Pages

info untuk mu


Thursday, June 30, 2011

contest BLOG saya COMEL

tiba-tiba rasa macam nak join je contest ni sebab saya rasa blog saya macam comel je. hehe..
syarat penyertaan jengok la kat sini --> cik unknonymous [susah nak eja ni kalau masuk spell it right]

4 orang yang saya nak tag untuk contest ni adalah:
~mida : roses-blossom.blogspot.com
~yayan :yayan-ag.blogspot.com
~fara : hunnyrara90.blogspot.com
~ecah : jiwamemberontak.blogspot.com
[kalau ikutkan ramai lagi nak tag, tapi dah nak 4 orang. hurmm...]

tarikh tutup : 17 julai 2011

malaysia vs. taiwan

aku ni bukanlah peminat bola. biasa la tu perempuan. cume sesetengah je perempuan yang betul-betul minat bola. tapi aku akan tengok bola kalau ade kumpulan aku suka. dalam entry aku ni nak story la pasal perlawanan bola yang berlangsung di stadium bukit jalil tadi.

hari ni malaysia lawan chinese taipei a.k.a taiwan untuk peringkat kelayakan piala dunia 2014. berita gembira malaysia menang 2-1. sepanjang dorang main bola tadi aku tengok squad malaysia nampak berstrategi cuma kadang-kadang tersedikit cuai. tapi overall dorang bagus la. dapat menguasai pentas dengan baik.... [dah macam pengkritik konsert pulak. maap melalut !]. malaysia berapa kali nak bolos chinese taipei tapi ade je halangan. semua ni pandangan aku la, tak tau pulak kalau pandangan orang lain. aku ni bukan pengulas sukan, aku ni hanyalah seorang pengulas ikut sedap mulut. tapi kira hebat jugak la chinese taipei sebab dorang dapat jugak jaringkan gol kat tempat lawan. dorang jaring gol tak silap aku mase minit ke-76.

ahad ni squad kebangsaan kita akan berlawan belah sana pulak. so, best of luck for u guys [macam dorang bace pulak aku wish kat dorang ni. haha..]. tapi tak kisah la dorang bace ke tak, aku sebagai rakyat MALAYSIA sentiasa menyokong dari belakang squad kebangsaan. semangat aku ! hehe.. mesti la kena semangat kan. sape lagi nak sokong selain dari orang malaysia sendiri. kalau orang lain asyik mengkritik je, menghentam je nanti tak de sape pulak nak main bola, nanti tak de sape pulak orang nak menyokong kan [ayat yang dituju khas kepada pengkritik squad harimau malaya]. tapi kat sini aku bukan nak buat ayat poyo, ni betol-betol luahan aku [bukan ayat poyo tapi luahan poyo la]. aku dari dulu memang sokong squad harimau malaya ni walaupun kawan-kawan aku asyik kutuk dorang je. biasa la tu, masa tu musim kejatuhan dorang. tapi harap squad kita makin bagus. supporter malaysia pun sekarang makin banyak.

ape perkara yang paling excited masa perlawanan bola. mesti macam-macam kan. contohnya:
  • semestinya nak tau sape yang menang. paling berharap pasukan yang kita sokong la menang.
  • nak tengok berapa ramai yang cedera. yang cedera betul-betul atau cedera pura-pura. hehehe..
  • tadi masa dorang berlawan, pengadil dorang dari thailand. agak-agak dorang guna bahasa ape untuk komunikasi? bahase inggeriskah ? erm.. entah.
  • paling berdebar mase orang nak jaringkan bola! macam diri sendiri je yang main.
  • kadang-kadang terasa macam nak tekan butang backward je scene yang kita nak tengok contohnya ada orang jatuh ke [part kelakar ni], ade pemain bola yang buat aksi macho ke [untuk penonton bola yang perempuan .. aku ke..? erk ~~..] (ni disebabkan terbiasa tengok video yang dah didownloadkan. kalau ade scene best mesti nak ulang lagi sekali). tapi kalau dah live mana boleh backward.
  • kalau aku, aku paling excited nak tau ape yang dorang bercakap atau jeritkan masa main bola. selalu tengok dalam tv mulut dorang je bergerak. kadang-kadang sampai timbul urat leher nampak dorang menjerit. tapi untuk penonton bola dari skrin tv macam aku ni langsung tak dengar butir dorang cakap ape.
bagi aku hari ni merupakan perlawanan antara showdown 2011 vs. bola. tak tau nak tengok ape. showdown aku selalu follow setiap minggu [sejak cuti sem. kalau tak cuti memang tak de kesempatan nak tengok tv langsung]. bola pula pasukan malaysia yang bertanding. nasib baik showdown ade ulangan so aku tengok bola je la. tak tau pun sape yang tersingkir. minggu ni top 4 dan tema dorang show me what you got. aku sempat tengok tadi group bounce stepperz dan elecoldxhot je sebab masa ni bola rehat lepas separuh masa pertama. dorang memang best gile. aku tak tau nak sokong sape. memandangkan hmc floor, bounce stepperz dan elecoldxhot memang sangat-sangat best, so aku tak kisah sape memang. ermm.. tapi aku harap hmc floor menang. ngee xD


