Pages

info untuk mu


Wednesday, December 28, 2011

tak paham aku dengan tulisan #yangrapatrapat

aku tak paham betol dengan sesetengah orang yang suka wat status dalam facebook tulisannye rapat-rapat. bukan marah, bukan tak suka tapi bukan suka cuma geram sedikit. terdetik soalan, kat keyboard awak dah tak de butang space ey?? aku susah nak baca la bila rapat-rapat macam tu. maklumlah, kat sekolah saya dulu tak diajar tulisan rapat macam tu. cuma masa tadika je selalu buat tulisan macam tu. pada yang terasa, jangan marah, cuma kalau awak nak status awak dibaca dengan selesa, jarakkan la perkataan tu. tapi beselah, mesti jawapan korang "tu trend la. relax la sis." memang trend kot, tapi kalau semua orang wat status macam tu dalam facebook nanti, tak nampak pulak korang punye identiti tulisan, kalau ade identiti la, kalau tak de terpulanglah.
lagi satu kalau care tulisan yang sama je nampak dalam facebook, macam bosan pulak tengok..
hehehehe

PEACE =)

Friday, December 16, 2011

i hate protocol

aku betul-betul tak suka dengan protokol. kenapa la aku jadi unit protokol untuk beberapa program ni. mungkin sebab sem lepas aku tak pernah jadi protokol, jadi sem ni akulah insan terpilih untuk jadi unit protokol.

antara sebab-sebab aku tak suka protokol:
  • protokol sangat pentingkan sebelah kanan. tapi disebabkan aku insan yang kidal, jadi aku jadi kekok nak buat apa-apa guna tangan kanan, ada orang sebelah kanan. argghhh!! tension aku
~tu je la sebabnya aku tak suka protokol time nak serve orang. nak-nak masa time makan. memang tak senonoh la kalau tiba-tiba aku nak cedok nasi guna tangan kiri. nasib la ada kawan-kawan yang tolong bagi semangat.
thanks guys!

Saturday, December 10, 2011

...luahan yang annoying dari aku...

saya tak kisah kalau saya tak pernah tahu apa-apa pasal awak. mungkin itu kebahagiaan awak, saya terima. mungkin saya tak lagi jadi sebahagian dari kepentingan awak. kalau awak bahagia, saya lagi bahagia tengok kebahagiaan awak. mungkin sebab saya tak pernah rasa saya setawar hati macam ni.

* ayat poyo yang mungkin akan diselitkan dalam cerekarama.

Sunday, November 27, 2011

saya minta maaf

AWAS! entry ini hanyalah isi hati aku semata-mata, tak de kaitan dengan isi hati orang lain

saya sendiri pun tak tahu nak mula dari mana. tapi mood saya sekarang sedikit bersalah, sedih, rindu, terkilan. macam-macam perasaan. sebenarnya saya telah mengguris hati sesetengah pihak. ceritanya bermula bila barang saya hilang. saya pun tanya la seseorang. ade jumpa barang saya tak? so, dia jawab barang saya ade orang buat main, dorang buat cucuk sanggul rambut barang saya tu. saya agak panas la, tapi tak panas mana pun sebab kelakar pun ade jugak. so, saya pun tanya la kawan-kawan die pulak sebab dia dah bagi jawapan yang barang saya tu ade cuma dorang buat main je, so maybe entah lepas ke mana barang saya tu. tapi kawan-kawan dia langsung tak bagi jawapan. sampai lah ade sorang kawan dia bagi jawapan, sebelum kami ade orang lain datang tempat ni (tempat yang saya letak barang). kami pun tak usik bende tu. "owh, macam tu. cakap la bende tu memang da tak de masa korang datang. jangan la main-main masa orang tanya. " saya ni jenis orang yang kurang laju la, so agak lambat dengan gurauan dia. tapi semua tu saya dah lupakan. nak buat macam mana, dah bende tu hilang.

