Pages

info untuk mu


Friday, September 5, 2014

buli dan penyelesaian

kalau cikgu suruh kami buat karangan buli dan jalan penyelesaiannya, aku pun boleh buat. dapat markah A pulak tu. tapi tak tahu sejauh mana kes buli dapat selesai.

kita ambil contoh Amanda Todd, kena buli dan berakhir dengan kematian. dia bunuh diri. kes ni memang agak femes la. penyelesaiaannya? kes buli ada lagi tak?

yup, masih ada sampai sekarang.

kalau orang duk bercerita zaman sekolah rendah, zaman tu aku paling tak nak ingat.

masa zaman paling pahit kelat payau tu, aku dipanggil nama yang sangat menghina aku. kalau orang tanya, nama apa dorang bagi? aku tak tahu la, sampai saat ni aku sendiri tak sanggup nak sebut dari mulut aku sendiri. kawan yang boleh dianggap kawan time tu boleh bilang dengan tangan sebelah je. aku memang tak ramai kawan rapat dan aku sendiri pun memang tak cuba untuk beramah mesra.

aku bukan apa, cuma bagi aku, lelaki perempuan semua sama. mengejek aku. tarik tudung. pulau aku. bayangkanlah, time dorang sakan seronok berborak, berkongsi barang mainan ape entah, aku tak dibenarkan langsung join dorang.



dorang memang takde buli aku belasah ke, ape ke, cuma cara camtu macam buli mental. makan dalam wooo..

cikgu aku tak perasan mende yang jadi kat aku. mak ayah aku langsung tak tahu apa jadi kat aku. aku tak salahkan dorang sebab aku pun tak pernah cerita kat dorang. tapi bagi aku, aku ok je sebab aku tak seronok kat sekolah, tapi aku happy kat rumah. aku sendiri pun tak pernah mengadu tak nak pergi sekolah jugak sebab aku still ada kawan lain walaupun sikit. cuma mental kena kuat walaupun terpaksa tahan mata hari-hari sebab nak nangis je. budak-budak yang ejek aku tu? entah la.

apa bermain dalam kepala korang??
- kat sekolah cikgu tak didik disiplin murid-murid betul-betul ke?
- emak ayah tak jaga anak ke?
- budak-budak ni memang tak reti nak hormat kawan sendiri
ke macam-macam la...

berhentilah nak salahkan orang lain. sampai bila-bila pun tak selesai




stand up! speak up!
kalau korang sendiri dalam situasi kena buli, korang mampu nak stand up, speak up?
sejujurnya bagi aku, aku sendiri tak mampu. aku just, let it gooo.. let it go. cepat la zaman sekolah ni berakhir. 

TAPIII..
kalau korang ada dalam golongan yang dibuli, korang nak buat apa? lapor pada cikgu? bagitau mak ayah? diamkan aje? terjun bangunan??

aku masa tu, aku memang diamkan aje. tapi sebenarnya tak elok jugak. naik je sekolah menengah, aku cuma bina kekuatan dari dalam diri sendiri. aku ada mak ayah yang ambil berat pasal aku, aku ada kawan rapat walaupun tak ramai masa tu dan paling penting, the only hope.. ALLAH. yang ni jangan sesekali lupa.

sejujurnya, sampai besar ni pun, aku still ada perasaan takut nak join grup. ada masa aku join jugak, tapi jangan tanya kenapa aku banyak diam pulak. sebab ada masa aku ada perasaan rasa rendah diri teramat sangat. tapi sampai bila nak menegatifkan diri sendiri? memang perangai pendiam aku still ada lagi, tapi negatif-negatif, jangan tolak tepi, sebab ada kat tepi korang lagi kan? korang buang jauh-jauh.

aku cuma ignore semua tu. aku buat apa yang aku suka. apa-apa aktiviti kat sekolah aku join sebab aku suka aktif-aktif. walaupun takde geng, aku pergi jugak sorang. yang penting aku happy walaupun aku tak reti nak cari kawan.

yang penting, aktifkan dirimu. jangan pikir negatif. jangan pikir masalah korang paling bermasalah. sebab bila korang pikir macam tu, korang menjadikan diri korang seorang yang pentingkan diri sendiri dan secara tak langsung korang dah mencipta diri seorang yang negatif.

aku tau yang aku tak layak pun nak memotivasikan diri orang lain, tapi cara ni lah aku motivasikan diri aku sendiri. korang ada cara sendiri, terpulang. cuma jangan merosakkan diri sendiri.