*"GOL !!" merupakan satu-satunya perkataan mempunyai sebutan yang sama dalam apa-apa bahasa [ni aku pernah terbaca fakta. tapi kalau salah bukan salah aku tapi salah orang yang buat fakta tu].

Monday, June 27, 2011

The Greatest Love of All

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone who fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

Sunday, June 26, 2011

mak... HANTU !!

korang pernah jumpa hantu tak? aku tak pernah tapi pernah nampak bayang-bayang je. masa tu aku tingkatan tiga. dah tengah malam dah masa tu tapi aku dengan dua orang kawan aku asyik berborak je kat dalam bilik kawan aku. tengah berborak tiba-tiba dari ekor mata aku ternampak bayang-bayang melintas laju dekat tingkap sebelah koridor. kitorang tengah berborak atas katil sebelah tingkap tu la. tapi beza kitorang dengan tingkap tu cuma satu katil je. katil tu member aku dah tidur. kawan aku yang lagi dua orang pun ternampak. dengan tetibe je kitorang terus terdiam. beberapa saat lepas tu terdengar pulak pintu sebelah bilik kitorang terhempas kuat. lepas tu kitorang berpandangan sesama sendiri dan terus menggelupur tidur dalam selimut. yang kelakarnya, satu katil boleh muat kitorang tiga orang. keesokan harinya ade cerita yang budak bilik sebelah nampak kelibat makhluk hitam atas almari dorang. mujur dorang kuat semangat, so histeria tak de berlaku. tapi nyaris juga nak histeria.

cerita yang kedua ni dari pengalaman sebenar kawan aku. masa tu malam dan dia baru lepas balik surau ke masjid [aku tak pasti]. nak dijadikan cerita masa tu dia tengah tergesa-gesa balik dari surau / masjid tu. dia pun terus memecut laju motor yang diboncengnya. sedang dia memecut tu tetiba je dia terdengar ada budak menjerit "mak .... HANTUUU !!!!". rupa-rupanya budak tu menjerit kat kawan aku tu. agak-agak kenapa budak jerit HANTUU!!! kat kawan aku tu? mesti korang terfikir yang budak tu jerit sebab ada something kat belakang motor dia. maklumlah,masa tu dia sorang-sorang je bonceng motor tu. tapi cerita sebenarnya dia tengah memecut motor dengan telekung. lepas balik dari surau / masjid tu sebenarnya dia tak tanggal pun telekung. dia terus pecut motor dia dengan telekung. so, sebab tu la budak tu menjerit. mesti budak tu ingat ada hantu tengah bawak motor.

Friday, June 24, 2011

sabar ye tuan muda azimah binti rosli

tajuk yang menunjukkan anda seorang masuk dalam bakul dan angkat sendiri.

ingat lagi tak entry aku sebelum ni yang macam frust orang baru putus makan. haa.. bukan putus cinta tau. tadi aku dengar ceramah agama kat dalam tv. tajuk dia 'doa' [tak silap aku]. ada seseorang ni mengajukan soalan dan statement sikit pada ustazah tu.

bunyinya begini "saya ni pelajar cemerlang tapi bila saya masuk universiti saya teruk sangat dalam jurusan saya. saya selalu dapat result yang teruk dalam exam. tapi saya selalu sembahyang dan berdoa tapi tetap sama je dapat result teruk. kawan saya yang tak solat selalu berjaya. saya rasa malu."(anonymuos, 2011).

ustazah tu pun cakap la yang penting jangan lupa berdoa. ALLAH menguji hambanya itu menandakan dia kasih kepada hambanya. orang yang selalu bergelumang dengan kesenangan selalu lupa pada ALLAH sebab tidak pernah diduga. ALLAH murka jika hambanya lalai dari mengingati-NYA. sebagai orang islam, ujian yang diberi oleh ALLAH sebenarnya akan lebih dekat dengan ALLAH sebab kita akan sering berdoa dan dugaan yang diberi lebih membuatkan kita lagi tabah.

