Pages

info untuk mu


Sunday, December 9, 2012

invited readers only

hmmm.. macam mane nak cerita ye? korang selalu tak jumpe invited readers only. kadang-kadang tak best jugak bile kite nak bukak blog orang, tapi hasilnya .... 

"This blog is open to invited readers only"

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

sedih tak? errr.. sebenarnya aku tak sedih pun, frust je. maklumlah, tak dapat nak jadi stalker. hahaha..
tapi ade jugak blog yang macam ni, aku antara readers yg diinvite. tu SATU KEBANGGAAN. hohoho XD.. kawan aku nak private blognya, so aku ok je memandangkan aku diinvite. 

berbalik pada topik tadi, aku sebenarnye follow die, sebab .... sebab die follow aku. so, aku follow balik (ayat macam ulang-ulang je).. ceritanya bermula bila, dia merupakan kawan aku, BOY dan bercinta dengan kawan aku, GIRL (bukan nama sebenar. of kos la bukan nama sebenar, tak kan mak bapak melayu nak letak nama anak macam tu kan..). bak kate pepatah, ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. percintaan dorang kecundang di tengah jalan. sebabnya aku tak tau. BOY remove GIRL di FB, sekali dengan aku, sekali jugak dengan kawan-kawan GIRL yang rapat dengannya memandangkan aku lagi rapat dengan GIRL. errrgghhhh??? MOTIP?? so, my assumption is (erkk?? ohMYenglish!), maybe die tak matang lagi. tapi aku tak pasti die still lagi follower aku ke tak. tapi yang pasti aku tak lepas nak bukak blog die. eh, kedekut tol.. ahh!! tak kisah pun, die tak berminat pun nak tau cerita aku, so, buat ape aku berminat dengan cerita die pulak. huhuhu.. errrr.. tapi kadang-kadang ade jugak satu perasaan busybody.. hehehe. camno tuh?


Wednesday, November 28, 2012

Cara Selamat Makan Mi Segera Dari Pakar Pemakanan


Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal.  Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh. 

Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. 

Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.  

"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera.  

Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan. 

"Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin.  Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.

Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan.  Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal). 

Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar.  "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya. 

Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya. 

Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya.  

"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi.  

Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi.  Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita. 

"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya.  Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera. 

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera.  Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak.  Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.

sumber

Wednesday, November 7, 2012

Berita Gempar: MAKAM RASULULLAH SAW AKAN DIROBOH?




Benarkan berita bahawa makam Rasulullah saw akan diroboh??? Allah Allah....


MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi.

Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.



Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.


Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.




Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.



Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi


sumber : KISWAH


Monday, October 29, 2012

wedding k.IMA ~ sweet PURPLE

pada 20.10.201, k.ima selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Hezril. majlis ni berlangsung di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam. 

time ni aku dan kawan-kawan diminta untuk jadi pengiring. tapi tak de la sampai k.ima bersanding kami jadi pengiring sebab time tu abang-abang dan kakak-kakak TLDM yang ambil tempat. dorang lalu bawah pedang tu. teruja pulak i. huhuhuhu..

 yang depan tu k.ima. cantik kan?
yang purples tu pengiring la. cari la saya.. hehehehe
yang baju putih tu pengapit k.ima, k.nani. k.nani ni besfren k.ima




 ni la mereka yang iring k.ima time bersanding
ehemmm.. FYI, abang-abang ni datang dengan wifenya, so, hentikan angan-angan nak cari calon  dari kawan-kawan husband k.ima


~moga k.ima dan suami bahagia sampai ke akhir hayat~

 selepas diijabkabulkan =)

ni adam. anak sedare k.ima. comel kan.. errr.. adam.. hehehehe

:') *terharu tengok k.ima dah kawen.. sobsss.. sobsss...