Sunday, August 17, 2014

dilema di saat ini

aku punye dilema.. antara hobi dan keperluan.

aku sebenarnya nak berblogging. ni kire hobi la jugak. cuma sejak berkerjaya ni aku tak berkesempatan nak layan hobi aku (berkerjaya la sangat. hahaha). macam-macam cerita aku nak cerita. tapii...

aku ada keperluan. aku kena kemas bilik. bilik ni dah macam tempat kena bom. tak reti nak explain. haishh..

so, entry ni sekadar nak puaskan hati berblogging.
kbai..

Wednesday, May 21, 2014

istiadat KONVOKESYEN ke-80

tarikh: 18 Mei 2014
lokasi: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
fakulti: Pengurusan Maklumat

tersebutlah alkisah pada tarikh tersebut dengan rasminya status aku sebagai Alumni UiTM.

walaupun kelas aku ala-ala kelas kau jah, tu dah cukup aku buat hadiah untuk emak aku dan ayah aku walaupun ayah tak sempat tengok aku menjejakkan kaki ke universiti.

untuk orang tersayang aku, datuk aku. aku panggil dia aki. walaupun aku tau yang aki aku sekarang tak berapa nampak, aku tunjuk jugak gambar aku atas pentas tu. seronok aki aku. cuma yang sedih, nenek aku yang tak sempat tengok. dia pergi masa aku tengah exam SPM. masa aku kecik, aku membesar dan rapat dengan dorang jugak. aku tidur rumah aki, ikut dorang pergi ladang.

moga satu hari nanti aku dapat balas jasa dorang sebelum aku tutup mata. insya Allah.


Sunday, April 27, 2014

selamat datang header !

header baru telah mewarnai keluarga blog aku. yeayyyy!!! *slow clap*

akhirnya muncul juga header dalam blog aku ni. hari ni berkesempatan jugak aku siapkan header yang cun melecur tu. tu pun tahap kerajinan aku 2.1345465%. sebab tu header aku macam budak tadika punya lukisan.

time kaseh kepada photoscape.
time kaseh kepada tuan punya blog sebab sudi meluangkan masa untuk create header. muahaha..
tak lupa juga kepada jari aku yg tak berapa kreatif malam ni.
dan mereka yg terlibat secara langsung dan tak langsung.

ermm.. bertahan dulu ye header. bila aku ada idea lagi aku mekup ko cun-cun ye.

Wednesday, April 23, 2014

cinta pandang pertama

kata orang cinta pandang pertama ni bila pandang je buat pertama kali terus jatuh cinta atau jatuh hati. ada yang kata ada cinta pandang pertama, ada yang cakap tak pernah lagi. sejujurnya aku pun ada jugak cinta pandang pertama.

ceritanya macam ni. kisah ey bermulo, mulut ughang kampung (mood waghis pulak tetibe. hohoho..). masa tu aku tengah lepak dengan member aku. kitorang tengah tunggu orang. masa ni lah bermula cinta pandang pertama aku. bila aku terpandang je, aku terus jatuh hati. masa tu pandangan aku memang tak berkalih, speechless, mata tak berkelip. lagu tema time ni lebih kurang "mungkin inikah, yang dinamakan cinta" bak kata Akim Ahmad.

tengah aku feeling-feeling cinta pandang pertama aku, tetiba member yang aku lepak sama, Yana namanya. reaksi dia macam "perghh!! Vellfire.."

owhh. ok. aku dah tahu nama dia. nama dia Vellfire rupanya. smart boh! macam transformer. cantik tertarik kau memang debomb, bak kata Ruffedge pulak.

inilah cerita cinta pandang pertama aku. sweet kan? hihi ^^

kawan aku selalu gelak kalau sesetengah jenis kereta aku panggil transformer. kalau kereta yang canggih-manggih ni aku memang suka panggil transformer. hee..

