Pages

info untuk mu


Friday, April 26, 2013

Dia yang Kau Pilih by Shahir

lagu ni memang sedih..
sobbssss... :'(
tapi bukan sedih macam ni
 <---- over sangat !

layan la lagu ni..
sabar ye Shahir.. saya memahami.. sobssss

Thursday, April 25, 2013

NOVEL 5

Kisah Asrama

ketika itu, aku berumur 14 tahun. bermakna aku sudah memasuki tingkatan dua. kawan-kawan ramai mula tinggal di asrama. aku juga begitu, berminat untuk tinggal di asrama.

pada tahun itu, bangunan asrama perempuan atau dikenali sebagai aspuri telah siap dibina. kami adalah penginap pertama yang menginap di bangunan tersebut. perasaan kami? seronok sangat sebab asrama tersebut besar dan mempunyai banyak kemudahan seperti surau, ampaian pula besar. di dalam bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat dan ada gelanggang badminton dan meja ping pong. bilik tidur pula digabungkan dengan dua bilik dan ditengahnya dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas.

pada awal-awal bulan kami tidak mengalami sebarang masalah seperti kerosakan atau kena 'kacau'. kehidupan kami sebagai pelajar tinggal di asrama berjalan seperti biasa.

rutin aku setiap hari adalah aku selalu melepak dengan kawan aku dan berborak sehingga larut malam. aku merayau ke bilik kawanku. walaupun aku suka melepak sampai lewat malam, bila kami sudah selesai berborak, aku tetap balik ke bilik aku walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.

pada hari itu, aku dan dua orang rakanku, Ros dan Siti melepak seperti baisa. kali ini kami melepak di bilik Siti. kami masih lagi berborak walaupun hari sudah lewat malam. tiba-tiba satu kelibat hitam lalu di tingkap yang berdekatan dengan kami. ketika itu, kami di atas katil yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap tersebut. agak laju juga kelibat itu. kelibat itu tidak seperti berjalan, tetapi tidak pula seperti berlari. sempat lagi aku menjeling ke arah bawah pintu yang bersebelahan dengan tingkap. aku ternampak lagi bayang-bayang itu lalu di pintu. beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi pintu terhempas yang sangat kuat dari bilik sebelah.

kami terdiam seketika dan memandang sesama sendiri.
"nampak tak apa yang aku nampak?" Siti mula mengajukan soalan.
aku dan Ros mengangguk. bulu romaku mula meremang. tanpa banyak bicara, kami bertiga terus menarik satu selimut dan kami berselubung di dalamnya. malam itu aku tidur di bilik Siti, aku tidak berani pulang ke bilikku.

keesokan harinya berlaku kekecohan di bilik yang bersebelahan dengan bilik Siti.
"Liza hampir kena histeria". Siti memberitahuku.

kemudian kami bersetuju untuk ke bilik Liza. kami bertanya kepada rakannya, apa yang sudah terjadi. kata rakannya, Liza ternampak satu lembaga hitam duduk di atas almari yang mengadap katilnya. katanya lembaga itu memandang tepat mukanya dengan mata merah. aku dan Siti memandang sesama sendiri. kami teringat peristiwa malam itu dan bunyi pintu terhempas dari bilik Liza.

kejadian itu hanya berlarutan beberapa hari. ini kerana ahli bilik tersebut membaca yassin setiap malam dan 'memagar' bilik mereka.

beberapa minggu kemudian, kejadian pelik-pelik tidak lagi berlaku. ketika aku merayau di waktu petang, aku ternampak seorang rakanku, Bella sedang duduk di atas tangga bahagian bawah. tangga itu menuju ke tingkat atas, tetapi tingkat atas tidak diduduki oleh sesiapun. warden kami hanya tempatkan almari-almari yang rosak dan tilam bantal yang berlebihan.

'mungkin Bella tengah tenangkan diri', fikirku. aku terus berjalan ke arah Bella. akan tetapi, pandangan Bella hanya dituju ke arah tangga bahagian atas.

"Bella, kau buat apa kat sini?" tegurku sambil melabuhkn punggung di sisinya.
tiada respon.

"Bella, kau buat apa kat sini?" ulangku lagi. kali ini aku kuatkan sedikit suaraku sambil mencuit bahunya.
"aku tengok dia. dia duduk je kat situ", balasnya. jari telunjuknya dituju ke arah tangga bahagian atas. pandangan Bella langsung tidak berganjak dari memandang tangga itu.
aku memberanikan diri menoleh ke atas. kosong. bulu tengkukku mula berdiri.

