Pages

info untuk mu


Friday, June 24, 2011

sabar ye tuan muda azimah binti rosli

tajuk yang menunjukkan anda seorang masuk dalam bakul dan angkat sendiri.

ingat lagi tak entry aku sebelum ni yang macam frust orang baru putus makan. haa.. bukan putus cinta tau. tadi aku dengar ceramah agama kat dalam tv. tajuk dia 'doa' [tak silap aku]. ada seseorang ni mengajukan soalan dan statement sikit pada ustazah tu.

bunyinya begini "saya ni pelajar cemerlang tapi bila saya masuk universiti saya teruk sangat dalam jurusan saya. saya selalu dapat result yang teruk dalam exam. tapi saya selalu sembahyang dan berdoa tapi tetap sama je dapat result teruk. kawan saya yang tak solat selalu berjaya. saya rasa malu."(anonymuos, 2011).

ustazah tu pun cakap la yang penting jangan lupa berdoa. ALLAH menguji hambanya itu menandakan dia kasih kepada hambanya. orang yang selalu bergelumang dengan kesenangan selalu lupa pada ALLAH sebab tidak pernah diduga. ALLAH murka jika hambanya lalai dari mengingati-NYA. sebagai orang islam, ujian yang diberi oleh ALLAH sebenarnya akan lebih dekat dengan ALLAH sebab kita akan sering berdoa dan dugaan yang diberi lebih membuatkan kita lagi tabah.

ucapan saya untuk diri saya dan kawan-kawan semoga korang teruskan berusaha dalam apa jua yang kita buat. jangan cepat mengalah. paling penting sentiasa berdoa dan bertawakkal. insya-ALLAH apa yang kita pohon akan dimakbulkan. jika sebaliknya anggaplah itu semua itu dugaan. ALLAH menunjukkan kasih-sayangNYA dengan menguji kita dengan macam-macam dugaan.

lagi satu, untuk kawan saya, fara yang tengah demam teruk harap awak bersabar dengan dugaan ni. awak insan terpilih untuk diduga. kuatkan semangat !

1 comment:

HUNNY RARA said...

thx sgt...i'm getting better now..x lama lg sihat seperti sediakala...:-)

 

Template by BloggerCandy.com