Pages

info untuk mu


Friday, July 29, 2011

futsal mesti jambu

wah, tibe-tibe kan tajuk entry aku nih. hari ni aku balik rumah. bestnye!! tapi yang tak best bile menjelang malam mesti tinggal aku sorang-sorang. adik-beradik aku aktif berjalan malam-malam. main futsal la, pergi rumah sepupu la, pergi rumah aki la. ni aku nak cerita pasal adik-adik aku, ayie dan ama. ayie dan ama ni memang kategori aktif bersukan la. dorang ni sangat bertentangan dengan aku sebab aku ni memang lembik bersukan. kalau masuk lumba lari confirm aku belakang sekali. tapi aku hebat time pertandingan golek tayar. haha.. aku ingat lagi mase sekolah rendah kawan-kawan aku semua kagum tengok kelajuan aku dalam golek tayar. OKlah, berbalik pada sukan tu, ayie dengan ama ni memang aktif main futsal malam-malam. asal keluar rumah je mesti bawak kasut sukan sekali. kalau tanye jawapan dorang main futsal la.

ni aku nak story, tadi ama balik rumah nak ambil kasut bola. sebelum tu ayie balik rumah ambil kasut bola. ama sibuk mencari stoking. memandangkan ama ni macam tak jumpe langsung stoking, pastu aku pun bagitau dia "ayie dah ambik kot stoking. tadi die balik ambik kasut". lepas tu dia pun terus mencari. tapi yang aku nampak stoking aku. kalau stoking aku memang spesis colourful, bunga-bunga dan kartun. aku pun cakap la kat ama "ama, ambik stoking angah tu je" (sambil aku tunjukkan dia dekat stoking warne kuning yang ade bunga-bunga). mulanya dia tak nak sebab dia pakai seluar pendek paras lutut. tak sangke jugak dia ambik. lepas tu dia pun keluar statement "futsal mesti jambu". tak boleh bayangkan pakai kasut bola dengan stoking warne kuning ade bunga-bunga.

walaupun malaysia kalah semalam dengan singapura, aku tetap lagi menyokong malaysia. kepada harimau malaya, teruskan usaha korang. walaupun korang tak tau aku sokong korang, aku tetap sokong korang (ape la ayat aku nih).semoga berjaya di lain match. nak buat macam mane kan dah tak de rezeki nak ke pusingan kelayakan piala dunia tu. harimau malaya, gambatte ne~



2 comments:

mida said...

hahahahhahaha.. apee pon x bole..

zyma_senpai said...

jambu.. haha

 

Template by BloggerCandy.com