ucapan saya untuk diri saya dan kawan-kawan semoga korang teruskan berusaha dalam apa jua yang kita buat. jangan cepat mengalah. paling penting sentiasa berdoa dan bertawakkal. insya-ALLAH apa yang kita pohon akan dimakbulkan. jika sebaliknya anggaplah itu semua itu dugaan. ALLAH menunjukkan kasih-sayangNYA dengan menguji kita dengan macam-macam dugaan.

lagi satu, untuk kawan saya, fara yang tengah demam teruk harap awak bersabar dengan dugaan ni. awak insan terpilih untuk diduga. kuatkan semangat !

Sunday, June 12, 2011

beberapa step untuk dapat panggilan percuma

sejak dapat panggilan percuma dan SMS percuma ni (hadiah hari jadi gitu kan ..), aku memang tak suka sangat call orang, text orang sebab memang perangai aku tak suka nak cakap dalam telefon dan text orang. sesetengah orang akan rasa gundah gulana kalau henfon dia tak berbunyi. tapi aku tak kisah kalau henfon aku tak berbunyi seharian. memang tak kisah pun sebab tak de 'orang special' yang aku tunggu (ayat poyo).

seharian berlalu lepas hari jadi, aku langsung tak guna panggilan percuma aku yang dapat seminggu tu. semalam buat pertama kali aku buat panggilan. aku call kawan baik aku, ecah semata-mata nak tanya pasal nak register kursus (plus gosip sekali..). zaman moden ni nak register kursus pun kena online. pening aku nak daftar.

tapi dalam entry ni aku bukan nak cerita butir-butir yang kitorang borakkan. aku nak cerita ada banyak step untuk aku buat panggilan percuma. permulaan cerita aku nak call ecah aku kena 8pax (sape yang pakai celcom tau la sistem ni) no dia sebabnya panggilan percuma untuk nombor 8pax je. dah lama contact dengan dia baru sekarang nak 8pax. haha..

berikut adalah step macam mana aku nak buat penggilan percuma :
  1. firstly, aku kena la add nombor dia dalam 8pax list aku. tapi malangnya balasan mesej yang aku dapat "transaksi tidak berjaya. baki kredit panggilan tidak mencukupi. sila caj semula ..... ". time macam ni la baru kredit aku tak cukup. hadoi..
  2. disebabkan jam dah dekat pukul 12 malam, so aku buat credit advance (dapat pinjam kredit dari en.celcom sebanyak rm2). pukul 12 mane ade kedai buka dah kat kampung aku. tapi malangnya lagi sekali mesej yang aku dapat hanya kredit yang kurang 25sen je boleh dapat credit advance. masa tu credit aku 28sen. lagi 3sen aku kena kurang. ish, 3sen pun berkira.
  3. nombor yang aku pakai ni nombor upax (sms 1 sen je). macam mana la aku nak kurangkan 3sen tu sebab aku malas betol nak mesej orang. so, cara yang cepat aku call ecah. aku cakap-cakap sikit dengan dia dan aku cakap aku akan call dia kejap lagi.
  4. next, aku pun request balik credit advance. akhirnya aku dapat juga rm2. jangan risau en.celcom, bila saya top up saya bayar balik ye.. hehe...
  5. aku pun add la dia dalam 8pax list aku. baru aku tau rupanya ecah orang ke-8 dalam list tu. nasib baik la. kalau tak, tambah lagi satu step sebab kena padam nombor dalam list tu.
begitulah caranya untuk membuat panggilan percuma dengan sempurna. sekian, terima kasih.

Thursday, June 9, 2011

proposal daisakusen (japan)


cerita ni aku habiskan selama tiga hari. lama kan.. ? padahal cerita ni ada 12 episod je, satu episod lebih kurang 45 minit. cerita paling best (bagi aku la) pernah aku tengok. mungkin aku rasa cerita ni ada kena-mengena dengan aku kot (statement perasan giler.. hahaha..). start dari episod 1 dah rasa macam nak nangis. tak sabar nak tengok ending dia tapi tak sanggup nak skip cerita ni sebab best sangat !! (dengan nada yang sangat teruja). walaupun cerita ni best mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku habiskan cerita ni lambat sangat (3 hari tu kiranya lambat jugak kan aku habiskan?). tapi kalau tak tanya tak pe la sebab aku nak jawab jugak. disebabkan aku suka sangat cerita ni so fokus aku kena 100% kat cerita ni. yang menjadi masalahnya aku ni jenis susah nak fokus lama-lama. sebab aku jenis yang perlukan masa nak fokus dengan sesuatu. sebenarnya aku tak suka sangat cerita yang sedih-sedih ni tapi cerita ni betul-betul dah tarik perhatian aku.