Friday, September 28, 2012

peristiwa aku yang paling tak boleh lupe

aku ingat lagi, mase ni aku pergi Watikah Perlantikan sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine Kampus Puncak Perdana. majlis ni berlangsung di UiTM Shah Alam Kampus Puncak Alam. masa hari ni merupakan hari sebelum kami berangkat ke Alor Melintang, Kedah. Kami adakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). masa ni kami semua penat sangat-sangat tapi gagahkan diri jugak pergi majlis ni. masa ni aku dilantik sebagai Exco Kesenian dan Kebudayaan. sekarang dah pencen. ngeeee

tapi aku bukan nak cerita pasal program ni or OPKIM etc.. tapi aku nak cerita pasal aku. ehem.. tak suke ey.. hehehe.. so, anda boleh berhenti meneruskan pembacaan anda. 

mase ni peristiwa aku agak kelakar jugak. seingat aku tak pernah kot aku tertidur dalam majlis formal (selain dari dalam kelas .. ehem..). terkantoi pulak tu aku tertidur. malu pun ade tapi bile ingat balik cam kelakar pulak.. hikhikhik..

masa mule-mule datang, muke ceria bukan main. orang ambik gambar curi pun tak perasan

KLIK!


tapi mate dah mula mengantuk tapi masih mampu tersenyum. *bese la, pantang nampak kamera

KLIK!



setengah jam kemudian.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KLIK!

 ceh, gambar aku disnap mase tengah zzzzz..

aku terperasan bunyi KLIK! 
aku bukak mate tengok masing-masing tersengih tengok aku
aku pun bila nampak kamera terSENYUM la dengan muke baru bangun tido

KLIK!


sekian..
time kaceh.. 
XD

Thursday, September 20, 2012

mereka .. my precious friends







aku betul-betul sayangkan dorang dan aku sayang persahabatan kami ~~
YA ALLAH, moga hubungan kami kekal terjalin, hanya nyawa yang memisahkan kami.. aminn..

dan mereka yang pernah menceriakan hidup aku.. aku sayang korang, terima kasih sangat-sangat


Wednesday, July 25, 2012

zymaSENPAI

nama ni adalah nama akaun facebook, twitter, formspring dan sesetengah akaun laman sosial aku. tapi realitinya, aku bukanlah suka sangat dengan nama ni. aku suka dengan nama 'senpai' tapi aku tak suka dengan nama 'zyma'. kenape eh?

senpai tu memang aku suka nama tu. nama tu dari bahase jepun yang bermaksud 'senior'. walaupun aku ni bukan lah senior mane tapi aku suka perkataan senpai. aku dulu peminat majalah. aku suka baca komik kat majalah. then, ade satu cerita tu die panggil 'senpai' kat sorang ni. start dari tu aku jatuh hati dengan perkataan 'senpai'.

zyma tu pulak. ermm.. mula facebook aku namanya 'senpai ngehz'. tu sebab.... errr... adehh, panjang pulak nak cite. ok, skip citer tu. lepas tu aku letak zyma senpai.

sebenarnye, aku suka sangat orang panggil aku dengan nama penuh aku. nama sebenar aku yang tertera dalam kad pengenalan aku. name zyma tu.. errmm... bese-bese je la.. tak de la tak suke sangat, tapi just tak berkenan. ade kawan aku cakap, kalau tak suke kenape tak tukar je. aku memang sengaja tak nak tukar pun. hehehe..

untuk kawan-kawan aku, terima kasih sebab panggil aku dengan nama penuh aku. untuk orang yang panggil zyma, aku tak kisah pun. tapi jangan panggil panggilan tak senonoh dah lah.

Saturday, July 14, 2012

kami ke thailand esok

esok, aku dan sukarelawan untuk program Destini Anak Bangsa ke Koh Samui, Thailand akan bertolak. berdebarnye. first time kami buat program ke luar Malaysia. harap, semua berjalan lancar.

Ya ALLAH, permudahkan segala urusan kami. moga kami selamat pergi, sampai ke Thai dan pulang semula ke Malaysia. *harap sesiapa yang baca post ni doakan keselamatan kami.

nanti balik sini mungkin 19 hari bulan. then, 21 hari bulan mungkin dah puasa. jadi, tahun ni adalah tahun yang ketiga aku sekeluarga berpuasa tanpa kehadiran ayah. dah tak de juadah buaka puasa masakan ayah. ayah, kami rindu ayah. moga ayah di sana tenang dan berada dalam kalangan orang yang soleh.

