Pages

info untuk mu


Sunday, June 26, 2011

mak... HANTU !!

korang pernah jumpa hantu tak? aku tak pernah tapi pernah nampak bayang-bayang je. masa tu aku tingkatan tiga. dah tengah malam dah masa tu tapi aku dengan dua orang kawan aku asyik berborak je kat dalam bilik kawan aku. tengah berborak tiba-tiba dari ekor mata aku ternampak bayang-bayang melintas laju dekat tingkap sebelah koridor. kitorang tengah berborak atas katil sebelah tingkap tu la. tapi beza kitorang dengan tingkap tu cuma satu katil je. katil tu member aku dah tidur. kawan aku yang lagi dua orang pun ternampak. dengan tetibe je kitorang terus terdiam. beberapa saat lepas tu terdengar pulak pintu sebelah bilik kitorang terhempas kuat. lepas tu kitorang berpandangan sesama sendiri dan terus menggelupur tidur dalam selimut. yang kelakarnya, satu katil boleh muat kitorang tiga orang. keesokan harinya ade cerita yang budak bilik sebelah nampak kelibat makhluk hitam atas almari dorang. mujur dorang kuat semangat, so histeria tak de berlaku. tapi nyaris juga nak histeria.

cerita yang kedua ni dari pengalaman sebenar kawan aku. masa tu malam dan dia baru lepas balik surau ke masjid [aku tak pasti]. nak dijadikan cerita masa tu dia tengah tergesa-gesa balik dari surau / masjid tu. dia pun terus memecut laju motor yang diboncengnya. sedang dia memecut tu tetiba je dia terdengar ada budak menjerit "mak .... HANTUUU !!!!". rupa-rupanya budak tu menjerit kat kawan aku tu. agak-agak kenapa budak jerit HANTUU!!! kat kawan aku tu? mesti korang terfikir yang budak tu jerit sebab ada something kat belakang motor dia. maklumlah,masa tu dia sorang-sorang je bonceng motor tu. tapi cerita sebenarnya dia tengah memecut motor dengan telekung. lepas balik dari surau / masjid tu sebenarnya dia tak tanggal pun telekung. dia terus pecut motor dia dengan telekung. so, sebab tu la budak tu menjerit. mesti budak tu ingat ada hantu tengah bawak motor.

4 comments:

i'm ezza haniza said...

comel tak hantu tu ?hahaha

azimah_rosli said...

hahaha.. x berani nak komen... kikiki

HUNNY RARA said...

cute je bwk moto pakai telekung..hahahha

mAzNiAtuL aDaWIAH said...

apela wei...wat cuak je...

 

Template by BloggerCandy.com