Pages

info untuk mu


Saturday, December 14, 2013


aku tau aku sape

aku memang hodoh

cuma tak bodoh je

tak yah bagitau pun aku dah tau

Sunday, December 1, 2013

cerita beruk dan aku

hari tu, balik dari kerja. ehh?? kerje ke? aku praktikal. kiranya kerja jugak la kan.
balik kerja tu, ada la geng-geng beruk tepi jalan. aku pun terus bukak tingkap kereta, aku sergah beruk tu
tapi kan.. tapi kan.. tapi kan......

pandangan beruk tu kat aku macam.. macam la.
pandangan die macam "ni sape yang beruk?"
mungkin la..
ke perasaan aku je tu? entah..

aku sebenarnye ada pasang angan-angan nak bela beruk ni.
aku pun bagi tau abang aku.
pastu abang aku tanya "kenapa nak bela beruk?"

"sebab dia pandai", jawab aku dengan naif.

"mesti sebab beruk pandai dari awok kan?? hahahahahaha", tambah abang aku dengan kurang hajor sekali.

Monday, November 25, 2013

koleksi gambo aku

alkisahnya bermula...
seingat aku masa ni aku tingkatan 5

member: jimah, aku jumpa gambo kau
aku: kat mane?
member: dalam PC kat ... (mane entah. tak ingat)
aku: apsal gambo aku kat situ?
member: entah. gambo tu macam kau tengah bercakap, siap ada caption "berborak time perhimpunan".

lepas dari tu aku down untuk beberapa hari.
elok pulak gambo aku jadi contoh tak elok. aishhh!!

Thursday, November 21, 2013

miss you baby :'(

berterabur tido budak dua ekor tu. hahahaha
rindunya kat mereka ni.
my omey dan anak-anaknya.
nanti mummy balik tau. sekarang mummy busy.. tsskkkk :'(

Wednesday, November 13, 2013

susahnya nak mintak tolong

hurmmm....
kalau tak dapat tolong bagitau je la
tak payah aku duk menunggu

aarrgghhh!!!
nak nangessss
anybody?? sudi bagi pinjam bahu. sobssss


Thursday, October 24, 2013

bila dalam situasi "hal ni awak sorang je tahu"

B: awak tahu tak, pasal hal ni, awak sorang je tahu. jangan bagitau orang lain tau. janji!
aku: ok, saya janji..

bila aku dalam situasi macam tu, aku terharu. sebab terasa dihargai. maklumlah, jadi orang yang dipercayai.
tapi spoil je rasa bila....

C: weh, awak tahu tak cerita si B ni. blaa..... blaa.... blaaa... pot pet pot pet........

ceh, sebijik cerita yang dia suruh aku jangan bagitahu orang lain tu je.
sempat jugak aku tanya balik...

aku: camne tau?
C: si B bagitahu sendiri kat aku..

ehhhhhhhh???
aku tak tahu dalam sitausi ni dia yang bodoh ke aku yang naif sangat dah janji nak simpan rahsia dia.
nasib la aku ni kategori orang dalam cerita spiderman tu, andai kata aku dalam kereta api yang masa spiderman tak bertopeng tu, aku antara orang yang dipercayai boleh simpan rahsia dia. (statement masuk bakul angkat sendiri ni). tak tahu scene mana ke? cerita spiderman 2, scene yang spiderman tahan kereta api dari nak terjatuh ke dalam ape entah, sungai ke?? entah.. 

haa.. tahu tak? kalau tak tahu, takpe. tak penting pun.
kbai~~

Sunday, October 13, 2013

aku yang tersesat

seronok je rasa bila dapat balik kampung. tapi keseronokan aku terbantut bila aku terpaksa balik kampung sorang-sorang. dengan erti kata lain, aku terpaksa drive kereta sorang-sorang.

petang tu, pukul 5 setengah aku terus gerak. kalau balik kampung aku ni, 3 jam lebih sampai la.

lepas dari tol ada jalan terus dan susur kanan. aku mula konpius. aku ni memang ada masalah nak mengingat jalan. lepastu aku dengan yakin ikut susur kanan. perasaan mula tak sedap hati sebab dah masuk highway, bukan senang nak patah balik. dah la duit aku memang cukup-cukup untuk bayar tol je.

makin lama makin tak sedap hati. aku call adik aku, Ayie sebab dia dah biasa dengan jalan area situ. dan.. jeng... jeng.. jeng.. lepas tu sebenarnya jalan terus, bukan susur kanan. tapi aku tak bagitau lagi aku salah jalan. aku pun buat-buat cool dan berharap moga cepat la jumpa penamat tol tu dan dapat patah balik. makin lama makin jauh. aku mula gelebah tak hingat. aku call balik adik aku, aku cakap aku salah masuk highway. rupanya aku dah jauh tersasar, adik aku bagi arahan sampai la aku dapat keluar tol.

tapi memang jauh gila tol nye. tambah gelabah bila dengan tetiba hujan turun. dah lah jalan memang gelap, tambah pulak hujan.

disebabkan duit aku ngam-ngam aku terpaksa cari duit tambahan untuk minyak dan tol lagi satu. waaa.. masalah betul la Malaysia ni ada tol. dah la mahal. aku terpikir-pikir manusia yang terdekat dengan mesin ATM yang boleh masukkan duit waktu tu jugak sebab aku memang dah kategori pokai.

aku pun try contact sesiapa dan berharap dapat tolong time aku memang tengah terdesak ni.

lepas je jumpa tol, aku patah balik. then adik aku bagi arahan untuk ke temerloh pulak. masa tu memang berapa kali aku singgah RnR, stesen minyak cari mesin ATM berharap dah ada orang masukkan duit.

aku singgah kat stesen minyak terakhir untuk tengok lagi duit dalam bank sebab tu je mesin ATM yang aku jumpa. tapi hampa. boleh dikatakan aku memang terkandas dekat highway time tu. aku pun tunggu punya tunggu. tak lama lepas tu elok je geng-geng mat moto parking sebelah kereta aku. ramai pulak tu. aku nak keluar kereta pun terpikir sepoloh, doploh kali, nak keluar ke tak.

makin lama macam takde tanda-tanda mat-mat motor tu nak blah, aku pun blah sebab masa tu memang dah lewat malam.

memang duit aku ngam-ngam untuk tol balik je. yang lain aku terpaksa pasrah. aku banyak-banyak berdoa sebab aku tak dapat nak isi minyak. duit tak cukup.. tsskkk..

masa tu Ayie kejap-kejap call aku, kejap mesej aku tanya kat mana. sampai tol Temerloh aku mesej Ayie. kiranya aku dah selamat dah tu sebab lepastu aku dah tau jalan. cuma jarak tol tu dari rumah aku sejam lagi. lepas tu Ayie cakap, dah sampai rumah bagitau dia.

Alhamdulillah, aku selamat sampai. rasa gelabah, penat, nak meraung makin hilang bila Ayie caring macam tu. terharu.. sobssss

Wednesday, October 2, 2013

errmmmm....

dah lama rasanya tak berblogging nih..
sampai tajuk pun tak tahu nak buat apa..

dekat sini aku cuma nak bercerita yang...
cerita apa ehh?
takde cerita kot.

aku cuma teringin sangat nak buat bungee jumping
sangat-sangat teringin.....
rasa macam dah lama sangat tak join aktiviti lasak ni.
last aku join bulan 5, ke bulan 4..
errr.. lama jugak la tu kan walaupun tu baru beberapa bulan berlalu..
ngee ^^


lepas tu, aku cuma nak bagi tau yang....
.
.
.
.
.
.


kbai..

Monday, September 2, 2013

2 september

#1
untuk hari ni, aku praktikal untuk hari yang pertama. semua berjalan lancar. hoorayy!!
hari ni, lepas briefing pasal praktikal segala bagai, kitorg kena dengar seminar sekejap. pastu ada tunjuk satu video yang mengisahkan abang dengan adik terpaksa kongsi baju dan kasut sekolah sebab miskin. sedih woo.. dengan tak sengaja aku termenangis dalam dewan tu. emosi terlebih. amende la Jimah ni. over uollss..

#2
peristiwa penting, hari jadi emak aku hari ni. aku wish dalam telepon je mampu. maklumlah, jauh dari rumah. sebak sikit. emosi la aku. tu yang over termenangis tu. huhu..
so, aku nak tujukan lagu kat bawah ni untuk emak aku, tajuk lagu Dear Mom by Girl Generation. mood tengah rindu emak memang meleleh air mata bila dengor. aku sekalikan dengan lirik dia. memang akan teremo lebih nanti.
kbai.. nak layan emosi dulu..