Monday, June 18, 2012

Contest : Edit Picture Paling Cantik

first follow dia dan dia

next letak ni


lastly, gambar dah di-edit
tapi yang di-edit ni bukanlah cantik mane, cuma gambar ni ade cerita sendiri
gambar aku time kecik, then lepas tu 20 tahun kemudian.....


sekian, terima kasih =)

Thursday, May 31, 2012

bila saya telah disangka berpura-pura

ingin saya mencuri sedikit masa untuk menaip entry ini. tengah seronok borak dengan seseorang, tiba-tiba dia mengeluarkan satu kenyataan "aku tahu, sebenarnya kau berpura-pura kan?". aku masa tu sentap ada la, tapi sikit je la. aku tanya la "kenapa cakap macam tu". then die bagi sebab tentang satu perangai aku (tidak dapat aku nyatakan di sini). bila aku kenang balik, nampak ke macam berpura-pura. tapi aku sendiri pun tak perasan yang perangai aku tu adalah satu kepura-puraan. sebab, seumur hidup aku, tak pernah ada orang cakap perangai aku tu adalah satu pura-pura. cuma aku sedar dengan perangai aku yang satu ni, orang yang bagi gelaran. bukan sorang dua, tapi ramai yang bagi gelaran untuk perangai aku tu. tapi, pandangan orang. aku sendiri pun tak boleh pertikaikan. jadi, untuk awak, saya tak tahu yang saya ni selama ni berpura-pura. saya nak awak tahu, saya sekarang ni sedang menjadi diri sendiri sejak dari dulu lagi.

Sunday, May 13, 2012

yang lama lagi selesa

di kesempatan hari yang busy sempat lagi aku update entry. sebelum ni aku malas nak update entry sebab dashboard die bertukar wajah. tension pulak aku. tapi aku tak tahu pulak macam mana nak tukar yang lama. tapi, di hari yang mulia hari ni, aku dah jumpa macam mana nak tukar ke wajah lama dashboard ni. rupanya setting kat sebelah ni je. rabun IT sungguh aku ni. maklumlah, sejak jatuh hati dengan twitter, aku makin lupakan dunia blogging ni. tapi en.blog, jangan risau. saya tak pernah lupakan awak. terlupa sikit-sikit je biase la. hehehe
so, ni nak sambung kerje balik. hehehe..

Monday, April 16, 2012

politik yang ............ (mata pandang kiri kanan)

konon-konon berhati-hati la. takut tersalah cakap nanti kene saman. hehehehe....

aku tak de la minat politik tapi berminat la jugak tengok perkembangan, perjuangan... errr... yang tu la, yang hangat-hangat sampai berkhemah tu.

aku sebagai pemerhati cuma terfikir je apa yang berlaku. tak nak sangka lebih-lebih cuma sedih la bila sesama melayu masing-masing nak mengutuk sesama sendiri.

jujur aku bagitau, aku follow facebook, twitter sesetengah pejuang-pejuang dan politicians ni macam datuk seri najib, tuan guru nik aziz, datuk anwar ibrahim, adam adli, seorang mantan mpp yang sangat menyokong kuat kerajaan, etc... kawan-kawan aku cakap, "wahh, ko follow die ke? minat politik ke?" (gayanya macam ingat aku nak jadi wakil rakyat je). aku ingat nak jadi wakil rakyat jugak, tapi bila fikir balik, aku nak jadi librarian je la. hehehe

mungkin aku masih tak faham keadaan sekarang, maybe bila aku dah matang suatu hari nanti
i'll choose right decision

Sunday, April 15, 2012

ada orang buat entry pasal saya :)

hehehehe.. bestnye.. cam seronok je ade segmen untuk aku dalam blog my besfren.. huhuhu..


seronok.. 2 ronok.. 3 ronok... beronok-ronok ...... C:

thanks cik cah.. huhuhuhu..

ps: kalo nampak entiti asing seperti jerawat, etc ..dalam entry beliau. sila abaikan.. hehehehe

Wednesday, April 11, 2012

bosannnya ....

waaaaa..
bosan yang teramat.. teramat sangat
duk sorang-sorang sambil online makan meggi dan minum nescafe
macam 'forever alone' pulak

kawan-kawan mana??
dorang sibuk jugak
dengan pakwe.. da berjanji nak keluar dengan member.. ade meeting penting..
aku je la tercicir sorang-sorang
hurmmmmm

apa-apa pun chill..
huhuhuhu
enjoy myself today :)

