Pages

info untuk mu


Thursday, April 28, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL


boleh lagi join kan. tengah ronda tengok blog2 malam tadi tibe2 ternampak kontest ni. so, saya merupakan peminat kucing terpanggil nak join contest ni. kepada encik apis, terima kasih anjurkan contest ni. ni first time join contest blogger. dulu pernah nak join satu contest ni, tapi tengok2 dah sampai tamat tempoh pun. (banyak bebel plak kan.. haha)

detail contest ni. klik sini

kucing ni namanye AMEY. comel x? family saya bela dia dari kecik lagi. tapi kucing ni pelik sikit, masa kecik-kecik die jalan reverse. saya pun tak tahu kenapa.

...tengok la gelagat amey yang comel ni...


...sleepy...


...muka terkejut nampak cicak...


...dia tidur..


...santai...

orang saya nak tag:
ety
syipoh
tika

fallin' for someone

i dont know, i think i may be fallin' for you (macam lagu je .. hehehe).
huhuhu..
rasa macam malu pulak post aku ni. tengah blushing ni.

sebenarnye aku dah jatuh hati pada seseorang. dia memang tak tahu lansung yang aku ni jatuh hati kat dia. ermm.. kirenye cinte aku ni bertepuk sebelah tangan je la. tak pe la, aku ni hanyalah peminat misteri awak. bak kate mat saleh secret admirer la. tak tau macam mane boleh jatuh hati kat awak. suke sangat tengok awak. awak comel, hensem. suke tengok senyuman awak. awak baik. ermmm.. tapi tak tahu la awak baik ke tak. tapi harap awak seorang yang baik.

nak tengok tak muke dia yang comel tu. huhuhu..
malu nak tunjuk
tapi tunjuk je la
TADAAA!!!


scroll down first

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





erk... kenal ke?
nama dia abang hae
nama lainnya lee donghae
berasal dari ... agak-agak orang mana? shah alam? haa, betol la tu

ucapan berharga saya untuk awak

Friday, April 22, 2011

22 april 2011

tarikh ni, genap setahun ayah meninggalkan kami sekeluarga. kadang-kadang aku rindu sangat kat ayah. jeles tengok orang lain bermesra dengan ayah dorang. tapi aku sabar je dengan hati aku ni. masa aku nak balik shah alam hari tu, ada pasangan ayah dan anak dia duduk sebelah aku. rancak dorang berborak. seronok aku tengok kemesraan dorang tapi hati aku bercampur cemburu sebenarnya sebab aku memang tak de masa untuk tu lagi. aku tengok ayah dorang hantar anak dia sampai ke bas, lepas tu lambai anak mereka dari jauh. rindu aku saat tu. masa aku kerja kat kuala lumpur. ayah mesti hantar aku kalau aku nak balik KL. aku selalu tengok dari dalam bas, bile bas dah jauh dari pandangan ayah, ayah baru gerak ke kereta. lepas tu mesti ayah telefon dan pesan "dah sampai terus telefon""dah kat mana dah tu?". tapi tu semua dulu. aku kena redha dengan takdir ni.

doa anakmu ini, moga ayah ditempatkan di kalangan orang beriman. moga ayah tenang di sana.
al-fatihah..