I’m feeling tired today
Left alone in the room hugging a pillow
Touching my phone distracted my mind
It’s lonely to eat tonight

Suddenly, i was frightened by the ringing phone
my mom’s worried voice asked if i’ve eaten
these words annoyed me but today it’s different
The forgotten promises are remembered

I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

Though I’ve made hurtful wrong choices
You silently watched over me from behind
But now I think more than an innocent child
The meaning of mom’s silent prayers

I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

What will i do, yet my heart is small
Can I do better without holding mother’s hand

I’m afraid that it will still lack
I’ll be a wise daughter of my mom (Give me the courage)
I will be a proud daughter no matter where I go (You’ve been there for me)
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I’ll show endless love
I’ll have a warm heart
I’m shy to express to mom

That I really love my mom


Wednesday, August 21, 2013

pizza (resepi lanun ranggi)

pizza ni aku ikut dari blog lanun ranggi.. jenguk la blog dia
simple je caranya. korang try la

topping aku letak ikan sadin yang dihancurkan + mayonis + sos barbeque + sos salad thousand island + bawang besar potong dadu
letak sosej
pastu aku taburkan serbuk keju apa entah. aku rembat dalam peti sejuk

sedap wooo.. 

toppingnya melimpah ruah ke ladang gandum pulak.. hiks ^^

jom kita makan pizza tanpa perlu ke pizza hut ~~

Monday, August 19, 2013

mencari durian dalam rabun

Alhamdulillah...
kat rumah aku sekarang musim durian. nak makan durian datang la rumah. ngeee ^^

biasanya pagi-pagi buta, takde la buta sangat. dalam-dalam pukul 7, aku akan ke belakang rumah. ni semenjak musim durian. aku kutip durian. bila bangun tidur aku memang tak suka pakai cermin mata walaupun aku ni seorang pencermin mata yang tegar. err.. pencermin?? pape je la. sebab aku tak suka pakai spek tu aku tak pasti tapi ni memang habit aku dari dulu lagi.

ok, sambung balik. jadi, dalam keadaan rabun aku merayap belakang rumah. gigih jugak la. pukul 7 bukan terang sangat pun. hampir jugak la satu hari tu aku nak tersepak durian. mujur aku perasan. tapi masa aku lalu situ sebenarnya dah kali kedua. kali pertama lalu aku tak perasan.

sekian, inilah cerita mencari durian dalam rabun
terima kasih..
tepuk tangan... yeyyyy!!

Friday, August 16, 2013

tart cheese blueberry

nyum.. nyum..
tart ni aku ikut resepi dari blog masam manis
ikut je resepi akak Ita, jangan risau, menjadi punya
tengok aku buat, menjadi..
cuma tak la secomel kak Ita buat. hhuhuhuhu



Tuesday, August 6, 2013

iftar dengan kengkawan

hari tu aku berbuka dengan kawan-kawan aku. dua hari lepas. seronoknya tapi kami tak cukup orang sebab ada yang busy. kami 4 orang je berbuka sama.

lepas berbuka tu jalan-jalan kat ekspo dengan mida (baju hijau), nysah dan zira. gambar ni aku kidnap dari instagram nysah (tudung purple)


lepas tu kitorang tidur kat homestay family nysah. malam tu kami borak-borak lagi. lepas tu masing-masing dah nak tidur. mida pulak still lagi tengok tv. mula-mula aku join dia tapi mata aku dah ngantuk sangat. penangan dari ubat batuk mungkin. masa aku mamai tu aku dengar mida bebel tapi aku tak paham butir. yang aku dengar bila lama aku takde respon, mida cakap "laaa.. tido dah.." lepas tu aku dah terlelap.

sahur tu aku serba salah nak makan ubat batuk ke tak sebab pagi tu aku nak drive balik rumah. terpaksa la aku ignore ubat batuk. tsskkkk....

Friday, August 2, 2013

resepi almond london

***ni adalah percubaan pertama aku

nampak huduh je.. hahahaha

walaupun almond london aku tu nampak huduh, tapi biskut dia sedap. rasa cam rangup sikit. macam statement masuk bakul angkat sendiri pulak. tapi series ni, tak tipu. 

resepi ni dari blogger ruhayurazali dan dapur digital.
dan dari besfren saya izyan nadzri dan nazurah azmi serta nasihat dari sepupu aku.

maka terciptalah resepi ni yang aku bahagi dua. maklumlah, cubaan pertama tak boleh banyak-banyak *gigih aku bahagi dalam bentuk lazim

Bahan-bahan
125g mentega
62.5g gula icing
1/4 cornflake (hancurkan)
100g tepung jagung
150g tepung naik sendiri
kacang badam secukupnya (digoreng tanpa minyak)
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur - ambik kuning je. yang putih boleh buat telur goreng yang takde mata kerbau
Coklat masakan 
papercup

cara-cara
  1. putar mentega dengan gula sampai kembang. masukkan esen vanila
  2. masukkan cornflake dan putar sekejap sampai sebati
  3. masukkan tepung jagung pastu gaul rata. pastu letak telur
  4. masukkan tepung naik sendiri sikit-sikit tambah kalau perlu. ulikan beliau sampai tak melekat kat jari
  5. biarkan doh tu ditutup dengan kitchen towel lembab selama 15 minit
  6. bentukkan doh tu bujur/bulat (ikut tekak anda) dalam saiz telur burung puyuh pun ok. sambil gentel tengok la runningmen kejap. takde la bosan nanti. *in case kena buat sorang-sorang macam aku
  7. bakar pada suhu 170'c dalam 15-20 minit
  8. last sekali, panaskan coklat dengan cara double boiling.
  9. hiaskan topping ikut kepakaran dan kreatif masing-masing.
DONE!
boleh la melantak time raya nanti ^^

Monday, July 22, 2013

aku kena BLOCK kat FB

mesti ada yang terpikir "kau ni ada berapa ramai musuh?" "memang ada orang benci kau?" "sedar diri sikit dengan perangai kau tu"

macam mana ayat tu boleh terlintas kat kepala aku? ini adalah luahan kenalan aku dekat facebook. dia cakap apasal orang suka meroyan bila kena block. dorang tak perasan ke ada orang benci dia, sebab tu kena block.

berbalik aku kena block, ceritanya bermula masa ni musim PRU. jadi orang-orang post pasal politik la. takkan nak post pasal musim main layang-layang atau musim durian. pastu, terdapat seorang manusia yang menyampah sangat dengan orang duk post pasal politik. dia pun dengan rela hati meluahkan menyampah dia tu kat FB, aku pun dengan gatal-gatal komen "unfren suda. include me. i'm ok ~~~". sedangkan hakikat yang sebenar aku bukanlah orang yang terlalu taksub duk post macam-macam pasal politik. aku cuma tengok-tengok orang post. dan TARAAAA.. budak tu block aku terus. macam mana aku tahu? nak cerita panjang pulak tapi yang pasti aku tahu aku kena block.

kesimpulannya? errmm.. lantak la orang nak cakap apa. sebab masing-masing ada pandangan sendiri.

errmm.. kalau ada yang block aku atas sebab lain ke.. errr... tu memang benci la kot. nak buat macam mana.

sekian, maceh ^^

Wednesday, July 17, 2013

jambanku rumahku, jambanmu rumahmu

ape ke tak senonoh benor tajuknye.
orang temerloh cakap 'habat' yang sama erti dengan tak senonoh, pengotor dan yang seangkatan dengannya.

cerita ni berlaku masa aku kecik lagi, entah umur berapa tak ingat la. tapi masa ni memang kerjanya nak main kahwin-kahwin, cuit duduk, cuit buaya, panjat pokok, lumba basikal, nyorok-nyorok dan entah banyak la lagi. tak termampu nak list.

yang paling best, main pondok-pondok. aku tinggal kat Felda. rumah Felda yang asal, rumah kayu. jamban pulak kat luar, kena menapak dalam 6 7 tapak la jugak. kalau malam-malam kalau terasa nak membuang tu sanggup tahan la sebab belakang rumah ada pokok-pokok getah, takut kena cekik dengan hantu. budak kecik punya pemikiran. hahaha

boleh tahan panjang intro aku. besfren aku, Syana yang kitorang memang rapat dari kecik lagi. buktinya kitorang pernah bergambar sama masa umur dalam 2, 3 tahun. dan besfren sampai la saat ini. masa main pondok-pondok kami jadikan jamban sebagai rumah kitorang. owh, ya, rumah kami sebelah menyebelah. kiranya di sini, jamban aku jadi rumah aku, jamban rumah Syana jadi rumah dia.

boleh tahan tak senonoh jugak kitorang time tu. ni dalam situasi main pondok-pondok, aku ziarah 'rumah' Syana. time tu dia tengah memasak. dia tibai senduk mak dia. entah macam mana senduk tu boleh jatuh dalam lubang jamban. tapi cerita seterusnya aku dah tak ingat macam mana. agak ngeri bunyinya di situ. hiks!

Wednesday, July 10, 2013

sahur pertama Ramadhan 2013

sahur kat rumah dengan keluarga.
cewah, macam dah bersuami ber-anak pulak
bersahur dengan, emak dengan adik-beradik cuma tanpa ayah.

lepas sahur, aku pun menghabiskan sisa sahur dengan masih lagi duduk kat meja makan tapi minum air je dan baca novel. melambatkan sahur kan bagus.

tetiba je abang aku "awok tak nak tidur kan?"

"kenapa?"

"teman abang kejap pergi kedai mara, pegang benda tu nanti"

"ermm.. ok".
ceh, aku baru je nak menghabiskan sisa sahur ni.
aku pun bersiap apa yang patut.

dah siap tu aku terus masuk kereta. radio dah on, aku kuatkan sikit volume. abang aku pulak gigih masukkan khemah yang dilipat dalam kereta, yang dia cakap 'benda tu' tadi. abang aku tak mintak tolong masukkan dalam kereta pun benda tu, so aku buat tak tahu je la.

dia dah siap, dia masuk dalam kereta, dia turunkan sikit cermin kereta.
"bukak sikit", tetibe abang aku bagi arahan.

