Pages

info untuk mu


Saturday, May 28, 2011

tutorial segala tutorial

kawan aku selalu tanya aku. "azimah, camne awak boleh letak binatang dalam blog awak?" "macam mana boleh buat disabled right click" "macam mana boleh letak menatang tu la, menatang ni la". aku pun hanya tersengih macam kerang busuk je. kerang pun tak busuk macam ni.

cerita sebenarnya macam ni. aku nak bagitau satu rahsia. aku akan ajar tutorial segala tutorial untuk segala apa yang aku buat untuk mewahkan blog aku yang tak seberapa ni.

mula-mula kita mesti connect dengan internet. lepas tu dengan sepantas kilat, capai keyboard korang dan taip google.com atau sesetengah orang panggil encik google (macam conferm je google ni laki). so, mula la taip kat box tu "tutorial for disabled right click" ke (cewah, speaking pulak aku kan), "tutorial letak icon pada post" ke, dan sebagainya. jadi hasilnya, macam-macam la keputusan yang kita jumpa. haa, senangkan. agak-agak macam nak baling laptop kat saya tak? hehe.. janganlah nak baling, tapi kalau nak baling kat saya laptop apple saya okey je.

sekian, terima kasih ..

Thursday, May 26, 2011

hari pertama kerja

hari ni dengan semangatnya aku bangun awal pagi dan bersiap nak pergi kerja. hari pertama la katakan. aku kerja dengan kawan baik aku, fathiah a.k.a tieya a.k.a cik ngehz. dengan semangatnye pagi tadi kami pakai baju kemeja putih, berkasut, berseluar hitam dan bertudung putih. kami kerja kat supermarket ***. malam sebelum tu semangat aku call emak aku bagitau dah dapat kerja. (asyik semangat je ayat aku ni)

ni aku call emak aku (dalam loghat temerloh)

aku : mok, angah dah dapet keje kat ***. jadi cashier
emak : bagusla. keje elok-elok. nanti jangan jadi macam **** (seseorang yang aku kenali). konon-konon nak keje cari duet nak sambung belajo, pahtu tok sempat belajo da kawen.
aku : ish, mok ni. takdek lah. tapi kalo da jodoh nak buat gone .. hehe
emak : amboi .......

(sebelum aku tamatkan perbualan aku dengan emak aku, sempat lagi emak aku membebel-bebel)

dengan semangat wajanya aku dengan fathiah pun naik la bas ke destinasi yang dituju. yang paling seronoknya, sampai je kat sana kami boleh jadi tiba-tiba blur sebab tak jumpe supermarket yang patut kami pergi (seronok ke?). setelah puas kami pusing bandar, kami jumpa juga supermarket tersebut. fuhh..! memang berpeluh juga lah kami mencari.

perkara pertama kami kena buat ialah berjumpa dengan 'orang kuat' supermarket tu. aku ingat lagi soalan pertama yang dia tanya aku "awak solat?". hello miss @ mrs. (sambil meletakkan henfon di telinga), awak nampak saya bertudung dan semestinya saya seorang muslim, mestilah saya solat (aku jawab dalam hati). secara realitinya aku menjawab "ye" sambil mengangguk kepala. dia pun bagitau kitorang, "jadi cashier takde waktu solat, so, awak fikir masak-masak sebelum isi borang-borang ni" (aku pun tak pasti borang ape sebab aku belek skit-sikit je).

kitorang fikir-fikir, lepas tu kitorang pulang balik semua borang tu. kitorang cakap kitorang tak nak terima kerja tu. bak kata tieya, kalau kerja macam mana pun tapi tak solat, jadi tak berkat la nanti.
kami pun pulang dengan perasaan hampa. nak buat macam mana. tak de rezeki kerja kat situ. so, kami cuba tempat lain pula.

Wednesday, May 25, 2011

tOiLet

asal pulak dengan entry aku yang tak senonoh ni. kalau ade orang tengah makan mesti cakap "ish, pengotor betul budak ni. cam dah tak de tajuk lain ke nak buat". tajuk ni la aku dengan member aku bercerita. jangan ingat toilet ni tak boleh jadi topik ke? boleh sangat. [aku pun dah tak paham apa yang aku merepek ni]

bila dikaji balik, banyak benda yang kita kena buat bila berada dalam toilet atau orang utara panggil 'bilik ayaq'. antaranya:

  • menurut islam, kita kena tutup kepala, baca doa masuk toilet & pakai selipar sebelum masuk tandas
  • paling penting ni, barang-barang mandian kita kena jauh dengan lubang toilet (terutama yang ada flush & toilet bercantum dengan bilik mandi) ~ anda sendiri faham kenapa begitu. hehe
  • masa nak flush tandas, kena tutup penutup tandas dahulu
  • andai kata kita ada singgah mana-mana tandas, kita kena flush tandas dulu. mana la tau kan, malang tak berbau, tiba-tiba barang kita terjatuh dalam lubang j*mb*n kan. kalau barang tu jatuh ada bunyi splash (bunyi jatuh dalam air) OK lagi, tapi kalau bunyi 'pelepek!' (bunyi jatuh atas something) macam mana tu. boleh jadi kita terpinga-pinga secara tiba-tiba. sekurang-kurangnya, bila dah flush, tak de la kita ade perasaan serba salah nak ambil barang kita yang jatuh tu.
kitorang ada jugak bincang pasal topik ni. topik pasal perkara yang kita paling takut bila berada dalam toilet. antaranya:

  • terlalu terpengaruh dengan cerita hantu. takut mana la tau tiba-tiba ada muncul kepala dari pintu ke, tiba-tiba muncul kepala dari lubang tandas ke.
  • tengah-tengah memerut ni tiba-tiba ada bau yang sangat meransang hidung orang lain. maka terdengar la cakap-cakap orang sekeliling seperti "budak ni mesti makan telor pagi tadi"
  • ni paling takut ni. macam mana aku nak terangkan ni. situasinya macam ni, bila kita masuk tandas dan dah start memarking untuk perkara yang sepatutnya, tangan kita berada jauh untuk menjangkau pintu. mana la tau tiba-tiba ada kes pintu tak de kunci dan dengan secara tak sengaja ada orang tolak pintu (tambah pulak masa tu keadaan kita tengah 'memerut'). sekurang-kurangnya kalau pintu dapat jangkau dengan tangan, kita sempat lagi tahan supaya mereka yang tidak bersalah tidak akan menjadi mangsa.
kesimpulannya, amalkan perkara yang patut buat untuk masuk toilet dan janganlah memikirkan perkara yang merepek dalam toilet. hahaha (gelak jahat)

*akibat terlalu kepenatan mencari kerja semperna cuti sem ni, otak ku menjadi makin merepek. hehe.. maafin gue atas repekan gue

SUNSHINE SMILE CONTEST

(contest ni telah ditag oleh kakak saya tapi lain mak ayah, kak jajan. so, saya pun bertindaklah mengikut arahan dan mengopy sebijik sejibut entry blogger tersebut [teruk betul bahasa aku])

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan. [gambar kat bawah sekali]

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)
[ety, tiya, sue]

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

[ni senyuman saya yang ceria]
senyuman saya paling ceria sebab kalau nak bergambar mesti senyuman saya terus jadi ceria.. hehehe

harap boleh menang ... ngee (dengan mata berkaca-kaca)

Monday, May 23, 2011

mencinye

arghhh...
bencinya!!
aku benci mengenali mereka....


sebab



.....












aku rindu mereka



....rindu sangat-sangat.... ------>

Sunday, May 22, 2011

Tuesday, May 17, 2011

my new family


perkenalkan...
kucing baru aku. ada 4 ekor adik-beradik dia. mereka-mereka ni anak kepada kucing aku yang namanya AMEY. tapi aku tunjuk sekor je. dorang kecil lagi, so publisiti tak boleh lebih-lebih. hehehe
salah seekor dari dorang ni ada 6 jarinya. family kitorang tak decide lagi nama dorang. tunggu besar sikit kot baru buat surat beranak. hehehe
tengok gambar tu. kecik lagi kan. mata pun baru celik. besar tapak tangan je. comel sangat
tak sabar tunggu dia besar. nak main-main dengan dorang. ngee

Monday, May 16, 2011

pakat mai tughun BENDANG

pemandangan ni aku capture dari rumah family angkat aku

program: operasi khidmat masyarakat (OPKHiM)
pengarah program: noor lina
tempat: alor melintang, kedah
tarikh: 11-15 mei 2011

kami bertolak dari kolej jasmine pukul 8 atau 9 pagi tak silap aku (aku ni pelupa sikit. hehe). pukul 3 lebih kami sampai di kedah. kedatangan kami disambut oleh sekumpulan kanak-kanak dan makcik-makcik. macam nak sambut kenduri pun ada juga. lepas tu kami ke sekolah rendah alor melintang. majlis perasmian pengambilan anak angkat diadakan di situ. perasaan aku memang sangat excited sebab tak pernah pun aku dapat keluarga angkat. tapi aku risau juga sebab perangai aku yang pendiam dan susah nak sesuaikan diri ni tak menyenangkan orang lain. tapi aku berusaha juga akan membiasakan diri.