cerita mengisahkan iwase ken yang suka sangat kat sorang ni, kawan dia masa kecik-kecik sampai la masuk universiti, rei. dorang ni kawan baik dan dorang ni sekelas dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tapi ken tak pernah luahkan perasaan dia kat rei sampailah rei kahwin dengan cikgu dorang, tada-san. si ken memang menyesal tak sudah sampaikan dia mengharapkan ada peluang kedua supaya dia dapat luahkan perasaan kat rei. tiba-tiba muncul fairy yang boleh bagi dia peluang kedua. tapi walaupun dah bagi peluang kedua pun dia susah juga luahkan perasaan. kenapa la cinta ni susah diluahkan. suka tengok ken, suka buat reaksi yang menampakkan dia comel (haha.. dah jatuh hati kat dia pulak). dalam cerita ni ken asyik berlari je sebab dia tak nak menyesal di lain hari. cerita macam tak logik sebab ada fairy kan, tapi cerita ni .. .. seriously, aku tak reti nak gambarkan ke'best'an cerita ni dengan ayat-ayat dalam entry aku ni. mula-mula aku mengharapkan happy ending untuk cerita ni, tapi bila tengok cerita ni aku dah tak kisah happy ending ke, unhappy ending ke [ayat rojak giler ..].


ni lagu ending dia. memang touching sangat. layan habes lagu nih.
so, enjoy la lagu ni.

kalau aku diberi peluang kedua aku takkan buat perkara yang tak sepatutnya aku buat dulu. akhirnya aku juga yang menyesal tak sudah. tapi aku tak kisah, asalkan dia bahagia aku lagi-lagi bahagia. aku tahu sekarang dia sangat bahagia. rasa macam kelakar je sebab mende ni peristiwa yang dah lama tapi still ingat lagi. merepek betul aku ni.

Wednesday, June 8, 2011

jalan-jalan dengan ety

siang tadi aku jalan-jalan dengan ety dekat bandar temerloh je. (klik nama dia, tengok dia punya blog). ety kate dia da nak balik kolej minggu depan. so, ajak la aku jalan-jalan memandangkan kitorang pun memang dah lama tak pergi jalan-jalan buang masa. mula-mula sampai bandar kitorang makan tapi sebelum tu keluar duit dulu. lepas tu kitorang pergi menghabiskan duit beli barang-barang, teman ety buat cermin mata, makan ais-krim, nak cari kedai nak repair henfon [tapi tak jumpe pun kedai yang sesuai], tunggu bas nak balik yang lama dari waktu sepatutnya. hadoi, geram betol.. lama tunggu bas sebab kami tengah kepanasan. dah la ade orang gila dekat situ. kalau gila tak kacau orang tak kisah pun, ni orang gila spesis kacau orang. aku rasa nak baling je dengan tong sampah. aku pun tak paham kenapa dia nak kacau orang. orang lain pun ada gila juga, tapi sekurang-kurangnya takde yang kacau orang. dalam bas masa on the way nak balik mida call kitorang. sepatutnya mida ikut sekali tapi entah kenapa dia tak ikut. dia malas kot. dalam bas tu ety mengantuk. huhu

