Pages

info untuk mu


Thursday, April 7, 2011

PEMIMPIN

tadi aku dengar ceramah dari dato fadzilah kamsah. tapi dalam cd je la. dalam ceramah tu cerita pasal pemimpin. susah jugak nak jadi pemimpin sebenarnya. seorang pemimpin untuk orang islam, sikap mazmumah perlu dibuang.

kebanyakan pemimpin hari ni, tak semua la, sesetengah la, dorang ni suka nak jatuhkan satu sama lain. suka cari keburukan orang lain. fitnah-menfitnah pulak makin rancak sebab nak timbulkan kesalahan pihak lawan. kadang-kadang dorang buat sebab nak raih populariti. maklum la, zaman sekarang ni, makin tinggi pangkat makin dipuja la.

orang sekarang lagi suka pandang darjat. entah apa ada dengan pangkat pun aku tak tahu. tinggi pangkat mana pun, balik-balik nanti bila nyawa dicabut, ke bawah tanah juga akhirnya. tak pernah lagi aku dengar kalau dah meninggal nanti, orang yang tinggi pangkat mayatnya menerawang di udara. kalau ada pun orang yang gantung diri kat syiling.

aku tengok lagi, pemimpin sekarang suka mengkritik dan suka mencari kesalahan orang lain. kalau perkara ni ada kat seorang pemimpin, beliau sebenarnya tak layak bergelar pemimpin. sedangkan sifat sebenar pemimpin adalah membimbing, bukan sering mencari kesalahan orang lain.

sifat yang perlu ada untuk seorang pemimpin mendidik, memotivasi orang lain, merancang, menghargai orang lain, memaafkan orang lain, ada hubungan baik dengan Yang Maha Esa, yakin diri, tidak kelam kabut. pendek kata perkara-perkara yang baik semua perlu ada pada pemimpin.

aku selalu tengok di laman sosial hasil kekreatifan en.mark zuckerberg, iaitu facebook atau dalam bahasa melayunya bukumuka, terdapat beberapa pemimpin yang memberi pendapat tentang isu semasa, memberi nasihat, memberi motivasi, tidak kurang pula ada yang berkongsi pengalaman sebagai pemimpin. perkara ni bagus untuk seorang pemimpin.

tapi, kadang-kadang sesetengah hamba allah yang bergelar pemimpin sering menggunakan laman sosial ni sebagai tempat pencetus ideanya yang boleh menyebabkan orang lain terguris hati, berbalah dan paling teruk menjatuhkan maruah orang lain. tambahan lagi, mereka ni sering mencari kesalahan orang lain, walhal beliau sendiri tidak pernah membimbing orang yang sepatutnya dibimbingnya. orang seperti ini layakkah bergelar PEMIMPIN? bak kata prof izzy dalam hotfm "renungkan-renungkan dan selamat beramal". tapi ucapan dari aku sendiri "renungkan-renungkan ye". maksud aku, renungkan la. sebagai pemimpin, jangan selalu mencari kesalahan orang lain. manusia dilahirkan tidak semua sempurna. 'selamat beramal' tu tak de la pulak sebab tak de la pulak input yang patut diambil dalam entry ni. kalau ada pun sikit je la. hehehe....

lagi satu, ni paling penting. ada sesetengah pemimpin, sangat mengejar keduniaan. kadang-kadang, mereka tak pandang hal akhirat. contohnya, hal zakat dipandang remeh. paling teruk, solat mereka sendiri tak terjaga. ustaz aku pernah bagi ceramah bahawa orang lelaki wajib menunaikan solat jemaah. aku teringat tentang seorang pemimpin lelaki ni. ada seseorang mengajak beliau ke surau, tapi sebelum beliau ke surau, beliau menunjukkan reaksi muka terpaksa dan bersikap tidak acuh dengan ajakan tu. sedangkan masa tu beliau sedang makan bersama teman wanita a.k.a aweknya. beliau bukannya sedang mengadap assigment yang perlu dihantar 3 minit lagi kepada pensyarah segarang jerung putih. terfikir juga aku masa tu, awak seorang pemimpin, kenapa perlu ada reaksi sebegitu. sepatutnya awak yang mengajak orang lain untuk tunaikan solat.
banyak juga aku membebel hari ini. hehehe... sini je la bebelan aku untuk post kali ni.

~PEACE~

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com