Pages

info untuk mu


Wednesday, June 8, 2011

jalan-jalan dengan ety

siang tadi aku jalan-jalan dengan ety dekat bandar temerloh je. (klik nama dia, tengok dia punya blog). ety kate dia da nak balik kolej minggu depan. so, ajak la aku jalan-jalan memandangkan kitorang pun memang dah lama tak pergi jalan-jalan buang masa. mula-mula sampai bandar kitorang makan tapi sebelum tu keluar duit dulu. lepas tu kitorang pergi menghabiskan duit beli barang-barang, teman ety buat cermin mata, makan ais-krim, nak cari kedai nak repair henfon [tapi tak jumpe pun kedai yang sesuai], tunggu bas nak balik yang lama dari waktu sepatutnya. hadoi, geram betol.. lama tunggu bas sebab kami tengah kepanasan. dah la ade orang gila dekat situ. kalau gila tak kacau orang tak kisah pun, ni orang gila spesis kacau orang. aku rasa nak baling je dengan tong sampah. aku pun tak paham kenapa dia nak kacau orang. orang lain pun ada gila juga, tapi sekurang-kurangnya takde yang kacau orang. dalam bas masa on the way nak balik mida call kitorang. sepatutnya mida ikut sekali tapi entah kenapa dia tak ikut. dia malas kot. dalam bas tu ety mengantuk. huhu

hari ni agak seronok juga. banyak peristiwa kelakar, memalukan, etc.. :
  • lepas penat berjalan, kami duduk atas kerusi (duduk memang atas kerusi, takkan berdiri pulak kan) kat depan kedai baju. kami borak-borak sekejap. lepas tu kami nak pergi kat sebuah supermarket. tiba-tiba ety menggelabah masa tengah berjalan. dia cakap henfon dia hilang. sempat lagi dia cakap "adoi, koi dah jadi macam mok koi. mudoh sangat lupe". sebelum tu dia cakap kat aku macam ni "awok ni macam mok koi. mudah sangat lupe" sebab aku lupa ape entah. tapi tengah dia menggelabah aku tak tahu kenapa aku asyik gelakkan dia sampai meleleh air mata aku. pada aku, masa tu kelakar sangat dengan statement dia, dengan reaksi dia yang mencari henfon. dia cakap yang dia ingat kali terakhir dia letak henfon atas riba dia. dia risau henfon dia terjatuh dan takut tak perasan henfon dia jatuh. tapi, aku rasa mustahil pulak tak perasan kalau terjatuh. cari punya cari, dia jumpa henfon dalam purse. haishh, kata orang yang pelupe, dia pun 2x5 je. haha...
  • kitorang ada nak masuk sebuah kedai ni, tapi aku la yang nak buka pintu. tapi tak lepas buka. tapi dalam tu ada orang. rasa macam malu pulak. aku tak tahu orang dalam tu perasan ke tak aku tak lepas buka pintu
  • masa kitorang nak keluar duit, ety tak dapat nak keluarkan duit dari mesin ATM di sebuah bank. lepas tu dia try pulak pergi kat 7-eleven (dalam tu kan ade mesin ATM), tapi tak lepas juga. lepas tu dia pergi balik kat bank tu, baru dapat keluar. dia pun cakap la "saje je nak suruh koi ulang-alik".
  • geram betol aku sebab terbeli air botol ice lemon tea yang tak sedap. masa tu aku ingat nak buang. tapi baru teringat aku baru je terbaca 'ribuan orang (tak ingat berapa ribu) mati kebuluran'. so, tak jadi nak buang. bila rasa nak buang, ety mesti ulang ayat tu.
  • ety ajar perkataan baru. 'boyok' = lembab, 'copei' = sikit kot, dan 'secopeh' [aku tak pasti ape maksudnya]. kalau salah eja maafin gue. hehe.. dia ada tanya aku, tau tak maksud boyok, so aku jawab la 'tamak'. aku ingat perkataan yang dia cakap tu dia reka sendiri, tapi dia cakap memang wujud dalam loghat pahang, dia cakap tu 'loghat kerdau'. pada yang tak tau, kerdau ni nama satu tempat dalam negeri pahang.
  • baru aku tau ety tinggi dari aku. dia cakap tinggi dia 162cm.tinggi aku 159cm. pastu dia pun cakap la "la, secopeh je. lebih kurang tinggi je". tu yang aku baru belajar perkataan secopeh. secopeh ni macam 'sikit je' [tak silap aku la]
  • sebenarnya aku ada lesen kereta dan motor, tapi kitorang naik bas juga atas sebab aku tak berape expert nak drive kereta kat rumah aku. kereta manual aku tak pandai sangat. sebab kereta tu besar, masa belajar memandu hari tu kecik je, maklum la, kereta kancil je. so, bila kereta besar, aku jadi kekok, tambahan pulak kereta manual.
  • masa dalam bas, ety mengantuk dan tertidur. nak cerite ke cam ne dia mengantuk dan tidur dalam bas. tak yah la cerite, nanti dia malu. hehe...
  • kitorang asyik bercakap, non-stop.
  • kedai paling excited kitorang nak masuk 'kedai RM2'.
*dialog-dialog dalam ni dalam loghat temerloh.

kitorang buat kesimpulan, kalau temerloh ada shopping complex mesti lagi best dan ramai orang yang nak datang temerloh.

5 comments:

HUNNY RARA said...

taun dpn mentakab star city siap..dtg la...terbesar di asia tenggara...hehe

ety_iman said...

hahaha..weh..,nk terkencing koi gelak bce entry aok ni.. yg plg klako mse x ingt fon letak mne tuh.., sedap sngt ngate ke koi ye.. secepeh la bukan secopeh =) jgn cite cmne koi tdo dlm bas tu taw..hahahaha., ##..nk tmbah skit ~ barang yg plg excited nk beli 'plastik sampah' kahkahkah

azimah_rosli said...

huny rara : nanti i datang yep .. ngee
ety iman : selalu konpius secepeh ke secopeh.. huhu.. semangat cari palstik sampah kat kedai rm2.. haha .. weh ety, ade air iiur basi aok tertinggal kat tempat duduk

ety_iman said...

eeh..nmpok sngt doohnye aok ni yek.. air liur basi koi trtinggal kt baju aok la bkn kt tmpt dduk..hahahaa..

azimah_rosli said...

haha.. euww.. pengotor..

 

Template by BloggerCandy.com