"siapa dia tu?", tanyaku lagi. sedikit gugup.
"tak tau. dia perempuan. tengok tu. panjang sangat rambut dia. meleret-leret sampai ke bawah".
"errr.. panjang sampai mana rambut dia?" aku memberanikan diri bertanyakan soalan lagi.
"sini", balasnya pendek sambil tunjuk di salah satu anak tangga yang betul-betul hampir dengan kami.

"tengok. angin tiup rambut dia. beralun rambut dia", tambah Bella sambil tersenyum. kali ini dia seperti budak kecil bercerita. ketika itu, aku terasa seperti angin menampar lembut mukaku. aku mula tidak senang duduk dan mengagak untuk bangun.

"Bella, jom kita balik. tak elok la duduk kat sini. lagipun, dah petang dah ni", aku mula mengajak Bella pulang kerana perasaanku tidak sedap hati.
Bella hanya mendiamkan diri.

"Bella, jom!", aku menarik tangan Bella.
Bella menarik tangannya kasar. dia langsung tidak menoleh ke arahku.
tiba-tiba Bella bingkas bangun. ku fikir Bella mahu mengikutku pulang.

"dia lari!" jerit Bella sambil berlari ke tingkat atas. aku kaget.
"Bella, kau nak pergi mana? atas tu tak ada orang." jeritku sambil mengejarnya.

setibanya di tingkat atas aku terus memaut erat tubuh Bella. aku cuba hentikan dia dari melilau ke tingkat atas. aku takut kejadian buruk akan berlaku kerana di tingkat atas memang jarang sekali orang naik.

"tu dia. dia lari kat situ", jari telunjuknya diangkat ke arah almari-almari besi rosak yang tersusun di situ.
aku memandang ke arah kawasan tersebut. tiba-tiba pintu-pintu almari yang tidak bertutup akibat rosak terhempas sendiri seperti seseorang melanggarnya sambil berlari laju.

aku tergamam.
"dia dah hilang", tambahnya lagi. suaranya sedikit kecewa.

"Bella, jom balik", suaraku kembali gugup dan menarik Bella ke tingkat bawah. Bella hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. aku terus membawanya ke bilik tidurnya.

sampai sahaja di biliknya aku menceritakan peristiwa itu kepada kawan-kawannya. kawan-kawannya terkejut. Bella hanya mendiamkan diri. mukanya seperti mahu menangis. aku tidak tahu kenapa.

apabila Bella mula tenang, aku mula mengajukan soalan.
"Bella, kenapa kau nak ikut dia?".
"tak tahu. aku rasa macam nak ikut dia je".
"apa dia cakap?"
"dia tak cakap apa-apa. dia duduk je kat situ", jawabnya lagi. keadaan Bella seperti orang kebingungan.

kami memberitahu kepada warden kami akan kejadian tersebut. warden kami memanggil ustaz dan ustaz 'memagar' asrama kami.

Alhamdulillah, selepas itu hari-hari kami di asrama berjalan seperti biasa.
pesan ustaz itu, kami kena rajin baca yasin, mengimarahkan surau dan 'pagar' bilik dengan ayat suci sebelum tidur.

sebelum ini, aku pernah dengar satu cerita. kata orang, semasa bangunan asrama kami dalam proses pembinaan, salah seorang pekerja mati akibat terjatuh dari syiling di tingkat atas. tetapi, aku tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita itu. warden kami tidak pernah memperkatakan hal ini.

hanya Allah Maha Mengetahui.

****

Tuesday, April 23, 2013

dia yang aku sayang

dia selalu bawak aku jalan-jalan
kadang-kadang bagi aku hadiah
dia suka buat lawak
dia tahu aku tengah sedih.
hari tu aku bercakap dengan dia dalam telefon. dia dengar suara aku, dia teka aku tengah sedih sebab gaduh dengan kawan. memang pun. masa tu aku tengah sedih sebab berselisih faham dengan sorang kawan aku. 

masa aku sekolah menengah aku memang takde henfon. bila umur aku dah 18 tahun,  dia hadiahkan aku henfon. tapi aku cuai. pakai sekejap dah kene curi. seminggu aku tak bagitau dia yang henfon aku hilang. aku takut kene marah. lepas tu dia tanya-tanya mana henfon aku. aku bagitau hal sebenar. mujur dia tak marah sangat. lepas tu dia hadiahkan lagi henfon lain kat aku.

