Pages

info untuk mu


Thursday, May 31, 2012

bila saya telah disangka berpura-pura

ingin saya mencuri sedikit masa untuk menaip entry ini. tengah seronok borak dengan seseorang, tiba-tiba dia mengeluarkan satu kenyataan "aku tahu, sebenarnya kau berpura-pura kan?". aku masa tu sentap ada la, tapi sikit je la. aku tanya la "kenapa cakap macam tu". then die bagi sebab tentang satu perangai aku (tidak dapat aku nyatakan di sini). bila aku kenang balik, nampak ke macam berpura-pura. tapi aku sendiri pun tak perasan yang perangai aku tu adalah satu kepura-puraan. sebab, seumur hidup aku, tak pernah ada orang cakap perangai aku tu adalah satu pura-pura. cuma aku sedar dengan perangai aku yang satu ni, orang yang bagi gelaran. bukan sorang dua, tapi ramai yang bagi gelaran untuk perangai aku tu. tapi, pandangan orang. aku sendiri pun tak boleh pertikaikan. jadi, untuk awak, saya tak tahu yang saya ni selama ni berpura-pura. saya nak awak tahu, saya sekarang ni sedang menjadi diri sendiri sejak dari dulu lagi.

Sunday, May 13, 2012

yang lama lagi selesa

di kesempatan hari yang busy sempat lagi aku update entry. sebelum ni aku malas nak update entry sebab dashboard die bertukar wajah. tension pulak aku. tapi aku tak tahu pulak macam mana nak tukar yang lama. tapi, di hari yang mulia hari ni, aku dah jumpa macam mana nak tukar ke wajah lama dashboard ni. rupanya setting kat sebelah ni je. rabun IT sungguh aku ni. maklumlah, sejak jatuh hati dengan twitter, aku makin lupakan dunia blogging ni. tapi en.blog, jangan risau. saya tak pernah lupakan awak. terlupa sikit-sikit je biase la. hehehe
so, ni nak sambung kerje balik. hehehe..
 

Template by BloggerCandy.com