Pages

info untuk mu


Saturday, August 27, 2011

hari terakhir aku

wah, bukan main tragis entry aku. pada 26 ogos 2011 adalah hari terakhir aku bekerja di cutey rainbow. mesti nanti aku rindu dengan dorang terutama sakura. dia budak baru, baru pandai bertatih kot dan tak pandai bercakap. yang dia pandai cakap "mama". dah la kuat makan. mesti aku sedih sebab asyik teringat kat dia. sebabnya dia kalau time mandi dengan orang lain mesti dia nangis tapi dengan aku tak pun. kalau orang lain nak mandikan dia, bile orang dah tangalkan baju mesti die nangis lepas tu berlari datang peluk aku. '

sakura oo sakura. nape la buat teacher rindu kat kamu ni.'

ni kelas dorang


gambar sakura berukuran passport
comel mulut dia kan =)

...kredit gambar pada kak azimah...

Thursday, August 25, 2011

zyma sensei a.k.a kojima sensei

sesiape yang sedia maklum, aku sekarang bekerja di nursery jage budak di kuala lumpur yang bernama cutey rainbow. hari ni, seorang budak yang sangat becok a.k.a banyak celoteh ade datang nursery, namanya MIHO. banyak cakap budak ni tapi sayangnya aku tak paham sebab die ni speaking jepun daa.. last aku jumpe dia dalam bulan lepas la. jumpe pun baru sekali ke dua kali. aku pun tak ingat. umur dia maybe dalam 4 tahun. tadi aku try la tanya dia sape nama aku. gembire betol aku sebab die ingat nama aku lagi. dengan semangatnye dia sebut nama aku "KOJIMA SENSEI!". erkk..?? sejak bile pulak nama aku ala-ala jepun ni. kalau jima sensei aku terima jugak sebab budak-budak kan pelat, so dorang tak dapat sebut zyma dengan betol. budak-budak lain pun ade yang sebut jima sensei jugak. so, sepanjang hari ni aku ajar la nama aku, zyma sensei bukan kojima sensei. tak lama lepas tu, aku macam buat something. tiba-tiba miho tengah main-main dengan kawan dia datang kat aku. dia pun tanya aku "kojima sensei, bla.... bla.. bla... ?". ceh budak ni, kojima lagi.

ape-ape la miho. tak pe, janji ingat kat sensei ni lagi. yang best hari ini, aku lukis gambar miho, lepas tu miho lukis gambar aku sebelah dia. sweet tak ? rindunye nanti kat dorang. miho, i miss u.

yang kiri tu miho lukis aku, yang kanan tu aku lukis miho. tapi pelik pulak lukisan aku sebab tangan miho panjang. hahaha...


ni miho yang comel

pada sesiapa yang tak tahu lagi, sensei tu panggilan untuk cikgu dalam bahasa jepun

Sunday, August 21, 2011

bahasa eww ke?

pernah tak dengar bahasa eww? memang tak de dalam kamus yang diiktiraf tapi dalam kamus hidup ade la. dalam kamus hidup macam-macam ade kan. mule-mule aku dengar perkataan bahasa eww ni masa kawan aku dengan semangatnye tunjukkan aku satu video ni. mulenye aku memang malas nak layan. tapi setelah tengok ke-excited-an dia, so aku tengok je la. lepas tengok video die aku betul-betul terpikat. bukan kat dia la, kat video die. video die memang best. kalau tengok video die kite mesti terdetik dalam hati "betul jugak mamat ni cakap". nama die anwar hadi. aku siap like kat facebook mamat ni. memang aku pulak yang semangat. mamat ni sangat popular dalam youtube. tengok la video ni:


lagi satu aku nak tambah. sebenarnye cerita anwar hadi tu mukadimah untuk cerita aku ni. ni aku nak cerita bahasa kategori ape entah. nak kate eww pun tak tau la. korang bace ayat budak ni. ayat ni aku jumpe dalam facebook: yang dalam kurungan ayat tebal tu aku terjemahkan ayat budak tu.
  • mEndErwh nEyh amEx gAmbOowr cEnyAp2 ..
    hAtOoiyAi ..
    bIkIn pAnAsz jErwp ..
    erwh .. !![mende ni ambil gambar senyap2. bikin panas je]
  • kOowmEr nA aExk pExcEr lOowrh ,,
    sIr uE tAngkAp gAmbOowr kOowmEr
    [kome(saya) nak ambil pekse (exam) la]. tapi ayat lepas tu aku tak paham dah.
kalau gune google translate pun ayat tu mesti tak dapat nak detect. aku baca ayat die pun aku rasa macam nak hempuk je dengan penyapu (hahaha.. motif aku emo sangat??) tapi aku betul-betul geram baca gaya penulisan dia. kalau die member aku, aku rasa aku dah maki hamun die. ishh... budak ni. tak payah la tak skema sangat. biase-biase dah lah. tak gune ayat skema pun tak pe. nyampah orang baca. ni aku tak tau la nak ketegori bahase ape. maybe ni bahase minta terompah baling kat kepala kot.

