Pages

info untuk mu


Thursday, April 25, 2013

NOVEL 5

Kisah Asrama

ketika itu, aku berumur 14 tahun. bermakna aku sudah memasuki tingkatan dua. kawan-kawan ramai mula tinggal di asrama. aku juga begitu, berminat untuk tinggal di asrama.

pada tahun itu, bangunan asrama perempuan atau dikenali sebagai aspuri telah siap dibina. kami adalah penginap pertama yang menginap di bangunan tersebut. perasaan kami? seronok sangat sebab asrama tersebut besar dan mempunyai banyak kemudahan seperti surau, ampaian pula besar. di dalam bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat dan ada gelanggang badminton dan meja ping pong. bilik tidur pula digabungkan dengan dua bilik dan ditengahnya dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas.

pada awal-awal bulan kami tidak mengalami sebarang masalah seperti kerosakan atau kena 'kacau'. kehidupan kami sebagai pelajar tinggal di asrama berjalan seperti biasa.

rutin aku setiap hari adalah aku selalu melepak dengan kawan aku dan berborak sehingga larut malam. aku merayau ke bilik kawanku. walaupun aku suka melepak sampai lewat malam, bila kami sudah selesai berborak, aku tetap balik ke bilik aku walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.

pada hari itu, aku dan dua orang rakanku, Ros dan Siti melepak seperti baisa. kali ini kami melepak di bilik Siti. kami masih lagi berborak walaupun hari sudah lewat malam. tiba-tiba satu kelibat hitam lalu di tingkap yang berdekatan dengan kami. ketika itu, kami di atas katil yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap tersebut. agak laju juga kelibat itu. kelibat itu tidak seperti berjalan, tetapi tidak pula seperti berlari. sempat lagi aku menjeling ke arah bawah pintu yang bersebelahan dengan tingkap. aku ternampak lagi bayang-bayang itu lalu di pintu. beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi pintu terhempas yang sangat kuat dari bilik sebelah.

kami terdiam seketika dan memandang sesama sendiri.
"nampak tak apa yang aku nampak?" Siti mula mengajukan soalan.
aku dan Ros mengangguk. bulu romaku mula meremang. tanpa banyak bicara, kami bertiga terus menarik satu selimut dan kami berselubung di dalamnya. malam itu aku tidur di bilik Siti, aku tidak berani pulang ke bilikku.

keesokan harinya berlaku kekecohan di bilik yang bersebelahan dengan bilik Siti.
"Liza hampir kena histeria". Siti memberitahuku.

kemudian kami bersetuju untuk ke bilik Liza. kami bertanya kepada rakannya, apa yang sudah terjadi. kata rakannya, Liza ternampak satu lembaga hitam duduk di atas almari yang mengadap katilnya. katanya lembaga itu memandang tepat mukanya dengan mata merah. aku dan Siti memandang sesama sendiri. kami teringat peristiwa malam itu dan bunyi pintu terhempas dari bilik Liza.

kejadian itu hanya berlarutan beberapa hari. ini kerana ahli bilik tersebut membaca yassin setiap malam dan 'memagar' bilik mereka.

beberapa minggu kemudian, kejadian pelik-pelik tidak lagi berlaku. ketika aku merayau di waktu petang, aku ternampak seorang rakanku, Bella sedang duduk di atas tangga bahagian bawah. tangga itu menuju ke tingkat atas, tetapi tingkat atas tidak diduduki oleh sesiapun. warden kami hanya tempatkan almari-almari yang rosak dan tilam bantal yang berlebihan.

'mungkin Bella tengah tenangkan diri', fikirku. aku terus berjalan ke arah Bella. akan tetapi, pandangan Bella hanya dituju ke arah tangga bahagian atas.

"Bella, kau buat apa kat sini?" tegurku sambil melabuhkn punggung di sisinya.
tiada respon.

"Bella, kau buat apa kat sini?" ulangku lagi. kali ini aku kuatkan sedikit suaraku sambil mencuit bahunya.
"aku tengok dia. dia duduk je kat situ", balasnya. jari telunjuknya dituju ke arah tangga bahagian atas. pandangan Bella langsung tidak berganjak dari memandang tangga itu.
aku memberanikan diri menoleh ke atas. kosong. bulu tengkukku mula berdiri.