"owh, ok". aku kuatkan sikit lagi volume radio.
eh, jap. bukak sikit?? aku kuatkan volume?? perkaitan??

loadinggggg.... 3 saat......

"owhh. ok". lagi sekali dialog yang sama dari mulut aku. aku turunkan cermin sikit.

abang aku diam je dengan kelembbbbbb*** aku tu. dah biasa dah. hahaha

sesampai je kedai, dia turunkan khemah. baru teringat dia pernah bagitau nak jual air soya time bulan puasa. dia berjual dengan kezen.

nilah cerita yang tak berapa best untuk sahur pertama aku.

Selamat Berpuasa untuk semua orang Islam. 

Tuesday, July 2, 2013

Sem terakhir di UiTM

Sodehhh!! Sobsssss

Ni adalah sem terakhir aku kat UiTM di hatiku ni. Memang sedih. Disebabkan hari terakhir, aku pun lepak-lepak dengan member-member. Salam salam laga pipi yang perempuan normal selalu buat la senang cerita.

Kat sini lah macam-macam kenangan. Pahit, manis, masam, masin. Semua ada la.

Teringat masa mula-mula daftar masuk uitm. Kawan-kawan aku sibuk nak flashback macam mana kenal aku. Untuk kos ni, aku sorang je. Member yang sama sekolah tercampak ke kos lain. Disebabkan aku yang pendiam dan tak mudah bergaul ni dorang ajak aku masuk dalam geng dorang yang kepoh. Mula-mula diorang ingat aku sombong, dorang cakap. Tapi ambik masa la untuk aku mesra. Selalu dorang borak-borak aku akan duduk belakang-belakang, banyak diam dan gelak bila perlu je. Kelakar bila dorang cerita balik. 

Untuk malam terakhir tu, borak macam-macam dengan member-member. Pastu pertama kali aku tunjuk video yang aku dengan kawan-kawan menari masa family day untuk kos aku kat roommate. Aku tak pernah tunjuk kat dia video tu sebab aku salah step. Hahahahaha. Malu kot. Tapi kenangan. Seronok bila ingat balik. Kami kos library tetiba menari pulak. Tak ke pelik?

Dah takde hari-hari aku yang asyik langgar bucu katil. Takpun terantuk lutut kat meja study. Takpun tersadung kaki kat kerusi budak sebilik (yang ni kerap. Penat aku asyik nak cakap ‘sorry’ je kat dia). Paling sadis kepala aku terhantuk kat katil sampai membuatkan katil bergegar yang mengejutkan roommate tengah tidor (yang ni lagi kerap). Takpun kaki aku tersepit kat pintu time aku tengah tutup pintu or barang terjatuh kat kaki. Berjalan macam zombie sebab tak cukup tidur sampai selalu konpius rumah aku kat mana. Kata kawan aku, aku ni clumsy.

Kata kawan aku, kalau aku bangun tidur dalam keadaan tersenyum dan banyak cakap, tu biasanya ada benda tak kena la tu. Tapi kalau aku bangun dengan muka nak cari gaduh dan diam je, tu kompem memang aku. Tapi dorang tak tahu, sebenarnya bila aku bangun tidur pastu aku ngadap cermin, aku akan senyum kat diri sendiri. Cara aku nak ceriakan diri sendiri. kata orang, bahagiakan diri sendiri dulu, baru bahagiakan orang. Ececehhh..


Nak kata officially last sem tu tak la sangat. Lepas ni aku praktikal. Pastu berdoa moga-moga takde paper repeat. Lepas tu baru la bergelar graduan sarjana muda. Tazzabarrrr……..!!!!!

Friday, June 21, 2013

awak Islam ke?

masa ni tengah cuti. dan namalah cuti kan, jadi aku rehatkan minda tanpa buat apa-apa. henfon pulak aku akan letakkan jauh dari jangkauan tangan dan mata.

tapi hari tu kebetulan pulak henfon dekat dengan jangkauan mata dan telinga. ada orang call nombor maxis aku. tapi nombor pejabat. nombor maxis aku ni aku tak pernah letak kat mana-mana urusan rasmi. aku syak orang ni salah nombor.

aku pun angkat. "hello?"

"hello, boleh saya bercakap dengan encik blaaa blaaa".
aku tak ingat namanya dan yang pasti memang nama yang aku first time dengar. jadi memang salah nombor la.

so, aku pun jawab "salah nombor ni".

"owh.. ni bukan encik blaa.. bla..?"

"bukan"

"owh. yeke. salah nombor la ni. awak Islam ke?"

"ye". dahi aku berkerut sikit.

"ok, tak pe lah. assalamualaikum".

"waalaikumussalam"

talian dimatikan.

jarang aku jumpa situasi macam ni, bukan jarang la, tapi tak pernah.
paling sopan kalau aku salah nombor, biasa aku cakap "minta maaf, salah nombor" - then terus letak.

malu sekejap dengan diri sendiri.

Friday, June 14, 2013

hadiah hari jadi aku yang tak dijangka

baru-baru ni hari jadi aku, aku dapat hadiah dari orang yang tak dijangka
suprise!!

tapi bukan la dari orang spesyel, cuma dari orang yang aku tak rapat sangat
cuma tak sangka pulak
selalu orang rapat-rapat je bagi hadiah
dia ni sekelas dengan aku
al-kisahnya bermula, dalam kelas dia duduk kat meja belakang aku
then, dia borak-borak dengan Syida yang duduk sebelah aku
dengan tidak semena-mena dia tanya Syida..
"eh, sebelah kau tu sapa?"
maksudnya di sini, dia tak perasan aku langsung. 

aku pun toleh ke arah dia dan aku buat ayat tacing dengan muka ala-ala kucing mintak whiskes
"kak Ira, sampai hati tak kenal saya"

Syida pun dengan girang keluarkan statement
"kak Ira, hari ni befday jimah la. "

"owh, yeke. sorry, tak perasan. nanti akak bagi hadiah ye"
mungkin dia serba salah kot buat statement tak kenal aku tu. hihihi

dan
TARAAA!!

ni la hadiahnya, handmade keychain angry bird


terima kasih kak Ira.
tau-tau je henpon aku ni dah lama tak pakai aksesori
tak kisah la orang cakap keychain je?
dah orang bagi, kita terima seikhlas hati
aku simpan semua hadiah orang bagi kat aku walaupun sesetengah hadiah aku ada terpalit kenangan pahit

jadi, semua orang harus amalkan sikap HARGAI. okeh~
tak susah, tak kena bayar cukai pun pakai sikap tu

Thursday, June 6, 2013

NOVEL 9

Erti Mat Saleh

kuliah pertama selepas beberapa hari cuti terasa lemah longlai kaki melangkah ke kelas. mood cuti masih lagi  terasa. sampai sahaja aku di kelas, aku terus ambil tempat di meja yang tidak begitu depan dan tidak begitu belakang. tetapi tidak pula begitu tengah. kebiasaannya aku duduk paling hujung-hujung meja disebabkan perangai aku yang malas sangat nak berborak waktu pagi hari.

kelas bermula seperti biasa. pensyarah mulakan pembelajaran selepas ambil kedatangan pelajar. 

dan seperti biasa, lokasi aku dalam kelas sebelah sahabat aku yang kami berkawan sejak dari aku menjejakkan kaki ke tempat keramat ini, iaitu Yana.

ketika itu, pensyarah sedang mengajar.
"pssttt.. psstttt", Yana mula memanggilku. 
aku respon menggunakan bahasa isyarat dengan mengangkat kening bermaksud "haaa. kau dah kenapa pssttt pssttt aku?"

"kau tengok ni. nama ni macam lagu tu". 
Yana tunjuk satu perkataan yang agak sama dengan tajuk lagu rap popular dalam nota subjek kelas tersebut. aku tengok dia mula menyanyi kecil sambil mengangguk kepala perlahan-lahan. barangkali menyanyi lagu tersebut. 

"kau pernah tak tengok muka rapper dalam lagu ni?" 
Yana memulakan perbualan bila dia mula malas hendak fokus dalam kelas. 
aku menggeleng.

"muka dia macam mat saleh", Yana menyambung tapi mula ketawa seorang diri. entah apa yang lucu aku pun tak tahu.

hurmm.. aku memandang kosong pensyarah yang membebel sudah sejam lamanya. macam mat saleh? adakah semat saleh Zain Saidin? hidung mancung? muka ala-ala pelancong asing yang selalu ke hulu ke hilir dengan beg sandang belakang? 

"muka dia macam mana?". aku malas nak fikir. kalau aku fikir lebih-lebih nanti ke laut mana entah imaginasi aku.

"kulit dia gelap. bibir tebal".
"yang tu kau cakap mat saleh? tu negr.....". ketawa aku hampir pecah. tetapi aku tahan kerana pensyarah mula mengesyaki kami mula hilang fokus. 

