Pages

info untuk mu


Friday, April 22, 2011

22 april 2011

tarikh ni, genap setahun ayah meninggalkan kami sekeluarga. kadang-kadang aku rindu sangat kat ayah. jeles tengok orang lain bermesra dengan ayah dorang. tapi aku sabar je dengan hati aku ni. masa aku nak balik shah alam hari tu, ada pasangan ayah dan anak dia duduk sebelah aku. rancak dorang berborak. seronok aku tengok kemesraan dorang tapi hati aku bercampur cemburu sebenarnya sebab aku memang tak de masa untuk tu lagi. aku tengok ayah dorang hantar anak dia sampai ke bas, lepas tu lambai anak mereka dari jauh. rindu aku saat tu. masa aku kerja kat kuala lumpur. ayah mesti hantar aku kalau aku nak balik KL. aku selalu tengok dari dalam bas, bile bas dah jauh dari pandangan ayah, ayah baru gerak ke kereta. lepas tu mesti ayah telefon dan pesan "dah sampai terus telefon""dah kat mana dah tu?". tapi tu semua dulu. aku kena redha dengan takdir ni.

doa anakmu ini, moga ayah ditempatkan di kalangan orang beriman. moga ayah tenang di sana.
al-fatihah..

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com