Pages

info untuk mu


Tuesday, March 15, 2011

nature walk


~NATURE WALK 2011~

tempat : taman negara pahang
tarikh : 11-13 mac 2011
pengarah program : ainur aziana a.k.a yana a.k.a exco disiplin dan keselamatan a.k.a O.M.G (oh, mak guard)
pegawai pengiring : en.azhari, ustaz shahrul, ustaz azlan, abg bob & abg istal
jemputan : abang najib yang makin mengembang mukanya. :-)
guider : abg khairil, abg rain, yen & andrey ..(pegawai taman negara).. sepanjang kami di sana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga kami. bukan menjaga la tapi bagi tunjuk ajar. lebih kurang menjaga la.


~guider taman negara~
...dari kiri : abg khairil (masa mula-mula perkenalkan diri disuruh panggil 'uncle'), andrey dengan rambutnya yang comel, yen yang agak pendiam dan abg rain versi malaysia bukan dari korea...

kitorang bertolak pada pukul 3 lebih pada hari jumaat. ikut perancangan pukul2.40pm tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. last minit, tiga orang peserta tak dapat join, kimi, hairi & nadiatul sebab ada problem yang tak diduga. nak buat macam mana. sedikit terkilan di situ. tapi kimi tetap join. huhuhu... memang terbaik la kimi sebab kimi pergi jugak.


~tengah problem ni~
...nadiatul (baju merah) dan hairi (pakai sweater)...
baju hitam=adha selaku timbalan pengarah
aku selaku biro program bersama farah
*sampai hati seseorang itu tidak membenarkan peserta ni nak ikut program nature walk. dia seorang yang tak pernah memikirkan masalah orang lain...


...ngade-ngade time sebelum gerak...
~dari kiri : syiqah, kak nani, tiya, yana, ecah, kak jajan dan aku~
yang kat belakang tu syahmi a.k.a camie. dia tak dapat pergi sebab ade hal

perjalanan kami ke taman negara sangat lama. kami sampai sana dah pukul9 lebih. kami disambut oleh yen, abang rain & andrey. lepas tu hujan pulak. sepatutnye malam tu kami ada aktiviti 'night walk'. tapi disebabkan hujan, malam tu kami takde buat aktiviti. disebabkan hujan jugak kami tidak tidur dalam khemah. kami ditempatkan di dorm. walaupun tidur kat situ, kami tetap seronok.

...kami diberi penerangan tentang aktiviti yang kami akan buat sepanjang di taman negara...
inilah tempat kami tidor

esok harinye kami ade aktiviti 'jungle tracking'. kami gerak pukul 8am. best sangat tapi sangat penat. kami dibahagikan kepada dua kumpulan. kami dapat kenal pokok dalam hutan. macam2 pokok & binatang kami dapat kenal. paling menarik perhatian aku pokok 'liana'. masa aku form6 selalu dengar pokok tu dalam subjek geografi tapi x pernah jumpa pun. 1st time jumpa, sangat teruja. kami jalan di kanopi walkway. sebelum kami naik kanopi walk, tiba2 ada alif satar shooting. kami tak tau rancangan ape, tapi yang pasti masa tu aku rasa sangat kelakar. sebab masa dia tengah shooting kami sangat bising. hahahaha...... sangat mengganggu konsentrasi orang lain. teruk betul kami. huhuhu...

...disebabkan aktiviti kami berada di seberang sungai, kami akan menyeberangi sungai dengan bot... (ape ayat aku ni?)


...ni atas bukit. tapi x tau la bukit ape...


...kat bukit terisek...


...sebelum naik ke kanopi walkway...


...dari kiri : abg istal, kimi, en.azahari, ustaz shahrul nizam, abg najib & ustaz azlan...
... yg duduk konon-konon comel tu abg bob...

petangnya pula kami ke kampung orang asli. kami dimaklumkan dorang kaum bateq. macam2 dorang pandai, dorang pandai nyalakan api dengan kayu, menyumpit & macam-macam la. sangat hebat dorang. lepas ke rumah orang asli kami ada aktiviti 'rapid shooting' . sangat seronok!.. kami main 'serang2' dengan air. lemas kami atas bot sebab banyak sangat air kene simbah. seronok sangat. habis basah lenjun kami. best gile main serang2.


... ni kat perkampungan orang asli...


...rapid shooting...
time ni memang best gile. huhuhu...

malam pulak aktiviti 'night walk'. tapi aku dan kak jajan tak dapat join sebab kak jajan gatal-gatal badan, kaki aku pulak sangat sakit. rasa cam dah tak boleh berdiri. rugi sangat tak dapat join, tapi nak buat macam mana, dah kaki terlalu sakit. lepas je dorang balik dari night walk, kami ada makan-makan. ada barbeque.. best...!!!~~ tapi time ni pun aku tak makan sebab masa ni aku tak larat nak bangun dah. masa dorang pergi night walk, kak jajan kene cucuk kat bahu. yen dan andrey yang hantar kak jajan ke klinik. 'time kaseh deme'

pada pukul 11 pagi, kami bertolak pulang ke kolej puncak perdana. sedih :( .. rasa cam tak nak balik jer. taman negara sangat seronok. lepas balik dari taman negara ada cerita agak kelakar. bagi aku la, orang lain tak tau la plak. aku sebenarnya sangat pekat kalau bercakap dalam loghat pahang-temerloh. kat taman negara, guider kat sana agak pekat jugak loghat pahang. jadi aku pun terikut. masa kawan aku call (masa ni on the way balik ke shah alam), ntah macam mana aku bercakap dengan dia dalam loghat pahang sedangkan aku bercakap dengan dia sebelum ni bukan dalam loghat pahang pun. aku pun perasan, setiap kali aku balik pahang, bila aku balik kolej je, hari pertama aku mesti bercakap dalam loghat pahang, walaupun masa tu aku tengah berborak dengan orang selangor. huhuhuhu... terbiasa kot..

...sebelum gerak balik ke uitm puncak perdana...

apa-apa pun, nature walk sangat best!! sangat berterima kasih kepada yang sesiapa terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam program ini. ~PEACE~

*hurmmm.. banyak jugak perkataan 'SANGAT' dalam post aku kali nih...

~sumber gambar dari farah & en.azahari~
~terima kasih kepada k.ima selaku biro publisiti & media yang ambil gambar kami~

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com