Friday, April 6, 2012

tetiba sebak :'(

aku pernah marah seseorang. tapi entahlah, semalam aku rasa hari yang paling sedih. walaupun lepas kejadian 'itu' aku ada perasaan tambahan menyirap dengan 'orang sombong' ni. aku pun tak paham kenapa nak sombong dengan aku. aku nak tolong tapi kena hentam balik. padahal dah terang lagi bersuluh dia yang salah. huh, manusia ! bodoh sombong.

ehehm.. ehem.. back to the point. berlaku kejadian ada seorang budak ni memeluk aku sambil mengucapkan selamat tinggal pada aku. memang aku pernah marah kat dia. tapi aku perasan, aku bukan marah mana pun, tapi ego aku yang membuatkan aku marah kat dia. kawan baik aku, ecah pun bagitau, ego kena diruntuhkan. sedangkan nabi muhammad pun maafkan umatnya sedangkan kita yang kerdil ni. lepas dia peluk aku, masa tu aku rasa macam nak menangis je. sampai kan tiba masa aku nak tidur pun aku masih lagi sebak. termenangis la jugak.

aku tak tahu apa perasaan dia pada aku. pada aku, aku masih sayangkan persahabatan kitorang dulu.

Thursday, March 29, 2012

terskip kelas pulak hari ni

aku sendiri pun tak tahu sebab yang paling relevan aku skip kelas hari. semenjak dua menjak ni mood aku sangat tak menentu. malam tadi pulak aku langsung tak boleh tidur lena menyebabkan aku rasa macam lemah je bangun pagi. so, bila kelas pukul 1 aku jadi macam lemah sangat, aku decide untuk tidur... dan .... tadaaaa... aku skip kelas dengan sengaja.

~kadang-kadang, susah sangat nak meluahkan.

Thursday, March 15, 2012

kuliah hari ini yang sangat tension !!

warghhh!!! memang tension betol kelas hari ini. tak tahu nak gambarkan dengan kata-kata..
  • kelas yang sangat mengantuk
  • kawan-kawan yang agak bosan
  • lecturer yang agak bosan jugak
  • subjek yang sangat tak best
  • perut aku yang sangat lapar macam orang tak makan 21 hari
  • orang sebelah yang mengganggu kefokusan aku
  • kerusi yang tak best
  • bilik kuliah yang sangat sejuk macam bilik mayat *eh, macam tau-tau je bilik mayat sejuk macam tu.. hahaha

tapi sebenarnya, sebab-sebab diatas bukanlah sebab yang menyebabkan kelas hari ini tension. sebab utama aku tension adalah jam besar terletak kat depan sekali, lebih kurang sebesar 4 kepala manusia. memang aku tension la

tambahan pulak jam tu kat tengah-tengah antara lecturer dan slide. memang sepanjang kelas selama 3 jam memang aku asyik terpandang jam la. lepas tu mula la ayat bermain-main dalam kepala "lambat lagi ke nak habes?" "kenapa masa belalu sangat perlahan seperti siput sungai sedang berusaha merentasi air yang deras?"

memang bertambah stresssssszzzz!!!

troll face dari mr.google


anak panah merah tu jamnya. nampak kecik, tapi dalam dunia realiti jam tu besar.. GGRRRR!!

Thursday, March 8, 2012

cara nak buang shortcut virus dalam pendrive


lepas aku copy gambar dari kawan aku, tetiba je pendrive aku ade virus shortcut. grrr.. geram jugak. tapi sebelum tu aku dah cucuk kat macam-macam laptop. entah sape punya virus pun aku tak perasan. so, aku pun jadi stalker mr. google dan aku jumpa cara nak buang virus.

akhirnye aku berjaya !! yeeyy...~~~

caranya adalah..

1. pergi kat 'start' > run .. taip cmd, lepas tu klik OK
2. kita assume yang huruf pendrive korang sekarang adalah K. lepas tu copy command yang bawah ni

attrib -h -r -s /s /d k:\*.*

*tapi kalau huruf pendrive korang h ke, tukar kat command atas ni dengan huruf h pada k tu..

