Pages

info untuk mu


Thursday, June 9, 2011

proposal daisakusen (japan)


cerita ni aku habiskan selama tiga hari. lama kan.. ? padahal cerita ni ada 12 episod je, satu episod lebih kurang 45 minit. cerita paling best (bagi aku la) pernah aku tengok. mungkin aku rasa cerita ni ada kena-mengena dengan aku kot (statement perasan giler.. hahaha..). start dari episod 1 dah rasa macam nak nangis. tak sabar nak tengok ending dia tapi tak sanggup nak skip cerita ni sebab best sangat !! (dengan nada yang sangat teruja). walaupun cerita ni best mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku habiskan cerita ni lambat sangat (3 hari tu kiranya lambat jugak kan aku habiskan?). tapi kalau tak tanya tak pe la sebab aku nak jawab jugak. disebabkan aku suka sangat cerita ni so fokus aku kena 100% kat cerita ni. yang menjadi masalahnya aku ni jenis susah nak fokus lama-lama. sebab aku jenis yang perlukan masa nak fokus dengan sesuatu. sebenarnya aku tak suka sangat cerita yang sedih-sedih ni tapi cerita ni betul-betul dah tarik perhatian aku.

cerita mengisahkan iwase ken yang suka sangat kat sorang ni, kawan dia masa kecik-kecik sampai la masuk universiti, rei. dorang ni kawan baik dan dorang ni sekelas dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tapi ken tak pernah luahkan perasaan dia kat rei sampailah rei kahwin dengan cikgu dorang, tada-san. si ken memang menyesal tak sudah sampaikan dia mengharapkan ada peluang kedua supaya dia dapat luahkan perasaan kat rei. tiba-tiba muncul fairy yang boleh bagi dia peluang kedua. tapi walaupun dah bagi peluang kedua pun dia susah juga luahkan perasaan. kenapa la cinta ni susah diluahkan. suka tengok ken, suka buat reaksi yang menampakkan dia comel (haha.. dah jatuh hati kat dia pulak). dalam cerita ni ken asyik berlari je sebab dia tak nak menyesal di lain hari. cerita macam tak logik sebab ada fairy kan, tapi cerita ni .. .. seriously, aku tak reti nak gambarkan ke'best'an cerita ni dengan ayat-ayat dalam entry aku ni. mula-mula aku mengharapkan happy ending untuk cerita ni, tapi bila tengok cerita ni aku dah tak kisah happy ending ke, unhappy ending ke [ayat rojak giler ..].


ni lagu ending dia. memang touching sangat. layan habes lagu nih.
so, enjoy la lagu ni.

kalau aku diberi peluang kedua aku takkan buat perkara yang tak sepatutnya aku buat dulu. akhirnya aku juga yang menyesal tak sudah. tapi aku tak kisah, asalkan dia bahagia aku lagi-lagi bahagia. aku tahu sekarang dia sangat bahagia. rasa macam kelakar je sebab mende ni peristiwa yang dah lama tapi still ingat lagi. merepek betul aku ni.

3 comments:

HUNNY RARA said...

cite ni la yg ko ckpkan aritu ek..hihihi

azimah_rosli said...

yup.. hehe..

ety_iman said...

jap ag koi dtg umah aok nk copy ek..hehehe

 

Template by BloggerCandy.com