Pages

info untuk mu


Friday, July 29, 2011

futsal mesti jambu

wah, tibe-tibe kan tajuk entry aku nih. hari ni aku balik rumah. bestnye!! tapi yang tak best bile menjelang malam mesti tinggal aku sorang-sorang. adik-beradik aku aktif berjalan malam-malam. main futsal la, pergi rumah sepupu la, pergi rumah aki la. ni aku nak cerita pasal adik-adik aku, ayie dan ama. ayie dan ama ni memang kategori aktif bersukan la. dorang ni sangat bertentangan dengan aku sebab aku ni memang lembik bersukan. kalau masuk lumba lari confirm aku belakang sekali. tapi aku hebat time pertandingan golek tayar. haha.. aku ingat lagi mase sekolah rendah kawan-kawan aku semua kagum tengok kelajuan aku dalam golek tayar. OKlah, berbalik pada sukan tu, ayie dengan ama ni memang aktif main futsal malam-malam. asal keluar rumah je mesti bawak kasut sukan sekali. kalau tanye jawapan dorang main futsal la.

ni aku nak story, tadi ama balik rumah nak ambil kasut bola. sebelum tu ayie balik rumah ambil kasut bola. ama sibuk mencari stoking. memandangkan ama ni macam tak jumpe langsung stoking, pastu aku pun bagitau dia "ayie dah ambik kot stoking. tadi die balik ambik kasut". lepas tu dia pun terus mencari. tapi yang aku nampak stoking aku. kalau stoking aku memang spesis colourful, bunga-bunga dan kartun. aku pun cakap la kat ama "ama, ambik stoking angah tu je" (sambil aku tunjukkan dia dekat stoking warne kuning yang ade bunga-bunga). mulanya dia tak nak sebab dia pakai seluar pendek paras lutut. tak sangke jugak dia ambik. lepas tu dia pun keluar statement "futsal mesti jambu". tak boleh bayangkan pakai kasut bola dengan stoking warne kuning ade bunga-bunga.

walaupun malaysia kalah semalam dengan singapura, aku tetap lagi menyokong malaysia. kepada harimau malaya, teruskan usaha korang. walaupun korang tak tau aku sokong korang, aku tetap sokong korang (ape la ayat aku nih).semoga berjaya di lain match. nak buat macam mane kan dah tak de rezeki nak ke pusingan kelayakan piala dunia tu. harimau malaya, gambatte ne~



Thursday, July 28, 2011

unhappy mood

tak excited pun sebab mood terganggu
kenapa dengan aku ni?
aku harap ada orang boleh happy kan aku
rase macam sedih datang balik

Wednesday, July 27, 2011

selamat hari jadi zyra ngehz dan tyrah ngehz

tyrah

zyra

pada 27 julai 1990 tirah telah dilahirkan di dunia ni
pada 25 julai 1990 zira dilahirkan. ni blog dia-->> blog zira

selamat hari jadi untuk korang tapi sorry hadiahnye tak de.. hehehe
dorang ni aku kenal mase form6. dengan zyra sejak dari lower 6. mase lower kitorang sekelas. memang banyak la pengalaman kitorang dengan dia. yang suka, duka. macam-macamlah. macammaca kitorang kenal? masa tu zira rapat dengan bestfrennye dari smk tualang iaitu aimy dan nysah (da rapat memang la namenya besfren. apadaa). mulanya dorang ni kelas venus aku dan 2 orang lagi kawan aku syi dan mida kelas ... kelas ape tu? aku pun da lupe. kelas tu ade subjek biologi. wah, gile kepale otak nak belajar bio lagi lepas menderita belajar bio mase spm. so, lepas tu kitorang tukar la kelas yang ade subjek sejarah dan geografi iaitu kelas venus. so, lepas tu kitorang kenal la zyra and the geng.

aku kenal dengan tirah pulak mase upper 6. tirah masuk hostel, kitorang terus jadi member dan mase tu die sebilik dengan aimy (tak silap aku). tu yang jadi rapat. kirenye kitorang jadi bestfren sebab persahabatan yang bersangkut-paut. huhu.. sweet kan macam candy

so, ucapan aku untuk korang:
moga bahagia di dunia dan akhirat
moge umur korang diberkati ALLAH
paling penting moga persahabatan kita kekal abadi