3. right click kat Command Prompt tadi, lepas tu paste. jadi la cam gambar kat bawah ni.


nak besarkan gambar pinjam la kanta pembesar dari Detektif Conan

4. last step, Enter. DONE!!

kredit : mobilegk

sayonara akari~chan

pada 2 mac 2012 aku pergi KUALA LUMPUR. aku pergi CUTEY RAINBOW NURSERY, tempat aku kerja dulu. aku dikhabarkan oleh kak azima yang akari dah nak balik Jepun. sedihnya =(

so, aku pun pergi la melawat akari maybe untuk yang terakhir kali. sedih tu memang tak boleh digambarkan la. aku agak rapat dengan dia sejak aku mula-mula kerja kat sana. bila diberi tahu yang dia nak balik jepun, aku pun bagi dia hadiah dan jumpa dia. aku ingat dia memang akan stay Malaysia dan sekolah kat sini. tapi .... hurmm.....

"moga akari sihat dan happy kat Jepun. teacher will miss u.. sob... sob.. :'( "

badak yang chumill sangat ni aku hadiahkan kat akari =)
akari suka sangat masa aku badak ni..


yang baju pink tu akari. sebelah aku besfren dia, ai~chan
akari sekarang dah besar, cantik macam emak dia


ni emak dia. cantik kan..

ni gambar akari masa aku mula-mula kerja kat nursery tu


ni budak comel.. huhuhu.. budak baru. first time aku jumpa masa datang melawat hari tu.. comel sangat.. ni muka masam sebab baru bangun tidur.. kiikiki
namanya taiga ke kaiga.. ermm.. aku pun x sure..


yeeyyy.. dengan mereka yang comel bersama kak azima


err... ni naoto..
ade sorang teacher india ni pakaikan dia sari
hahaha.. comel je.. ni muka masam jugak sebab baru bangun tido dan dia tak suka orang letak sari tu.. hehehe


Saturday, March 3, 2012

doodle #3

doodle budak nakal.. huhuhu

tengah tak de kerje. so, mendoodle la aku

Monday, February 27, 2012

doodle #2


kartun ni bukanlah rekaan saya sendiri. saya cuma lukis balik je.

dulu saya rapat dengan seorang senior ni. dia suka lukis kartun ni. sekarang lebih kurang 7 tahun kitorang tak berjumpa. rindunya... tapi tahun lepas ada la jumpa sekali. itu pun terserempak.

bila aku rindu kat dia aku lukis la kartun ni.

Thursday, February 23, 2012

dr slump arale ~ Wai Wai World (lyric)

this song very kawaii~~ o_o

Kitta zo Kita Arare-Chan
Kiin-kin-kin-kin-kin-kiin
Teke-teke-tet-ten-ten
Pip-pi-pi-pi-pup-pep-poo Gatchan mo
Yume no bakudan uchiagero
O-hi-sama nikka-nika Buta-san hoo-ho-kek-kyo
Minna atsumare Pengin-Mura ni
Donna koto ga okiru ka na
Sore yuke Is-shi-shi-shi O-tanoshimi

Asobo Asobo Arare-Chan
Nsho-nsho-nsho-nsho-shoo
Zundakadat-tan-taan
Kaaji-kaaji-kaaji-kaji Gatchan mo
Omoshiro bakudan uchiagero
O-sora wa ao-ao Hakase wa Eh-hen-hen
Minna atsumare Shin-hatsumei da
Ittai nani ga hajimaru ka
Sore yuke Is-shi-shi-shi Dokidoki Wakuwaku

Waratta Waratta Arare-Chan
Kya-ha-ha-ha-ha-ha-haa
Kya-ha-ha-no-ha-ha-haa
Guppu-guppu-gup-pep-poo Gatchan mo
Warai no bakudan uchiagero
O-hoshi-sama kira-ra-ra Minna mo gya-ha-ha-ha-haa
Minna atsumare O-matsuri da
Uchuu no hate kara tobiiri sa
Sore yuke Is-shi-shi-shi Odorou yo

Minna atsumare O-matsuri da
Uchuu no hate kara tobiiri sa
Sore yuke Is-shi-shi-shi Odorou yo


tapi dalam video ni lagu ni separuh je

sumber : animelyric

Monday, February 20, 2012

tutorial navbar statik je kat atas sekali

... ape punye tajuk la . harap paham la tajuknya ye. tutorial ni mengisahkan navbar tu statik je kat part atas walaupun korang schrol ke bawah. walaupun da schrol ke bawah, masih lagi terpacul kat page kite. ala, macam blog saya ni.