Wednesday, April 20, 2011

sweet TUESDAY

awal pagi pada pukul 8.45am aku dah bersiap nak balik ke shah alam. pagi tu abang aku hantar aku ke kuala krau. aku tunggu bas kat situ. penghujung kiri dan kanan bus stop ada seorang gadis (mungkin muda sikit dari aku) dan penghujung lagi satu seorang pakcik. jadi aku pun duduk tengah antara dorang. tapi jarak antara aku dengan dorang agak jauh la. aku memang sengaja duduk jauh dari dorang sebab aku tak nak berborak dengan orang yang aku tak berape kenal. bukan aku sombong tapi memang perangai aku tak berape suka sangat berborak dengan aku tak biasa lagi. orang yang tak kenal aku selalu anggap aku ni pendiam. aku tak tahu kenape perangai aku macam tu. kalau dengan tempat aku tak biasa dan bersama dengan orang yang aku tak kenal aku lagi suka diam dan duduk jauh dari orang. kera sumbang aku kan. huhuhu.. panjang betol intro cerita aku. berbalik cerita kat bus stop tu, mula-mula aku turun kereta nak ke bus stop, mata aku tertumpu pada perempuan yang muda sikit dari aku tu (aku agak je ni). muka dia macam aku biasa tengok tapi aku tak pasti kat mana dan macam mana aku pernah tengok dia. muka dia memang cantik, tapi sayang blusher sangat tebal. dah macam opera cina aku tengok. kalau kurangkan mungkin lagi cantik. tapi kuku kakinya pula warna hitam. ermm, tapi kuku tangan tak perasan pulak aku. boleh pulak aku tak perasan kuku tangan warna apa. tak lama lepas tu ada dua orang pakcik cina duduk sebelah perempuan tu. tengah syok layan perasaan tunggu bas tiba-tiba terbau asap rokok. aku memang angin betol kalau terbau rokok ni. AKU SANGAT TAK SUKA BAU ROKOK! bagi aku, orang yang merokok dekat dengan orang tak merokok SANGAT KURANG AJAR. dah tau merokok MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. kalau nak mati pun, mati la sorang-sorang, jangan la nak libatkan orang lain mati dengan korang. kubur lain-lain la wei. aku tak tau la dorang tau ke tak yang orang tak merokok tapi kalau bau asap rokok yang dorang hembuskan sebenarnya lagi bahaya dari orang yang merokok. sangkaan aku pakcik tu yang merokok tapi rupanya perempuan muda tu yang merokok. erk... terkejut jugak aku. selamba betol minah ni. cam tak malu sikit la. tak paham betol aku dengan dunia zaman sekarang.

sampai je temerloh aku beli tiket ke shah alam pukul 11am. tak de apa yang menarik sepanjang perjalanan aku ke seksyen17. memang takde apa yang menarik sebab aku tidur je. lepas tu aku ambil teksi terus ke pkns. aku nak ambil nobby-nobby kat kat plaza alam sentral (PAS). yeah, anak mama dah sihat. tak sabar mama nak jumpa nobby-nobby. tieya, fara dan sue pun keluar. kitorang jalan sama. dorang rancang nak release tension. mula-mula kitorang solat zuhur dulu kat pkns lepas tu baru pergi ke PAS. lepas ambil 'anak' aku si nobby-nobby tu, dorang ajak aku pergi kareoke. erk... first time pergi tempat macam tu. dorang nyanyi sampai tak de suare. tapi aku nyanyi sikit-sikit je, maklum la suare makcik tak sedap. huhuhu..

perkenalkan, ni nobby-nobby

lepas karoke cam tak hingat donia tu, kitorang pergi giant di SACC mall. "beli barang-barang nak makan" bak kata sue. macam-macam kitorang beli, dekat nak rabak la duit dalam dompet nak membayar. banyak ke? boleh la.


sue: kita nak beli apa ek?
fara cakap dalam hati: beli je la ape-ape, janji bayar guna duit sue. ekeke..


fara dengan errr... besfrennye


tengok tu. pink-pink atas kepala kami
aku dan sue


tieya dengan bear pink. mesti dia rasa comel bergambar dengan bear tu.. hikhikhik

lepas shopping tu, kitorang solat asar dan maghrib kat pkns dan terus balik. lepas tu kitorang makan kat 'kandang' (tempat kebiasaan bagi pelajar uitm puncak perdana makan-makan). bukan kandang lain tau. kitorang makan sekali dengan tika, wanny (ex-housemate last sem) dan nysa. seronok makan dengan dorang. dah lama tak makan sama. lepas tu, tieya, sue dan fara terpaksa balik sebab ada hal. aku pun terus lepak dengan dorang kat rumah dorang. dorang kalau ajak aku ke situ, memang mende wajib nak tunjuk kat aku artis-artis korea la. aku pun layan je minat dorang. super junior la, beast la, big bang la. macam-macam. aku ni terpengaruh dengar lagu korea dengan dorang lah. aku kenal korean ni pun sebab dorang. cuma yang memang aku tak nak layan drama korea. bagi aku drama korea ni ceritanya sangat panjang. cerita pendek layan la sikit. nama pulak susah nak ingat, lepas tu muka dorang pulak lebih kurang. aku ni memang ada masalah nak ingat muka orang. aku balik rumah pukul 12.45am. tapi pagar dah kunci. tapi macam mana aku boleh sampai ke rumah. erk.. lu pikir la sendiri.


...erk.. super junior pulak...
dorang ni comel la, terutama donghae

bagi aku, hari sweet sangat. keluar dengan dorang, makan sama. memang best la. korang SANGAT BEST!