"tak sampai hati nak cakap negro. dia mat saleh kulit gelap la lebih kurang", jawab Yana sambil tersengih-sengih. 

aduhai Yana. aku ingat mat saleh macam Eminem ke, Zain Saidin ke. rupa-rupanya macam Jay-Z. kami mula fokus kerana pensyarah mula merenung kami dengan tajam. aku kira kalau zaman sekolah memang dah kena baling kapur. atau mungkin didenda jalan itik atau keliling sekolah sambil pikul kerusi. denda-denda yang pernah aku kena zaman sekolah.

OK. berbalik kepada topik mat saleh. dalam kamus hidup aku, mat saleh bermaksud orang luar negara yang berkulit putih berhidung mancung yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. aku tak tahu pula kalau mat saleh lain dalam kamus hidup orang lain. mungkin dalam kamus hidup Yana erti mat saleh luas maksudnya. menjangkau pemikiran aku pula tu. 

Tuesday, May 28, 2013

Segmen Chomell CUTI SEKOLAH :D


aku join segmen ni sempena cuti sekolah walaupun aku bukan tengah cuti sekolah. hihi

1) Ada nama timangan tak? Yang masa kecik-kecik orang bagi? Kalau ya, apa?
emak cakap masa kecik panggil 'adik' sebab time tu takde adik lagi
sekarang dah ada tiga orang adik
panggil 'angah'
tapi besar-besar banyak nama timangan
tak tanye kan?
takpe, saya tak jawab

2) Warna paling benci?
takde

3) Lagu yang paling digemari? Yang latest. 
JUDIKA - setengah mati merindu

4) Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first yang terfikir nak beli?
nak beli top up boleh?
lepas tu
buku..buku..buku..
tapi dengan syarat bukan buku akedemik
hihihi

5) Time bosan buat apa?
tidoooozzzzz

6) Subjek paling pro?
bahasa Malaysia kot sebab dari UPSR sampai STPM score A
tapi suka matematik lebih sikit

DONE!
time kaceh strawbery vampire buat segmen ni.

Sunday, May 26, 2013

petua bakal pengantin: time nak kawen jangan buat banner letak muka sendiri dan bakal pengantin

fuhhh!
panjang benor tajuk post ni.

idea ni aku dapat masa lepak dengan member aku.
bermulalah cerita di mana ada sebuah kenduri yang member aku tak pergi. aku tanya la kenape tak pergi kenduri kawen si polan tu.

jawabnya "aku dah tengok muka bakal suaminya kat banner".
bila dipikirkan memang logik. kebiasaannya orang pergi kenduri sebab nak tengok siapa pasangan orang yang kawen selain dari menziarah sahabat yang dah lama tak jumpa dan lunch secara percuma. tapi kalau letak gambar dorang dekat banner yang ditegakkan di setiap simpang jalan, kira dah tengok la tu.

jadi, bermula hari tu aku mula memasang niat, aku tak nak letak muka aku dengan future hubby dekat banner masa nak kawen nanti. nanti ada makhluk yang perangai sebijik macam member aku tu taknak pulak datang. itupun kalau aku sempat kawen la. insya Allah.

Saturday, May 25, 2013

hari ini dalam sejarah #throwback

apa yang berlaku hari ni jadi sejarah. semalam pun sejarah. semalam yang kepada semalam pun sama. takkan terulang kejadian yang sama sebijik-sebijik.

hari ni aku balik kampung. yeayy. nak dijadikan cerita, aku balik hari ni, hari ni jugak aku beli tiket. nasib aku baik, Allah permudahkan urusan aku, Alhamdulillah. tiket tinggal satu je dan akulah insan bertuah yang dapat beli tiket tu.

lepas subuh, aku terus cabut dan tunggu bas. mujur tak lame tunggu bas, kalau tak kematu bontot jadinya. sampai terminal, aku dapat tiket pukul 9. seronoknya. tak sabar nak balik. tak sabar nak main game candy crush. memang dari semalam, dalam kepala aku candy crush je. hahahaha. macam mane aku boleh terlibat dalam game tu, kawan aku asyik cakap pasal tu je, aku pun main la. lepastu mula ketagih.

berbekalkan roti inti kelape 70 sen, aku buat brekpes. lepas borak dengan orang yang aku kenal, aku dah tak tahu nak buat apa. orang sebelah kanan main cari perkataan. sebelah kiri baca buku. sebelah belakang, berborak bukan main sebatu kuatnya suara. bengkak je hati ni.

aku pulak tak buat apa-apa. bukan takde buku nak dibaca, ada je dalam beg sandang aku ni. cuma aku memilih untuk tak buat apa-apa. aku just termenung, pandang langit, perati orang sekeliling, tengok burung terbang, tengok kereta. nampak tenang je aku. tapi dalam kepala otak, sampai jem rasanya macam-mcam mende dok pikir. entah-entah ada yang dah eksiden.

sampai je Temerloh dalam pukul 12, abang aku jemput. aku ingat petang nak lepak rumah member. entah macam mana aku terlajak tidur sampai pukul 6 lebih, dah tak jadi nak pergi rumah member.

semuanya hari ni dalam sejarah. masa yang memang tak boleh diundur.

Friday, May 24, 2013

MALAM FIESTA ISLAM

hari ini, di saat aku kesorangan.. cewahh.. macam sedih benor.
hari ni kawan ade yang dah balik kampung, al-maklumlah, dah cuti gawai. ade yang pergi discussion, ade yang ade meeting. aku je yang takde buat ape-ape. sengaja tak membusykan diri.

lepas makan dengan sahabat aku, cik Sabariah atau name manjenye Bee bee (nama lebah gitu), aku terus naik bilik. Bee bee pulak ade discussion bahasa Jepun katenye.

hari ini ada program Malam Fiesta Islam. tu malam penutup untuk program Minggu Ekspresi Mahasiswa, jadinya malam spesyel la. majlisnye berlangsung betul-betul depan rumah aku kat kolej. mula-mula terpikir jugak, nak turun ke tak? aku sorang-sorang je ni. bak kata kawan-kawan aku, kalau sorang-sorang biasanya macam looser. ceh!

aku pun pikir masak-masak, aku turun la pergi tengok program tu. dan program tu sangat best. majlis tu simple. berlantaikan jalan tar tapi dialas dengan tikar dan berbumbungkan langit dan bulan terang. situasi biasa bagi kami sebab kampus kami kecil. tak punya dewan beraircond yang besar. jadi program sebegini memang acapkali aku tengok berbumbungkan langit.

permulaan majlis dorang mulakan dengan asma ul-husna. program ni dah berlangsung seminggu, jadinya banyak la pertandingan dorang anjurkan contoh buat video, bersajak, pantun dalam tulisan jawi, futsal dan macam-macam lagi.

antara aktiviti malam tu adalah ada bersajak dari pemenang, berqasidah, tayangan video pemenang, tak lupa juga ada nasyid dari sorang lecturer fakulti aku. perghhh! tak sangka aku. rupanya beliau penyanyi nasyid, ditambah pulak dengan pakej kehensemannya, memang cair bagi para gadis. tapi aku dengar cerita dia dah kawen. entah betul ke idok?

aktiviti yang paling menarik adalah sesi soal jawab antara ustaz dan student non-muslim. sesi ni bagi aku sangat best sebab mula-mula dengar tajuk macam kontrovesi je kan. tapi sesi ni berjalan lancar tanpa menyentuh sensitiviti agama masing-masing.

pengakhiran majlis, dorang tamatkan dengan selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w..

Wednesday, May 15, 2013

NOVEL 8

suatu hari aku masuk kedai jual tudung. dengan tidak semena-mena datang seorang pekerja kedai itu dan menanyakan soalan cepumas kepadaku.

"ye dik, nak cari apa?"

aku memandangnya dengan muka berkerut dan tersenyum. kemudian aku gelengkan kepala perlahan-lahan.
perlukah aku jawab sebenarnya masuk kedai tudung kerana hendak membeli kuali?

setelah beberapa minit dalam kedai tersebut aku keluar tanpa membeli apa-apa tudung.
aku ternampak sebuah kedai menjual kasut, baju kurung, baju kemeja, tudung dan bermacam-macam aksesori wanita. tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke kedai tersebut.

sama seperti situasi sebelumnya, datang seorang pekerja kepadaku dan menanyakan soalan yang sama seperti pekerja jual tudung tadi.

baru logik tanya aku nak cari apa, kataku di dalam hati.

"nak cari tudung", balasku pendek.
pekerja tersebut menganggukkan kepalanya sambil tunjuk bahagian tudung-tudung dengan ibu jarinya.

"cantik jugak tudung ni. kaler pun ngam dengan baju aku nak pergi dinner tu. tapi.......", aku mengomel seorang diri sambil menjeling ke arah belakang aku.
tapi.....
kenapa pekerja ini rapat sangat ekori aku. kalau kereta memang kemalangan bila break kecemasan. bak  kata orang tidak menjaga jarak. kalau orang yang membontoti kita secara rapat, semestinya timbul perasaan tidak selesa.

aku pun memandangnya dengan tersengih-sengih. dia juga begitu.
beberapa minit kemudian, aku keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa juga.

"lapar la. asyik berjalan je. sudah la tak beli apa-apa", aku mengomel seorang diri.
laju aku menapak ke kedai makan pula.
sampai sahaja di kedai makan, aku tertarik dengan satu masakan. tengok memang terliur. tertanya-tanya dalam hati, ayam masak apakah ini?
lalu aku memanggil pekerja yang berdiri berdekatan dengan aku.

