, kena pakai sarung tangan. Penting sangat. Aku ni bukan penggeli. So aku memang tak pakai sarung tangan pun masa cuci bilik air. Aku pakai masa nak curah asid je. Pastu tak lama tu tapak tangan aku jadi gatal-gatal. Sebab macam-macam aku pegang. Adeii.. tak kisah la penggeli ke tak, yang penting pakai sarung tangan. Okehh!

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com