Monday, April 18, 2011

takziah untuk cikgu zaidah

tengah aku mengadap laptop abang aku tiba-tiba aku dapat mesej dari amirul ahmad. bunyinye:

takziah diucapkan kepada kelurga cikgu zaidah.dua orang anaknya telah terlibat dengan kemalangan jalanraya padi tadi. seorang meninggal dunia dan seorang lagi sedang koma di hospital. al-fatihah.

tak lama lepas tu kawan aku tieya post mende yang sama dekat facebook.

cikgu zaidah ni guru kelas aku masa aku tingkatan 6. dia selalu juga cerita pasal anaknya. aku harap moga cikgu tabah hadapi semua ni. sedekahkan al-fatihah untuk anaknya yang meninggal dan moga anaknya yang masih koma selamat.

Friday, April 15, 2011

takziah pada tyra

hari ni aku terima berita yang mengejutkan. emak kawan aku kembali ke rahmatullah. aku terkejut sebab aku mengenali emak dia. tapi semua ni lumrah kehidupan. kita semua kene redha dengan takdir Allah. aku pun merasa juga kehilangan emaknya sebab aku pun pernah berada di tempat dia. nama dia tyrah. yang kawan-kawan aku dalam geng ngehz tu la. aku harap dia tabah hadapi dugaan ini. moga dugaan ni buat dia lagi tambah lagi kuat. al-fatihah

Thursday, April 14, 2011

"Just A Dream" by Nelly - Sam Tsui & Christina Grimmie



best sangat lagu ni. terjumpe lagu ni mase tengah menggodam youtube.. huhuhuhu.. tengok youtube lepas siapkan assignment

Tuesday, April 12, 2011

takziah

takziah untuk family kawan aku, fathiah a.k.a tiya. atuknya meniggal dunia. mungkin atuknya baru meninggal. sebab sebelum tu aku melawat blog dia, dia cerita atuk dia sakit. tapi bila petang sikit dia tengah kelam-kabut nak balik rumah dan bagitau aku atuk dia meninggal. sabar ye tiya. moga atuk awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan moga tenang di 'sana'. mari kita sedekahkan al-fatihah untuk atuk awak. al-fatihah.

Sunday, April 10, 2011

burung twitter terbang dalam blog

ni aku nak cerita sikit. aku dah ada akaun twitter. baru je buat dalam tiga jam yang lalu. seronoknye. huhuhu.. twitter aku zyma_senpai. follow la saya (dengan nada manja) huhuhu.. manja ke?. err... no komen.. salah satu sebab aku nak buat akaun twitter sebab aku saje nak letak burung terbang ni kat blog aku. nampak comel kan ada burung terbang-terbang kat blog ni. nama dia twitty tau. (dan-dan je ada nama kan.. hahaha). burung ni comel tau. dia ikut je bila kite schrol page.

nak tau tak macam mana aku buat ni. tutorial ni kredit pada anamarzagblog.com. ni aku nak bagi tutorial buat burung terbang ni. syarat utama untuk buat ni korang mesti ada akaun twitter.

menurut blog beliau:

mula-mula korang pergi ke bahagian design > page element > add a gadget lepas tu pilih edit HTML. lepas tu copy je code kat bawah ni dan paste kat edit HTML. pastu save la.


lepas tu tukar:

  • var twitterAccount = "idtwitter"; dengan id twitter korang
  • var tweetThisText = "Ikuti titleblogkorang @ http://blogkorang.blogspot.com"; dengan ayat korang sendiri

kemudian save la. tengok la kecomelan burung twitter berterbangan kat blog korang.

Friday, April 8, 2011

...ATTENTION...

berlaku beberapa perubahan kat blog aku ni. terkejut tak? hehehe.. tak pe la. korang tak terkejut pun aku terkejut. tibe-tibe nak tukar taste. sebelum ni memang nak tukar template pun tapi takde kesempatan nak online lame-lame. maklum la, notebook aku rosak. so, agak susah. tambahan lagi line internet pulak makin lama makin buat hal. huhuhu. tapi blog ni dalam proses mengedit lagi. aku tak godam sepenuhnya lagi. maklum la, sekarang ni tak de kesempatan nak online lame-lame. (cam ayat copy paste kat atas tu je) sibuk dengan assignment la, test la, macam-macam la. bila nak sambung mengedit lagi aku pun tak tau la. huhuhu... daaaa..

