Pages

info untuk mu


Sunday, June 12, 2011

beberapa step untuk dapat panggilan percuma

sejak dapat panggilan percuma dan SMS percuma ni (hadiah hari jadi gitu kan ..), aku memang tak suka sangat call orang, text orang sebab memang perangai aku tak suka nak cakap dalam telefon dan text orang. sesetengah orang akan rasa gundah gulana kalau henfon dia tak berbunyi. tapi aku tak kisah kalau henfon aku tak berbunyi seharian. memang tak kisah pun sebab tak de 'orang special' yang aku tunggu (ayat poyo).

seharian berlalu lepas hari jadi, aku langsung tak guna panggilan percuma aku yang dapat seminggu tu. semalam buat pertama kali aku buat panggilan. aku call kawan baik aku, ecah semata-mata nak tanya pasal nak register kursus (plus gosip sekali..). zaman moden ni nak register kursus pun kena online. pening aku nak daftar.

tapi dalam entry ni aku bukan nak cerita butir-butir yang kitorang borakkan. aku nak cerita ada banyak step untuk aku buat panggilan percuma. permulaan cerita aku nak call ecah aku kena 8pax (sape yang pakai celcom tau la sistem ni) no dia sebabnya panggilan percuma untuk nombor 8pax je. dah lama contact dengan dia baru sekarang nak 8pax. haha..

berikut adalah step macam mana aku nak buat penggilan percuma :
  1. firstly, aku kena la add nombor dia dalam 8pax list aku. tapi malangnya balasan mesej yang aku dapat "transaksi tidak berjaya. baki kredit panggilan tidak mencukupi. sila caj semula ..... ". time macam ni la baru kredit aku tak cukup. hadoi..
  2. disebabkan jam dah dekat pukul 12 malam, so aku buat credit advance (dapat pinjam kredit dari en.celcom sebanyak rm2). pukul 12 mane ade kedai buka dah kat kampung aku. tapi malangnya lagi sekali mesej yang aku dapat hanya kredit yang kurang 25sen je boleh dapat credit advance. masa tu credit aku 28sen. lagi 3sen aku kena kurang. ish, 3sen pun berkira.
  3. nombor yang aku pakai ni nombor upax (sms 1 sen je). macam mana la aku nak kurangkan 3sen tu sebab aku malas betol nak mesej orang. so, cara yang cepat aku call ecah. aku cakap-cakap sikit dengan dia dan aku cakap aku akan call dia kejap lagi.
  4. next, aku pun request balik credit advance. akhirnya aku dapat juga rm2. jangan risau en.celcom, bila saya top up saya bayar balik ye.. hehe...
  5. aku pun add la dia dalam 8pax list aku. baru aku tau rupanya ecah orang ke-8 dalam list tu. nasib baik la. kalau tak, tambah lagi satu step sebab kena padam nombor dalam list tu.
begitulah caranya untuk membuat panggilan percuma dengan sempurna. sekian, terima kasih.

3 comments:

ety_iman said...

wah..mmg rajin betul minah sorg ni post entry kn..smpai nk listkn 8pax pun nk cite..hehehe.. BTW..ur post tetap stylo n mantopp...hahaha

azimah_rosli said...

haha..jgn la cam tu.. malu ceq..

mida said...

mantop2... mcm ngeh jer cerite nih.. kuang3..

 

Template by BloggerCandy.com