Pages

info untuk mu


Monday, May 16, 2011

pakat mai tughun BENDANG

pemandangan ni aku capture dari rumah family angkat aku

program: operasi khidmat masyarakat (OPKHiM)
pengarah program: noor lina
tempat: alor melintang, kedah
tarikh: 11-15 mei 2011

kami bertolak dari kolej jasmine pukul 8 atau 9 pagi tak silap aku (aku ni pelupa sikit. hehe). pukul 3 lebih kami sampai di kedah. kedatangan kami disambut oleh sekumpulan kanak-kanak dan makcik-makcik. macam nak sambut kenduri pun ada juga. lepas tu kami ke sekolah rendah alor melintang. majlis perasmian pengambilan anak angkat diadakan di situ. perasaan aku memang sangat excited sebab tak pernah pun aku dapat keluarga angkat. tapi aku risau juga sebab perangai aku yang pendiam dan susah nak sesuaikan diri ni tak menyenangkan orang lain. tapi aku berusaha juga akan membiasakan diri.

akhrinya aku dapat adik-beradik angkat dengan cik ah dan seorang ibu yang baik. kami panggil dia mok. lagi tambah seronok aku dapat kakak angkat. kakak angkat kami kak ida, kak ila, kak na. maklum la, aku tak pernah ada kakak, jadi perasaan tu sangat-sangat teruja dan seronok. malam tu tak de aktiviti tapi kami masuk tidur awal sebab sangat penat.

keesokannya pula kami turun bendang. best sangat. kami tanam semai dan tangkap ikan keli guna serkap. tapi aktiviti kami ni sekejap je sebab hujan. yang paling best kumpulan aku dapat tangkap dua ekor. walaupun sikit tapi kami tetap puas hati. tapi tak de la puas hati sangat sebab bukan aku yang tangkap. petangnya ada aktiviti 'misi akademik' yang diketuai oleh sabariah. aktiviti ni diadakan di sekolah rendah alor melintang. budak-budak kat sana memang sporting. tujuan aktiviti ni untuk memotivasikan diri mereka. mengajar mereka tentang pentingnya jasa guru, pelajaran dan yang paling penting tentang ibubapa (ceh, poyonya ayat aku ni). lepas misi akademik kami tolong orang kampung siapkan barang-barang untuk memasak masakan malam tu. malam tu kami solat berjemaah maghrib dan isya' serta mendengar ceramah. lepas tu kami dijamukan dengan laksa asam. tapi orang kedah aku tak tahu dorang panggil apa. memang sedap sangat laksa kat sana. slrrppp ....

budak-budak dari sk alor melintang

hari seterusnya kami gotong-royong bersihkan surau dan masjid di kampung tu. memang penat betul. petangnya ada sukaneka, perlawanan persahabatan team OPKHiM dengan belia 4B, dan bola jaring. game untuk sukaneka ada berjalan guna tempurung, boling padang, bawa bola ping pong dalam sudu, lari ikat kaki, dsb. eh, ada lagi ke game. tak ingat pula. aku dan kak jajan dapat nombor 2 untuk game berjalan guna tempurung. lepas sukaneka, separuh dari kami turun bendang. wah, seronoknya. aku dapat tangkap seekor ikan keli tapi tangkap dalam serkap la. yang dalam serkap tu budak kampung ni yang tangkap. malam tu kami tak de aktiviti. yang bestnya family kami bawa jalan-jalan ke alor setar.


turun bendang
nampak kepoyoan di situ.. haha

aktiviti yang dinantikan! explorace 'meriahnya kampung'. tapi aku tak join explorace sebab aku jaga check-point. penat juga aku tengok dorang. ada kat satu check point ni dorang kena cuci kandang kambing. memang terbaiklah bau kambing yang 'wangi' tu. petangnya pula aktiviti merewang dan malamnya hari kebudayaan yang diketuai oleh adha. ada boria dari peserta opkhim.



ni masa explorace. dorang kena cuci kandang kambing

hari terakhir.. sedihnya. terpaksa tinggalkan family angkat. terpaksa tinggalkan bendang. aku harap, suatu hari nanti aku kembali ke alor melintang semula. insya allah.

best moment masa hari terakhir kami. aku terharu sangat dengan budak-budak s.k. alor melintang (dorang ni peserta misi akademik). dorang mengiringi kami dengan 'tepukan terima kasih'. paling aku terharu sebelum kami tinggalkan dorang, ada antara dorang yang menangis. sangat menyentuh hati. budak-budak dari pra dan cikgu dorang pun sempat melambai kami. berbunga hati kami sebab terasa dihargai.


ni cucu mok kami. namanya alia. comel sangat


~che ah, mok, kak na~
ni family angkat aku

OPKHiM 2011
kedah

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com