*gambar dorang ni telah dikidnap dari facebook dorang

Saturday, July 23, 2011

geram plak aku !!

hari ni malaysia lawan singapura, tapi aku tak dapat tengok sebab busy (konon-konon). hehe.. hari ni keluar jalan-jalan. lepas tu balik pulak dah pukul 10pm. buka je tv da tak sempat nak tengok bola. so, lepas tu jenguk la facebook. 'friend' aku dalam facebook bukan main lagi meghentam malaysia sebab kalah. yang aku bengangnya dorang ni lah. sape dorang tu? budak-budak bola ke? taklah. aku geram dengan kawan-kawan aku dalam facebook la bukan main kutuk malaysia. wah..!! time menang bukan main memuji, memuja. bile kalah sampai penuh post ko dalam page facebook tu yang asyik kutuk malaysia. ade pulak yang post tu ko bukan main kritik. dah macam rajagopal akan baca je post ko tu sebab ko bagi macam-macam arahan kat rajagopal. tu la korang, tak reti nak setia. tau nak kritik je. pantang tengok orang salah, mulalah ko melenting. haiyoo.. support la malaysia. ko orang malaysia, kalau tak ko, sape lagi nak tambahkan supporter malaysia ni.

Monday, July 18, 2011

aku pergi FLORIA

tengah-tengah borak dengan kak azima, tiba-tiba dia tanya aku "azimah buat ape sabtu ni?" (hari sabtu aku cuti.. hehehe..). dengan confident aku pun jawablah "saya tidor je kak. hehe...". "jom la kite pergi FLORIA kat putrajaya", kak azima ajak aku pergi jalan. mestilah aku semangat kalau berjalan-jalan ni.

sangat seronok semalam aku diajak oleh kak azima pergi FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2011 a.k.a FLORIA Putrajaya 2011. sape kak azima ni? nak kate kawan tu boleh la. tapi aku anggap die macam seorang kakak. kakak yang sangat caring macam kak jajan a.k.a jannah asila.. yang pergi kawan kak azima sekali, kak hajar. seriously, kak hajar kelakar gile. suka buat lawak dengan muke selamber. aku dah gelak terkekek-kekek dengan lawak dia, boleh pulak die hanya tersenyum je. kak hajar pun macam caring jugak. walaupun umur kitorang beza setahun, tapi aku rasa macam dorang lebih matured nak dibandingkan dengan aku macam perangai kebudak-budakkan. dah terbiasa kot. kalau aku dengan kawan-kawan memang perangai macam budak-budak. tak pernah nak dewasa perangainye. bayangkanlah, kak hajar yang first time baru jumpa dia pimpin aku masa nak lintas jalan. masa nak masuk bank pulak dia bukakkan pintu untuk aku dan suruh aku yang jalan dulu. aku pun tak tau kenapa. by the way, aku sebenarnya selesa. hahaha... tapi agak kelakar la mase situasi tengah tunggu bas nak balik rumah. masa tu aku tengah pegang bunga kak hajar yang beli kat floria tu la. bunga tu macam dah kuncup. tiba-tiba aku buat statement "eh, bunga ni dah tutup". sepatutnye aku cakap kuncup, bukan tutup. nak tau dorang balas ape. dorang balas "ha ah.. bunga tu dah tido. dah malam dah". kelakar pun ade. tiba-tiba aku rasa macam malu pulak.
[erkk.. satu soalan. sape yang kenal aku, aku macam budak tak matured ke?]

tengoklah gambar yang aku tangkap. sebenarnya banyak lagi, tak larat dah nak upload:


banyak bunga. rase macam nak baring je atas bunga tu




tengah tulis nama dekat guest book



ni buah anggur


ni la kak azima



ni pulak kak hajar
semangat uitm. aku paling semangat tengok taman yang uitm buat ni. uitm ni join university and school garden competiton


ni pun salah satu taman yang join competition tu









gambar ni senget.. hadusy... baru perasan



...strawberry...

