Pages

info untuk mu


Thursday, June 6, 2013

NOVEL 9

Erti Mat Saleh

kuliah pertama selepas beberapa hari cuti terasa lemah longlai kaki melangkah ke kelas. mood cuti masih lagi  terasa. sampai sahaja aku di kelas, aku terus ambil tempat di meja yang tidak begitu depan dan tidak begitu belakang. tetapi tidak pula begitu tengah. kebiasaannya aku duduk paling hujung-hujung meja disebabkan perangai aku yang malas sangat nak berborak waktu pagi hari.

kelas bermula seperti biasa. pensyarah mulakan pembelajaran selepas ambil kedatangan pelajar. 

dan seperti biasa, lokasi aku dalam kelas sebelah sahabat aku yang kami berkawan sejak dari aku menjejakkan kaki ke tempat keramat ini, iaitu Yana.

ketika itu, pensyarah sedang mengajar.
"pssttt.. psstttt", Yana mula memanggilku. 
aku respon menggunakan bahasa isyarat dengan mengangkat kening bermaksud "haaa. kau dah kenapa pssttt pssttt aku?"

"kau tengok ni. nama ni macam lagu tu". 
Yana tunjuk satu perkataan yang agak sama dengan tajuk lagu rap popular dalam nota subjek kelas tersebut. aku tengok dia mula menyanyi kecil sambil mengangguk kepala perlahan-lahan. barangkali menyanyi lagu tersebut. 

"kau pernah tak tengok muka rapper dalam lagu ni?" 
Yana memulakan perbualan bila dia mula malas hendak fokus dalam kelas. 
aku menggeleng.

"muka dia macam mat saleh", Yana menyambung tapi mula ketawa seorang diri. entah apa yang lucu aku pun tak tahu.

hurmm.. aku memandang kosong pensyarah yang membebel sudah sejam lamanya. macam mat saleh? adakah semat saleh Zain Saidin? hidung mancung? muka ala-ala pelancong asing yang selalu ke hulu ke hilir dengan beg sandang belakang? 

"muka dia macam mana?". aku malas nak fikir. kalau aku fikir lebih-lebih nanti ke laut mana entah imaginasi aku.

"kulit dia gelap. bibir tebal".
"yang tu kau cakap mat saleh? tu negr.....". ketawa aku hampir pecah. tetapi aku tahan kerana pensyarah mula mengesyaki kami mula hilang fokus. 

"tak sampai hati nak cakap negro. dia mat saleh kulit gelap la lebih kurang", jawab Yana sambil tersengih-sengih. 

aduhai Yana. aku ingat mat saleh macam Eminem ke, Zain Saidin ke. rupa-rupanya macam Jay-Z. kami mula fokus kerana pensyarah mula merenung kami dengan tajam. aku kira kalau zaman sekolah memang dah kena baling kapur. atau mungkin didenda jalan itik atau keliling sekolah sambil pikul kerusi. denda-denda yang pernah aku kena zaman sekolah.

OK. berbalik kepada topik mat saleh. dalam kamus hidup aku, mat saleh bermaksud orang luar negara yang berkulit putih berhidung mancung yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. aku tak tahu pula kalau mat saleh lain dalam kamus hidup orang lain. mungkin dalam kamus hidup Yana erti mat saleh luas maksudnya. menjangkau pemikiran aku pula tu. 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com