Pages

info untuk mu


Wednesday, April 20, 2011

sweet TUESDAY

awal pagi pada pukul 8.45am aku dah bersiap nak balik ke shah alam. pagi tu abang aku hantar aku ke kuala krau. aku tunggu bas kat situ. penghujung kiri dan kanan bus stop ada seorang gadis (mungkin muda sikit dari aku) dan penghujung lagi satu seorang pakcik. jadi aku pun duduk tengah antara dorang. tapi jarak antara aku dengan dorang agak jauh la. aku memang sengaja duduk jauh dari dorang sebab aku tak nak berborak dengan orang yang aku tak berape kenal. bukan aku sombong tapi memang perangai aku tak berape suka sangat berborak dengan aku tak biasa lagi. orang yang tak kenal aku selalu anggap aku ni pendiam. aku tak tahu kenape perangai aku macam tu. kalau dengan tempat aku tak biasa dan bersama dengan orang yang aku tak kenal aku lagi suka diam dan duduk jauh dari orang. kera sumbang aku kan. huhuhu.. panjang betol intro cerita aku. berbalik cerita kat bus stop tu, mula-mula aku turun kereta nak ke bus stop, mata aku tertumpu pada perempuan yang muda sikit dari aku tu (aku agak je ni). muka dia macam aku biasa tengok tapi aku tak pasti kat mana dan macam mana aku pernah tengok dia. muka dia memang cantik, tapi sayang blusher sangat tebal. dah macam opera cina aku tengok. kalau kurangkan mungkin lagi cantik. tapi kuku kakinya pula warna hitam. ermm, tapi kuku tangan tak perasan pulak aku. boleh pulak aku tak perasan kuku tangan warna apa. tak lama lepas tu ada dua orang pakcik cina duduk sebelah perempuan tu. tengah syok layan perasaan tunggu bas tiba-tiba terbau asap rokok. aku memang angin betol kalau terbau rokok ni. AKU SANGAT TAK SUKA BAU ROKOK! bagi aku, orang yang merokok dekat dengan orang tak merokok SANGAT KURANG AJAR. dah tau merokok MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. kalau nak mati pun, mati la sorang-sorang, jangan la nak libatkan orang lain mati dengan korang. kubur lain-lain la wei. aku tak tau la dorang tau ke tak yang orang tak merokok tapi kalau bau asap rokok yang dorang hembuskan sebenarnya lagi bahaya dari orang yang merokok. sangkaan aku pakcik tu yang merokok tapi rupanya perempuan muda tu yang merokok. erk... terkejut jugak aku. selamba betol minah ni. cam tak malu sikit la. tak paham betol aku dengan dunia zaman sekarang.

sampai je temerloh aku beli tiket ke shah alam pukul 11am. tak de apa yang menarik sepanjang perjalanan aku ke seksyen17. memang takde apa yang menarik sebab aku tidur je. lepas tu aku ambil teksi terus ke pkns. aku nak ambil nobby-nobby kat kat plaza alam sentral (PAS). yeah, anak mama dah sihat. tak sabar mama nak jumpa nobby-nobby. tieya, fara dan sue pun keluar. kitorang jalan sama. dorang rancang nak release tension. mula-mula kitorang solat zuhur dulu kat pkns lepas tu baru pergi ke PAS. lepas ambil 'anak' aku si nobby-nobby tu, dorang ajak aku pergi kareoke. erk... first time pergi tempat macam tu. dorang nyanyi sampai tak de suare. tapi aku nyanyi sikit-sikit je, maklum la suare makcik tak sedap. huhuhu..

perkenalkan, ni nobby-nobby

lepas karoke cam tak hingat donia tu, kitorang pergi giant di SACC mall. "beli barang-barang nak makan" bak kata sue. macam-macam kitorang beli, dekat nak rabak la duit dalam dompet nak membayar. banyak ke? boleh la.


sue: kita nak beli apa ek?
fara cakap dalam hati: beli je la ape-ape, janji bayar guna duit sue. ekeke..


fara dengan errr... besfrennye


tengok tu. pink-pink atas kepala kami
aku dan sue


tieya dengan bear pink. mesti dia rasa comel bergambar dengan bear tu.. hikhikhik

lepas shopping tu, kitorang solat asar dan maghrib kat pkns dan terus balik. lepas tu kitorang makan kat 'kandang' (tempat kebiasaan bagi pelajar uitm puncak perdana makan-makan). bukan kandang lain tau. kitorang makan sekali dengan tika, wanny (ex-housemate last sem) dan nysa. seronok makan dengan dorang. dah lama tak makan sama. lepas tu, tieya, sue dan fara terpaksa balik sebab ada hal. aku pun terus lepak dengan dorang kat rumah dorang. dorang kalau ajak aku ke situ, memang mende wajib nak tunjuk kat aku artis-artis korea la. aku pun layan je minat dorang. super junior la, beast la, big bang la. macam-macam. aku ni terpengaruh dengar lagu korea dengan dorang lah. aku kenal korean ni pun sebab dorang. cuma yang memang aku tak nak layan drama korea. bagi aku drama korea ni ceritanya sangat panjang. cerita pendek layan la sikit. nama pulak susah nak ingat, lepas tu muka dorang pulak lebih kurang. aku ni memang ada masalah nak ingat muka orang. aku balik rumah pukul 12.45am. tapi pagar dah kunci. tapi macam mana aku boleh sampai ke rumah. erk.. lu pikir la sendiri.


...erk.. super junior pulak...
dorang ni comel la, terutama donghae

bagi aku, hari sweet sangat. keluar dengan dorang, makan sama. memang best la. korang SANGAT BEST!


3 comments:

M_rs_ra_ said...

gambar yg pakai crown pink tu mcm disney princess laa.. hakhak.. but farah dgn besfrennye "go___la".. hakhak..

ety_iman said...

woit..,x gtaw pn nak balik,, x smpat nk jmpe..huhuhu,, ngtkn lame balik..

azimah_rosli said...

sue : hahaha.. jahat kamu
ety : nanti kite jumpe ek.. kui3

 

Template by BloggerCandy.com