tahun 2010, tarikh macam semalam, 22 April. dia pengsan. aku panggil dia. dia tak menyahut. banyak kali aku panggil. sama jugak reaksi dia. tak menyahut pun. jiran aku datang dekat kami. dia periksa badan dia. jiran aku pandang aku.
dia cakap "awak, bersabar ye". walaupun ayat dia macam tu je, aku seakan faham maksud tu.
aku terduduk. tersandar. badan aku terasa lemah semacam. laju je air mata mengalir. aku lap air mata aku, tetap jugak ia keluar. ramai yang datang peluk aku. tak kurang juga ada yang tepuk lembut bahu aku.

hari tu, ingat lagi masa aku dapat pergi ujian MEdSI. MEdSI ni ujian untuk ke temuduga sambung belajar dalam program pendidikan. aku minta dia hantar aku ke sana. yang dia jawab cuma "tak tau lagi".rupanya, hari yang sepatutnye aku pergi ujian tu adalah hari yang ketiga untuk kenduri arwah dia.

orang cakap, bila orang yang kita sayang tinggalkan kita, mesti terasa macam semalam dia tinggalkaan kita. memang pun. sampai hari ni, suaranya masih terngiang-ngiang. suara dia marah aku kalau aku malas. dia nasihat aku bila aku degil. dia tegur aku bila aku lambat kerjakan solat. suara dia menyanyi lagu Jamal Abdillah. dia tergelak-gelak bila usik aku.

rindunya aku kat dia.
dia yang banyak bagi nasihat.
dia yang aku panggil ayah.

Al-fatihah untuk ayah aku yang dah 3 tahun tinggalkan kami sekeluarga.
moga ayah sentiasa tenang di sana dan mendapat tempat di syurga
aminn~~


Monday, April 22, 2013

NOVEL 4

aku mengerling ke arah bakul pakaianku. sudah beberapa hari aku tidak membasuh pakaian. sejak aku memegang jawatan untuk organisasi tersebut, aku semakin sibuk. hari ini masa aku sedikit terluang. aku bercadang untuk membasuh kain mengggunakan mesin basuh. alternatif paling malas untuk orang yang sibuk.

jam menunjukkan pukul 1 pagi. waktu begini sangat sesuai untuk aku membasuh. ketika inilah aku tidak perlu berebut mesin basuh. berbekalkan syiling sebanyak rm2.50 untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh, aku terus mencapai bakul pakaian dan sabun basuh kain Dinamong.

syiling-syiling tersebut aku mula masukkan ke dalam tabung mesin basuh.

tiba-tiba...
'alamak! tak cukup lagi 10 sen'.
perlu ke aku naik ke bilik? aku tertanya-tanya dalam hati.
mesin basuh di tingkat bawah. agak jauh dari bilikku yang terletak di tingkat 2.

mujur bilik kawanku berada di tingkat bawah. laju aku menutur langkah ke biliknya.
ku ketuk pintu bilik kawanku bertalu-talu. lambat pintu dikuak. pelik barangkali ada orang ketuk rumah pukul 1 pagi.

kawanku menjengul kepalanya ke luar dan memandangku pelik.
aku tersenyum simpul sambil berkata "pinjam seposen. tak cukup nak basuh kain."


"kerana 10 sen begitu berharga"

****

Friday, April 19, 2013

SegMen: SaLaM PerKeNaLaN By Miss BaNu

segmen ni semperna befday Miss Banu pada 23 April
hepy befday... coming soon. hehehe..

nanti nak join klik sini

Miss Banu cakap tempek banner atas ni. dia cakap tak berape comel banner ni, tapi saya tengok banner ni comel sangat. kawaii!!!

untuk kawan-kawan, selamat datang ke blog saya yang tak berape comel macam budak 3 tahun buat gwiyomie dan tak sefemes Justin Bieber (tetibe mamat ni terlibat). 

salam perkenalan dari saya untuk semua dan Miss Banu. 
thanks c:

Thursday, April 18, 2013

pagi yang zzzzz...

kelas pagi ni aku rase mengantuk betul. ni disebabkan malam tadi aku tak dapat nak lelapkan mata. guling ke kiri kanan pun tak ngantuk jugak. dah macam hindustan dah berguling-guling. silapnya guling atas katil je, kalau kat bukit memang dah sebijik macam citer hindustan.

kawan aku, si Yana pun perasan. sempat lagi die tegur aku sambil tersengih-sengih "ko ngantuk ey?". bagi kami, kalau sape-sape ngantuk dalam kelas memang kene bahan. siap snap gambar lagi. tapi lecturer kami agak tegas, die tersengih je mampu, kalau tak mesti dah bergabung dengan member lain membahan aku.

aku bercadang nak keluar kejap. jalan-jalan pusing fakulti nak hilangkan mengantuk. tapi malasnya la aku nak keluar. erghhhh!! jadi, masa lecturer tengah ngajar, aku pun salin slide die padahal memang pasti dia akan bagi slide mase hujung kelas nanti. salin punye salin, tulisan aku dah macam cacing kerawit dek kerana kemengantukan aku tu.

tak boleh jadi ni. ngantuk tak boleh hilang jugak. aku pun melukis la. baru hilang sikit mengantuk. maka terhasillah lukisan ini. lepas aku siap lukis, aku teringin nak doodlekan lukisan ni. tapi aku tak pandai la. kalau  aku mendoodle mesti jadi macam entah pape. sobbbssss.. 