Friday, April 18, 2014

tekanan darah rendah vs. saya

erghh.. apa entah tajuk..

emak aku selalu la pergi tempat perubatan Islam. kalau aku ada kat rumah, memang rutin aku kena teman mak aku la. anak mithali. ehhh?? hiks

dah nama kan perubatan Islam, yang mengubatnya kita tak panggil doktor ye murid-murid, kita panggil ustaz. ade la satu hari tu dia check tekanan darah mak aku dan dia pun suruh aku check sekali. dan keputusannya..

TARAAA...
tekanan darah aku sangat rendah. ustaz tu siap cakap "ni kalau check kat klinik, kena tahan wad ni. rendah sangat tekanan darah".
aku pun macam.. yeke?? tapi aku tak pernah pengsan pun.

so, aku agak tak puas hati jugak la. tapi depan ustaz tu aku muka macam pasghah dan ghedho. tak boleh nak tunjuk memberontak sebab anak dia hensem.. ehhh.. takde kaitankan.. ok, nextt!!

so (berapa banyak so daa), aku pergi klinik sebab demam ke hape entah, tak ingat, aku cakap kat suster ngengsot, tu cerita hantu kan.. ermm.. aku cakap kat doktor "doktor, tolong check tekanan darah saya dengan check jenis darah saya sekali ye". doktor jawab, "ok, boleh. tapi check darah bukan kat sini ye.."

dan keputusannya, tekanan darah aku normal. haaa.. kan koi dah kabo, tekanen daroh koi molek (Temerloh version).

mak aku kerap jugak la pergi tempat perubatan Islam tu. maknanya, aku pun kerap jugak la pergi ke sana. kan anak mithali gitteww.. aku pun bagitau ustaz tu, "ustaz, the doctor told me that my blood pressure is normal". ok, speaking tu tipu. sebab English aku entah pape. blerghh...

ustaz tu pun check balik tekanan darah aku. dan TARAAA.. tekanan darah aku rendah. aku pun buat muka redho jugak la sebab... anak dia hensem.. tetttt!! betolll.. 10 markah!

semalam, aku pergi lagi klinik yang sama sebab aku demam. dah hari ke-3 tak kebah-kebah. bilik yang sama, posisi yang sama, cuma doktor lain dan mesin check tekanan darah tu aku tak pasti sama ke tak. doktor tu check tanpa permintaan aku.

dan TARAAA!!
tekanan darah aku memang rendah pun.
ok, ni aku memang pasghah dan ghedhoo..

so, BE POSITIVE!!
biar korang sakit pape pun, jangan set dalam fikiran korang sakit itu ini. semua tu mindset bak kata Prof. Dr. Muhaya. hahh?? ceramah yang mana beliau cakap?? korang baca la mana-mana buku beliau, memang beliau cakap macam tu. cuma apa yang aku sampaikan takde la sebijik sejibut macam beliau cakap tu. *terbelit lidoh koi*

Tuesday, April 8, 2014

bahasa Arab

ada sorang akak ni, tetiba je dia cakap bahasa Arab.

maybe dia nampak muka aku macam takde respon, dia pun cakap "sorry la akak tercakap bahasa Arab". aku pun balas dengan senyuman je. aku sebenarnya paham apa yang dia cakap, cuma sebab aku tak rapat sangat dengan dia, so aku diamkan aje. kawan aku yang ada kat situ pun paham jugak sebenarnya, so dia yang sopan lagi santun pun jawab "takpe" sambil tersengih-sengih dengan ikhlas. kalau aku kejam, aku yang sopan tak berapa santun ni (ehhh??) nak jawab "takpe je" *tangan di bahu, mata ke atas*


lepastu, kawan akak tu yang memang tau aku dengan member aku pernah belajar bahasa Arab masa sekolah pun menyampuk, "dorang paham la. dorang pernah belajar bahasa Arab"

akak tu pun macam, "owhh, yeke. takpe la macam tu"
aku pun menambah "masa saya belajar kat U pun, bahasa ketiga saya Arab"

di sini ingin aku tegaskan bahawa, aku bukan nak berlagak. cuma keadaan yang memaksa sebab........ apa yang dia cakap tu budak darjah satu pun tau. =.='