"siapa dia tu?", tanyaku lagi. sedikit gugup.
"tak tau. dia perempuan. tengok tu. panjang sangat rambut dia. meleret-leret sampai ke bawah".
"errr.. panjang sampai mana rambut dia?" aku memberanikan diri bertanyakan soalan lagi.
"sini", balasnya pendek sambil tunjuk di salah satu anak tangga yang betul-betul hampir dengan kami.

"tengok. angin tiup rambut dia. beralun rambut dia", tambah Bella sambil tersenyum. kali ini dia seperti budak kecil bercerita. ketika itu, aku terasa seperti angin menampar lembut mukaku. aku mula tidak senang duduk dan mengagak untuk bangun.

"Bella, jom kita balik. tak elok la duduk kat sini. lagipun, dah petang dah ni", aku mula mengajak Bella pulang kerana perasaanku tidak sedap hati.
Bella hanya mendiamkan diri.

"Bella, jom!", aku menarik tangan Bella.
Bella menarik tangannya kasar. dia langsung tidak menoleh ke arahku.
tiba-tiba Bella bingkas bangun. ku fikir Bella mahu mengikutku pulang.

"dia lari!" jerit Bella sambil berlari ke tingkat atas. aku kaget.
"Bella, kau nak pergi mana? atas tu tak ada orang." jeritku sambil mengejarnya.

setibanya di tingkat atas aku terus memaut erat tubuh Bella. aku cuba hentikan dia dari melilau ke tingkat atas. aku takut kejadian buruk akan berlaku kerana di tingkat atas memang jarang sekali orang naik.

"tu dia. dia lari kat situ", jari telunjuknya diangkat ke arah almari-almari besi rosak yang tersusun di situ.
aku memandang ke arah kawasan tersebut. tiba-tiba pintu-pintu almari yang tidak bertutup akibat rosak terhempas sendiri seperti seseorang melanggarnya sambil berlari laju.

aku tergamam.
"dia dah hilang", tambahnya lagi. suaranya sedikit kecewa.

"Bella, jom balik", suaraku kembali gugup dan menarik Bella ke tingkat bawah. Bella hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. aku terus membawanya ke bilik tidurnya.

sampai sahaja di biliknya aku menceritakan peristiwa itu kepada kawan-kawannya. kawan-kawannya terkejut. Bella hanya mendiamkan diri. mukanya seperti mahu menangis. aku tidak tahu kenapa.

apabila Bella mula tenang, aku mula mengajukan soalan.
"Bella, kenapa kau nak ikut dia?".
"tak tahu. aku rasa macam nak ikut dia je".
"apa dia cakap?"
"dia tak cakap apa-apa. dia duduk je kat situ", jawabnya lagi. keadaan Bella seperti orang kebingungan.

kami memberitahu kepada warden kami akan kejadian tersebut. warden kami memanggil ustaz dan ustaz 'memagar' asrama kami.

Alhamdulillah, selepas itu hari-hari kami di asrama berjalan seperti biasa.
pesan ustaz itu, kami kena rajin baca yasin, mengimarahkan surau dan 'pagar' bilik dengan ayat suci sebelum tidur.

sebelum ini, aku pernah dengar satu cerita. kata orang, semasa bangunan asrama kami dalam proses pembinaan, salah seorang pekerja mati akibat terjatuh dari syiling di tingkat atas. tetapi, aku tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita itu. warden kami tidak pernah memperkatakan hal ini.

hanya Allah Maha Mengetahui.

****

8 comments:

Alien Ohsem said...

Scaryyyyyyyyyyy x(

zyma_senpai said...

hihi XD

NuR SYaZWaNi MoHaMaD NooR said...

haha..teringat masa part 1 dulu..macam2 hal..skrg dah ok..dah terlebih brani pulak dah haha :p

zyma_senpai said...

amboi.. terlebih berani.. bkn main. hehehe

ety_iman said...

sape bella azimah? hehe

zyma_senpai said...

err... hahaha.. budak tu la

hamba Allah said...

spe liza weh?watak2 ni bkn nme sebenar eh..hehe

zyma_senpai said...

yela zurah.. bkn name betol.. hehehe

 

Template by BloggerCandy.com