Pages

info untuk mu


Thursday, March 29, 2012

terskip kelas pulak hari ni

aku sendiri pun tak tahu sebab yang paling relevan aku skip kelas hari. semenjak dua menjak ni mood aku sangat tak menentu. malam tadi pulak aku langsung tak boleh tidur lena menyebabkan aku rasa macam lemah je bangun pagi. so, bila kelas pukul 1 aku jadi macam lemah sangat, aku decide untuk tidur... dan .... tadaaaa... aku skip kelas dengan sengaja.

~kadang-kadang, susah sangat nak meluahkan.

Thursday, March 15, 2012

kuliah hari ini yang sangat tension !!

warghhh!!! memang tension betol kelas hari ini. tak tahu nak gambarkan dengan kata-kata..
  • kelas yang sangat mengantuk
  • kawan-kawan yang agak bosan
  • lecturer yang agak bosan jugak
  • subjek yang sangat tak best
  • perut aku yang sangat lapar macam orang tak makan 21 hari
  • orang sebelah yang mengganggu kefokusan aku
  • kerusi yang tak best
  • bilik kuliah yang sangat sejuk macam bilik mayat *eh, macam tau-tau je bilik mayat sejuk macam tu.. hahaha

tapi sebenarnya, sebab-sebab diatas bukanlah sebab yang menyebabkan kelas hari ini tension. sebab utama aku tension adalah jam besar terletak kat depan sekali, lebih kurang sebesar 4 kepala manusia. memang aku tension la

tambahan pulak jam tu kat tengah-tengah antara lecturer dan slide. memang sepanjang kelas selama 3 jam memang aku asyik terpandang jam la. lepas tu mula la ayat bermain-main dalam kepala "lambat lagi ke nak habes?" "kenapa masa belalu sangat perlahan seperti siput sungai sedang berusaha merentasi air yang deras?"

memang bertambah stresssssszzzz!!!

troll face dari mr.google


anak panah merah tu jamnya. nampak kecik, tapi dalam dunia realiti jam tu besar.. GGRRRR!!

Thursday, March 8, 2012

cara nak buang shortcut virus dalam pendrive


lepas aku copy gambar dari kawan aku, tetiba je pendrive aku ade virus shortcut. grrr.. geram jugak. tapi sebelum tu aku dah cucuk kat macam-macam laptop. entah sape punya virus pun aku tak perasan. so, aku pun jadi stalker mr. google dan aku jumpa cara nak buang virus.

akhirnye aku berjaya !! yeeyy...~~~

caranya adalah..

1. pergi kat 'start' > run .. taip cmd, lepas tu klik OK
2. kita assume yang huruf pendrive korang sekarang adalah K. lepas tu copy command yang bawah ni

attrib -h -r -s /s /d k:\*.*

*tapi kalau huruf pendrive korang h ke, tukar kat command atas ni dengan huruf h pada k tu..

3. right click kat Command Prompt tadi, lepas tu paste. jadi la cam gambar kat bawah ni.


nak besarkan gambar pinjam la kanta pembesar dari Detektif Conan

4. last step, Enter. DONE!!

kredit : mobilegk

sayonara akari~chan

pada 2 mac 2012 aku pergi KUALA LUMPUR. aku pergi CUTEY RAINBOW NURSERY, tempat aku kerja dulu. aku dikhabarkan oleh kak azima yang akari dah nak balik Jepun. sedihnya =(

so, aku pun pergi la melawat akari maybe untuk yang terakhir kali. sedih tu memang tak boleh digambarkan la. aku agak rapat dengan dia sejak aku mula-mula kerja kat sana. bila diberi tahu yang dia nak balik jepun, aku pun bagi dia hadiah dan jumpa dia. aku ingat dia memang akan stay Malaysia dan sekolah kat sini. tapi .... hurmm.....

"moga akari sihat dan happy kat Jepun. teacher will miss u.. sob... sob.. :'( "

badak yang chumill sangat ni aku hadiahkan kat akari =)
akari suka sangat masa aku badak ni..


yang baju pink tu akari. sebelah aku besfren dia, ai~chan
akari sekarang dah besar, cantik macam emak dia


ni emak dia. cantik kan..

ni gambar akari masa aku mula-mula kerja kat nursery tu


ni budak comel.. huhuhu.. budak baru. first time aku jumpa masa datang melawat hari tu.. comel sangat.. ni muka masam sebab baru bangun tidur.. kiikiki
namanya taiga ke kaiga.. ermm.. aku pun x sure..


yeeyyy.. dengan mereka yang comel bersama kak azima


err... ni naoto..
ade sorang teacher india ni pakaikan dia sari
hahaha.. comel je.. ni muka masam jugak sebab baru bangun tido dan dia tak suka orang letak sari tu.. hehehe


Saturday, March 3, 2012

doodle #3

doodle budak nakal.. huhuhu

tengah tak de kerje. so, mendoodle la aku

 

Template by BloggerCandy.com