Sunday, March 30, 2014

29 Mac 2014

ni tarikh hari jadi kawan aku dan merangkap kepada tarikh hari bahagia dia.
nama panggilan Ejah yang aku rapat masa kitorang form 3. 

moga bahagia sampai ke syurga, Ejah & Man. 
moga umur diberkati Allah
moga jadi isteri yang solehah
Aminn~~



Gambar ni series sweet gileeee.. ^^

**sumber gambar 100% BUKAN DARI AKU.

Sunday, March 16, 2014

Tips Untuk Diet

Tips #1

bila kawan-kawan aku tanya, camne nak diet? aku just cerita apa yang buat dan makan. seumur hidup aku, masa aku tingkatan 4 je aku macam diet, macam laa. lebih kurang aku kawal cara makan. lepas dari tingkatan 5, aku TAK PERNAH DIET.

ni apa yang aku buat masa tingkatan 4. aku agak berisi time ni.
*aku minum banyak air kosong sebelum makan. ni untuk kita jadi cepat kenyang.
*jangan minum lepas makan. selalu aku ambik masa dalam sejam baru minum
*jangan baring lepas makan
*jangan makan lepas dari pukul 8 malam
*makan nasi jangan bertambah
*jangan mandi lepas makan
**kesannya: perut tak buncit.
umur aku area ni berat susah sikit nak turun, maintain je berat, tak naik, tak turun.

~apa yang aku buat berdasarkan apa yang aku baca kat surat khabar, buku-buku tapi yang pasti bukan internet.

Tips #2
tips ni sejujurnya aku tak tahu sejauh mana bagi kesan kat kesihatan. sape yang ragu-ragu boleh tanya pada yang pakar. aku amalkan cara pemakanan ni sebab terpaksa. erti kata lain TAK SENGAJA DAN TANPA SEDAR KAWAL PEMAKANAN..

ni cerita tahun lepas.
seingat aku, apa yang aku buat aku tak makan nasi sangat. kalau makan pun memang sikit sangat. dalam sehari mungkin sekali je aku makan nasi, atau aku memang tak sentuh. ni ikut tekak aku. makanan berat yang lain pun tak berapa nak sentuh. cara aku nak mengenyangkan perut, aku makan buah epal, apollo, apa makanan yang tak berat. yang selalu aku makan epal tu la. aku selalu makan Fuji epal merah.



dalam masa 3 bulan, berat aku turun mendadak. aku turun dalam 8 - 10 kg. cara makan aku tu, aku tak pernah ada masalah kesihatan. dan diulangi semula, AKU BUKAN DIET, CUMA TERPAKSA.

***ni aku share untuk sape-sape yang nak turunkan berat. untuk sihat ikut Tips #1, untuk hentam keromo tapi berkesan Tips #2.

Tuesday, February 25, 2014

bila bestie bercerita pasal aku

terharuuu.....
nama dia Yana. dia cerita pasal aku kat blog die --> blog Yana
dia baru buat blog. masa aku bace semua entry die, tersenyum aku sorang-sorang sebab macam budak-budak bercerita. series macam comel jerr.. huhuhu.. jangan mara haaaa..

Yana berangan nak konvo
konvo bulan 5 nanti mokcik

aku kenal dia masa mula-mula daftar UiTM. aku dulu sorang-sorang + pendiam + tak reti nak borak + tak reti cari kawan, Yana dengan lagi dua orang kawan aku Ada dengan Ecah tarik aku masuk dalam geng dorang. dorang panggil aku masa tu aku tengah terkontang-kanting jalan sorang-sorang nak hantar medical check up kat pejabat. itulah pertemuan pertama kami..


Ecah , Ada

aku pun nak ucap kat korang
"thanks for being great friend" 
moga berjaya dunia akhirat. aminnn.. 