"kak, ni apa?" sambil aku tunjukkan ke arah masakan yang aku berkenan itu.
"ni ayam", jawabnya ringkas.

eh, dia ni. buat lawak ke? terang lagi bersuluh masakan itu ayam sebab ada peha ayam, kepak ayam, dan leher ayam. mustahil itu kambing, meskipun ketam. muka aku memang nampak orang baru belajar mengenali ayam ke?

"yela kak. saya tahu ni ayam. ni ayam masak apa?" aku mula berang tetapi aku masih lagi boleh bersabar.
"hehehe.. saya tak tahu. saya baru kerja kat sini", jawabnya sambil tersengih-sengih.

aku menganggukkan kepala dan terus berpura-pura usha masakan lain pula. perlahan-lahan, aku terus menapak keluar dari kedai makan tersebut.

argghh! banyak perkara aku hendak buat tetapi semuanya hancur. mood aku yang hancur. mat saleh cakap spoil mood.

rasanya mereka kena belajar etika macam mana hendak menjual. baru pelanggan selesa.

****

Friday, May 10, 2013

NOVEL 6

aku cantik

hari itu aku berjalan seorang diri pusing fakulti. kawan-kawanku sibuk menguruskan urusan duniawi. lalu, aku singgah ke perpustakaan. mentelaah buku ke aku? oh, tidak sama sekali. cuaca hari itu agak panas. jadi, di perpustakaanlah tempat paling bagus untuk menyejukkan diri. perpustakaan di kampus aku sejukknya macam dalam peti ais.

aku ternampak kelibat rakanku, Wati di bilik komputer. dia melayari internet mungkin. laju aku menapak ke arahnya. alang-alang dapat juga aku berbual kosong. mungkin gosip politik.

"oiitt. kau buat apa kat sini?", sergahku.
terbuntang matanya memandangku. terkejut mungkin. maklumlah, dia sedang melayari facebook. laman facebook adalah laman yang diharamkan untuk di layari dalam bilik komputer itu.

"aku ingat librarian tadi. kau ni, bagi la salam dulu", Wati mengomel sambil menaip komen di salah satu gambar seorang lelaki mukanya ala-ala Aaron Aziz.

aku mula bercerita tentang aku terjumpa anak kucing comel sepanjang perjalanan aku ke perpustakaan. nampaknya Wati tidak melayani aku sedang berceloteh.

kurang asam Wati

sedang aku bercerita dengan Wati walaupun tidak dilayan, Nady menegurku. entah bila dia masuk ke bilik itu aku pun tidak perasan.
"eh, Jimah. dah lama tak jumpa. tak perasan tadi sebab sekarang dah cantik", katanya sambil menghulurkan tangan padaku.
aku menyambut salamnya dengan muka terpaku. Nady yang aku kenali sangat susah hendak meluahkan kecantikan orang. dia anak orang kaya yang sangat suka make up, shopping, makan tempat mewah. rakan-rakannya hanyalah manusia yang lahir dari keluarga kaya-kaya. dia juga sangat mementingkan reputasi kecantikannya. memang aku tidak pernah dengar dia puji sesiapa pun.

aku tidak mampu membalas tegurnya. aku cuma tersenyum.
"eh, betul ni. kau memang cantik", tegasnya lagi. kali ini dia dengan bersungguh-sungguh memujiku.
aku terasa seperti badanku menerawang di udara. terasa sunyi di sekelilingku.

tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil berkali-kali. keras suaranya.
"Jimah! Jimah!".
aku nampak Wati sedang masukkan bukunya ke dalam beg.

"wei, bangun la. kau ni, dah habis kelas dah. asyik tidur je kerjanya. kau tau tak, tiga jam kau tidur dalam kelas En.Isnin. En. Isnin dah keluar dah tu", Wati mula membebel seperti ibu membebel kepada anaknya yang pemalas.

"eh, kau nampak Nady tak?". mataku mula melilau.
"Nady apanya? sejak bila dia sekelas dengan kita. kau ingat anak orang kaya tu nak bercakap dengan kita ni. ishh.. kau ni", Wati menjawab dengan garang. dia begitu sensitif dengan si Nady.

tadi mimpi ke? mati-mati aku ingat si Nady puji aku, hurmmm....

****


Tuesday, May 7, 2013

emergency calls only

untuk hari ni, no Celcom asyik emergency calls je. nak tepon adik aku nak gosip sikit-sikit pun tak boley. tapi dari pagi sampai ke petang. sakit pulak hati kite..

kenape eyy?? takde notis pape pun.
kawan aku pun duk ngadu call aku masuk voice mail..

tapi aku nak call adik aku ni. boleh tak aku buat panggilan kecemasan tu, aku cakap kat dorang tolong sambungkan panggilan aku ke adik aku. herrmmm.. agak-agak dorang hangin tak ?? o.O

pengubahsuaian NOVEL

ape yang ubah?
tajuk post. kalau ada yang perasan la. errr.. itu pun kalau ade yang baca
errr.. ade orang bace tak?

kriikkk..krikkk..kkrriikkkkk.. *bunyi cengkerik

ok, abaikan cengkerik tu. tak kisah la ade bace ke tak sebab aku nak cerita jugak. hahaha
kalau dulu untuk tajuk NOVEL aku ni aku letak 'bahagian 1' 2 3 bla.. bla..
tapi bila aku buat macam tu NOVEL aku ni macam bersambung-sambung pulak, padahal tak pun. so, aku ubah la setiap tajuk post jadi "NOVEL 1" "NOVEL 2" dan blaa.. bla.. blaaa..

errmm.. rase dah ok kot tajuk macam tu. err.. any suggestion?

kriikkk.. kriikkk.. krriikkk *bunyi cengkerik lagi

Friday, May 3, 2013

simkad percuma di KL Sentral

selalu aku dengar cerita orang je. kesahihannye aku memang tak pasti. cerita orang, jangan ambil simkad yang orang cakap percuma. terutama yang tetiba bagi kat tengah jalan. ceritanya lagi, baru je gune simkad percuma tu nanti sampai kat rumah bil telefon sampai beratus-ratus.

aku selalu naik monorail kat KL Sentral kalau nak balik kampung. destinasi aku ke terminal Pekeliling. memang selalu nampak geng yang bagi simkad percuma. pernah ada Celcom, U-mobile, Digi aku tak pasti, tapi aku rasa tak pernah nampak Maxis lagi. kadang-kadang dorang pakai baju yang sama, nampak macam real je dorang dari company simkad tu.

biasenye aku tak layan dorang ni sebab dah dengar cerita tu kan.

satu hari budak bilik aku, Keem balik bilik tunjuk kat aku simkad Celcom. katanya tu simkad percuma. dia dapat dari KL Sentral. terkejut jugak aku. paling aku terkejut orang tu mintak IC die. aku cerita la cerita yang dengar tu kat Keem. memang menggelabah la Keem. lepas tu Keem simpan je simkad tu. dia tak guna langsung. plastik simkad tu pun dia tak bukak langsung.

beberapa minggu lepas tu, Keem bagitahu aku yang kakaknya call dari rumah. katanya bil telefon atas nama dia sampai. dia kene bayar dalam rm200 lebih. dia pelik jugak sebab dia tak guna pun simkad tu. dia pun tunjuk kat aku, simkad tu memang elok lagi dalam plastik. aku rase yang dia bagi IC tu kot kene cas.

pastu call Celcom, dia cakap orang celcom suruh pergi center celcom. tapi kene bayar jugak, then terminate. kalau tak bayar nanti kena blacklist. lepas tu baru die nak report polis. kesian aku tengok die. tapi nak buat macam mane, benda dah jadi.

cerita yang aku dengar memang betul. hari tu pernah juga jadi kes, aku keluar dengan kawan aku, Syeeda. sampai kat geng-geng simkad percuma aku terus jalan laju, tak perasan kawan aku tercicir. rupanya kawan aku kena tahan dengan dorang. biasanya dorang akan cakap "dik, simkad percuma. tak payah bayar". bila kita ambik je simkad tu dia mintak IC.

nak dijadikan cerita, kawan aku, si Syeeda ni ambil simkad tu. bila dorang mintak IC dia, boleh pulak Syeeda cakap IC dia ada kat aku. masa tu aku tunggu dia dekat dengan geng tu, cuma aku nyorok sikit belakang tiang. lepastu aku nampak Syeeda aku terus grab tangan dia, berkire-kire nak cabut dah tu. yang mengejutkan bro yang bagi simkad tu siap ikut lagi Syeeda. mungkin bro tu tengok muka aku macam singa dan reaksi aku memang rushing semacam, terus dia cakap "eh, takpe la. bagi balik simkad tu" sambil tersengih-sengih.

lepas tu bermula la sesi ceramah dari aku untuk Syeeda. dia dengan muka sugul dengar je. hahahaha.. untuk yang lain jugak, JANGAN PERCAYA SIMKAD PERCUMA!!! masuk jamban pun kene bayar, hokehh!!