Thursday, April 7, 2011

PEMIMPIN

tadi aku dengar ceramah dari dato fadzilah kamsah. tapi dalam cd je la. dalam ceramah tu cerita pasal pemimpin. susah jugak nak jadi pemimpin sebenarnya. seorang pemimpin untuk orang islam, sikap mazmumah perlu dibuang.

kebanyakan pemimpin hari ni, tak semua la, sesetengah la, dorang ni suka nak jatuhkan satu sama lain. suka cari keburukan orang lain. fitnah-menfitnah pulak makin rancak sebab nak timbulkan kesalahan pihak lawan. kadang-kadang dorang buat sebab nak raih populariti. maklum la, zaman sekarang ni, makin tinggi pangkat makin dipuja la.

orang sekarang lagi suka pandang darjat. entah apa ada dengan pangkat pun aku tak tahu. tinggi pangkat mana pun, balik-balik nanti bila nyawa dicabut, ke bawah tanah juga akhirnya. tak pernah lagi aku dengar kalau dah meninggal nanti, orang yang tinggi pangkat mayatnya menerawang di udara. kalau ada pun orang yang gantung diri kat syiling.

aku tengok lagi, pemimpin sekarang suka mengkritik dan suka mencari kesalahan orang lain. kalau perkara ni ada kat seorang pemimpin, beliau sebenarnya tak layak bergelar pemimpin. sedangkan sifat sebenar pemimpin adalah membimbing, bukan sering mencari kesalahan orang lain.

sifat yang perlu ada untuk seorang pemimpin mendidik, memotivasi orang lain, merancang, menghargai orang lain, memaafkan orang lain, ada hubungan baik dengan Yang Maha Esa, yakin diri, tidak kelam kabut. pendek kata perkara-perkara yang baik semua perlu ada pada pemimpin.

aku selalu tengok di laman sosial hasil kekreatifan en.mark zuckerberg, iaitu facebook atau dalam bahasa melayunya bukumuka, terdapat beberapa pemimpin yang memberi pendapat tentang isu semasa, memberi nasihat, memberi motivasi, tidak kurang pula ada yang berkongsi pengalaman sebagai pemimpin. perkara ni bagus untuk seorang pemimpin.

tapi, kadang-kadang sesetengah hamba allah yang bergelar pemimpin sering menggunakan laman sosial ni sebagai tempat pencetus ideanya yang boleh menyebabkan orang lain terguris hati, berbalah dan paling teruk menjatuhkan maruah orang lain. tambahan lagi, mereka ni sering mencari kesalahan orang lain, walhal beliau sendiri tidak pernah membimbing orang yang sepatutnya dibimbingnya. orang seperti ini layakkah bergelar PEMIMPIN? bak kata prof izzy dalam hotfm "renungkan-renungkan dan selamat beramal". tapi ucapan dari aku sendiri "renungkan-renungkan ye". maksud aku, renungkan la. sebagai pemimpin, jangan selalu mencari kesalahan orang lain. manusia dilahirkan tidak semua sempurna. 'selamat beramal' tu tak de la pulak sebab tak de la pulak input yang patut diambil dalam entry ni. kalau ada pun sikit je la. hehehe....

lagi satu, ni paling penting. ada sesetengah pemimpin, sangat mengejar keduniaan. kadang-kadang, mereka tak pandang hal akhirat. contohnya, hal zakat dipandang remeh. paling teruk, solat mereka sendiri tak terjaga. ustaz aku pernah bagi ceramah bahawa orang lelaki wajib menunaikan solat jemaah. aku teringat tentang seorang pemimpin lelaki ni. ada seseorang mengajak beliau ke surau, tapi sebelum beliau ke surau, beliau menunjukkan reaksi muka terpaksa dan bersikap tidak acuh dengan ajakan tu. sedangkan masa tu beliau sedang makan bersama teman wanita a.k.a aweknya. beliau bukannya sedang mengadap assigment yang perlu dihantar 3 minit lagi kepada pensyarah segarang jerung putih. terfikir juga aku masa tu, awak seorang pemimpin, kenapa perlu ada reaksi sebegitu. sepatutnya awak yang mengajak orang lain untuk tunaikan solat.
banyak juga aku membebel hari ini. hehehe... sini je la bebelan aku untuk post kali ni.