MY HAPPY SUNDAY

ucapan untuk kak azima

Saturday, July 16, 2011

kerja aku sebagai cikgu

sebenarnya, masa hari pertama aku kerja aku nak cerita pasal ni dalam blog. tapi disebabkan bila malam-malam je aku sibuk tengok tv. aku tak tau la, bila aku duduk sini je tetiba aku jenis suka tengok tv. kalau kat rumah, boleh jadi 2 atau 3 kali je dalam seminggu aku tengok tv sebab aku ni jenis malas nak tengok tv. bila dah tengok tv, so aku masuk tidor agak lambat. bila aku online lambat, aku dah jadi malas menaip. so, di hari yang cuti ni baru aku rajin.

masuk hari ni aku dah 4 hari datang KL untuk kerja di sebuah nursery yang jaga budak, bukan nursery tanam pokok. aku tinggal kat rumah tuan punya nursery tu la yang aku panggil makcik. sebenrnya ni bukan pertama kali aku datang sini, dah banyak kali. cuma bila ada kesempatan aku baru datang. tapi kali ni aku datang sebab makcik ajak datang sini. kali ni ramai budak-budak baru sampaikan aku susah nak ingat nama dengan muka. aku ni sebenarnya jenis yang susah nak cam muka dalam masa sehari. budak-budak ni bagus, dorang rasa janggal dengan aku sekejap je, lepas tu ok je. aku start kerja hari rabu. untuk hari rabu dan khamis kak azima (kerja kat nursery tu jugak) yang mengajar, hari jumaat aku ganti die sebab hari tu dia ade kelas.

kelakar dengan kerenah dorang. ade yang nakal (mestilah, budak-budak kan),yang dengar cakap pun ade, yang dah besar tapi jenis tak bercakap pun ade, yang asyik menangis je kerjanya, yang asyik panggil mama je, yang kerjanya nak main tapi tak nak belajar pun ade.

ni aku nak cerita masa hari pertama aku kerja:

  • masa aku tengah berjalan, aku tersadung beg sorang budak ni tapi nasib baik aku tak terjatuh. lepas tu aku toleh belakang, mana la tau kot-kot ade orang nampak ke, malu aku. rupa-rupanya ada yang nampak. budak ni namanya masato tapi kecik lagi die ni, bercakap pun tak pandai lagi. dia terkekek-kekek tengok aku. lepas tu die pun nak try buat tersadung kat beg tu (konon-konon nak buat kelakar la tu). tapi disebabkan aku nak jaga keselamatan beg tu, aku terus alih ke tempat lain. lepas tu masato terus nangis sebab dah tak dapat main dengan beg tu. pernah hari tu, lutut aku terhantuk dekat bawah meja. maklum la, orang besar duduk dekat meja kecik memang macam gersasi turun kat dunia manusia la. lepas tu budak-budak terkekek-kekek tengok aku. suka betol dorang ni tengok aku accident.
  • budak ni budak baru, namanya mei. disebabkan namanya sangat pendek so kitorang panggil mei chan (chan ni sebagai nama panggilan tambahan dalam bahasa jepun). ni first time aku jumpa. banyak cakap budak ni tapi dia asyik cakap jepun je dengan aku. manalah aku paham. aku just angguk-angguk je die cakap atau sebut "haik" tak pun aku ulang balik ape yag die cakap (konon-konon nak tunjuk aku paham ape die cakap).
  • kalau first time korang tengok nama BRENDAN, macam mana korang sebut. tambahan pulak budak ni kacukan mat saleh dengan jepun. mesti sebutannya brenden kan (untuk 'e' pertama e=epal, 'e' kedua tu e=emak). tapi ade bibik (orang indon) yang kerja kat situ sebut nama dia branden ('e' tu sebutnya e=epal). kelakar je bila dengar.
  • ade budak ni, anak mat saleh. umur 3 tahun tapi petah gila bercakap. masa dia datang, dia menjerit tau. so, aku tanya la dia nape dia menjerit. dia cakap dia nak mummy dia. pastu aku tanya la lagi, nape nak mummy dia. lepas tu dia diam jap. lepas tu dia sambung balik. dia cakap "leave me alone". kelakar je. kecik-kecik lagi cakap macam orang besar. haha....
  • ade budak ni dia tengah main panjat-panjat. pastu aku panggil nama dia, so aku marahlah dia. ye la, takut terjatuh. lepas tu dia boleh buat tak tau je aku marah kat dia. rupanya baru aku perasan, yang aku panggil bukan nama dia, tapi orang lain. haduii... susah betol aku nak ingat nama dengan muka dorang ni.
  • hari tu aku asyik ajar nama aku je kat dorang. disebabkan nama aku dengan kak azima sama, kak azima dorang panggil teacher ima, aku pulak guna nama teacher zima. tapi budak-budak kan pelat, lepas tu aku ajar nama aku teacher jima a.k.a jima sensei (sensei = cikgu dalam bahase jepun).
kat nursery tu, ade sorang budak ni mengidap autisme. autisme ni berkaitan dengan perkembangan otak. lebih kurang macam gangguan la dalam perkembangan otak. simptom dia jenis yang main sorang-sorang, akan terlalu obses dengan sesuatu benda, tak boleh buat eye contact masa komunikasi, suka benda yang berpusing, tak reti bercakap (kalau nak sesuatu diorang jenis tunjuk je) dan macam-macam la. tapi budak ni memang tak pernah bercakap. sebut "mama" pun tak pernah. kesian tengok emak dia. budak ni orang cina. lagi satu budak ni suka main sorang-sorang, lepas tu gelak sendiri.