akan tetapi, rupa-rupanya pertanyaan saya tu dah mengguris hati mereka. bagi mereka, soalan saya tu dah menuduh dorang mencuri. tapi bende da berlaku beberapa bulan berlalu. habis tu selama ni korang gurau-gurau dengan saya adakah gurauan itu ikhlas atau sengaja menjaga hati saya? agak terkilan sebab bende ni dah berlalu lama tapi masih diungkitkan lagi. kenapa tak bagitahu dari dulu. saya boleh minta maaf kat semua orang kalau mereka nak saya buat macam tu. sekurang-kurangnya tak de dendam yang tersimpan.

saya sedih. selama ni kita macam satu family. kalau tak puas hati sepatutnya bagi tahu terus. sekurang-kurangnya saya tahu saya bersalah. selama ni korang bukan sabar, tapi tahan marah. lecturer saya cakap, sabar dan tahan marah ade maksud berbeza. sabar maksudnya bila kita menahan marah tapi lepas tu biar bende tu berlalu. jangan dikenang lagi dan terus dilupakan. tahan marah maksudnya ade perasaan menahan marah bercampur dengan dendam. sedih bila ade sifat tahan marah, bukan sabar. sedangkan, kita sebagai pemimpin paling penting kena ade sifat sabar bukan tahan marah. (nasihat ni untuk diri saya jugak)

sekarang nak minta maaf berdepan dengan dorang pun dorang macam dah tawar hati. nanti la kalau ade masa yang sesuai, jumpa la dorang. kat sini, saya dengan rendah dirinya memohon maaf andai kata pertanyaan saya tu betul-betul mengguris hati korang. saya betol-betol rindu korang. saya rindu dengan gurauan korang. cuma kalau lepas ni saya dah tak de kat dunia ni, saya harap dorang boleh maafkan dengan isi hati saya dalam entry saya ni.

bukan senag nak bersangka baik dengan orang dan bukan senang nak buat orang sangka baik dengan kita
mood sekarang=

Monday, November 21, 2011

BABI...!!!

wah, nampak macam marah benor tajuk entry aku tu. aku sebenarnye marah betul dengan ........... takde sape pun. kalau aku marah aku tak mungkin nak menyumpah guna name binatang haram tu.

sebenarnye aku ade satu story. tapi AWAS! awasnya sebab cerita ni pasal aku je. kalau tak suka baca so jangan baca. hari tu aku tengah baca surat khabar. pastu aku ternampak la khinzir dalam surat khabar. dengan konon-konon terkejutnya aku tiba-tiba tersebut "BABI..!!" dengan suara agak kuat. kawan-kawan aku terkejutlah kenapa aku sebut tu. sebenarnya aku baca pasal artikel babi ni masuk kampung. so, aku terkejut la. (motip nak terkejut??) entah la. aku pun tak tahu kenapa aku terkejut.

masa dulu aku takut nak sebut binatang tu. sebabnya aku ade cerita sendiri. masa aku sekolah rendah la, aku marah kat sape entah aku menyumpah dengan sebut name binatang tu. kebetulan masa tu emak aku ade, so dengan automatiknye aku kene marah kaw-kaw. aku kene ape entah mase tu aku tak ingat yang menyebabkan aku terus takut nak sebut binatang tu. seingat aku, sampai besar kot aku takut lagi nak sebut. tak silap aku, mase aku tingakatan 5 pun aku still takut nak sebut lagi. bila macam dah makin besar, tambahan pulak dah bercampur dengan orang yang 'macam-macam jenis' aku boleh lah sebut binatang tu. TAPI AKU TAK PERNAH NAK MENYUMPAH ORANG SEBUT BABI, OKEY.. ~

ok, aku nak sambung nak buat assigment yang berlambak. saje singgah blog sebab tengah tension nih. tension dengan orang yang sibuk nak mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa.

di sini aku nak buat satu statement iaitu "aku akan marah balik orang yang marah aku kalau aku rasa marah dia tak releven LANGSUNG!" *cewah, maroh benor.

Friday, November 18, 2011



memang best la penjara macam nih. bagus pulak tu banduan ni menari. mesti yang latih banduan ni cakap "kalau kamu semua buat betul-betul, denda dikurangkan!". tu la sedikit prasangka dari aku dengan kehebatan dorang menari nih.