Tuesday, April 16, 2013

NOVEL 3

pagi itu aku sarungkan jubah hitam ke tubuhku. aku padankan dengan tudung bawal. perjalanan aku sama seperti hari-hari biasa. tempat yang dituju adalah kelas.

sampai sahaja di tempat yang dituju, rakan-rakanku masih menunggu di luar kelas sambil berdiri.
"alamak! kelas tak buka lagi la". rakanku mula membebel.

seorang rakanku menyapaku, "eh, nak pergi umrah ke?"
dia mahu berseloroh tentang jubahku. aku cuma balas dengan senyuman.
"nak pergi umrah dengan siapa ni? dengan dia?". tambahnya lagi sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah salah seorang sahabatku.
"taklah. dengan suami", balasku ringkas.

rakan-rakanku ketawa mendengar jawapanku. lucu mungkin. aku cuma tersenyum, tercalit tanda tanya di mana lucunya jawapanku itu.

-----

selesai sahaja sesi pembelajaran untuk hari itu, aku dan rakan-rakanku mencari sumber makanan kerana perut masing-masing sudah minta diisi. maklumlah, jam sudah hampir ke waktu makan tengah hari.

aku terserempak lagi dengan rakanku yang berseloroh tentang jubahku. 
"tepi! tepi! aku nak lalu. aku nak pergi umrah ni". katanya tergesa-gesa sambil ketawa. mungkin aku menghalang jalannya sedikit dan mungkin dia mahu bergurau lagi denganku.

terdetik di hatiku, dia yang kerap berpakaian seksi dan masih lagi tidak menutup aurat macam mana mahu ke umrah pada waktu itu. aku tersenyum kelat. terasa disindir.

****

pengenalan NOVEL

tetibe blog aku ada entry yang novel tu. novel tu macam luahan aku je kan. nak kate ye tu, aku tak la mengiyakan sangat. nak kata tu 100% cerita tu aku punye, tak sampailah markah penuh tu. kalau mengikut kiraan congak matematik aku yang hebat tahap UPSR, sebenarnye lebih kurang 75% adalah cerita sebenar. yang lain-lain cuma penyedap cerita dan penambah rasa seperti Ajinamoto.

sebenarnye aku teringin nak buat gaya penulisan aku berbahase baku. macam best je. konon-konon sesi bercerita la. lepas tu konon-konon nak jadi penulis buku. jadi, aku buatkan entry yang tajuk NOVEL tu.

tu je la untuk pengenalan NOVEL.

Wednesday, April 10, 2013

BILA AKU MARAH

ikutkan hati aku nak tikam dia puas-puas dengan pisau. kalau ada pedang lagi bagus, parang ke. lepas aku tikam dia, aku nak campak die dari tingkat paling tinggi kat bangunan paling tinggi sekali kat Malaysia. Malaysia je mampu sebab tak mampu lagi ke luar negara. lepas campak dia ke bawah, aku nak cincang dia halus-halus macam daging cingcang yang macam produk Ramlee Daging cincang. ehhh?? macam mane eja cingcang tu? "cingcang" atau "cincang"? arghhh!! pedulikan ejaan tu. aku tengah marah ni. lepas tu aku nak campak daging-daging tu bagi makan ikan yu. huhh!! baru puas hati aku.

tapi nak buat macam mane, dia hanyalah satu software yang bernama Microsoft Office Powerpoint. kenape la buat hal? elok je aku siapkan slide, pastu save. lepas tu bila aku nak cari slide tu balik tak jumpa. padahal aku dah yakin dan pasti aku simpan dalam folder tu. cari punya cari, tak jumpa. sampai tempat yang tak sepatutnya aku pun cari jugak.

lepas tu aku buat tindakan yang tak berape efisyen. kononnye boleh kembalikan slide aku tu la. aku restart aku punye mini laptop ataupun orang panggil netbook, tapi aku panggil nobby-nobby. dahlah aku bertindak kejam kat pendrive-pendrive aku. sebabkan aku terlalu kecewa, aku main tarik je pendrive aku tanpa mengendahkan perkataan "eject". kesian pendrive aku, maafkan aku ye si Putih dan si Merah, aku tak sengaja. sobbbsssss.. aku kuciwaaaaa!!!

lepas restart, tak jumpe jugakkkkkk!! stresssss!!!!

