Pages

info untuk mu


Saturday, January 29, 2011

jalan2 tanpa DIRANCANG


jumaat ~ 28.01.2011 ~ sekitar 3.30pm
aku : bosan r. jom keluar
ecah : jom r . nak gi mane ?
aku : kite pergi sunway nak x ?
ecah : jom r ..
aku : serius ni . da pukul 3 setengah dah ni . sempat x ni ?
ecah : jom la. kite ajak kak popo.

aku mule-mule gurau je dengan ecah. tapi x sangke die pun terus terima pelawaan aku. kitorang pergi 2 orang je sebab kak popo ade hal. aku bukan pernah pergi sunway pyramid naik bas pun. lepas tu, masa dalam bas kitorang terpikir lagi. 'nak pergi mane ek ?'. kitorang pun berubah fikiran dan ingat nak pergi PKNS atau PAS je.

sampai je PKNS tetibe je kitorang ternampak bas ke sunway dan dengan tetibe je kitorang terus je naik bas tu. memang x agak-agak betol la perancangan kitorang.

memandangkan chinese new year da makin dekat so kat sunway tu menggunakan tema gong xi fa choi (eh, betol ke aku eje ni ). agak meriah la. tapi kitorang x sempat nak tengok persembahan dorang. macam ade persembahan main alat muzik tradisional dorang. rugi betol . hadoyai..

akhirnye dapat jugak aku beli jam. seronoknye ..
balik pulak abang ecah ambil. hehehe.. nasib baik abang die nak jemput.

...patung besar...


...tanglung besar...


...yang belakang kitorang tu x tau la mende ape...


...hobi ecah di masa lapang : TERMENUNG...


...orang cine memang sinonim dengan buah limau...


..konon-konon ecah boleh pegang tanglung la tu..

agak puas hati la kitorang pergi sane walaupun tanpa dirancang.

Saturday, January 22, 2011

NAO ishida

NAO ISHIDA

me : nao chan, nao chan, where are you ?
nao : here i am, here i am, how do you do ..

aku teringat lagu ni aku pernah nyanyi dengan die. sangat rindu kat die. tapi aku pun tak tau boleh ke tak jumpe dengan die lagi sebab die sekarang dah balik jepun. tapi mesti die dah lupe kat aku. maklum la, budak-budak lagi. mane la nak ingat. huhuhu

aku ingat lagi hari tu die pernah nyanyi lagu melayu, dia nyanyi
di mana dia anak kambing saya,
anak kambing saya ada di rumah ... (pastu dia sebut la nama kawan-kawan dia. nama aku pun dia sebut kadang-kadang)
dia sangat comel bila nyanyi lagu bahasa melayu. hari tu die pernah nyanyi lagu doraemon. sangat comel. dia sangat suka menyanyi. huhuhu

bila time makan, dia makan paling lambat sekali. kadangkadang dia ni mengade. nak aku je yang suap. bile bibik nak suap die tak nak. kalau die nakal kadang-kadang aku marah die. pastu mesti dia menangis tapi pastu aku peluk la die. sweet tak? comel sangat die.

die kadang-kadang panggil aku teacher, kadang-kadang panggil sensei (cikgu dalam bahase jepun). kalau die sebut perkataan teacher bagi aku sangat kelakar. sampai nak tersembur air liur die menyebut. kalau sebut sensei pulak mesti bernada.

I MISS YOU SO MUCH!

Wednesday, January 19, 2011

DEMAM : i'm coming

semalam aku demam. agak sedih la dengan demam aku kali ini sebab ni demam aku yang pertama sejak ayah aku meninggal. kalau aku demam kat rumah mesti best. mesti emak aku lap2kan aku dengan kain basah. lepas tu, ayah aku mesti belikan aku macam, beli gula2, biskut, air kotak, air 100 plus. dorang mesti layan aku macam aku ni kecik lagi tapi aku suka.

aku demam ni kat kolej. masa aku demam aku diam je. sepatah orang tanya, sepatah aku jawab. kadang-kadang sepatah orang tanya aku x jawab pun. aku memang malas layan orang bila aku x sihat. aku macam jadi orang yang bertindak mengikut arahan. orang suruh aku makan, aku makan. orang suruh aku tidur, aku tidur.

aku memang sangat berterima kasih kepada semua ahli bilik aku, kawan-kawan aku. dorang sangat menjaga aku masa aku demam. k.jajan yang bagi makanan kat aku, yana letakkan kain basah kat dahi aku, tya, lina, su, ecah, kak popo, fara & ramai la. TERIMA KASIH sangat. ari esoknye (hari ni la) aku x ade la sembuh sepenuhnye tapi aku anggap aku dah sihat, aku dah berjalan merata. tapi kak popo still lagi risau keadaan aku. thanks kak po. saya sihat la kak po.


Wednesday, January 5, 2011

xpedisi mendaki bukit

yeahhh.. !!
ni part paling atas bukit yang kitorang daki

sebenarnye dah lama aku nak cerita pasal aktiviti kitorang ni. tapi disebabkan netbook aku problem, tambahan lagi aku x dapat online so aku x dapat nak cerita aktiviti ni. kitorang daki bukit ni pada 30 disember 2010 pada pukul 5.30p.m. tempat bukit ni kat seberang FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT. memang seronok. kawan-kawan aku yang pergi ECAH, IJUT, SYAHMI, ADHA & CIK AH.


IJUT dengan muka bangga bergambar kat situ








pandangan dari atas UiTM Kampus Puncak Perdana




syahmi, cik ah, ecah, aku, adha & ijut

best sangat-sangat.harap lepas ni kalau ade kelapangan kitorang dapat daki lagi & lagi best kalau ramai yang join.

Sunday, January 2, 2011

cerita dalam tahun baru 2011

HAPPY NEW YEAR !!
banyak cerita bila menjelang tahun baru ni. nak dijadikan cerita, henfon kesayangan aku boleh rosak. tambahan lagi aku punya netbook semakin 'hang'. nak online pun tak dapat. ni pun aku online kat laptop syahmi. terima kasih ye syahmi. huhuhu.. lepas tu, selipar kesayangan aku telah sampai ajalnya. akhirnya putus jua beliau.

hari ini, pada pukul 7.00 pm, kami ada program 'unite sis & bro'. berjalan agak lancar. peserta sis & bro sangat sporting. dorang memang best.

untuk rakan-rakan setugasku, legasi JPK .... TERBAEKKKK !!!!!
 

Template by BloggerCandy.com