Pages

info untuk mu


Thursday, May 26, 2011

hari pertama kerja

hari ni dengan semangatnya aku bangun awal pagi dan bersiap nak pergi kerja. hari pertama la katakan. aku kerja dengan kawan baik aku, fathiah a.k.a tieya a.k.a cik ngehz. dengan semangatnye pagi tadi kami pakai baju kemeja putih, berkasut, berseluar hitam dan bertudung putih. kami kerja kat supermarket ***. malam sebelum tu semangat aku call emak aku bagitau dah dapat kerja. (asyik semangat je ayat aku ni)

ni aku call emak aku (dalam loghat temerloh)

aku : mok, angah dah dapet keje kat ***. jadi cashier
emak : bagusla. keje elok-elok. nanti jangan jadi macam **** (seseorang yang aku kenali). konon-konon nak keje cari duet nak sambung belajo, pahtu tok sempat belajo da kawen.
aku : ish, mok ni. takdek lah. tapi kalo da jodoh nak buat gone .. hehe
emak : amboi .......

(sebelum aku tamatkan perbualan aku dengan emak aku, sempat lagi emak aku membebel-bebel)

dengan semangat wajanya aku dengan fathiah pun naik la bas ke destinasi yang dituju. yang paling seronoknya, sampai je kat sana kami boleh jadi tiba-tiba blur sebab tak jumpe supermarket yang patut kami pergi (seronok ke?). setelah puas kami pusing bandar, kami jumpa juga supermarket tersebut. fuhh..! memang berpeluh juga lah kami mencari.

perkara pertama kami kena buat ialah berjumpa dengan 'orang kuat' supermarket tu. aku ingat lagi soalan pertama yang dia tanya aku "awak solat?". hello miss @ mrs. (sambil meletakkan henfon di telinga), awak nampak saya bertudung dan semestinya saya seorang muslim, mestilah saya solat (aku jawab dalam hati). secara realitinya aku menjawab "ye" sambil mengangguk kepala. dia pun bagitau kitorang, "jadi cashier takde waktu solat, so, awak fikir masak-masak sebelum isi borang-borang ni" (aku pun tak pasti borang ape sebab aku belek skit-sikit je).

kitorang fikir-fikir, lepas tu kitorang pulang balik semua borang tu. kitorang cakap kitorang tak nak terima kerja tu. bak kata tieya, kalau kerja macam mana pun tapi tak solat, jadi tak berkat la nanti.
kami pun pulang dengan perasaan hampa. nak buat macam mana. tak de rezeki kerja kat situ. so, kami cuba tempat lain pula.

2 comments:

ety_iman said...

yezza..., you've made the right decision.. (^_^)

azimah_rosli said...

yeah.. tQ o_o

 

Template by BloggerCandy.com