Thursday, May 2, 2013

Segmen Apa Ada Dalam Handbag Anda :)


segmen ni dari blog tangan punya kerja. dia buat segmen ni lepas dari baca blog lanun ranggi. aku pun ada baca jugak. dia story pasal beg perempuan yang macam-macam ada dalamnya. baca la, memang best!

so sekarang saya nak story mory pasal apa yang ada dalam beg saya.
dulu beg saya besar, macam-macam ada. siap buku rujukan lepas kuliah pun terbawak sekali masa keluar jalan-jalan dengan member. pencil box pun terbawa jugak. pelajar berkaliber sangat. *ni kes pakai beg yang sama untuk ke kuliah dan keluar shopping

sekarang handbag dah kecik, dah pandai nak hadkan barang. 
ni la barang-barang saya.
dah macam budak darjah satu punye lukisan



1)purse
mesti bawak!
dalam ni ada IC, lesen, kad ATM, handy plast, etc...
tak mampu nak senaraikan, banyak sangat benda alah

2)henfon
henfon saya tu takde kaler bukan sebab malas kaler ye, henfon saya kaler putih. *alasan sebab tak pandai kaler. hehehe

3)buku Sudoku
saje bawak, nampak pandai sikit kalau buat soduko tengah ramai orang. haha XD
buku ni ibarat diari saya, lepas abis satu sudoku, saya catitkan luahan hati kat situ. ngeeee

4)pen
digunakan untuk main sudoku

5)kad matrix
disebabkan saya seorang pelajar, dah terbiasa terbawak kad matrik ke mana-mana.
pelajar berdedikasi gitu. cehhh

6)kunci
kenapa kunci tu seketul je?
 tu kunci rumah kat kolej disebabkan tu penempatan saya. 

7)lip balm
biase la perempuan. 

8)bedak compact
takde dalam gambar kan?
sebab terlupa lukis
fungsinya sebab ada cermin untuk pakai lip balm

9)kamera digital
saya selalu bawak ke mana-mana kamera tu. tapi saya jarang nak snap. sampaikan bateri dah habis pun tak perasan

10)payung
kat Malaysia sekarang ni sekejap panas sangat, sekejap hujan sangat, kena bawak payung ke mana-mana.
time hujan mestilah pakai payung.
time panas pun pakai jugak. berlagak jadi puteri lilin. hihihi..

ni la apa yang ada dalam handbag saya =)

Friday, April 26, 2013

Dia yang Kau Pilih by Shahir

lagu ni memang sedih..
sobbssss... :'(
tapi bukan sedih macam ni
 <---- over sangat !

layan la lagu ni..
sabar ye Shahir.. saya memahami.. sobssss

Thursday, April 25, 2013

NOVEL 5

Kisah Asrama

ketika itu, aku berumur 14 tahun. bermakna aku sudah memasuki tingkatan dua. kawan-kawan ramai mula tinggal di asrama. aku juga begitu, berminat untuk tinggal di asrama.

pada tahun itu, bangunan asrama perempuan atau dikenali sebagai aspuri telah siap dibina. kami adalah penginap pertama yang menginap di bangunan tersebut. perasaan kami? seronok sangat sebab asrama tersebut besar dan mempunyai banyak kemudahan seperti surau, ampaian pula besar. di dalam bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat dan ada gelanggang badminton dan meja ping pong. bilik tidur pula digabungkan dengan dua bilik dan ditengahnya dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas.

pada awal-awal bulan kami tidak mengalami sebarang masalah seperti kerosakan atau kena 'kacau'. kehidupan kami sebagai pelajar tinggal di asrama berjalan seperti biasa.

rutin aku setiap hari adalah aku selalu melepak dengan kawan aku dan berborak sehingga larut malam. aku merayau ke bilik kawanku. walaupun aku suka melepak sampai lewat malam, bila kami sudah selesai berborak, aku tetap balik ke bilik aku walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.

pada hari itu, aku dan dua orang rakanku, Ros dan Siti melepak seperti baisa. kali ini kami melepak di bilik Siti. kami masih lagi berborak walaupun hari sudah lewat malam. tiba-tiba satu kelibat hitam lalu di tingkap yang berdekatan dengan kami. ketika itu, kami di atas katil yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap tersebut. agak laju juga kelibat itu. kelibat itu tidak seperti berjalan, tetapi tidak pula seperti berlari. sempat lagi aku menjeling ke arah bawah pintu yang bersebelahan dengan tingkap. aku ternampak lagi bayang-bayang itu lalu di pintu. beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi pintu terhempas yang sangat kuat dari bilik sebelah.

kami terdiam seketika dan memandang sesama sendiri.
"nampak tak apa yang aku nampak?" Siti mula mengajukan soalan.
aku dan Ros mengangguk. bulu romaku mula meremang. tanpa banyak bicara, kami bertiga terus menarik satu selimut dan kami berselubung di dalamnya. malam itu aku tidur di bilik Siti, aku tidak berani pulang ke bilikku.

keesokan harinya berlaku kekecohan di bilik yang bersebelahan dengan bilik Siti.
"Liza hampir kena histeria". Siti memberitahuku.

kemudian kami bersetuju untuk ke bilik Liza. kami bertanya kepada rakannya, apa yang sudah terjadi. kata rakannya, Liza ternampak satu lembaga hitam duduk di atas almari yang mengadap katilnya. katanya lembaga itu memandang tepat mukanya dengan mata merah. aku dan Siti memandang sesama sendiri. kami teringat peristiwa malam itu dan bunyi pintu terhempas dari bilik Liza.

kejadian itu hanya berlarutan beberapa hari. ini kerana ahli bilik tersebut membaca yassin setiap malam dan 'memagar' bilik mereka.

beberapa minggu kemudian, kejadian pelik-pelik tidak lagi berlaku. ketika aku merayau di waktu petang, aku ternampak seorang rakanku, Bella sedang duduk di atas tangga bahagian bawah. tangga itu menuju ke tingkat atas, tetapi tingkat atas tidak diduduki oleh sesiapun. warden kami hanya tempatkan almari-almari yang rosak dan tilam bantal yang berlebihan.

'mungkin Bella tengah tenangkan diri', fikirku. aku terus berjalan ke arah Bella. akan tetapi, pandangan Bella hanya dituju ke arah tangga bahagian atas.

"Bella, kau buat apa kat sini?" tegurku sambil melabuhkn punggung di sisinya.
tiada respon.

"Bella, kau buat apa kat sini?" ulangku lagi. kali ini aku kuatkan sedikit suaraku sambil mencuit bahunya.
"aku tengok dia. dia duduk je kat situ", balasnya. jari telunjuknya dituju ke arah tangga bahagian atas. pandangan Bella langsung tidak berganjak dari memandang tangga itu.
aku memberanikan diri menoleh ke atas. kosong. bulu tengkukku mula berdiri.

"siapa dia tu?", tanyaku lagi. sedikit gugup.
"tak tau. dia perempuan. tengok tu. panjang sangat rambut dia. meleret-leret sampai ke bawah".
"errr.. panjang sampai mana rambut dia?" aku memberanikan diri bertanyakan soalan lagi.
"sini", balasnya pendek sambil tunjuk di salah satu anak tangga yang betul-betul hampir dengan kami.

"tengok. angin tiup rambut dia. beralun rambut dia", tambah Bella sambil tersenyum. kali ini dia seperti budak kecil bercerita. ketika itu, aku terasa seperti angin menampar lembut mukaku. aku mula tidak senang duduk dan mengagak untuk bangun.

"Bella, jom kita balik. tak elok la duduk kat sini. lagipun, dah petang dah ni", aku mula mengajak Bella pulang kerana perasaanku tidak sedap hati.
Bella hanya mendiamkan diri.

"Bella, jom!", aku menarik tangan Bella.
Bella menarik tangannya kasar. dia langsung tidak menoleh ke arahku.
tiba-tiba Bella bingkas bangun. ku fikir Bella mahu mengikutku pulang.

"dia lari!" jerit Bella sambil berlari ke tingkat atas. aku kaget.
"Bella, kau nak pergi mana? atas tu tak ada orang." jeritku sambil mengejarnya.

setibanya di tingkat atas aku terus memaut erat tubuh Bella. aku cuba hentikan dia dari melilau ke tingkat atas. aku takut kejadian buruk akan berlaku kerana di tingkat atas memang jarang sekali orang naik.

"tu dia. dia lari kat situ", jari telunjuknya diangkat ke arah almari-almari besi rosak yang tersusun di situ.
aku memandang ke arah kawasan tersebut. tiba-tiba pintu-pintu almari yang tidak bertutup akibat rosak terhempas sendiri seperti seseorang melanggarnya sambil berlari laju.

aku tergamam.
"dia dah hilang", tambahnya lagi. suaranya sedikit kecewa.

"Bella, jom balik", suaraku kembali gugup dan menarik Bella ke tingkat bawah. Bella hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. aku terus membawanya ke bilik tidurnya.

sampai sahaja di biliknya aku menceritakan peristiwa itu kepada kawan-kawannya. kawan-kawannya terkejut. Bella hanya mendiamkan diri. mukanya seperti mahu menangis. aku tidak tahu kenapa.

apabila Bella mula tenang, aku mula mengajukan soalan.
"Bella, kenapa kau nak ikut dia?".
"tak tahu. aku rasa macam nak ikut dia je".
"apa dia cakap?"
"dia tak cakap apa-apa. dia duduk je kat situ", jawabnya lagi. keadaan Bella seperti orang kebingungan.

kami memberitahu kepada warden kami akan kejadian tersebut. warden kami memanggil ustaz dan ustaz 'memagar' asrama kami.

