Pages

info untuk mu


Sunday, March 31, 2013

hari ni yang membuatkan aku hilang sabar

hari ni aku betul-betul geram.. gerammmnyeee!!! nak nanges pun ada. aku kalau marah sangat mesti nak nanges. cam cengeng je kan

skang ni aku tengah tunggu bas, lagi 40 minit lagi bas sampai ikut tiket aku. aku ke KL. sempat lagi update blog kan.. aku singgah kat surau, aku online kat sini.

ceritanya bila aku sampai temerloh pukul10 lebih. then aku terus ke kaunter bas ke Shah Alam. bas ade pukul11.30 tapi tiket ada satu je. aku pun nak beli tapi aku keluarkan duit besar. tapi pakcik tu cakap takde duit kecik, die suruh aku pecahkan.

lepas je aku pecahkan aku pergi balik kat kaunter tu dan dengan selambe cakap "tiket tadi dah habes, ade orang beli". perasaan aku?? aku berusaha pergi pecahkan duit, kenape tak simpan tiket tu?? aku dengan hampa pergi ke kaunter lain. sebenarnye tu je kaunter ke Shah Alam, yang lain semuanye ke KL. aku bukan tak nak turun ke KL tapi penat sikit la sebab banyak jalan walaupun kiraan tambang sama je.

lepas tu aku dapat tiket pukul11.30 jugak ke Kuala Lumpur. disebabkan aku asyik berserabut hari ni dua kali aku hampir tertinggal barang, pertama mase beli air botol, aku tertinggal air botol tu, nasib makcik tu tegur. then, aku beli tiket, dengan selambe badak aku tinggal tiket kat kaunter. pastu tetibe pakcik yang jual tiket tadi pegang tiket aku. dia cakap "nak ke taknak tiket ni??", sambil acah-acah nak bagi ke tak tiket tu. eh, bergurau pulak pakcik ni. meh sini aku bagi penumbuk, baru puas sikit hati aku nak bergurau.

pastu aku amik tiket tu. dia cakap kalau taknak tiket tu nanti die bagi tiket ke shah alam. haaa?? terkejut kan? ade orang tolak tiket tu. tapi tiket tu aku da beli, sekali ko dah beli, ko dah takkan dapat claim duit. walaupun rm11.30, tu mahal kot. macam-macam aku boleh beli hokehhh!! ikutkan hati aku nak nangis guling-guling kat terminal tu sebab sangat marah, kecewa, semua ada. tadi aku nak beli pakcik jual kat orang, skang ni, aku bukan merajuk tapi aku betol-betol bengang. aku terus tinggalkan pakcik tu, angkat barang-barang terus bla dari kaunter tu, entahlah, mungkin reaksi aku agak kurang ajar tapi lagi lama aku kat situ kang tak pasal-pasal aku maki pakcik tu. dah la orang tua, hilang pulak respect aku nanti kat orang tua walaupun memang menyakitkan hati.

gerammmnyyeee.. tapi mungkin bukan rezeki aku nak turun ke Shah Alam kan. tak pe la, dah lame aku tak jalan-jalan KL. KL, here i come, wait for me.. take care for myself =)

Saturday, March 30, 2013

orang yang ada bg/gf selalu lupa kawan

selalu dengar ayat macam ni kan?
 dorang selalu pentingkan orang tersayang dorang dari kawan-kawan
sabar ye korang..

aku pulak??
aku sebenarnya insan bertuah
kawan-kawan aku masih lagi pentingkan aku walaupun dorang dah ade boifren
Alhamdulillah, Allah kurniakan mereka =')

Friday, March 29, 2013

balik kampung!!!

yeaayyyyy!!!
akhirnye~~~~~~~~~
sampai juga aku kat rumah ni
Temerloh, Pahang.. rindunya kat aok pahang!!

setelah sekian lama nak balik rumah, tercapai jugak akhirnya..
penghargaan untuk diri sendiri *slow clap*
poyosss je kan

nak dijadikan cerita, hari ni aku balik naik bas. nasib baik tiket ade, kalau tak terpaksa la usung balik beg balik kampung.. selalunye aku balik bawak beg sandang belakang je, tapi beg basah plak. terpaksa la aku mengusung beg balik kampung. tak pe la, semangat sikit kan aku balik kampung.

macam bese, aku gerak sorang-sorang (kawan aku cakap macam loser jalan sorang-sorang.. kuang hasammm toii). maklum lah, dah biase kan. dah naik bas ke termeloh nasib baik ada orang nak tukar tempat duduk dengan aku, dapat la aku seat yang single tu. dah nak sampai rumah, kawan aku pun jemputlah. dengan entah macam mana henfon aku boleh tercicir.

aku pun call henfon aku..... dan ada orang angkat.
soalan yang agak senget aku tanya "hello, sape tu?". senget kan soalan aku..? orang tu pun menggelabah tanya "eh, awak sape??". lepas tu, aku pun tersedar dari kesengetan soalan aku, aku cakap, tu henfon aku. dia cakap, henfon aku terjatuh, aku tak perasan pun masa bila. mujur la yang jumpa henfon aku tu jujur, thanks bro.. kalau dia perempuan dah lame aku peluk.

yang jadi masalahnya skang, maybe henfon aku terhentak or pape entah, tetibe pulak henfon makin problem. amboii, jem plak awak ye. aku ni dah la tak mampu nak ganti yang baru.. haishhh.. kat mana la nak cekau henfon lagi nihh.. sapa yang baik hati, belanja henfon satu.. hikhikhikkkk.. *buat muka comel.. blerghhhh (muntah hijau)

balik ni ingat nak buat kek, befday adik aku, tapi tak beli pulak barang-barang. ergghhh!! tak jadi nak buat. nak beli esok ke? esok nak pergi kenduri, dah la kene drive sengsorang. nanti-nanti je la buat..

Wednesday, March 20, 2013

aku sombong

sombong kebiasaan memang sinonim dengan aku. tapi aku?? ade aku kisah..

aku bukan tak kisah orang panggil sombong, tapi mulut orang memang tak boley tutup. bila face to face, baru tau aku sombong ke tak. aku bercerita pasal hal ni bukan ikut suka hati aku je menaip, tapi ni memang pengalaman aku sendiri, ape yang pernah orang bagi tau. kebanyakan kawan-kawan yang mule-mule kenal aku akan ade tanggapan yang aku sombong sebab dorang sendiri bagitau. aku tak marah pun sebab sekurang-kurangnya ada orang jujur dengan kita

maybe aku bukan jenis yang banyak cakap. untuk orang yang tak kenal, memang aku jarang bercakap. aku cume rasa tak selesa nak borak. kalau dengan lelaki aku lagi la susah nak bercakap. aku bukan tak suka lelaki cuma aku tak berapa suka sangat kot nak borak dengan orang lain jantina ni, family aku dikecualikan okey.

mungkin di fesbuk pun aku jarang tegur orang dekat chat. aku sebenarnye agak susah jugak nak mulakan perbualan. tapi kalau tegur aku, aku layan je. tapi jangan anggap aku layan sebab terpaksa, aku layan tu memang aku nak layan la. kebiasaannya aku tegur orang kalau ada kepentingan je la. kalau rajin, ade la tetibe aku borak-borak. tapi kalau lelaki......aku susah nak layan lelaki. so, errrr.. kes macam ni memang aku acuh tak acuh nak layan. hahahaha.. diskriminasi tak? :p
 

Template by BloggerCandy.com