Pages

info untuk mu


Sunday, November 22, 2015

Me

Tengok cerita dengan kawan baik aku, bila ada satu watak laki ni personaliti dia nampak pendiam dan suka buat hal sendiri je, aku cakap la suka tengok laki camni .

Pastu kawan baik aku tu cakap "awak suka kat diri sendiri".

Terdiam kejap aku. Hahaha.

Tapi ada yang tak paham perangai aku yang tak suka sangat bercakap. Dia asyik suruh aku cakap banyak. Sejujurnya, mende ni buat aku tertekan sangat. Bila jumpa aku, cakap benda yang sama "please talk more".

Desak aku buat benda yang aku tak suka, tapi suruh aku "be happy".

B.O.D.O.H.

Sunday, May 24, 2015

a thousand miles

Taka chan, kawaii ne kaminoke

Erghh.. ape aku merepek tuh? Haha

Suka sangat dorang cover lagu ni. 😄😄😄

Thursday, May 21, 2015

Kisah budak sebilik. Edisi trowbek

Aku ada kawan yang semangat bercerita pasal dia jenis senang bangun tidur.

Aku tanya kenapa. Keries la aku sebab dia sebilik dengan aku n dia paling liat nak bangun.

Dia cakap dia selalu terjaga masa awal lagu. Dia set lagu feveret dia untuk bunyi alarm.

Padahal dia tak tahu yang dia cakap terbangun time awal lagu tu sebenarnya lagu tu dah dua kali main. Henpon dia pulak jenis alarm 'selagi kau tak sentuh henpon kau selagi tu la aku memekak'. Selalunya sampai aku kena letak henpon dia kat telinga dia sebab naik pekak telinga aku dengar bunyi alarm dia.

Inilah padahnya kalau letak lagu feveret jadi alarm. Hadoii. HAHAHA ..

Sunday, May 17, 2015

Seorang Nisah Midon

Aku kenal nisah masa kitorang tingkatan 6. Kitorang sekelas.

Muka ganas tapi kalau sesape dah kenal die, dia ni manja. Disebabkan dia manja tu la aku dengan Mida suka sangat usik dia. Mida ni sekelas dengan aku sejak dari tingkatan 1. So kitorang memang rapat, tu yang sekepala suka nyakat Nisah.

Even nisah ni jauh lagi tinggi dari kitorang tapi keadaan tak memaksa untuk kitorang berenti usik dia. HAHAHA.

Paling nakal sikit, kitorg pernah stepler baju sekolah dia time dia tengah duduk. Bila bangun je baju dia senget sebelah. Tapi dia tak perasan pun, siap dia pi bergambo lagi. Bila ingat balik, jahatnya kitorang. Tsskk.. ampunkan kami nisah.

Gambar ni masa kitorang pegi wedding Yayan. Yayan ni kawan rapat kitorang jugak. Nisah ni memang suka giler bergambar n dia suka sangat selfie. Time dengan aku tu sebenarnye dia nak bergambar sorang, tapi aku saje menyibuk. Aku siap main tudung dia pastu bungkus tangan dengan tudung dia cam tangan patah. Naseb tak sempat snap. Yang ada Mida kat belakang tu sebab Mida sibuk kacau Nisah tengah selfie. Hikss

Btw Nisah, jangan marah kitorang taw. Kitorang sayang awokk. Muahhhh

**ihsan gambo : ig Nisah Midon

Friday, May 1, 2015

Time susah je cari aku !

Aku rasa mesti ramai yang ada kawan jenis ingat kita time dia susah je.

Aku pun kadang terasa kecewa jugak ada kawan macam ni. Lepas tu, aku pun mengadu la kat sorang kawan aku ni pasal kekecewaan aku dapat member jenis "time susah je cari aku kann".

Tapi kata kawan aku tu, takpe la ada jenis kawan macam tu sebab at least dia ingat kat kita jugak kan walaupun time susah je dia cari kita. Mungkin ayat penyedap hati untuk aku.

Meskipun tu ayat penyedap hati, aku tetap hadam ayat dia. So, lepas dari tu aku jadi tak kisah dah jenis kawan yang cari aku time susah je, walaupun memang terang lagi bersuluh aku nampak dengan mata aku sendiri yang dia tengah bergembira dengan orang lain.

Seriesly, rasa sakit hati tu memang takde.

Yelah, at least dia ingat kat aku jugak. Ye dok?

Tuesday, April 7, 2015

Tak sedar dah fitnah orang..
Haayokkk.. tak tau
Haha
Dah la tak mintak maaf..

Monday, March 16, 2015

Monday, March 2, 2015

28 februari 2015 / 1 mac2015

pada tarikh tersebut ada dua orang sahabat aku menamatkan zaman bujang mereka. cewwahh.. skema semacam je ayat den. haha

tahniah pada Fatehah, or name pangilan yang biasa aku panggil Neno.
moga bahagia dan berjaya dunia akhirat.. =D

Neno ni aku sekelas dengan dia sejak dari sekolah rendah. tapi aku rapat dengan dia masa sekolah menengah. lambat jugak kitorang rapat. hahaha.. sebabnya sebab aku tak reti berkawan kot. padahal si Neno ni peramah gile.. 

haa. ni Neno. husben die Muzakkir.
nampak gojes Neno hari tu..
ni malam dia akad nikah.. 
ni Heyda namanya.
kecik comel je orangnya.
 time ni aku dah try bengkokkan kaki sebab die komplen aku tinggi. hahaha.. tapi tetap nampak die kecik comel.. huhuhu..
tapi disebalik senyuman manis dia, dia baru je kehilangan ibu tersayang 2 minggu lepas. Al-fatihah



yang ni pulak Zaty. member sekelas dari form 1 sampai form 3. 
tapi hari tu aku tak dapat datang sebab majlis ni kat Selangor. 
btw, selamat pengantin baru. ucapan aku sama macam kat Neno, lain kang bias plak. hahaha
moga berjaya dan bahagia dunia akhirat..