Alhamdulillah, selepas itu hari-hari kami di asrama berjalan seperti biasa.
pesan ustaz itu, kami kena rajin baca yasin, mengimarahkan surau dan 'pagar' bilik dengan ayat suci sebelum tidur.

sebelum ini, aku pernah dengar satu cerita. kata orang, semasa bangunan asrama kami dalam proses pembinaan, salah seorang pekerja mati akibat terjatuh dari syiling di tingkat atas. tetapi, aku tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita itu. warden kami tidak pernah memperkatakan hal ini.

hanya Allah Maha Mengetahui.

****

Tuesday, April 23, 2013

dia yang aku sayang

dia selalu bawak aku jalan-jalan
kadang-kadang bagi aku hadiah
dia suka buat lawak
dia tahu aku tengah sedih.
hari tu aku bercakap dengan dia dalam telefon. dia dengar suara aku, dia teka aku tengah sedih sebab gaduh dengan kawan. memang pun. masa tu aku tengah sedih sebab berselisih faham dengan sorang kawan aku. 

masa aku sekolah menengah aku memang takde henfon. bila umur aku dah 18 tahun,  dia hadiahkan aku henfon. tapi aku cuai. pakai sekejap dah kene curi. seminggu aku tak bagitau dia yang henfon aku hilang. aku takut kene marah. lepas tu dia tanya-tanya mana henfon aku. aku bagitau hal sebenar. mujur dia tak marah sangat. lepas tu dia hadiahkan lagi henfon lain kat aku.

tahun 2010, tarikh macam semalam, 22 April. dia pengsan. aku panggil dia. dia tak menyahut. banyak kali aku panggil. sama jugak reaksi dia. tak menyahut pun. jiran aku datang dekat kami. dia periksa badan dia. jiran aku pandang aku.
dia cakap "awak, bersabar ye". walaupun ayat dia macam tu je, aku seakan faham maksud tu.
aku terduduk. tersandar. badan aku terasa lemah semacam. laju je air mata mengalir. aku lap air mata aku, tetap jugak ia keluar. ramai yang datang peluk aku. tak kurang juga ada yang tepuk lembut bahu aku.

hari tu, ingat lagi masa aku dapat pergi ujian MEdSI. MEdSI ni ujian untuk ke temuduga sambung belajar dalam program pendidikan. aku minta dia hantar aku ke sana. yang dia jawab cuma "tak tau lagi".rupanya, hari yang sepatutnye aku pergi ujian tu adalah hari yang ketiga untuk kenduri arwah dia.

orang cakap, bila orang yang kita sayang tinggalkan kita, mesti terasa macam semalam dia tinggalkaan kita. memang pun. sampai hari ni, suaranya masih terngiang-ngiang. suara dia marah aku kalau aku malas. dia nasihat aku bila aku degil. dia tegur aku bila aku lambat kerjakan solat. suara dia menyanyi lagu Jamal Abdillah. dia tergelak-gelak bila usik aku.

rindunya aku kat dia.
dia yang banyak bagi nasihat.
dia yang aku panggil ayah.

Al-fatihah untuk ayah aku yang dah 3 tahun tinggalkan kami sekeluarga.
moga ayah sentiasa tenang di sana dan mendapat tempat di syurga
aminn~~


Monday, April 22, 2013

NOVEL 4

aku mengerling ke arah bakul pakaianku. sudah beberapa hari aku tidak membasuh pakaian. sejak aku memegang jawatan untuk organisasi tersebut, aku semakin sibuk. hari ini masa aku sedikit terluang. aku bercadang untuk membasuh kain mengggunakan mesin basuh. alternatif paling malas untuk orang yang sibuk.

jam menunjukkan pukul 1 pagi. waktu begini sangat sesuai untuk aku membasuh. ketika inilah aku tidak perlu berebut mesin basuh. berbekalkan syiling sebanyak rm2.50 untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh, aku terus mencapai bakul pakaian dan sabun basuh kain Dinamong.

syiling-syiling tersebut aku mula masukkan ke dalam tabung mesin basuh.

tiba-tiba...
'alamak! tak cukup lagi 10 sen'.
perlu ke aku naik ke bilik? aku tertanya-tanya dalam hati.
mesin basuh di tingkat bawah. agak jauh dari bilikku yang terletak di tingkat 2.

mujur bilik kawanku berada di tingkat bawah. laju aku menutur langkah ke biliknya.
ku ketuk pintu bilik kawanku bertalu-talu. lambat pintu dikuak. pelik barangkali ada orang ketuk rumah pukul 1 pagi.

kawanku menjengul kepalanya ke luar dan memandangku pelik.
aku tersenyum simpul sambil berkata "pinjam seposen. tak cukup nak basuh kain."


"kerana 10 sen begitu berharga"

****

Friday, April 19, 2013

SegMen: SaLaM PerKeNaLaN By Miss BaNu

segmen ni semperna befday Miss Banu pada 23 April
hepy befday... coming soon. hehehe..

nanti nak join klik sini

Miss Banu cakap tempek banner atas ni. dia cakap tak berape comel banner ni, tapi saya tengok banner ni comel sangat. kawaii!!!

untuk kawan-kawan, selamat datang ke blog saya yang tak berape comel macam budak 3 tahun buat gwiyomie dan tak sefemes Justin Bieber (tetibe mamat ni terlibat). 

salam perkenalan dari saya untuk semua dan Miss Banu. 
thanks c:

Thursday, April 18, 2013

pagi yang zzzzz...

kelas pagi ni aku rase mengantuk betul. ni disebabkan malam tadi aku tak dapat nak lelapkan mata. guling ke kiri kanan pun tak ngantuk jugak. dah macam hindustan dah berguling-guling. silapnya guling atas katil je, kalau kat bukit memang dah sebijik macam citer hindustan.

kawan aku, si Yana pun perasan. sempat lagi die tegur aku sambil tersengih-sengih "ko ngantuk ey?". bagi kami, kalau sape-sape ngantuk dalam kelas memang kene bahan. siap snap gambar lagi. tapi lecturer kami agak tegas, die tersengih je mampu, kalau tak mesti dah bergabung dengan member lain membahan aku.

aku bercadang nak keluar kejap. jalan-jalan pusing fakulti nak hilangkan mengantuk. tapi malasnya la aku nak keluar. erghhhh!! jadi, masa lecturer tengah ngajar, aku pun salin slide die padahal memang pasti dia akan bagi slide mase hujung kelas nanti. salin punye salin, tulisan aku dah macam cacing kerawit dek kerana kemengantukan aku tu.

tak boleh jadi ni. ngantuk tak boleh hilang jugak. aku pun melukis la. baru hilang sikit mengantuk. maka terhasillah lukisan ini. lepas aku siap lukis, aku teringin nak doodlekan lukisan ni. tapi aku tak pandai la. kalau  aku mendoodle mesti jadi macam entah pape. sobbbssss.. 


Tuesday, April 16, 2013

NOVEL 3

pagi itu aku sarungkan jubah hitam ke tubuhku. aku padankan dengan tudung bawal. perjalanan aku sama seperti hari-hari biasa. tempat yang dituju adalah kelas.

sampai sahaja di tempat yang dituju, rakan-rakanku masih menunggu di luar kelas sambil berdiri.
"alamak! kelas tak buka lagi la". rakanku mula membebel.

seorang rakanku menyapaku, "eh, nak pergi umrah ke?"
dia mahu berseloroh tentang jubahku. aku cuma balas dengan senyuman.
"nak pergi umrah dengan siapa ni? dengan dia?". tambahnya lagi sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah salah seorang sahabatku.
"taklah. dengan suami", balasku ringkas.

rakan-rakanku ketawa mendengar jawapanku. lucu mungkin. aku cuma tersenyum, tercalit tanda tanya di mana lucunya jawapanku itu.

-----

selesai sahaja sesi pembelajaran untuk hari itu, aku dan rakan-rakanku mencari sumber makanan kerana perut masing-masing sudah minta diisi. maklumlah, jam sudah hampir ke waktu makan tengah hari.

aku terserempak lagi dengan rakanku yang berseloroh tentang jubahku. 
"tepi! tepi! aku nak lalu. aku nak pergi umrah ni". katanya tergesa-gesa sambil ketawa. mungkin aku menghalang jalannya sedikit dan mungkin dia mahu bergurau lagi denganku.

terdetik di hatiku, dia yang kerap berpakaian seksi dan masih lagi tidak menutup aurat macam mana mahu ke umrah pada waktu itu. aku tersenyum kelat. terasa disindir.

****

pengenalan NOVEL

tetibe blog aku ada entry yang novel tu. novel tu macam luahan aku je kan. nak kate ye tu, aku tak la mengiyakan sangat. nak kata tu 100% cerita tu aku punye, tak sampailah markah penuh tu. kalau mengikut kiraan congak matematik aku yang hebat tahap UPSR, sebenarnye lebih kurang 75% adalah cerita sebenar. yang lain-lain cuma penyedap cerita dan penambah rasa seperti Ajinamoto.

sebenarnye aku teringin nak buat gaya penulisan aku berbahase baku. macam best je. konon-konon sesi bercerita la. lepas tu konon-konon nak jadi penulis buku. jadi, aku buatkan entry yang tajuk NOVEL tu.

tu je la untuk pengenalan NOVEL.