hari ni agak seronok juga. banyak peristiwa kelakar, memalukan, etc.. :
  • lepas penat berjalan, kami duduk atas kerusi (duduk memang atas kerusi, takkan berdiri pulak kan) kat depan kedai baju. kami borak-borak sekejap. lepas tu kami nak pergi kat sebuah supermarket. tiba-tiba ety menggelabah masa tengah berjalan. dia cakap henfon dia hilang. sempat lagi dia cakap "adoi, koi dah jadi macam mok koi. mudoh sangat lupe". sebelum tu dia cakap kat aku macam ni "awok ni macam mok koi. mudah sangat lupe" sebab aku lupa ape entah. tapi tengah dia menggelabah aku tak tahu kenapa aku asyik gelakkan dia sampai meleleh air mata aku. pada aku, masa tu kelakar sangat dengan statement dia, dengan reaksi dia yang mencari henfon. dia cakap yang dia ingat kali terakhir dia letak henfon atas riba dia. dia risau henfon dia terjatuh dan takut tak perasan henfon dia jatuh. tapi, aku rasa mustahil pulak tak perasan kalau terjatuh. cari punya cari, dia jumpa henfon dalam purse. haishh, kata orang yang pelupe, dia pun 2x5 je. haha...
  • kitorang ada nak masuk sebuah kedai ni, tapi aku la yang nak buka pintu. tapi tak lepas buka. tapi dalam tu ada orang. rasa macam malu pulak. aku tak tahu orang dalam tu perasan ke tak aku tak lepas buka pintu
  • masa kitorang nak keluar duit, ety tak dapat nak keluarkan duit dari mesin ATM di sebuah bank. lepas tu dia try pulak pergi kat 7-eleven (dalam tu kan ade mesin ATM), tapi tak lepas juga. lepas tu dia pergi balik kat bank tu, baru dapat keluar. dia pun cakap la "saje je nak suruh koi ulang-alik".
  • geram betol aku sebab terbeli air botol ice lemon tea yang tak sedap. masa tu aku ingat nak buang. tapi baru teringat aku baru je terbaca 'ribuan orang (tak ingat berapa ribu) mati kebuluran'. so, tak jadi nak buang. bila rasa nak buang, ety mesti ulang ayat tu.
  • ety ajar perkataan baru. 'boyok' = lembab, 'copei' = sikit kot, dan 'secopeh' [aku tak pasti ape maksudnya]. kalau salah eja maafin gue. hehe.. dia ada tanya aku, tau tak maksud boyok, so aku jawab la 'tamak'. aku ingat perkataan yang dia cakap tu dia reka sendiri, tapi dia cakap memang wujud dalam loghat pahang, dia cakap tu 'loghat kerdau'. pada yang tak tau, kerdau ni nama satu tempat dalam negeri pahang.
  • baru aku tau ety tinggi dari aku. dia cakap tinggi dia 162cm.tinggi aku 159cm. pastu dia pun cakap la "la, secopeh je. lebih kurang tinggi je". tu yang aku baru belajar perkataan secopeh. secopeh ni macam 'sikit je' [tak silap aku la]
  • sebenarnya aku ada lesen kereta dan motor, tapi kitorang naik bas juga atas sebab aku tak berape expert nak drive kereta kat rumah aku. kereta manual aku tak pandai sangat. sebab kereta tu besar, masa belajar memandu hari tu kecik je, maklum la, kereta kancil je. so, bila kereta besar, aku jadi kekok, tambahan pulak kereta manual.
  • masa dalam bas, ety mengantuk dan tertidur. nak cerite ke cam ne dia mengantuk dan tidur dalam bas. tak yah la cerite, nanti dia malu. hehe...
  • kitorang asyik bercakap, non-stop.
  • kedai paling excited kitorang nak masuk 'kedai RM2'.
*dialog-dialog dalam ni dalam loghat temerloh.

kitorang buat kesimpulan, kalau temerloh ada shopping complex mesti lagi best dan ramai orang yang nak datang temerloh.

Monday, June 6, 2011

Encik Lelaki

boleh tadi abang aku tanya aku dengan soalan cepumas. dia tanya aku "apsal awak ni pendek sangat?". memang berasap telinga aku dengar soalan dia. kurang hasam punye abang. mentang la aku ni antara yang terendah dengan adik-beradik aku. yang paling rendah adik aku yang last, tapi umur dia baru 10 tahun. memang la logik dia paling rendah. nak buat macam mana, dengan kata lain, aku paling rendah walaupun anak ke-2. tapi memang logik la aku rendah, sebab aku perempuan. adik-beradik aku yang lain lelaki. orang lelaki memang jauh lebih tinggi dari perempuan. kann... kan..... tapi aku pun pelik macam mana abang aku boleh mengembang dan meninggi macam tu. teringat lagi aku masa dia tingkatan lima, aku tingkatan empat, kitorang lebih kurang je tinggi dan aku lebih berisi dari dia. kadang-kadang, ada orang tak pecaya yang kami ni adik-beradik. pernah juga ada orang ingat aku ni kakak, abang aku ni adik aku. tapi sekarang, bila aku nak bercakap dengan dia, aku mesti kena mendongak.