ni la masato. yang gelakkan aku tu. bulat matanya. muka macam perempuan tapi lelaki


dorang memang suka bergambar. asal bergambar je tangan mesti naik kat muka
yang kiri sekali eri, yuna, akari, ai chan dan mei chan


jejaka jambu
dari kiri : keigo, rifki. belakang tu brendan


...sesi mewarna...





ni la david. muka hensem. dah macam justin beiber aku tengok. sekali pose dah macam kera dapat bunga aku tengok



ni brendan. hensem kan..

Wednesday, July 13, 2011

turun KL

aku pergi KL hari ini sebab aku telah diajak oleh makcik tess tapi aku panggil makcik je iaitu tuan punye nursery untuk kerja kat sane. ape nak cerita ek? tak de ape yang aku nak cerita sebenarnya.

cuma ade satu mende yang menarik aku tau hari ni. masa sampai kat KL, makcik bawak aku pergi KLCC. masa kat tingkat 4, tiba-tiba makcik suruh aku berdiri diam-diam. dia tanya, ade rase gegaran tak ? memang terase bergegar pun. aku pun tanya soalan bodoh dekat makcik "kenape? ade gempa bumi ke?". bila terfikir balik kalau ade gempa bumi tak kan la makcik tak ajak aku lari keluar dari KLCC. lepas tu makcik cakap, dari dulu memang macam ni, tak tau kenapa. kalau korang pergi KLCC, jangan lupe try rase gegaran tu.

sebelum tu, kat KLCC macam ade event. aku tak pasti ape. tengok macam model-model memperagakan something. mulanya aku ingat fashion show tapi bukan. aku just tengok dari belakang pentas je. ramai sangat orang. malas nak pergi dekat-dekat. dekat nak habis event masa nak umumkan pemenang aku baru pergi dekat sikit. baru aku sedar, rupanya suara MC untuk event tu naz (ala.. yang selalu jadi pengacara kat ntv7 tu). kalau aku tau dari awal dia jadi MC, dah lama aku terpacak depan pentas. haha... gatai nak tengok bapak orang.

Friday, July 8, 2011

perancangan yang terpaksa di'cansel'kan

sepatutnye esok aku pergi uitm puncak perdana untuk join paintball. tapi disebabkan jalan kat KL banyak tutup esok so terpakse semua tu dikanselkan. arghh... !! tension aku dibuatnya. semua ni gara-gara 'perhimpunan' yang merepek tu la. habis semua kerja orang tergendala. dorang memang spesies manusia yang suke menyusahkan orang. dah la tu je peluang yang ada untuk main paintball tu. BENGANG AKU !

*'perhimpunan' ape? korang tau kan isu semasa. so, pikir sendiri je la. ngee...

