Pages

info untuk mu


Friday, February 17, 2012

1ST G.A. BY NURFERL: SAYA SEORANG PENULIS BEBAS DAN SAYA RASA HEBAT !!

nak join jengah la sini blog nurferl . yang atas ni banner yang wajib letak dalam entry. jangan salah anggap pulak, ni bukan kad jemputan kawen tau kawan-kawan. hehehe.. cik nurferl, jangan marah. gurau .

rajin pulak aku join contest. tengah rajin ni. cik nur ni tanye, nape beria sangat nak berblogging

mengikut pada tajuknye, saya bukanlah hebat (ceh, humble ..). saya berminat berblogging lepas kelas saya kena buat satu blog untuk satu subjek. lepas tu, saya terus mula berblogging. lepas tu, saya tengok kakak saya tapi bukan kakak kandung, KJ ( insan saya nak tag kejap lagi) berblogging, saya pun mula jatuh hati dengan dunia blogging.

kisah sebenarnya, secara realitinya saya seorang pendiam. hmmm.. pendiam ke? lebih kurang kategori tu la. kadang-kadang saya tak pandai nak ekspresikan cerita saya dengan percakapan, jadi saya cenderung kepada menulis dari bercakap. saya pun selalu luah perasaan dengan menulis. bukan saya tak suka bercakap, tapi kadang-kadang saya rasa ada situasi yang membuatkan saya rasa tak perlu bercakap. jadi, dengan berblogging saya rasa puas walaupun di alam maya dan hanya wujud kalau ada internet sahaja. lagi satu, saya bebas menyuarakan pendapat saya tentang apa-apa sahaja sebab saya rasa ada orang nak baca entry saya (statement agak syok sendiri) bak kata pepatah orang pandai mempertikaikan pendapat, orang bodoh mempertikaikan fakta . tambahan lagi, saya rasa nak kongsi apa-apa idea yang ada dalam kepala saya. sekian, terima kasih (sambil menundukkan kepala [bow] seperti selepas buat persembahan choral speaking).

orang di-tag

2 comments:

LynnDamya said...

pendiam ya, bagus2 boleh lah luahkan apa sj di blog kan :) hehe good luck juga :D

zyma_senpai said...

tQ..hehe

 

Template by BloggerCandy.com