ni la nasib bila adik-beradik ramai lelaki. kawan aku pernah cakap kat aku "wei zimah, nasib baik ko tak jadi tomboy". aku pun tanya la kenapa sebab pelik sangat dengan statement dia yang tiba-tiba tu. dia cakap la, adik-beradik aku ramai lelaki, umur pulak lebih kurang, yang perempuan pulak jauh umur dengan aku, mujur aku tak terpengaruh dengan perangai kelelakian (betul ke grammar aku ni?). aku pun terfikir, betul ke aku tak terpengaruh? kalau perangai tak terpengaruh aku rasa, tapi percakapan aku terpengaruh la sikit. sebab mulut aku ni bak kata pepatah 'mulut takde insurans' a.k.a 'mulut laser'. maksudnya yang lain main ikut sedap kepala je bercakap. yang tu aku terpengaruh la sikit. kalau perangai mungkin tak sebab aku ni memang lembik sikit, bukan sikit tapi banyak la. budak-budak laki kan kuat, kasar, gagah, tapi kalau sebaliknya 'cik pon-pon' kot. eh, ada yang terasa ke? maaf .. :-) gurau je, takde kene-menngna antara yang hidup ataupun yang dah meninggal. sem lepas budak-budak bilik selalu ketawakan aku sebab aku sorang je macam tak larat nak buka pintu rumah. adik aku pernah bagi statement kat aku macam ni "tu pun tak larat, macam perempuan". wah, lancar betul berbahasa, selama ni aku bukan perempuan ke? tu la perangai adik-beradik aku yang lelaki, bercakap 'ikut sedap mulut'. tu yang aku terpengaruh. hehehe

Thursday, June 2, 2011

rabu.. ku

pelik je tajuk entry aku ni

hari rabu iaitu hari semalam (baru sejam setengah hari semalam), aku dan family aku pergi perak. halnya pak sedare aku nak merisik dan bertunang dengan orang sana.

tapi entry ni aku bukan nak cerita pasal pak sedare aku bertunang, aku just nak merepek je dalam entry aku ni. aku nak bercerita sepanjang perjalanan aku ke perak. jauh gile perjalanan kami ke sana, kami bertolak lepas subuh, pukul 2pm baru sampai. sebenarnya tak de la banyak sangat story aku nak mory ni. sebabnya, aku ni kalau dah melabuhkan punggung dalam kereta ke, bas ke conferm mata aku terlelap. aku pun tak tau kenapa. so, cerita pendeknya, tak de banyak cerita aku nak cerita.

cuma tidur aku terganggu sebab sepupu aku yang umur 4 tahun lebih (tak silap aku) main game dalam handphone aku sambil menjerit-jerit. geram betul aku. emak dia pun pelik ape yang dia main tu. aku baru perasan rupa-rupanya ada macam-macam game best dalam phone aku tapi aku je yang tak perasan. yang aku tahu, bila aku buka game aku main sudoku je. tak pun aku main game brain challenge, tapi selalu kalah. arghh, tension aku dengan game tu.

sambil nak terlelap tu, aku dengar radio dalam kereta. dengar radio yang agak popular la. ada satu segmen tu ade artis jemputan, dorang ni group baru tapi ada sebahagian dari dorang lama. aku tertarik dengan satu soalan yang penyampai radio tu tanya group tu. aku tak ingat sangat soalan dia tapi yang aku pasti dia tanya macam ada kaitan dengan artis korea. konon-konon group tu macam nak bawak pengaruh kpop la sebab dorang menyanyi sambil menari ala-ala kpop gitu. dia cakap tu soalan panas la. kalau aku jadi ahli dalam group tu, aku yang panas dengan soalan tu. mana taknya, dorang sebenarnya muncul sebelum artis-artis kpop muncul kat malaysia lagi. cuma dorang macam tak berapa nak glamer. tapi lepas dorang join rancangan realiti baru orang lain macam perasan kewujudan dorang. kesian dorang kena tanya soalan merepek macam tu dari radio yang popular tu. mesti penyampai tu dah tak de soalan lain. kesian... aku kenal ada antara dorang pun sebelum aku kenal dengan super junior, shinee etc..

masa on the way balik ke pahang pulak kami sesat. tapi sesat kami tak de la lama sangat. haa.. lagi satu. aku nak menyatakan kemusykilan aku di sini. aku cuma tak paham sangat dengan kepentingan langkah bendul. yang aku peliknya bila si family minta untuk kakak kepada bakal pengantin dengan cincin dan macam-macam. yang menjadi konfiusnya, kakak yang kahwin ke, adiknya yang nak kahwin. pelik kan?

 

Template by BloggerCandy.com