Friday, October 28, 2011

contest blog paling cool

tibe-tibe aku rase nak join contest di blog ni. padahal aku tengah bizi skang. tapi, ingin mencube nasib.. hahaha.... bla... bla.. lalalala.... krriikkk.... kriikk... kriiikk (bunyi cengkerik)

saye rase blog ni tak de la cool, tapi 'cold' kot. huhu.. tapi saye sendiri je rase blog saye cool. tu bermakne, saye syok sendiri (triple s *SSS)

contest ni dijumpai di sini----->aiza

okey, nak sambung buat assignment.. kui3

Saturday, October 8, 2011

mood yang bersalah

bersalahnye aku. teruk aku ni. sian ko. tapi series, aku takde niat nak buat macam tu. sorry ye. betol-betol minta maaf :(

Sunday, September 25, 2011

my everything-98 degrees

kawan aku pernah tanye, tak nak tukar ke lagu kat blog awak nie? jawapan saya, saya rasa tak nak tukar lagi. kalau rasa tak nak dengar 'pause' je lagu tu. ok.. peace ...

entry macam entah ape-ape disebabkan aku rasa malas nak taip panjang-panjang

Wednesday, September 14, 2011

my third language

mase aku sem lepas, aku ingat nak ambil bahase mandarin untuk bahase ke-3. maklumlah, orang cakap boleh kerja dengan orang cina nanti. tapi kadang-kadang terlintas juga aku, memang betul ke boleh kerja dengan orang cina? tapi aku sendiri pun tak tahu sejauh mane teori ni. tapi dalam lubuk hati aku terlintas nak ambil bahase arab bila kawan aku, tieya, cakap berminat nak ambil bahase arab. secara realitinye aku sangat berminat nak ambil bahasa jepun atau mandarin. kata hatiku pula menyuruh aku ambil bahasa arab. bak kata orang, kata hati ni sebenarnya sesuatu yang betul. aku pun putuskan ambil bahasa arab. aku pun tak sangka kawan aku, ecah dan yayan ambil bahasa arab juga. lagilah aku tambah semangat dengan kelas bahasa arab aku nanti.

hari ini kelas pertama aku untuk bahasa arab. masuk je kelas ni secara zahir dan batin aku ikhlas ambil bahasa arab lepas dengan semua penerangan dari ustazah aku yang aku rasa sangat seronok belajar dengan dia. aku rasa aku salah seorang yang sangat bertuah masuk kelas ni. alhamdulillah.

Saturday, August 27, 2011

hari terakhir aku

wah, bukan main tragis entry aku. pada 26 ogos 2011 adalah hari terakhir aku bekerja di cutey rainbow. mesti nanti aku rindu dengan dorang terutama sakura. dia budak baru, baru pandai bertatih kot dan tak pandai bercakap. yang dia pandai cakap "mama". dah la kuat makan. mesti aku sedih sebab asyik teringat kat dia. sebabnya dia kalau time mandi dengan orang lain mesti dia nangis tapi dengan aku tak pun. kalau orang lain nak mandikan dia, bile orang dah tangalkan baju mesti die nangis lepas tu berlari datang peluk aku. '

sakura oo sakura. nape la buat teacher rindu kat kamu ni.'

ni kelas dorang


gambar sakura berukuran passport
comel mulut dia kan =)

...kredit gambar pada kak azimah...

Thursday, August 25, 2011

zyma sensei a.k.a kojima sensei

sesiape yang sedia maklum, aku sekarang bekerja di nursery jage budak di kuala lumpur yang bernama cutey rainbow. hari ni, seorang budak yang sangat becok a.k.a banyak celoteh ade datang nursery, namanya MIHO. banyak cakap budak ni tapi sayangnya aku tak paham sebab die ni speaking jepun daa.. last aku jumpe dia dalam bulan lepas la. jumpe pun baru sekali ke dua kali. aku pun tak ingat. umur dia maybe dalam 4 tahun. tadi aku try la tanya dia sape nama aku. gembire betol aku sebab die ingat nama aku lagi. dengan semangatnye dia sebut nama aku "KOJIMA SENSEI!". erkk..?? sejak bile pulak nama aku ala-ala jepun ni. kalau jima sensei aku terima jugak sebab budak-budak kan pelat, so dorang tak dapat sebut zyma dengan betol. budak-budak lain pun ade yang sebut jima sensei jugak. so, sepanjang hari ni aku ajar la nama aku, zyma sensei bukan kojima sensei. tak lama lepas tu, aku macam buat something. tiba-tiba miho tengah main-main dengan kawan dia datang kat aku. dia pun tanya aku "kojima sensei, bla.... bla.. bla... ?". ceh budak ni, kojima lagi.