*gambar diculik dari facebook.com

Sunday, February 2, 2014

SEGMEN : blogwalking CNY bersama ayuinsyirah

ayu invite, kita kene la join.. hihihi.
laii.. laii...
join ramai-ramai --> klik sini

http://www.ayuinsyirah.my/2014/01/segmen-blogwalking-cny-bersama.html

tamat segmen ni malam ni pukul 11 pm.

selamat bertunang my kembar

haaaa.. tetibe kan aku ada kembar. tu kembar dari cikgu-cikgi aku yang bagi. junior-junior aku pun ingat kitorang kembar jugak. kawan-kawan aku pun akui jugak kitorang ni ada iras-iras. nak-nak pulak masa form 5 kitorang duduk sebelah. kesian cikgu kitorang asyik konpius je dengan kitorang. yang membezakan kitorang adalah kecerdikan. dia adalah best student, manakala aku adalah sebaliknya. ngehngeh..

panjang pulak intro kan. ni kawan aku dari sekolah rendah. nama dia Fatimah.

sesi menyarung cincin tunang
dengan memember
dari kiri: aku, Fatimah, Pura, Ety, Zurah.. yang depan tu Fatimah punya kawan

ni aku dengan Ety. semua gambar ni dia punye. time kaceh Ety
yang aku pose tu namanya Pose Oh Mak Kau!

mesti ada yang cakap kitorang tak gaya kan rupa kitorang. dia specky gak macam aku. lepas tu dia mekap. mungkin tu yang menampakkan kami insan yang berbeza. hikhik..

BTW, selamat bertunang. tak sabar nak tengok awok kawen nanti.

Thursday, January 30, 2014

Islam dipandang serong ke?

pernah tak baca berita ni --> Yayasan Ikhlas sambut 74 orang saudara baru di Pitas, Sabah.
kita sebagai orang Islam pun cakap, makin bertambah saudara baru kita. baguslah.

pernah tak baca ni pulak? --> Kami diperdaya peluk Islam, dakwa penduduk kampung Kristian di pedalaman Sabah.
nak baca selanjutnya, tekan je kat link tajuk tu. biar aku pendekkan cerita, penduduk kampung di Pitas bagitau ada orang nak bagi bantuan kewangan. dorang kena pergi masjid dan kena sain borang dan mengucap. lepastu pihak yang uruskan tu cakap semua peduduk tu dah jadi orang Islam. so, penduduk kampung ni terasa ditipu dan dipaksa peluk Islam.

orang Islam pun akan cakap, tiada paksaan dalam peluk Islam. memang takde paksaan dalam peluk Islam pun. aku belajar time sekolah pun sama jugak. dalam Al-Quran pun ada sebut (Al-Baqarah, ayat 256).

tapi bila kes macam ni jadi, apa kata orang bukan Islam kat Islam. ni ada satu contoh aku terbaca, macam mana kalau orang masak sekawah babi buat gulai, pastu hidang kat orang Islam. tapi kita ni tak tau tu daging babi. dah siap makan baru tau tu sebenarnya daging babi. walaupun perkataan babi jadi makanan untuk sesetengah orang bila tengah marah etc.., tapi kalau daging babi, kita ni sensitip beno.

pernah tak tengok pasal cerita ni. ni dari twitter, aku retweet dari satu akaun yang memang agak Islamic. aku siap retweet sebab sedih cerita dorang post tu.

lepastu, elok pulak aku bukak kat Facebook, ada pasal hal ni pulak..


terpikir jugak, yang aku retweet tu cerita betol ke idok sedangkan akaun twitter tu memang tweet pasal dakwah-dakwah je. 

entah betul ke tidak cerita tu. tapi tak kisah la kan sebab kita memang sedia maklum budak-budak kat sana memang ramai yang hilang keluarga. #Pray4Syria tu pulak, jangan sekadar trending, berdoa jugak dalam solat, dalam hati, dalam apa-apa keadaan je la.

