Pages

info untuk mu


Tuesday, April 23, 2013

dia yang aku sayang

dia selalu bawak aku jalan-jalan
kadang-kadang bagi aku hadiah
dia suka buat lawak
dia tahu aku tengah sedih.
hari tu aku bercakap dengan dia dalam telefon. dia dengar suara aku, dia teka aku tengah sedih sebab gaduh dengan kawan. memang pun. masa tu aku tengah sedih sebab berselisih faham dengan sorang kawan aku. 

masa aku sekolah menengah aku memang takde henfon. bila umur aku dah 18 tahun,  dia hadiahkan aku henfon. tapi aku cuai. pakai sekejap dah kene curi. seminggu aku tak bagitau dia yang henfon aku hilang. aku takut kene marah. lepas tu dia tanya-tanya mana henfon aku. aku bagitau hal sebenar. mujur dia tak marah sangat. lepas tu dia hadiahkan lagi henfon lain kat aku.

tahun 2010, tarikh macam semalam, 22 April. dia pengsan. aku panggil dia. dia tak menyahut. banyak kali aku panggil. sama jugak reaksi dia. tak menyahut pun. jiran aku datang dekat kami. dia periksa badan dia. jiran aku pandang aku.
dia cakap "awak, bersabar ye". walaupun ayat dia macam tu je, aku seakan faham maksud tu.
aku terduduk. tersandar. badan aku terasa lemah semacam. laju je air mata mengalir. aku lap air mata aku, tetap jugak ia keluar. ramai yang datang peluk aku. tak kurang juga ada yang tepuk lembut bahu aku.

hari tu, ingat lagi masa aku dapat pergi ujian MEdSI. MEdSI ni ujian untuk ke temuduga sambung belajar dalam program pendidikan. aku minta dia hantar aku ke sana. yang dia jawab cuma "tak tau lagi".rupanya, hari yang sepatutnye aku pergi ujian tu adalah hari yang ketiga untuk kenduri arwah dia.

orang cakap, bila orang yang kita sayang tinggalkan kita, mesti terasa macam semalam dia tinggalkaan kita. memang pun. sampai hari ni, suaranya masih terngiang-ngiang. suara dia marah aku kalau aku malas. dia nasihat aku bila aku degil. dia tegur aku bila aku lambat kerjakan solat. suara dia menyanyi lagu Jamal Abdillah. dia tergelak-gelak bila usik aku.

rindunya aku kat dia.
dia yang banyak bagi nasihat.
dia yang aku panggil ayah.

Al-fatihah untuk ayah aku yang dah 3 tahun tinggalkan kami sekeluarga.
moga ayah sentiasa tenang di sana dan mendapat tempat di syurga
aminn~~


2 comments:

Condoriano said...

Ish2, sedihnya baca..
Al-fatihah,
Semoga kita semua ditempatkan di dalam kalangan org yg beriman, amin.

zyma_senpai said...

aminn..

 

Template by BloggerCandy.com