sebenarnya ada orang cakap, letak la button follow kat atas. bukan tak nak letak, tapi kat navbar da de button follow tapi maybe ada x perasan (macam gambar kat bawah ni). sesetengah orang buang navbar nak nampak lagi comel. ok jugak tapi kena letak button follow dan dashboard pulak kan. aku tak nak letak sebab blog aku ni dah macam berat pulak. nanti loading lambat. (macam melalut panjang sangat je kan ?? hahaha)


kita tak buang navbar ni boleh memanfaatkan semua yang ada kat navbar macam search site, follow, share. so, x payahlah nak letak dan tambah widget yang memberatkan blog. ok =)

okeylah, berbalik pada agenda asal kite..

ni adalah tutorial dari saya sendiri. sebenarnya first time buat tutorial sendiri. huhu

~mula-mula pergi dashboard > design > edit HTML
~lepas tu tick pada Expand Widget Templates
~kalau perlu download full template . untuk langkah keselamatan dari korang sakit jiwa
~lepas tu korang ( ctrl + F ) cari #navbar-iframe
~then tambahlah selepas display:block dengan ; position: fixed


macam kat bawah ni

kalau tak jumpe #navbar-iframe

  • Ctrl + F. then cari body {
  • lepas tu copy code yang kat bawah ni sebelum body {

#navbar-iframe {display:block ; position: fixed}

harap korang paham ye.. hehehe

sekian saja rancangan ini, bertemu kita di lain entry.

Saturday, February 18, 2012

follower sweet 100



bak kate cik deno , die sweet 100. tQ sebab sudi follow blog saya yang tak seberape ni.. huhuhu. jengok la blog dia. chomelll.. klik sini

BTW, saya terima kasih sangat untuk semua followers yang sudi follow blog saya walaupun baru sahaja mencecah 100.



Friday, February 17, 2012

1ST G.A. BY NURFERL: SAYA SEORANG PENULIS BEBAS DAN SAYA RASA HEBAT !!

nak join jengah la sini blog nurferl . yang atas ni banner yang wajib letak dalam entry. jangan salah anggap pulak, ni bukan kad jemputan kawen tau kawan-kawan. hehehe.. cik nurferl, jangan marah. gurau .

rajin pulak aku join contest. tengah rajin ni. cik nur ni tanye, nape beria sangat nak berblogging

mengikut pada tajuknye, saya bukanlah hebat (ceh, humble ..). saya berminat berblogging lepas kelas saya kena buat satu blog untuk satu subjek. lepas tu, saya terus mula berblogging. lepas tu, saya tengok kakak saya tapi bukan kakak kandung, KJ ( insan saya nak tag kejap lagi) berblogging, saya pun mula jatuh hati dengan dunia blogging.

kisah sebenarnya, secara realitinya saya seorang pendiam. hmmm.. pendiam ke? lebih kurang kategori tu la. kadang-kadang saya tak pandai nak ekspresikan cerita saya dengan percakapan, jadi saya cenderung kepada menulis dari bercakap. saya pun selalu luah perasaan dengan menulis. bukan saya tak suka bercakap, tapi kadang-kadang saya rasa ada situasi yang membuatkan saya rasa tak perlu bercakap. jadi, dengan berblogging saya rasa puas walaupun di alam maya dan hanya wujud kalau ada internet sahaja. lagi satu, saya bebas menyuarakan pendapat saya tentang apa-apa sahaja sebab saya rasa ada orang nak baca entry saya (statement agak syok sendiri) bak kata pepatah orang pandai mempertikaikan pendapat, orang bodoh mempertikaikan fakta . tambahan lagi, saya rasa nak kongsi apa-apa idea yang ada dalam kepala saya. sekian, terima kasih (sambil menundukkan kepala [bow] seperti selepas buat persembahan choral speaking).

orang di-tag

Sayangi Rasulullah Sedalamnya

yang berminat, join klik la sini ..

terima kasih blogger cik n sebab sudi tag saya
Buat entry berkenaan satu sikap peribadi Rasulullah yang kamu sanjungi..nak buat lebih daripada satu sikap pon takpe..:) --->salah satu syaratnya..

semua orang sedia maklum dengan 4 sifat terpuji rasulullah iaitu amanah, tabligh, fathonah dan siddiq

saya sangat tertarik dan kagum dengan sifat rasulullah yang tabligh (menyampaikan). walaupun dicaci, dihina dengan dibaling tahi, baginda tetap menyampaikan dakwah. baginda juga ditentang keras dari bapa saudaranya, abu lahab. tetapi baginda tidak pernah putus asa menyampaikan dakwah. alhamdulillah, sampai sekarang agama Islam masih lagi dianuti dan disanjungi. semuanya atas jasa baginda dan sahabatnya terus menerus menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umatnya dari api neraka.

contest ni saya nak tag kawan-kawan ngehz saya..
tiya, mida, shi, yayan, zyra, nysa..

