Pages

info untuk mu


Thursday, June 30, 2011

malaysia vs. taiwan

aku ni bukanlah peminat bola. biasa la tu perempuan. cume sesetengah je perempuan yang betul-betul minat bola. tapi aku akan tengok bola kalau ade kumpulan aku suka. dalam entry aku ni nak story la pasal perlawanan bola yang berlangsung di stadium bukit jalil tadi.

hari ni malaysia lawan chinese taipei a.k.a taiwan untuk peringkat kelayakan piala dunia 2014. berita gembira malaysia menang 2-1. sepanjang dorang main bola tadi aku tengok squad malaysia nampak berstrategi cuma kadang-kadang tersedikit cuai. tapi overall dorang bagus la. dapat menguasai pentas dengan baik.... [dah macam pengkritik konsert pulak. maap melalut !]. malaysia berapa kali nak bolos chinese taipei tapi ade je halangan. semua ni pandangan aku la, tak tau pulak kalau pandangan orang lain. aku ni bukan pengulas sukan, aku ni hanyalah seorang pengulas ikut sedap mulut. tapi kira hebat jugak la chinese taipei sebab dorang dapat jugak jaringkan gol kat tempat lawan. dorang jaring gol tak silap aku mase minit ke-76.

ahad ni squad kebangsaan kita akan berlawan belah sana pulak. so, best of luck for u guys [macam dorang bace pulak aku wish kat dorang ni. haha..]. tapi tak kisah la dorang bace ke tak, aku sebagai rakyat MALAYSIA sentiasa menyokong dari belakang squad kebangsaan. semangat aku ! hehe.. mesti la kena semangat kan. sape lagi nak sokong selain dari orang malaysia sendiri. kalau orang lain asyik mengkritik je, menghentam je nanti tak de sape pulak nak main bola, nanti tak de sape pulak orang nak menyokong kan [ayat yang dituju khas kepada pengkritik squad harimau malaya]. tapi kat sini aku bukan nak buat ayat poyo, ni betol-betol luahan aku [bukan ayat poyo tapi luahan poyo la]. aku dari dulu memang sokong squad harimau malaya ni walaupun kawan-kawan aku asyik kutuk dorang je. biasa la tu, masa tu musim kejatuhan dorang. tapi harap squad kita makin bagus. supporter malaysia pun sekarang makin banyak.

ape perkara yang paling excited masa perlawanan bola. mesti macam-macam kan. contohnya:
  • semestinya nak tau sape yang menang. paling berharap pasukan yang kita sokong la menang.
  • nak tengok berapa ramai yang cedera. yang cedera betul-betul atau cedera pura-pura. hehehe..
  • tadi masa dorang berlawan, pengadil dorang dari thailand. agak-agak dorang guna bahasa ape untuk komunikasi? bahase inggeriskah ? erm.. entah.
  • paling berdebar mase orang nak jaringkan bola! macam diri sendiri je yang main.
  • kadang-kadang terasa macam nak tekan butang backward je scene yang kita nak tengok contohnya ada orang jatuh ke [part kelakar ni], ade pemain bola yang buat aksi macho ke [untuk penonton bola yang perempuan .. aku ke..? erk ~~..] (ni disebabkan terbiasa tengok video yang dah didownloadkan. kalau ade scene best mesti nak ulang lagi sekali). tapi kalau dah live mana boleh backward.
  • kalau aku, aku paling excited nak tau ape yang dorang bercakap atau jeritkan masa main bola. selalu tengok dalam tv mulut dorang je bergerak. kadang-kadang sampai timbul urat leher nampak dorang menjerit. tapi untuk penonton bola dari skrin tv macam aku ni langsung tak dengar butir dorang cakap ape.
bagi aku hari ni merupakan perlawanan antara showdown 2011 vs. bola. tak tau nak tengok ape. showdown aku selalu follow setiap minggu [sejak cuti sem. kalau tak cuti memang tak de kesempatan nak tengok tv langsung]. bola pula pasukan malaysia yang bertanding. nasib baik showdown ade ulangan so aku tengok bola je la. tak tau pun sape yang tersingkir. minggu ni top 4 dan tema dorang show me what you got. aku sempat tengok tadi group bounce stepperz dan elecoldxhot je sebab masa ni bola rehat lepas separuh masa pertama. dorang memang best gile. aku tak tau nak sokong sape. memandangkan hmc floor, bounce stepperz dan elecoldxhot memang sangat-sangat best, so aku tak kisah sape memang. ermm.. tapi aku harap hmc floor menang. ngee xD


*"GOL !!" merupakan satu-satunya perkataan mempunyai sebutan yang sama dalam apa-apa bahasa [ni aku pernah terbaca fakta. tapi kalau salah bukan salah aku tapi salah orang yang buat fakta tu].

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com