akhrinya aku dapat adik-beradik angkat dengan cik ah dan seorang ibu yang baik. kami panggil dia mok. lagi tambah seronok aku dapat kakak angkat. kakak angkat kami kak ida, kak ila, kak na. maklum la, aku tak pernah ada kakak, jadi perasaan tu sangat-sangat teruja dan seronok. malam tu tak de aktiviti tapi kami masuk tidur awal sebab sangat penat.

keesokannya pula kami turun bendang. best sangat. kami tanam semai dan tangkap ikan keli guna serkap. tapi aktiviti kami ni sekejap je sebab hujan. yang paling best kumpulan aku dapat tangkap dua ekor. walaupun sikit tapi kami tetap puas hati. tapi tak de la puas hati sangat sebab bukan aku yang tangkap. petangnya ada aktiviti 'misi akademik' yang diketuai oleh sabariah. aktiviti ni diadakan di sekolah rendah alor melintang. budak-budak kat sana memang sporting. tujuan aktiviti ni untuk memotivasikan diri mereka. mengajar mereka tentang pentingnya jasa guru, pelajaran dan yang paling penting tentang ibubapa (ceh, poyonya ayat aku ni). lepas misi akademik kami tolong orang kampung siapkan barang-barang untuk memasak masakan malam tu. malam tu kami solat berjemaah maghrib dan isya' serta mendengar ceramah. lepas tu kami dijamukan dengan laksa asam. tapi orang kedah aku tak tahu dorang panggil apa. memang sedap sangat laksa kat sana. slrrppp ....

budak-budak dari sk alor melintang

hari seterusnya kami gotong-royong bersihkan surau dan masjid di kampung tu. memang penat betul. petangnya ada sukaneka, perlawanan persahabatan team OPKHiM dengan belia 4B, dan bola jaring. game untuk sukaneka ada berjalan guna tempurung, boling padang, bawa bola ping pong dalam sudu, lari ikat kaki, dsb. eh, ada lagi ke game. tak ingat pula. aku dan kak jajan dapat nombor 2 untuk game berjalan guna tempurung. lepas sukaneka, separuh dari kami turun bendang. wah, seronoknya. aku dapat tangkap seekor ikan keli tapi tangkap dalam serkap la. yang dalam serkap tu budak kampung ni yang tangkap. malam tu kami tak de aktiviti. yang bestnya family kami bawa jalan-jalan ke alor setar.


turun bendang
nampak kepoyoan di situ.. haha

aktiviti yang dinantikan! explorace 'meriahnya kampung'. tapi aku tak join explorace sebab aku jaga check-point. penat juga aku tengok dorang. ada kat satu check point ni dorang kena cuci kandang kambing. memang terbaiklah bau kambing yang 'wangi' tu. petangnya pula aktiviti merewang dan malamnya hari kebudayaan yang diketuai oleh adha. ada boria dari peserta opkhim.



ni masa explorace. dorang kena cuci kandang kambing

hari terakhir.. sedihnya. terpaksa tinggalkan family angkat. terpaksa tinggalkan bendang. aku harap, suatu hari nanti aku kembali ke alor melintang semula. insya allah.

best moment masa hari terakhir kami. aku terharu sangat dengan budak-budak s.k. alor melintang (dorang ni peserta misi akademik). dorang mengiringi kami dengan 'tepukan terima kasih'. paling aku terharu sebelum kami tinggalkan dorang, ada antara dorang yang menangis. sangat menyentuh hati. budak-budak dari pra dan cikgu dorang pun sempat melambai kami. berbunga hati kami sebab terasa dihargai.


ni cucu mok kami. namanya alia. comel sangat


~che ah, mok, kak na~
ni family angkat aku

OPKHiM 2011
kedah

Tuesday, May 10, 2011

erk.. no comment

malam tadi tengah tension aku pun jalan-jalan la menjenguk blog-blog orang. dengan tiba-tiba aku tertarik dengan beberapa artikel. erk..series gile, aku agak terkedu. pastu aku tak tergelak la, tapi tersengih sorang-sorang je. gelak sorang-sorang nanti orang ingat aku gila pulak.

ni aku nak story mory sikit la, korang pernah tak dengar nama kumpulan 24:7? pernah tak? aku tak pernah tapi aku jumpa dorang dalam beberapa blog. cam femes sangat dorang ni. maklum la, aku ni memang dah lama sangat tak tengok tv, so tak tau sangat perkembangan semasa. pernah dengar tak apa tu m-pop? alaaa... yang cam nama ala-ala k-pop tu. m-pop ni tak silap aku la, akronim untuk malaysia pop. dorang ni kira tempias dari fenomena k-pop kot. tengok la kejambuan dorang (jambu ke?). agak-agak ade tak secomey super junior ke, shinee ke. hehehe. fikir sendiri je la

...ni la gambar dorang...

alolo.. tomeynye..

