Pages

info untuk mu


Tuesday, April 5, 2011

lawatan library


tarikh : 29-31 mac 2011
tempat : terengganu
pengiring : pn. haziah sa'ari & en.jeff
pengarah program : sitti hawa @ wawa
timb. pengarah : ecah salleh hudin
kelas : is202A
program : pengurusan maklumat (pengurusan perpustakaan dan maklumat)

budak kelas aku. yang menariknya semua perempuan
berdiri : ecah, ct ema, farah, ummi, sheera, wawa, rovie, mira, ain, yuyun, nadia, sheeda & rabiatul
mencangkung : yana, yuhanis, wani, nad, naniey, k.nawal, k.ira, cynthia, winny, gloria, emy, aku

kami bertolak seawal 10 pagi dari uitm puncak perdana. aku excited sangat sebab memang dah lama sangat tak pergi terengganu. kali terakhir pergi pun masa aku sekolah rendah. pergi rumah mak sedara. memang lama dalam bas, kesejukan kami dalam bas. sampai terengganu lebih kurang pukul 5 petang dan kami menginap di resort semarak aruni, marang. dekat dengan pantai. tapi sayang, masa kami pergi ombak kuat sangat. jadi kami tak dapat main air pantai.

pagi esoknye, bermulalah perancangan kami dalam buat research untuk library. library yang pertama kami pergi perpustakaan awam kuala terengganu. dekat sana ada perpustakaan untuk kanak-kanak. sangat comel. pertama kali jumpa perpustakaan macam tu. comel sangat. siap ade OPAC lagi untuk dorang. lepas habis pusing-pusing library awam tu, kami buat kad perpustakaan. comellll!! warna pink plak tu. huhuhu.. lepas tu kami dijamu makanan untuk lunch.

kat perpustakaan awam kuala terengganu
en.jeff (kiri) & en.kamal

destinasi kedua kami, kami ke universiti sultan zainal abidin (unisza). selepas tu kami ke universiti malaysia terengganu (umt). bagi aku, perpustakaan kat sini sangat menarik. library dorang ade macam-macam bilik yang ada macam-macam suhu. ada bilik yang suam-suam la, yang sejuk la. macam-macam. library kat sana sangat besar dan macam shopping mall. kat sana ada jugak bilik yang kedap bunyi. nama bilik tu bilik karel.


bergambar dengan pn. haziah

lepas tu kami ke rumah yuyun. selaku kelas rap kami. kat sana kami makan laksa, rojak betik, keropok lekor (terengganu dengan keropok memang tak boleh dipisahkan). tapi makanan dorang memang banyak beza. laksa dorang makan dengan kari. rojak buah pulak makan dengan kuah ikan. kami dihidangkan dengan air pandan. tapi aku tak minum sebab entah kenapa tekak aku memang tak boleh terima air pandan. tapi makanan berunsur pandan aku boleh terima. pernah dulu aku pergi camping, kami dihidangkan dengan air pandan. aku tak usik lansung air pandan walaupun aku sangat haus.

malamnya pulak ada BBQ. macam-macam makanan ada. laksa asam ada, sosej, ayam, ikan, mi goreng, nasi goreng, air sirap, ermmm.. ape lagi ek? tu je kot. banyak 'giler' makanan. memang 'mengulo' kami. cam ular sawa je.

esoknya kami terus packing barang. pagi tu kami ke pasar payang. macam-macam jual kat sana. ada baju, tudung, cenderahati, key chain, kasut yang murah. seronok betol kami membeli belah. lepas tu kami ke UiTM DUNGUN. library kat sana pun agak menarik. lepas pusing-pusing library, kami pergi ke pantai yang dekat dengan uitm tu. ombak kuat jugak la, jadi kami tengok pantai dari jauh je. sedihnya...


tepi pantai dekat dengan uitm dungun


...ala-ala weslife...

pukul 5 petang kami bertolak menuju ke puncak. kami sangat kepenatan. kami sampai puncak lebih kurang pukul 2 lebih la. tapi entah ape yang aku kemas, aku tido dekat pukul 5 pagi. esoknya pulak aku dan yana pergi camping kat negeri sembilan. memang terbaik la. penat dari terengganu tak habis lagi terus pergi camping. waaaa...

salah satu kelebihan aku ikut lawatan ni, aku dapat kenal semua nama budak kelas aku. sebelum ni aku tak tahu semua nama budak kelas aku. seronok sangat dapat kenal korang semua. secara jujurnya, walaupun dah berapa bulan aku sekelas dengan dorang, tak semua aku hafal nama dan muka dorang. agak malu jugak la sebab dorang kenal aku, tapi aku tak kenal nama dorang. maaf ye korang. tapi sekarang aku dah kenal korang semua. sangat seronok....

lawatan kami ke terengganu memang banyak bagi input pada kami semua. aku yang pada mulanya dalam terpaksa terima jurusan ni pun makin berminat dengan jurusan ni. aku harap lepas ni aku makin berjaya. aminn...

ihsan gambar dari : yana, cynthia & mira

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com