Pages

info untuk mu


Sunday, May 24, 2015

a thousand miles

Taka chan, kawaii ne kaminoke

Erghh.. ape aku merepek tuh? Haha

Suka sangat dorang cover lagu ni. 😄😄😄

Thursday, May 21, 2015

Kisah budak sebilik. Edisi trowbek

Aku ada kawan yang semangat bercerita pasal dia jenis senang bangun tidur.

Aku tanya kenapa. Keries la aku sebab dia sebilik dengan aku n dia paling liat nak bangun.

Dia cakap dia selalu terjaga masa awal lagu. Dia set lagu feveret dia untuk bunyi alarm.

Padahal dia tak tahu yang dia cakap terbangun time awal lagu tu sebenarnya lagu tu dah dua kali main. Henpon dia pulak jenis alarm 'selagi kau tak sentuh henpon kau selagi tu la aku memekak'. Selalunya sampai aku kena letak henpon dia kat telinga dia sebab naik pekak telinga aku dengar bunyi alarm dia.

Inilah padahnya kalau letak lagu feveret jadi alarm. Hadoii. HAHAHA ..

Sunday, May 17, 2015

Seorang Nisah Midon

Aku kenal nisah masa kitorang tingkatan 6. Kitorang sekelas.

Muka ganas tapi kalau sesape dah kenal die, dia ni manja. Disebabkan dia manja tu la aku dengan Mida suka sangat usik dia. Mida ni sekelas dengan aku sejak dari tingkatan 1. So kitorang memang rapat, tu yang sekepala suka nyakat Nisah.

Even nisah ni jauh lagi tinggi dari kitorang tapi keadaan tak memaksa untuk kitorang berenti usik dia. HAHAHA.

Paling nakal sikit, kitorg pernah stepler baju sekolah dia time dia tengah duduk. Bila bangun je baju dia senget sebelah. Tapi dia tak perasan pun, siap dia pi bergambo lagi. Bila ingat balik, jahatnya kitorang. Tsskk.. ampunkan kami nisah.

Gambar ni masa kitorang pegi wedding Yayan. Yayan ni kawan rapat kitorang jugak. Nisah ni memang suka giler bergambar n dia suka sangat selfie. Time dengan aku tu sebenarnye dia nak bergambar sorang, tapi aku saje menyibuk. Aku siap main tudung dia pastu bungkus tangan dengan tudung dia cam tangan patah. Naseb tak sempat snap. Yang ada Mida kat belakang tu sebab Mida sibuk kacau Nisah tengah selfie. Hikss

Btw Nisah, jangan marah kitorang taw. Kitorang sayang awokk. Muahhhh

**ihsan gambo : ig Nisah Midon

Friday, May 1, 2015

Time susah je cari aku !

Aku rasa mesti ramai yang ada kawan jenis ingat kita time dia susah je.

Aku pun kadang terasa kecewa jugak ada kawan macam ni. Lepas tu, aku pun mengadu la kat sorang kawan aku ni pasal kekecewaan aku dapat member jenis "time susah je cari aku kann".

Tapi kata kawan aku tu, takpe la ada jenis kawan macam tu sebab at least dia ingat kat kita jugak kan walaupun time susah je dia cari kita. Mungkin ayat penyedap hati untuk aku.

Meskipun tu ayat penyedap hati, aku tetap hadam ayat dia. So, lepas dari tu aku jadi tak kisah dah jenis kawan yang cari aku time susah je, walaupun memang terang lagi bersuluh aku nampak dengan mata aku sendiri yang dia tengah bergembira dengan orang lain.

Seriesly, rasa sakit hati tu memang takde.

Yelah, at least dia ingat kat aku jugak. Ye dok?

 

Template by BloggerCandy.com