~PEACE~

Tuesday, April 5, 2011

lawatan library


tarikh : 29-31 mac 2011
tempat : terengganu
pengiring : pn. haziah sa'ari & en.jeff
pengarah program : sitti hawa @ wawa
timb. pengarah : ecah salleh hudin
kelas : is202A
program : pengurusan maklumat (pengurusan perpustakaan dan maklumat)

budak kelas aku. yang menariknya semua perempuan
berdiri : ecah, ct ema, farah, ummi, sheera, wawa, rovie, mira, ain, yuyun, nadia, sheeda & rabiatul
mencangkung : yana, yuhanis, wani, nad, naniey, k.nawal, k.ira, cynthia, winny, gloria, emy, aku

kami bertolak seawal 10 pagi dari uitm puncak perdana. aku excited sangat sebab memang dah lama sangat tak pergi terengganu. kali terakhir pergi pun masa aku sekolah rendah. pergi rumah mak sedara. memang lama dalam bas, kesejukan kami dalam bas. sampai terengganu lebih kurang pukul 5 petang dan kami menginap di resort semarak aruni, marang. dekat dengan pantai. tapi sayang, masa kami pergi ombak kuat sangat. jadi kami tak dapat main air pantai.

pagi esoknye, bermulalah perancangan kami dalam buat research untuk library. library yang pertama kami pergi perpustakaan awam kuala terengganu. dekat sana ada perpustakaan untuk kanak-kanak. sangat comel. pertama kali jumpa perpustakaan macam tu. comel sangat. siap ade OPAC lagi untuk dorang. lepas habis pusing-pusing library awam tu, kami buat kad perpustakaan. comellll!! warna pink plak tu. huhuhu.. lepas tu kami dijamu makanan untuk lunch.

kat perpustakaan awam kuala terengganu
en.jeff (kiri) & en.kamal

destinasi kedua kami, kami ke universiti sultan zainal abidin (unisza). selepas tu kami ke universiti malaysia terengganu (umt). bagi aku, perpustakaan kat sini sangat menarik. library dorang ade macam-macam bilik yang ada macam-macam suhu. ada bilik yang suam-suam la, yang sejuk la. macam-macam. library kat sana sangat besar dan macam shopping mall. kat sana ada jugak bilik yang kedap bunyi. nama bilik tu bilik karel.


bergambar dengan pn. haziah

lepas tu kami ke rumah yuyun. selaku kelas rap kami. kat sana kami makan laksa, rojak betik, keropok lekor (terengganu dengan keropok memang tak boleh dipisahkan). tapi makanan dorang memang banyak beza. laksa dorang makan dengan kari. rojak buah pulak makan dengan kuah ikan. kami dihidangkan dengan air pandan. tapi aku tak minum sebab entah kenapa tekak aku memang tak boleh terima air pandan. tapi makanan berunsur pandan aku boleh terima. pernah dulu aku pergi camping, kami dihidangkan dengan air pandan. aku tak usik lansung air pandan walaupun aku sangat haus.

malamnya pulak ada BBQ. macam-macam makanan ada. laksa asam ada, sosej, ayam, ikan, mi goreng, nasi goreng, air sirap, ermmm.. ape lagi ek? tu je kot. banyak 'giler' makanan. memang 'mengulo' kami. cam ular sawa je.

esoknya kami terus packing barang. pagi tu kami ke pasar payang. macam-macam jual kat sana. ada baju, tudung, cenderahati, key chain, kasut yang murah. seronok betol kami membeli belah. lepas tu kami ke UiTM DUNGUN. library kat sana pun agak menarik. lepas pusing-pusing library, kami pergi ke pantai yang dekat dengan uitm tu. ombak kuat jugak la, jadi kami tengok pantai dari jauh je. sedihnya...


tepi pantai dekat dengan uitm dungun


...ala-ala weslife...

pukul 5 petang kami bertolak menuju ke puncak. kami sangat kepenatan. kami sampai puncak lebih kurang pukul 2 lebih la. tapi entah ape yang aku kemas, aku tido dekat pukul 5 pagi. esoknya pulak aku dan yana pergi camping kat negeri sembilan. memang terbaik la. penat dari terengganu tak habis lagi terus pergi camping. waaaa...

salah satu kelebihan aku ikut lawatan ni, aku dapat kenal semua nama budak kelas aku. sebelum ni aku tak tahu semua nama budak kelas aku. seronok sangat dapat kenal korang semua. secara jujurnya, walaupun dah berapa bulan aku sekelas dengan dorang, tak semua aku hafal nama dan muka dorang. agak malu jugak la sebab dorang kenal aku, tapi aku tak kenal nama dorang. maaf ye korang. tapi sekarang aku dah kenal korang semua. sangat seronok....

lawatan kami ke terengganu memang banyak bagi input pada kami semua. aku yang pada mulanya dalam terpaksa terima jurusan ni pun makin berminat dengan jurusan ni. aku harap lepas ni aku makin berjaya. aminn...

ihsan gambar dari : yana, cynthia & mira
 

Template by BloggerCandy.com