nin dia si cantik manis..
dua orang mamat ni pun sekelas mase sekolah menengah.. 
sekian..
maceh.
muah cikedd XD

ihsan gambo : Dhiah, Zura, Heyda, Muiz

Friday, February 27, 2015

wajah kesayangan hamba

dorang ni adalah antara orang yang aku paling rapat.
yang lain rapat jugak cuma aku bercerita pasal dorang ni sebab dorang ni banyak persamaan walaupun masing-masing tak pernah berjumpa pun. harap yang lain tak kecik hati. hehehe..

bergosip, bergurau, bergaduh, tak bertegur sapa, menangis, gelok besor, kongsi masalah, kongsi rahsia, macam-macam la pahit manis masam kenangan . 

apa yang sama pasal dorang ni, muka dorang nampak ganas, sekali imbas macam nak makan orang, tapi kalau dah kenal, hati macam tisu. mudah kesian kat orang. 

dorang ni kadang-kadang tegas. 

dorang ni memang tau satu perangai aku ni yang jenis tak reti nak berebut terutama tempat yang kena berebut dengan orang ramai. selalunya memang dorang yang tolong aku. yang ni perangai dorang memang sebijik. kalau kenduri kat kampung, aku dengan Syana sampai sekarang selalu pergi sama, kalau kena berebut ambik goodies bag ke, aiskrim ke, memang Syana yang ambikkan sebab kalau tunggu aku sendiri yang ambik memang habes kenduri la baru kitorang balik. selalu time belajor, kitorang memang selalu naik bas. kalau time orang ramai, biasanya Yana la tolong berebut, then cop tempat duduk kitorang, takpun, sepanjang nak naik bas tu die pegang je aku, takut aku tercicir tengoh ramai. teruk beno aku ni. hahaha.. 

dorang mudah sangat marah time aku pending. selalu aku gelak je time dorang marah. tak tahu kenapa, rasa macam kelako je. huhu..

dorang ni sebenarnya cepat 'panas'. hahaha.. jangan maroh deme. kira cepat je naik geram, tapi dorang ni cool bila tegur, biasa orang lain tak berani tegur time dorang maroh, time kalau aku tegur dorang cool je.

nama pun nak dekat sama. sorang nama Yana, lagi sorang nama Syana

masing-masing bakal menamatkan zaman bujang. =D
hoorayyy!
moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

ni Yana
aku kenal masa belajar kat UiTM
kitorang banyak sangat gambo sesame, tak tau nak pilih yang mana, so aku pilih ni sebab aku rase macam comel je
aku edit masa befday dia tahun lepas. 
ni Syana
kitorang kawan dari baby sampai la ke besor
dia merangkap kepada jiran aku

Monday, February 16, 2015

14 februari 2015

first thing's first i'm the realest .. 
ntah pape je intro, ye dok.. 

Masa hari ni, hari bahagia untuk kawan aku sama sekolah masa aku sekolah menengah.
Sorang nama Natrah Khalid. Lagi sorang Azmah Awang
Tahniah! Moga bahagia hingga ke syurga.. =D

tak payah cerita panjang, kita tengok gambor ye.
here we go!

nin dia si cantik manis Azmah. kitorang panggil dia Jimah
disebabkan nama kitorang lebih kurang, ada yang ingat aku yang kawen.
choiii!! biadap sungguh. haha XD
kenduri yang kedua kitorang pergi, Natrah Khalid.
se'eh la perut makan dua kali ni. 
tetibe tangan aku terpegang baby. hihi.. 

NEXTTT!!
candid time .. kononnyaaa..

ni si sopan lagi santun, Shida
tengah pegang status 'mak buyong'
can't wait for her baby !!

yang ni kawan aku snap gambo sambil jerit kat kitorang, "ni gambor candid woii~!"
aku pun tak sengaja tercandid sambil mengcoverkan diri . ahaaa.. 

ni pelamin Natrah ..
sebenarnya gambar atas pelamin semenya muka aku tak sedia.
so, atas pelamin takde satu pun gambo seme bersedia .. 

situasinya macam ni, kereta hitam ni block laluan tempat kitorang parking. kawan-kawan aku intai dalam kereta, kot-kot dia ada tinggal nombor telefon ke, boleh jugak minta dia tolong alih. tapi malangnya takde apa plak.
aku: jom kita alih kereta ni..
zura & liya: JOMM!!
dengan semangatnya kitorang nak angkat kereta tu. pastu rodong aku rajin plak snap kitorang. siap suruh kitorang berlakon semula sebab nak snap gambo. sabo aje laa.
kalau orang tengok kitorang, mesti tertanya-tanya berapa umur kitorang .. ngahaha
LAST BUT NOT LEAST ..
but first, let her take a selfie .. pam.. pam.. pammm.. >> lagu background #SELFIE- the chainsmokers




dannnn ....
SELFIE OF SELFIE



KREDIT GAMBO > ETY & DHIAH

Wednesday, February 11, 2015

Takde sapa yang suka orang menipu
Sama la dengan aku
Aku paling benci orang menipu aku
Apa motif nak menipu sebenarnya?
Tak boleh tengok orang lain senang?

Tolonglahhh...
Sebenarnya kau sendiri yang tak bersyukur
Tak pernah puas apa yang ada

 

Template by BloggerCandy.com