eh, trademark super junior? trademark korang cam ni ke? ish, copy paste ey..
tak baik tau, I don't like :-)


gambar censored sikit sebab nampak pusat. aurat laki-laki tu. hehe.. melayu ke? aku pun tak pasti

ish, tubuhkan group nasyid tiru ala-ala maher zain ke, yusuf islam ke, mungkin boleh dibanggakan juga la. tapi kalau group yang wat ala-ala korean tapi tak sejambu mana ni, aku rasa tak payah la kot. tak sio teman nak nengok. hehe
jangan mara haa.. mana la tau die-hard-fan dia nak marah ke. ekeke

Monday, May 9, 2011

terkedu aku..

nak kata happy sangat tak jugak, nak kata stress, buat masa ni pun tak jugak. tapi kategori biasa la. sebab berita gembira dan berita menstreskan sama level je. bukan aku kesian, bukan aku simpati, bukan bias tapi sedikit terkilan. memang aku terkejut dengan satu situasi ni, terkedu jugak la. mende ni berlaku betul-betul depan mata kepala aku sendiri. cuma aku terfikir, kenapa bagi kepercayaan sedangkan tak meyakini. situasi ni bukan terjadi kat aku, tapi orang lain. sejujurnya, dia jarang luah masalah dia kat aku, untuk masalah terbaru pun dia langsung tak pernah luahkan. aku memerhati keadaan dan menjadi pendengar yang setia bila ada orang datang mengadu. timbul juga dalam hati aku simpati sebenarnya kerana situasi yang dialami oleh beliau berlarutan sehinggakan dia telah belajar sesuatu iaitu berhenti mempercayai orang lain.

sentap! bukan aku tapi orang lain lagi. simpati sedikit tapi aku pun tak mampu nak tolong. segala usaha dia tak dihargai. bukan seorang, tapi ramai. aku pun tak tau kenapa. cuma aku harap mereka bersabar.

*situasi di atas bukanlah situasi aku yang masih hidup ni.

sedihnya. tolong jujur dengan keadaan. aku tertanya-tanya. mungkin saya boleh berubah kalau awak mahu dan kalau betul sebenarnya saya kena berubah, tolong bagitahu. please...

Tuesday, May 3, 2011

meronggeng dengan cik ngehz

pada 30 april 2011, aku, tieya, mida, yayan, nysah, zyra & aimy pergi jalan-jalan kat KL. yang bawak kereta pakwe zyra. nama pakwe dia luqman. tapi lagi dua orang ngehz tak pergi sebab dorang jauh dari kami. tempat kami semua belajar lebih kurang dekat. yang lagi dua orang tu jauh. lagipun masa yang kami semua free tarikh tu je sebab ada antara kami sibuk dengan exam dan camping. dorang yang lain gerak awal. aku je gerak lambat sebab hari tu aku ade exam. dorang jemput aku pukul 10pm lebih la kat kolej.


~aimy, nysah dan zyra~
dorang makan kat KFC. time ni aku tak ikut dorang. time ni aku tengah berperang dengan kertas dan pen dalam dewan peperiksaan
...siap pegang bedak miami lagi tu...

lepas tu kami pergi tengok wayang di viva. cerita hantu. aku tak ingat tajuk die. ni memang first time aku tengok wayang dan mugkin yang terakhir aku tengok wayang sebab aku tak suka tengok wayang. lepas tengok wayang kami bermalam di rumah wan & atuk zyra. sejuk betol malam tu sebab hujan sikit hari tu.

esok paginye kami bangun awal pagi sebab nak mandi sungai. seronoknya! dah lama aku tak mandi sungai. kali terakhir aku mandi sungai masa aku tingkatan tiga tak silap aku. kami mandi sungai di hutan lipur ampang. memang sejuk sangat air sungai tu.

makanan yang zyra masak

antara perkara yang kami bualkan. hehehe (jangan marah ek nysah)






zyra nak jatuh tapi masing-masing ketawakan dia. aku pun tak tau sebab ape kitorang tergelak


zyra dengan pakwe die, luqman


suap nysah. huhu




~ cold ... ~

bila dah puas mandi sungai kami balik rumah wan dan atuk. kami bersiap-siap nak balik puncak perdana. waaa... rasa macam tak nak balik je. tapi kena juga balik sebab exam ada lagi. seronok sangat bersama korang. harap nanti bila ada masa, boleh kita luang masa bercuti dan lepak sama.

bergambar sebelum balik shah alam



dari kiri: aku, nysah, yayan, mida, atuk, wan, tieya, aimy, zyra, luqman
yang tengah tu wan dan atuk zyra yang sememangnye sweet couple

... sayang korang ...

...sumber gambar: mida...


 

Template by BloggerCandy.com