Thursday, July 7, 2011

happy day [edisi ngehz]

hari ni aku, nysah dan mida keluar jalan-jalan temerloh. ni la hobi kami, luang mase sambil luangkan duit. kawan-kawan yang lain tak dapat join sebab ade yang tak de kat pahang, busy, dan ade masalah yang seangkatan dengannya. bagi aku, hari yang best bile dapat luang mase dengan kawan-kawan. walaupun tak ramai aku tetap rase happy dengan dorang.

hari ni kelakar je sebab :

  • mida berape kali ulang-alik pergi bank sebab nak keluar duit. kuat shopping budak ni.
  • mida sibuk nak beli barang dapur. katenye mak die balik kampung, so nak masak la kat rumah. nak buat begedil la, kentang goreng la, sandwish la. paling semangat die beli KFC untuk adik die [ kakak mithali nih].
  • ni cerita mida lagi. die sibuk cari pengupas buah punye kulit.
  • tengah-tengah pilih pengupas tu, nysah pulak sibuk dengan kerja die. kerja die sibuk main dengan pisau potong daging. risau kitorang tengok die sampai aku tergagap-gagap bagi nasihat kat die jangan main pisau tu.
  • time makan aku order la mee kuning ayam lada hitam [hot plate]. aku kongsi dengan mida sebab mida ni jenis tak makan banyak. tengah makan ni tetiba aku nampak something kat luar pinggan kami. rupa-rupanya cendawan. aku tanya la mida, nape buang tu sebab aku suke sangat cendawan tu. boleh mida jawab "eh, cendawan ke ? ingat 'mende' yang tak boleh makan". aku dengan selambe ambil balik sendawan tu. aku pun tak tau la ape yang die pikirkan pasal cendawan tu.
  • kali ni kereta kancil nysah ber'bunyi' [bunyi kalau kunci dan buka kunci yang guna remote tu]. emak nysah cakap macam bunyi kereta mewah. aku rasa memang macam mewah bunyinye sebab mungkin satu temerloh boleh dengar bunyi tu.
  • mida asyik membebel barang die berat. memang la berat cik mida oi sebab awak tu banyak shopping hari ni.
  • masa dah sampai rumah aku disambut oleh emak aku dan dua orang adik aku. entah kenape dengan mood aku tetibe je dengan tangan penuh barang aku shuffle depan pintu rumah. mesti korang terbayang macam mane aku shuffle kan. ni khas untuk family aku je [limited edition gitu]. adik aku pun cakap la kat aku "angah keluar temerloh ni mesti pergi shuffle kan". aku pun mengiyakan je la. gile ke 'hape' pakai tudung shuffle kat bandar tu.

nysah dengan mida. time ni la nysah sibuk main dengan pisau potong daging


...makan-makan...


nysah makan chicken chop dan ... eh, tu aku punye ice-blended. nysah sibuk nak posing dengan ice-blended aku. mase tu die order air dalam cawan biase, so die cakap "cawan ni letak tepi, tak payah bergambar sekali" [aku pun tak paham kenape die buat macam tu]


jom makang! (loghat terengganu)

selingan .... ~

tadi tengok showdown 2011 final. group yang ke final bounce stepperz, rokusteps, hmc phlow dan elecoldxhot. ade satu kumpulan ni [aku tak ingat group mane] guna lagu dalam dance dorang yang johan nyanyi untuk ringtone zizan masa dorang perform dalam maharaja lawak minggu 1. yang ni "goyang-goyang, goyang kepala goyang". aku tak tau pulak lagu tu memang wujud, tapi tak sangke lagu tu lagu india rupanya. korusnye yang goyang-goyang tu la. ok, berbalik pada showdown, memang dah dijangka hmc phlow dan elecoldxhot ke final battle [final battle ni peringkat yang dorang kena battle untuk tentukan sape yang jadi juara]. as expected, the winner is elecoldxhot (ECX). aku mengharapkan hmc yang menang tapi ECX memang KEBABOOM! dorang bagus gila. so, terima dia sebagai juara walaupun cam 'sebal' je result tu. huhu...

minggu ni aku agak busy. esok nak ke kuantan. lusa pulak maybe kawan-kawan baik kau dari sekolah rendah ajak jalan-jalan. lepas tu gerak ke shah alam main paintball. lepas tu balik rumah untuk sehari dan kemungkinan aku pergi KL untuk kerja. kalau blog ni sunyi sikit lepas ni harap maaf ye [konon-konon ade orang update pasal blog ni la.. haha..]

Sunday, July 3, 2011

malaysia vs. taiwan 2

TAIPEH: Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.

Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.

*petikan dari berita harian online

akhirnye layak juga pusingan kedua. so, lepas ni malaysia lawan singapura. teruskan sokong malaysia.

 

Template by BloggerCandy.com