Gadis Misteri 3 Tahun

 segmen ni dari blogger Gadis Misteri

dia cakap lukis watak yang dalam blog die tu ikut style masing-masing

dan....

ni dia lukisan saya..

TARAAA!!! *tapi dengan nada slow ye
al-maklumlah, lukisan saya ni tahap amatur sebab dah lame tak mendoodle, lepas tu takde kesempatan pulak nak mantapkan skill. hehehe
so, excitednye tak boleh berlebihan ^_^


.
.
.
.
.
.
.
.


errr.. so ni la die..
hehehehe
babai ~~~

Saturday, April 6, 2013

aku dan english

hari ni berlakulah tragedi di mana aku bertanyakan macam mana nak eja "illegal". mula-mula aku eja elligal eligel .. ergghhh!!! berape kali aku potong perkataan tu dalam buku nota aku. memandangkan si Aishah SH a.k.a ecah a.k.a ece a.k.a mak jemah (banyok beno panggilan beliau) yang duduk sebelah aku, so aku pun tanyalah dia macam mana nak eja "illegal". haaa.. tengok ni, sempat lagi die post, siap tag lagi nama aku. femes aku. yang lain pulak bukan main membahan aku. gggrrrr!!! *bertukar jadi hulk sopan, bukan yang hanya pakai seluar koyak tu

masa ni dalam kelas subjek "Legal and Ethics". aku sebenarnye konpius nama subjek ni, tu yang terperasan yang nama subjek ni illegal and ethics. 

untuk tajuk entry aku ni mengisahkan, aku dengan bahasa inggeris sangatlah tak sebulu. bila eja je fail. nampak tu, nak eja "illegal" pun fail. hehh!! tapi kalau berborak ada hati pulakkan aku nak guna bahasa inggeris. nampak tak tu, fesbuk aku pun guna bahasa melayu. sila fokus pada "2 jam yang lalu". nampak tak aku diskriminasikan bahasa penjajah tu. hahahaha. sebenarnye panjang cerita aku guna bahasa melayu tapi kita skip je cerita tu ye.

aku sebenarnya bukanlah nak sisihkan bahasa antarabangsa tu, cuma kadang-kadang aku teruk sikit.... kot dalam english. tapi aku suka tengok Oh My English, nak-nak teacher omputih tu. nak dijadikan cerita, ada satu kes aku tengah siapkan slide untuk present dengan Yana. aku baca la satu kenyataan dan yana pulak taip apa yang aku baca. sampai je perkataan "union" aku sebut "onion". Yana pun pelik sebab subjek kami takde kaitan dengan benda alah tu. 

menyempat je si Yana ni post kat twitter

tak paham aku bila inggeris ni tak nak sebati dengan lidah loghat Temerloh aku ni. kalau mengikut sejarah aku dengan english, aku pernah jadi teacher dekat Kolumpo nun. disebabkan taska tu international, jadi terpaksalah aku menggunakan bahasa inggeris untuk ajar budak-budak, tulis report, borak dengan parent dorang sebab majoriti dorang bukan orang pandai bahasa Melayu, eh, bahasa Malaysia la. menyanyi pun bahase inggeris u olls. paling membanggakan rekod aku adalah bos aku tak pernah komplen pasal bahasa inggeris aku sebab bos aku seorang yang sangat tegas, kalau salah laju je dia komplen. masa kerja aku boleh guna english dengan yakin dan pasti walaupun grammar berterabur. tapi, lepas aku tinggalkan karier tu, inggeris aku entah pape entah. sedihhh!!!

kalau kat rumah, akulah teacher adik aku yang tahap UPSR, tapi tu pun aku fail lagi ajar dia, nak-nak grammar. hehehe. tapi membantu jugak aku rase.... err.... kot. 

abang aku pulak selalu ingat aku terer sangat english sebab aku selalu tolong translate kan ayat-ayat untuk die. die telah menstereotaipkan yang "budak universiti pandai english". mungkin disebabkan kezen aku hamatttt heebbaatt english, so die pun ingat aku macam tu. aku dengan kezen tu masuk universiti waktu yang sama, kirenye kami sama batch la. tapi kezen aku tu aku rasa die memang hebat english. 

begitulah aku dengan english. tapi result aku, Alhamdulillah, masih lagi OK. tak menyedihkan la macam rasa nak terjun sungai yang ada buaya, 

 

Template by BloggerCandy.com