Pages

info untuk mu


Wednesday, May 25, 2011

tOiLet

asal pulak dengan entry aku yang tak senonoh ni. kalau ade orang tengah makan mesti cakap "ish, pengotor betul budak ni. cam dah tak de tajuk lain ke nak buat". tajuk ni la aku dengan member aku bercerita. jangan ingat toilet ni tak boleh jadi topik ke? boleh sangat. [aku pun dah tak paham apa yang aku merepek ni]

bila dikaji balik, banyak benda yang kita kena buat bila berada dalam toilet atau orang utara panggil 'bilik ayaq'. antaranya:

  • menurut islam, kita kena tutup kepala, baca doa masuk toilet & pakai selipar sebelum masuk tandas
  • paling penting ni, barang-barang mandian kita kena jauh dengan lubang toilet (terutama yang ada flush & toilet bercantum dengan bilik mandi) ~ anda sendiri faham kenapa begitu. hehe
  • masa nak flush tandas, kena tutup penutup tandas dahulu
  • andai kata kita ada singgah mana-mana tandas, kita kena flush tandas dulu. mana la tau kan, malang tak berbau, tiba-tiba barang kita terjatuh dalam lubang j*mb*n kan. kalau barang tu jatuh ada bunyi splash (bunyi jatuh dalam air) OK lagi, tapi kalau bunyi 'pelepek!' (bunyi jatuh atas something) macam mana tu. boleh jadi kita terpinga-pinga secara tiba-tiba. sekurang-kurangnya, bila dah flush, tak de la kita ade perasaan serba salah nak ambil barang kita yang jatuh tu.
kitorang ada jugak bincang pasal topik ni. topik pasal perkara yang kita paling takut bila berada dalam toilet. antaranya:

  • terlalu terpengaruh dengan cerita hantu. takut mana la tau tiba-tiba ada muncul kepala dari pintu ke, tiba-tiba muncul kepala dari lubang tandas ke.
  • tengah-tengah memerut ni tiba-tiba ada bau yang sangat meransang hidung orang lain. maka terdengar la cakap-cakap orang sekeliling seperti "budak ni mesti makan telor pagi tadi"
  • ni paling takut ni. macam mana aku nak terangkan ni. situasinya macam ni, bila kita masuk tandas dan dah start memarking untuk perkara yang sepatutnya, tangan kita berada jauh untuk menjangkau pintu. mana la tau tiba-tiba ada kes pintu tak de kunci dan dengan secara tak sengaja ada orang tolak pintu (tambah pulak masa tu keadaan kita tengah 'memerut'). sekurang-kurangnya kalau pintu dapat jangkau dengan tangan, kita sempat lagi tahan supaya mereka yang tidak bersalah tidak akan menjadi mangsa.
kesimpulannya, amalkan perkara yang patut buat untuk masuk toilet dan janganlah memikirkan perkara yang merepek dalam toilet. hahaha (gelak jahat)

*akibat terlalu kepenatan mencari kerja semperna cuti sem ni, otak ku menjadi makin merepek. hehe.. maafin gue atas repekan gue

5 comments:

HUNNY RARA said...

gile lawak entry ko...hahahha...tp aku teringat satu kes ni..."mcm la ade org jual karipap dlm toilet tuh"...hahahha

azimah_rosli said...

hahaha.. senget.. menakutkan orang

HUNNY RARA said...

hahahaha..ko la yg takot sgt..hikhik

syahidah fazil said...

hahaha..teringt kejadian kak zimah msok toilet pastu ade org bukak pinti dr luar..hahahahahahhahaha...

azimah_rosli said...

haha.. dont talk about it.. memalukan

 

Template by BloggerCandy.com