Tuesday, August 16, 2011

segmen cxs geng uitm by campus


aku join segmen ni semperna aku telah ditag oleh kawan aku, si ecah a.k.a mak bedah. sape-sape yang tengok blog dia mesti tanye mane satu nama aku yang dia tag. yang argonism tu la. tu nickname aku sejak aku belajar kat uitm. hahaha.. dan-dan dapat nama baru kan. macam mana aku dapat nama tu? nak cerita nanti panjang pulak, lagipun ni bukan segmen cerita pasal nickname.

so, kite proceed dengan soalan dari err... namanye .. ape name dia ek? dah puas aku godam, aku just jumpe ni nama dia cx's a.k.a mak temah. agak musykil, penuh rahsia nama beliau

jawapan untuk soalan beliau:
*saya dari kampus puncak perdana uitm shah alam
*Bachelor of Science in Information Studies (Hons) Information Management
*orang yang saya nak tag : fara

duedate: 20th august 2011 (pose yang ke duploh)

Monday, August 15, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

err... ermm...
ano ne~ (konon-konon speaking jepun)

segmen ni aku terjumpe dalam blog die ni encik apisv2. tapi tuan punye pereka cipta segmen ni encik aril. (bukan aril menatap matamu tu tau)

sebenarnye saye pun tak tau nak cerita ape dalam entry ni. i just wanna say "selamat datang ke blog saye yang tak seberapa ni" ..
nak kate saye tak mengharapkan nak tambahkan follower karang cam ayat P.O.Y.O pulak. tapi saye just suka ade orang bace entry saye
so, my future friend, nice to know you =)

*agak-agak menyampah tak dengan 'speaking broken' ni

Monday, August 8, 2011

perkara yang x dijangka dan x pernah tengok seumur hidup aku

panjang pulak tajuk entry aku ni. hari ni bagi aku agak kelakar la. maklumlah, tak pernah aku tengok kejadian ni sebegini rupe. tadi mase nak habes time kerje, aku ambil la barang aku. ape la barang aku sangat, just ic, dan mende-mende penting je macam kad ATM, lesen dll. nak dijadikan cerita, mase aku nak ambil barang aku tu, aku ternampak something kat dalam beg sorang bibik ni. mulanya aku tak tau tu menatang ape. macam slip la yang dah diliminate. kalau aku tanya kantoi la aku ngendap beg orang. bukan sengaja aku nak ngendap tapi aku ternampak. yang aku tahu die tadi keluar sebab nak buat passport sebab dia orang indon. so, nanti tak de lah orang panggil pendatang haram. die nak renew tak silap aku passport tu. ni aku nak suruh korang bayangkan something. cube korang bayangkan kalau korang buat passport korang. gambar korang dalam passport tu ade lagi sorang berdiri belakang korang. kalau malam-malam hari tengok memang seram la kan. entah ape yang kite terpikirkan. tapi kalau gambar tu tengok di siang hari? maunye terkekek tergelak tengok gambar tu. dah la tu passport kite, tetibe pulak ade makhluk asing belakang kite nak bergambar sekali. memang aku terkekek la gelak tadi tengok gambar passport bibik tu. tapi tak de la beria sangat aku gelak. karang terase pulak bibik tu, dah la dia pergi mana-mana kena bawak passport tu. cuma yang aku terfikir, ape la orang ni. ambil la gambar tu betul-betul. aku rasa mesti bibik tu tak nak buat kenangan passport tu. buat sakit jiwa je tengok. kekekeke....

Wednesday, August 3, 2011

jersey harimau malaya


wah, aku sekarang menjual jersey ke? harimau malaya pulak tu. haa.. ade sape-sape nak beli tak? tapi realitinye aku tak jual pun. aku just nak cerita perasaan bangga menyokong pasukan malaysia ni. hari tu mase aku on the way balik rumah dari tempat kerja, lebih kurang pukul 5pm lebih. kalau dah pukul 5pm biasanya ramai la orang balik kerja, balik dari sekolah. tengah layan perasaan sorang-sorang mase balik tu ternampak seorang budak baru balik dari mane tu aku tak tahu la pulak sebab aku tak pergi tanye pulak. umur budak tu macam baru 11 10 tahun la. bangga juga sebab masa tu dia pakai jersey harimau malaya yang kat atas ni. paling bangga budak tu mat saleh. bagus betol anak orang putih ni. nak je aku turun kereta bergambar dengan dia tapi disebabkan jalan agak sesak, nak turun pun susah.
 

Template by BloggerCandy.com