Pages

info untuk mu


Friday, May 3, 2013

simkad percuma di KL Sentral

selalu aku dengar cerita orang je. kesahihannye aku memang tak pasti. cerita orang, jangan ambil simkad yang orang cakap percuma. terutama yang tetiba bagi kat tengah jalan. ceritanya lagi, baru je gune simkad percuma tu nanti sampai kat rumah bil telefon sampai beratus-ratus.

aku selalu naik monorail kat KL Sentral kalau nak balik kampung. destinasi aku ke terminal Pekeliling. memang selalu nampak geng yang bagi simkad percuma. pernah ada Celcom, U-mobile, Digi aku tak pasti, tapi aku rasa tak pernah nampak Maxis lagi. kadang-kadang dorang pakai baju yang sama, nampak macam real je dorang dari company simkad tu.

biasenye aku tak layan dorang ni sebab dah dengar cerita tu kan.

satu hari budak bilik aku, Keem balik bilik tunjuk kat aku simkad Celcom. katanya tu simkad percuma. dia dapat dari KL Sentral. terkejut jugak aku. paling aku terkejut orang tu mintak IC die. aku cerita la cerita yang dengar tu kat Keem. memang menggelabah la Keem. lepas tu Keem simpan je simkad tu. dia tak guna langsung. plastik simkad tu pun dia tak bukak langsung.

beberapa minggu lepas tu, Keem bagitahu aku yang kakaknya call dari rumah. katanya bil telefon atas nama dia sampai. dia kene bayar dalam rm200 lebih. dia pelik jugak sebab dia tak guna pun simkad tu. dia pun tunjuk kat aku, simkad tu memang elok lagi dalam plastik. aku rase yang dia bagi IC tu kot kene cas.

pastu call Celcom, dia cakap orang celcom suruh pergi center celcom. tapi kene bayar jugak, then terminate. kalau tak bayar nanti kena blacklist. lepas tu baru die nak report polis. kesian aku tengok die. tapi nak buat macam mane, benda dah jadi.

cerita yang aku dengar memang betul. hari tu pernah juga jadi kes, aku keluar dengan kawan aku, Syeeda. sampai kat geng-geng simkad percuma aku terus jalan laju, tak perasan kawan aku tercicir. rupanya kawan aku kena tahan dengan dorang. biasanya dorang akan cakap "dik, simkad percuma. tak payah bayar". bila kita ambik je simkad tu dia mintak IC.

nak dijadikan cerita, kawan aku, si Syeeda ni ambil simkad tu. bila dorang mintak IC dia, boleh pulak Syeeda cakap IC dia ada kat aku. masa tu aku tunggu dia dekat dengan geng tu, cuma aku nyorok sikit belakang tiang. lepastu aku nampak Syeeda aku terus grab tangan dia, berkire-kire nak cabut dah tu. yang mengejutkan bro yang bagi simkad tu siap ikut lagi Syeeda. mungkin bro tu tengok muka aku macam singa dan reaksi aku memang rushing semacam, terus dia cakap "eh, takpe la. bagi balik simkad tu" sambil tersengih-sengih.

lepas tu bermula la sesi ceramah dari aku untuk Syeeda. dia dengan muka sugul dengar je. hahahaha.. untuk yang lain jugak, JANGAN PERCAYA SIMKAD PERCUMA!!! masuk jamban pun kene bayar, hokehh!!

8 comments:

Wahyu Alfiansyah said...

Wah, ni simkad tu bayarnya mahal ya Cik zima??

zyma_senpai said...

yg percuma tu ke? memang dia bagi je, tak perlu bayar.

deno said...

skrg ni benda2 percuma ssh nak percaya

zyma_senpai said...

betul2.
kalau percuma mesti ade udang di sebalik mee ni. haishhh

hamba Allah said...

tau2..kome penah lalu kt geng2 bg sim card percume 2

zyma_senpai said...

haaa.. jgn sesekali ambik.. ignore je mereka2 tu

Nurul Atikah said...

baru2 ni i kena jugak . bil sampai rumah rm543.30 . 4hari lepas bil tu dtg surat lawyer pun sampai . Biasanya promoter yg bg simcard free ni suka attack golongan wanita .

zyma_senpai said...

betul2.. sebab perempuan memang pantang perkataan percuma ni.. hihihi

 

Template by BloggerCandy.com