aku ada tengok hal ni kat Facebook dari 9gag. siapa yang tak tau, 9gag ni laman sosial antarabangsa yang femes

dekat Malaysia coca cola ni siap iklan masa bulan ramadhan. dekat Indonesia pun ada jugak kalau aku tak silap. tapi tak tau pulak coke kat sini memang halal ke kan.. tapi pada yang pengumpul tin coke seluruh dunia tu, hati-hati je la. tapi kesahihan cerita ni, hanya Allah je yang tau sebab hal ni memang tersebar satu dunia.

paling sedih kat Malaysia negara Islam ni bila ada segelintir orang Islam sendiri kutuk ulama. sedih sangat-sangat. kawan aku dari agama kristian pun masih lagi hormat dengan ulama kita. bila jadi macam ni, macam terkilan jugak la.

apa yang terjadi ni adakah kita akan dipandang serong? harap masih lagi ada yang paham tentang Islam. apa yang terjadi ni hanya segelintir pihak je yang terlibat. harap jangan ada yang diskriminasikan agama Islam.

Monday, January 27, 2014

shawl untuk dijual (secondhand)

ada yang pakai sekali, ada yang tak pernah pakai

wide shawl end curve


 warna: ungu dan merah
harga satu shawl: RM20
jenis kain: butter silk
*tak pernah pakai

shawl
 turquoise + corak ikan
saiz: standard 
harga: RM10
*tak pernah pakai

chiffon halfmoon
warna: biru + ada bling-bling kat kepala
saiz: standard
harga: RM15
*pernah pakai sekali

*harga tak termasuk postage
*nak tanya pape atau berminat, pm kat facebook saya --> https://www.facebook.com/jimah.10jun

Thursday, January 23, 2014

dating dengan bestie XD


ni bestie aku. aku panggil dia Zurah
kitorang kawan sejak sekolah rendah. kitorang duduk semeja masa darjah 4
hahahaha.. lame gittewwww. hikss 
 

 bila tengok dia dengan aku, nampak dia kecik comel je kan
dia memang kecik comel pun
beza ketinggian kitorang memang ketara
kalau jalan sama dengan dia mesti dia komplen tinggi aku.. hahahaha
aku sendiri pun tak tau kenapa aku makin meninggi pulak sedangkan time-time sekolah, kalau perhimpunan port aku memang depan-depan. mana ada duk belakang-belakang. yang belakang tu geng tinggi-tinggi je

dia cerita kat aku yang awek abang dia tingginya 150cm. aku pun dengan reaksi terkejut, aku cakap "ehhh.. rendahnye..."
dia pun dengan suara kecewa "zimah, tinggi koi 145 je" (koi=aku *loghat Temerloh)

aku pun dengan muka tak serba salah aku buat-buat merenung masa depan. maapkan aku zurah. hehehehe.. tak sengaja :p

 kat jambatan gantung Temerloh
Temerloh ada jambatan gantung, jangan tak tau pulak
pakai baju kurung gitu. songpang-sangtung gittewww.. 
errr.. ni sebab ada urusan duniawi, terpaksa pakai baju kurung

emerloh??? errkkk..
huruf T terlindung
salah angle pulak. hahaha

terima kasih Zurah sebab selalu ada time aku happy, sedih, bahagia, tak berapa bahagia. pendek kata selalu ada la walaupun kadang-kadang jauh di mata. time kacih lagi sebab selalu bagi nasihat, bagi semangat, tak boring-boring dengar masalah aku yang kononnya banyak sangat kalah ahli politik ni. lagi time kaceh sebab percaya aku 200% sebab selalu share rahsia dengan aku. ngehngeh. 
love you banyak banyak banyak BANYAKKKK... 

Tuesday, January 7, 2014

hai la belog. makin lama, aku tak tau apa aku nak merepek. tengok la, tajuk pun aku tak tau nak letak kategori ape. hurmmm....

aku tertanya-tanya, apsal header aku belah kiri ade dua titik tu?? keries nih =.='

ko buat ape haa kat situ?? - tanya aku kepada dua orang titik tersebut.

Thursday, January 2, 2014

^^

selamat tahun baru untuk awak, awak, awak, awak dan awak...

ikhlas: saya
waktu: tahun tak berapa nak baru
 

Template by BloggerCandy.com