Pages

info untuk mu


Monday, June 6, 2011

Encik Lelaki

boleh tadi abang aku tanya aku dengan soalan cepumas. dia tanya aku "apsal awak ni pendek sangat?". memang berasap telinga aku dengar soalan dia. kurang hasam punye abang. mentang la aku ni antara yang terendah dengan adik-beradik aku. yang paling rendah adik aku yang last, tapi umur dia baru 10 tahun. memang la logik dia paling rendah. nak buat macam mana, dengan kata lain, aku paling rendah walaupun anak ke-2. tapi memang logik la aku rendah, sebab aku perempuan. adik-beradik aku yang lain lelaki. orang lelaki memang jauh lebih tinggi dari perempuan. kann... kan..... tapi aku pun pelik macam mana abang aku boleh mengembang dan meninggi macam tu. teringat lagi aku masa dia tingkatan lima, aku tingkatan empat, kitorang lebih kurang je tinggi dan aku lebih berisi dari dia. kadang-kadang, ada orang tak pecaya yang kami ni adik-beradik. pernah juga ada orang ingat aku ni kakak, abang aku ni adik aku. tapi sekarang, bila aku nak bercakap dengan dia, aku mesti kena mendongak.

ni la nasib bila adik-beradik ramai lelaki. kawan aku pernah cakap kat aku "wei zimah, nasib baik ko tak jadi tomboy". aku pun tanya la kenapa sebab pelik sangat dengan statement dia yang tiba-tiba tu. dia cakap la, adik-beradik aku ramai lelaki, umur pulak lebih kurang, yang perempuan pulak jauh umur dengan aku, mujur aku tak terpengaruh dengan perangai kelelakian (betul ke grammar aku ni?). aku pun terfikir, betul ke aku tak terpengaruh? kalau perangai tak terpengaruh aku rasa, tapi percakapan aku terpengaruh la sikit. sebab mulut aku ni bak kata pepatah 'mulut takde insurans' a.k.a 'mulut laser'. maksudnya yang lain main ikut sedap kepala je bercakap. yang tu aku terpengaruh la sikit. kalau perangai mungkin tak sebab aku ni memang lembik sikit, bukan sikit tapi banyak la. budak-budak laki kan kuat, kasar, gagah, tapi kalau sebaliknya 'cik pon-pon' kot. eh, ada yang terasa ke? maaf .. :-) gurau je, takde kene-menngna antara yang hidup ataupun yang dah meninggal. sem lepas budak-budak bilik selalu ketawakan aku sebab aku sorang je macam tak larat nak buka pintu rumah. adik aku pernah bagi statement kat aku macam ni "tu pun tak larat, macam perempuan". wah, lancar betul berbahasa, selama ni aku bukan perempuan ke? tu la perangai adik-beradik aku yang lelaki, bercakap 'ikut sedap mulut'. tu yang aku terpengaruh. hehehe

3 comments:

HUNNY RARA said...

kite kan pernah ckp sal ni kt uma...:)

azimah_rosli said...

memang la.. ko la orangnye yg keuarkan statement tu.. huhu

HUNNY RARA said...

yeke?hehe..lupe plak...heeee

 

Template by BloggerCandy.com