Pages

info untuk mu


Tuesday, August 6, 2013

iftar dengan kengkawan

hari tu aku berbuka dengan kawan-kawan aku. dua hari lepas. seronoknya tapi kami tak cukup orang sebab ada yang busy. kami 4 orang je berbuka sama.

lepas berbuka tu jalan-jalan kat ekspo dengan mida (baju hijau), nysah dan zira. gambar ni aku kidnap dari instagram nysah (tudung purple)


lepas tu kitorang tidur kat homestay family nysah. malam tu kami borak-borak lagi. lepas tu masing-masing dah nak tidur. mida pulak still lagi tengok tv. mula-mula aku join dia tapi mata aku dah ngantuk sangat. penangan dari ubat batuk mungkin. masa aku mamai tu aku dengar mida bebel tapi aku tak paham butir. yang aku dengar bila lama aku takde respon, mida cakap "laaa.. tido dah.." lepas tu aku dah terlelap.

sahur tu aku serba salah nak makan ubat batuk ke tak sebab pagi tu aku nak drive balik rumah. terpaksa la aku ignore ubat batuk. tsskkkk....

1 comment:

Zamani Abe said...

Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

 

Template by BloggerCandy.com