Wednesday, April 10, 2013

BILA AKU MARAH

ikutkan hati aku nak tikam dia puas-puas dengan pisau. kalau ada pedang lagi bagus, parang ke. lepas aku tikam dia, aku nak campak die dari tingkat paling tinggi kat bangunan paling tinggi sekali kat Malaysia. Malaysia je mampu sebab tak mampu lagi ke luar negara. lepas campak dia ke bawah, aku nak cincang dia halus-halus macam daging cingcang yang macam produk Ramlee Daging cincang. ehhh?? macam mane eja cingcang tu? "cingcang" atau "cincang"? arghhh!! pedulikan ejaan tu. aku tengah marah ni. lepas tu aku nak campak daging-daging tu bagi makan ikan yu. huhh!! baru puas hati aku.

tapi nak buat macam mane, dia hanyalah satu software yang bernama Microsoft Office Powerpoint. kenape la buat hal? elok je aku siapkan slide, pastu save. lepas tu bila aku nak cari slide tu balik tak jumpa. padahal aku dah yakin dan pasti aku simpan dalam folder tu. cari punya cari, tak jumpa. sampai tempat yang tak sepatutnya aku pun cari jugak.

lepas tu aku buat tindakan yang tak berape efisyen. kononnye boleh kembalikan slide aku tu la. aku restart aku punye mini laptop ataupun orang panggil netbook, tapi aku panggil nobby-nobby. dahlah aku bertindak kejam kat pendrive-pendrive aku. sebabkan aku terlalu kecewa, aku main tarik je pendrive aku tanpa mengendahkan perkataan "eject". kesian pendrive aku, maafkan aku ye si Putih dan si Merah, aku tak sengaja. sobbbsssss.. aku kuciwaaaaa!!!

lepas restart, tak jumpe jugakkkkkk!! stresssss!!!!

Gadis Misteri 3 Tahun

 segmen ni dari blogger Gadis Misteri

dia cakap lukis watak yang dalam blog die tu ikut style masing-masing

dan....

ni dia lukisan saya..

TARAAA!!! *tapi dengan nada slow ye
al-maklumlah, lukisan saya ni tahap amatur sebab dah lame tak mendoodle, lepas tu takde kesempatan pulak nak mantapkan skill. hehehe
so, excitednye tak boleh berlebihan ^_^


.
.
.
.
.
.
.
.


errr.. so ni la die..
hehehehe
babai ~~~

Saturday, April 6, 2013

aku dan english

hari ni berlakulah tragedi di mana aku bertanyakan macam mana nak eja "illegal". mula-mula aku eja elligal eligel .. ergghhh!!! berape kali aku potong perkataan tu dalam buku nota aku. memandangkan si Aishah SH a.k.a ecah a.k.a ece a.k.a mak jemah (banyok beno panggilan beliau) yang duduk sebelah aku, so aku pun tanyalah dia macam mana nak eja "illegal". haaa.. tengok ni, sempat lagi die post, siap tag lagi nama aku. femes aku. yang lain pulak bukan main membahan aku. gggrrrr!!! *bertukar jadi hulk sopan, bukan yang hanya pakai seluar koyak tu

masa ni dalam kelas subjek "Legal and Ethics". aku sebenarnye konpius nama subjek ni, tu yang terperasan yang nama subjek ni illegal and ethics. 

untuk tajuk entry aku ni mengisahkan, aku dengan bahasa inggeris sangatlah tak sebulu. bila eja je fail. nampak tu, nak eja "illegal" pun fail. hehh!! tapi kalau berborak ada hati pulakkan aku nak guna bahasa inggeris. nampak tak tu, fesbuk aku pun guna bahasa melayu. sila fokus pada "2 jam yang lalu". nampak tak aku diskriminasikan bahasa penjajah tu. hahahaha. sebenarnye panjang cerita aku guna bahasa melayu tapi kita skip je cerita tu ye.

aku sebenarnya bukanlah nak sisihkan bahasa antarabangsa tu, cuma kadang-kadang aku teruk sikit.... kot dalam english. tapi aku suka tengok Oh My English, nak-nak teacher omputih tu. nak dijadikan cerita, ada satu kes aku tengah siapkan slide untuk present dengan Yana. aku baca la satu kenyataan dan yana pulak taip apa yang aku baca. sampai je perkataan "union" aku sebut "onion". Yana pun pelik sebab subjek kami takde kaitan dengan benda alah tu. 

menyempat je si Yana ni post kat twitter

tak paham aku bila inggeris ni tak nak sebati dengan lidah loghat Temerloh aku ni. kalau mengikut sejarah aku dengan english, aku pernah jadi teacher dekat Kolumpo nun. disebabkan taska tu international, jadi terpaksalah aku menggunakan bahasa inggeris untuk ajar budak-budak, tulis report, borak dengan parent dorang sebab majoriti dorang bukan orang pandai bahasa Melayu, eh, bahasa Malaysia la. menyanyi pun bahase inggeris u olls. paling membanggakan rekod aku adalah bos aku tak pernah komplen pasal bahasa inggeris aku sebab bos aku seorang yang sangat tegas, kalau salah laju je dia komplen. masa kerja aku boleh guna english dengan yakin dan pasti walaupun grammar berterabur. tapi, lepas aku tinggalkan karier tu, inggeris aku entah pape entah. sedihhh!!!

kalau kat rumah, akulah teacher adik aku yang tahap UPSR, tapi tu pun aku fail lagi ajar dia, nak-nak grammar. hehehe. tapi membantu jugak aku rase.... err.... kot. 

abang aku pulak selalu ingat aku terer sangat english sebab aku selalu tolong translate kan ayat-ayat untuk die. die telah menstereotaipkan yang "budak universiti pandai english". mungkin disebabkan kezen aku hamatttt heebbaatt english, so die pun ingat aku macam tu. aku dengan kezen tu masuk universiti waktu yang sama, kirenye kami sama batch la. tapi kezen aku tu aku rasa die memang hebat english. 

begitulah aku dengan english. tapi result aku, Alhamdulillah, masih lagi OK. tak menyedihkan la macam rasa nak terjun sungai yang ada buaya, 

Sunday, March 31, 2013

hari ni yang membuatkan aku hilang sabar

hari ni aku betul-betul geram.. gerammmnyeee!!! nak nanges pun ada. aku kalau marah sangat mesti nak nanges. cam cengeng je kan

skang ni aku tengah tunggu bas, lagi 40 minit lagi bas sampai ikut tiket aku. aku ke KL. sempat lagi update blog kan.. aku singgah kat surau, aku online kat sini.

ceritanya bila aku sampai temerloh pukul10 lebih. then aku terus ke kaunter bas ke Shah Alam. bas ade pukul11.30 tapi tiket ada satu je. aku pun nak beli tapi aku keluarkan duit besar. tapi pakcik tu cakap takde duit kecik, die suruh aku pecahkan.

lepas je aku pecahkan aku pergi balik kat kaunter tu dan dengan selambe cakap "tiket tadi dah habes, ade orang beli". perasaan aku?? aku berusaha pergi pecahkan duit, kenape tak simpan tiket tu?? aku dengan hampa pergi ke kaunter lain. sebenarnye tu je kaunter ke Shah Alam, yang lain semuanye ke KL. aku bukan tak nak turun ke KL tapi penat sikit la sebab banyak jalan walaupun kiraan tambang sama je.

lepas tu aku dapat tiket pukul11.30 jugak ke Kuala Lumpur. disebabkan aku asyik berserabut hari ni dua kali aku hampir tertinggal barang, pertama mase beli air botol, aku tertinggal air botol tu, nasib makcik tu tegur. then, aku beli tiket, dengan selambe badak aku tinggal tiket kat kaunter. pastu tetibe pakcik yang jual tiket tadi pegang tiket aku. dia cakap "nak ke taknak tiket ni??", sambil acah-acah nak bagi ke tak tiket tu. eh, bergurau pulak pakcik ni. meh sini aku bagi penumbuk, baru puas sikit hati aku nak bergurau.

pastu aku amik tiket tu. dia cakap kalau taknak tiket tu nanti die bagi tiket ke shah alam. haaa?? terkejut kan? ade orang tolak tiket tu. tapi tiket tu aku da beli, sekali ko dah beli, ko dah takkan dapat claim duit. walaupun rm11.30, tu mahal kot. macam-macam aku boleh beli hokehhh!! ikutkan hati aku nak nangis guling-guling kat terminal tu sebab sangat marah, kecewa, semua ada. tadi aku nak beli pakcik jual kat orang, skang ni, aku bukan merajuk tapi aku betol-betol bengang. aku terus tinggalkan pakcik tu, angkat barang-barang terus bla dari kaunter tu, entahlah, mungkin reaksi aku agak kurang ajar tapi lagi lama aku kat situ kang tak pasal-pasal aku maki pakcik tu. dah la orang tua, hilang pulak respect aku nanti kat orang tua walaupun memang menyakitkan hati.

gerammmnyyeee.. tapi mungkin bukan rezeki aku nak turun ke Shah Alam kan. tak pe la, dah lame aku tak jalan-jalan KL. KL, here i come, wait for me.. take care for myself =)
 

Template by BloggerCandy.com