Pages

info untuk mu


Wednesday, May 15, 2013

NOVEL 8

suatu hari aku masuk kedai jual tudung. dengan tidak semena-mena datang seorang pekerja kedai itu dan menanyakan soalan cepumas kepadaku.

"ye dik, nak cari apa?"

aku memandangnya dengan muka berkerut dan tersenyum. kemudian aku gelengkan kepala perlahan-lahan.
perlukah aku jawab sebenarnya masuk kedai tudung kerana hendak membeli kuali?

setelah beberapa minit dalam kedai tersebut aku keluar tanpa membeli apa-apa tudung.
aku ternampak sebuah kedai menjual kasut, baju kurung, baju kemeja, tudung dan bermacam-macam aksesori wanita. tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke kedai tersebut.

sama seperti situasi sebelumnya, datang seorang pekerja kepadaku dan menanyakan soalan yang sama seperti pekerja jual tudung tadi.

baru logik tanya aku nak cari apa, kataku di dalam hati.

"nak cari tudung", balasku pendek.
pekerja tersebut menganggukkan kepalanya sambil tunjuk bahagian tudung-tudung dengan ibu jarinya.

"cantik jugak tudung ni. kaler pun ngam dengan baju aku nak pergi dinner tu. tapi.......", aku mengomel seorang diri sambil menjeling ke arah belakang aku.
tapi.....
kenapa pekerja ini rapat sangat ekori aku. kalau kereta memang kemalangan bila break kecemasan. bak  kata orang tidak menjaga jarak. kalau orang yang membontoti kita secara rapat, semestinya timbul perasaan tidak selesa.

aku pun memandangnya dengan tersengih-sengih. dia juga begitu.
beberapa minit kemudian, aku keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa juga.

"lapar la. asyik berjalan je. sudah la tak beli apa-apa", aku mengomel seorang diri.
laju aku menapak ke kedai makan pula.
sampai sahaja di kedai makan, aku tertarik dengan satu masakan. tengok memang terliur. tertanya-tanya dalam hati, ayam masak apakah ini?
lalu aku memanggil pekerja yang berdiri berdekatan dengan aku.

"kak, ni apa?" sambil aku tunjukkan ke arah masakan yang aku berkenan itu.
"ni ayam", jawabnya ringkas.

eh, dia ni. buat lawak ke? terang lagi bersuluh masakan itu ayam sebab ada peha ayam, kepak ayam, dan leher ayam. mustahil itu kambing, meskipun ketam. muka aku memang nampak orang baru belajar mengenali ayam ke?

"yela kak. saya tahu ni ayam. ni ayam masak apa?" aku mula berang tetapi aku masih lagi boleh bersabar.
"hehehe.. saya tak tahu. saya baru kerja kat sini", jawabnya sambil tersengih-sengih.

aku menganggukkan kepala dan terus berpura-pura usha masakan lain pula. perlahan-lahan, aku terus menapak keluar dari kedai makan tersebut.

argghh! banyak perkara aku hendak buat tetapi semuanya hancur. mood aku yang hancur. mat saleh cakap spoil mood.

rasanya mereka kena belajar etika macam mana hendak menjual. baru pelanggan selesa.

****

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com