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?

sebab nak tahu apa kekurangan blog saya. nak tahu juga pandangan orang lain.

segmen ni terjumpa kat blog kawan saya --> mash
kalau nak join , mehla join kat sini blog ben. tapi sebelum pukul 10pm tau. saya ni pun dah nak habis talian hayat..

selamat mengkritik..

Monday, February 13, 2012

twitter mengeluh dengan internet


sabat ye twitter. jangan kuat mengeluh, tak baik untuk kesihatan kamu. hehehe
aku pun kena bersabar dengan internet yang slow sangat ni. ish3...

Saturday, February 11, 2012

doodle saya yg pertama

ni kononnye nak wat doodle diri sendiri tapi.... huhu. maklumlah, saya budak baru reti buat doodle, kalau sudi silalah tunjuk ajar. hehehe.. buruk sikit, sorry kalau membantutkan pemandangan

inilah saya. pakai spek, berpimple sikit.. huhuhu

Monday, February 6, 2012

untitled mood

kadang-kadang, keputusan yang paling menyakitkan adalah keputusan yang paling terbaik.

Friday, January 13, 2012

akronim yang selalu digunakan

hari ni rajin menaip. hehehe... ni nak bagitahu pasal akronim a.k.a perkataan yang disingkatkan. ni yang selalu aku tengok kat sekeliling aku. selalu guna masa bercakap, balas mesej etc..

  • OMG - oh my god
  • LOL - laughing out loud
  • tq - thank you
  • tqvm - thank you very much
  • wc - welcome
  • tk - terima kasih
  • FB - facebook
  • SuJu - super junior (tetibe je terselit.. hahaha)
  • att. - attention
  • RT - refer to
  • HB - happy birthday *ucapan dari orang malas menaip macam aku
  • tc- take care
  • bb - blackberry
  • pic. - picture
  • DP - default picture *selalu guna untuk facebook
  • fon - handphone
  • merce- mercedes
  • WTF - what the **** (semua sedia maklum kot.. hehehehe)
  • U - universiti
  • lappy - laptop *hermm.. kategori akronim ke ni??
  • RM - ringgit malaysia
  • LMN- lempang muka nak!
  • KJ - kak jannah *kakak saya.. kikiki
macam banyak sangat je akronim aku terfikir, tapi bila taip sikit pulak.. huhu.. so, ni je lah yang dapat aku taipkan. tapi, kalau nak bagi salam jangan la singkatkan masa menaip. apa salahnya taip penuh sebab bagi salam kan membawa maksud baik dan mendoakan kita sesama Islam. sekian, terima kasih


Thursday, January 12, 2012

kami jalan-jalan menghilangkan stress

malasnya aku nak menaip. so, aku ringkaskan cerita, pada 10 dan 11 januari 2012, aku,ecah dan fara jalan-jalan. kitorang jalan-jalan kat selangor je. kitorang pergi pantai, kutip cengkerang, makan cendol, makan ikan keli, shopping (yeeyyy.. i like it! maklumlah, murah.. hahaha). naik bukit sambil tengok monyet. weee.. best sangat.. =)

kami pergi pantai remis. lepas tu pergi bukit melawati.. kat situ kami tengok monyet dan makan diraja selangor

disebabkan aku malas nak menaip, so tengoklah gambar ni *kalau sudi.. hehehehe




kami sarapan. melantak nasi lemak



ni fara. dia tengah kekenyangan melantak tiga ketul kuih


kutip cengkerang.. hehehe


kami singgah sini beli nasi ambeng.. sedap woo


ni kat bukit melawati
monyet kat sini tak ganas
nampak tak dalam kereta ade fara? dia takut dengan monyet.. hahahaha








selingan: pakcik serba kuning




ni driver kami ecah a.k.a ece

terima kasih kerana sudi tengok gambar..
=)

 

Template by BloggerCandy.com