Pages

info untuk mu


Saturday, July 16, 2011

kerja aku sebagai cikgu

sebenarnya, masa hari pertama aku kerja aku nak cerita pasal ni dalam blog. tapi disebabkan bila malam-malam je aku sibuk tengok tv. aku tak tau la, bila aku duduk sini je tetiba aku jenis suka tengok tv. kalau kat rumah, boleh jadi 2 atau 3 kali je dalam seminggu aku tengok tv sebab aku ni jenis malas nak tengok tv. bila dah tengok tv, so aku masuk tidor agak lambat. bila aku online lambat, aku dah jadi malas menaip. so, di hari yang cuti ni baru aku rajin.

masuk hari ni aku dah 4 hari datang KL untuk kerja di sebuah nursery yang jaga budak, bukan nursery tanam pokok. aku tinggal kat rumah tuan punya nursery tu la yang aku panggil makcik. sebenrnya ni bukan pertama kali aku datang sini, dah banyak kali. cuma bila ada kesempatan aku baru datang. tapi kali ni aku datang sebab makcik ajak datang sini. kali ni ramai budak-budak baru sampaikan aku susah nak ingat nama dengan muka. aku ni sebenarnya jenis yang susah nak cam muka dalam masa sehari. budak-budak ni bagus, dorang rasa janggal dengan aku sekejap je, lepas tu ok je. aku start kerja hari rabu. untuk hari rabu dan khamis kak azima (kerja kat nursery tu jugak) yang mengajar, hari jumaat aku ganti die sebab hari tu dia ade kelas.

kelakar dengan kerenah dorang. ade yang nakal (mestilah, budak-budak kan),yang dengar cakap pun ade, yang dah besar tapi jenis tak bercakap pun ade, yang asyik menangis je kerjanya, yang asyik panggil mama je, yang kerjanya nak main tapi tak nak belajar pun ade.

ni aku nak cerita masa hari pertama aku kerja:

  • masa aku tengah berjalan, aku tersadung beg sorang budak ni tapi nasib baik aku tak terjatuh. lepas tu aku toleh belakang, mana la tau kot-kot ade orang nampak ke, malu aku. rupa-rupanya ada yang nampak. budak ni namanya masato tapi kecik lagi die ni, bercakap pun tak pandai lagi. dia terkekek-kekek tengok aku. lepas tu die pun nak try buat tersadung kat beg tu (konon-konon nak buat kelakar la tu). tapi disebabkan aku nak jaga keselamatan beg tu, aku terus alih ke tempat lain. lepas tu masato terus nangis sebab dah tak dapat main dengan beg tu. pernah hari tu, lutut aku terhantuk dekat bawah meja. maklum la, orang besar duduk dekat meja kecik memang macam gersasi turun kat dunia manusia la. lepas tu budak-budak terkekek-kekek tengok aku. suka betol dorang ni tengok aku accident.
  • budak ni budak baru, namanya mei. disebabkan namanya sangat pendek so kitorang panggil mei chan (chan ni sebagai nama panggilan tambahan dalam bahasa jepun). ni first time aku jumpa. banyak cakap budak ni tapi dia asyik cakap jepun je dengan aku. manalah aku paham. aku just angguk-angguk je die cakap atau sebut "haik" tak pun aku ulang balik ape yag die cakap (konon-konon nak tunjuk aku paham ape die cakap).
  • kalau first time korang tengok nama BRENDAN, macam mana korang sebut. tambahan pulak budak ni kacukan mat saleh dengan jepun. mesti sebutannya brenden kan (untuk 'e' pertama e=epal, 'e' kedua tu e=emak). tapi ade bibik (orang indon) yang kerja kat situ sebut nama dia branden ('e' tu sebutnya e=epal). kelakar je bila dengar.
  • ade budak ni, anak mat saleh. umur 3 tahun tapi petah gila bercakap. masa dia datang, dia menjerit tau. so, aku tanya la dia nape dia menjerit. dia cakap dia nak mummy dia. pastu aku tanya la lagi, nape nak mummy dia. lepas tu dia diam jap. lepas tu dia sambung balik. dia cakap "leave me alone". kelakar je. kecik-kecik lagi cakap macam orang besar. haha....
  • ade budak ni dia tengah main panjat-panjat. pastu aku panggil nama dia, so aku marahlah dia. ye la, takut terjatuh. lepas tu dia boleh buat tak tau je aku marah kat dia. rupanya baru aku perasan, yang aku panggil bukan nama dia, tapi orang lain. haduii... susah betol aku nak ingat nama dengan muka dorang ni.
  • hari tu aku asyik ajar nama aku je kat dorang. disebabkan nama aku dengan kak azima sama, kak azima dorang panggil teacher ima, aku pulak guna nama teacher zima. tapi budak-budak kan pelat, lepas tu aku ajar nama aku teacher jima a.k.a jima sensei (sensei = cikgu dalam bahase jepun).
kat nursery tu, ade sorang budak ni mengidap autisme. autisme ni berkaitan dengan perkembangan otak. lebih kurang macam gangguan la dalam perkembangan otak. simptom dia jenis yang main sorang-sorang, akan terlalu obses dengan sesuatu benda, tak boleh buat eye contact masa komunikasi, suka benda yang berpusing, tak reti bercakap (kalau nak sesuatu diorang jenis tunjuk je) dan macam-macam la. tapi budak ni memang tak pernah bercakap. sebut "mama" pun tak pernah. kesian tengok emak dia. budak ni orang cina. lagi satu budak ni suka main sorang-sorang, lepas tu gelak sendiri.


ni la masato. yang gelakkan aku tu. bulat matanya. muka macam perempuan tapi lelaki


dorang memang suka bergambar. asal bergambar je tangan mesti naik kat muka
yang kiri sekali eri, yuna, akari, ai chan dan mei chan


jejaka jambu
dari kiri : keigo, rifki. belakang tu brendan


...sesi mewarna...





ni la david. muka hensem. dah macam justin beiber aku tengok. sekali pose dah macam kera dapat bunga aku tengok



ni brendan. hensem kan..

7 comments:

i'm ezza haniza said...

onyonyooo comel!

mida said...

like3..

azimah_rosli said...

comel kan.. geram tengok..

Aishah S.H said...

Nyah...!comel nyer...say hi to david okeh..ckp kt die,aku cop die..tggu sampai umo 21 thun.nak suruh pergi mengundi ahahahaha

azimah_rosli said...

david.. haha.. nakal gile.. x larat nak layan

stiletto ungu said...

brendan is soo tiut meyh..

azimah_rosli said...

stilleto.. ensem gile la..

 

Template by BloggerCandy.com