ape-ape la miho. tak pe, janji ingat kat sensei ni lagi. yang best hari ini, aku lukis gambar miho, lepas tu miho lukis gambar aku sebelah dia. sweet tak ? rindunye nanti kat dorang. miho, i miss u.

yang kiri tu miho lukis aku, yang kanan tu aku lukis miho. tapi pelik pulak lukisan aku sebab tangan miho panjang. hahaha...


ni miho yang comel

pada sesiapa yang tak tahu lagi, sensei tu panggilan untuk cikgu dalam bahasa jepun

Sunday, August 21, 2011

bahasa eww ke?

pernah tak dengar bahasa eww? memang tak de dalam kamus yang diiktiraf tapi dalam kamus hidup ade la. dalam kamus hidup macam-macam ade kan. mule-mule aku dengar perkataan bahasa eww ni masa kawan aku dengan semangatnye tunjukkan aku satu video ni. mulenye aku memang malas nak layan. tapi setelah tengok ke-excited-an dia, so aku tengok je la. lepas tengok video die aku betul-betul terpikat. bukan kat dia la, kat video die. video die memang best. kalau tengok video die kite mesti terdetik dalam hati "betul jugak mamat ni cakap". nama die anwar hadi. aku siap like kat facebook mamat ni. memang aku pulak yang semangat. mamat ni sangat popular dalam youtube. tengok la video ni:


lagi satu aku nak tambah. sebenarnye cerita anwar hadi tu mukadimah untuk cerita aku ni. ni aku nak cerita bahasa kategori ape entah. nak kate eww pun tak tau la. korang bace ayat budak ni. ayat ni aku jumpe dalam facebook: yang dalam kurungan ayat tebal tu aku terjemahkan ayat budak tu.
  • mEndErwh nEyh amEx gAmbOowr cEnyAp2 ..
    hAtOoiyAi ..
    bIkIn pAnAsz jErwp ..
    erwh .. !![mende ni ambil gambar senyap2. bikin panas je]
  • kOowmEr nA aExk pExcEr lOowrh ,,
    sIr uE tAngkAp gAmbOowr kOowmEr
    [kome(saya) nak ambil pekse (exam) la]. tapi ayat lepas tu aku tak paham dah.
kalau gune google translate pun ayat tu mesti tak dapat nak detect. aku baca ayat die pun aku rasa macam nak hempuk je dengan penyapu (hahaha.. motif aku emo sangat??) tapi aku betul-betul geram baca gaya penulisan dia. kalau die member aku, aku rasa aku dah maki hamun die. ishh... budak ni. tak payah la tak skema sangat. biase-biase dah lah. tak gune ayat skema pun tak pe. nyampah orang baca. ni aku tak tau la nak ketegori bahase ape. maybe ni bahase minta terompah baling kat kepala kot.

Tuesday, August 16, 2011

segmen cxs geng uitm by campus


aku join segmen ni semperna aku telah ditag oleh kawan aku, si ecah a.k.a mak bedah. sape-sape yang tengok blog dia mesti tanye mane satu nama aku yang dia tag. yang argonism tu la. tu nickname aku sejak aku belajar kat uitm. hahaha.. dan-dan dapat nama baru kan. macam mana aku dapat nama tu? nak cerita nanti panjang pulak, lagipun ni bukan segmen cerita pasal nickname.

so, kite proceed dengan soalan dari err... namanye .. ape name dia ek? dah puas aku godam, aku just jumpe ni nama dia cx's a.k.a mak temah. agak musykil, penuh rahsia nama beliau

jawapan untuk soalan beliau:
*saya dari kampus puncak perdana uitm shah alam
*Bachelor of Science in Information Studies (Hons) Information Management
*orang yang saya nak tag : fara

duedate: 20th august 2011 (pose yang ke duploh)

Monday, August 15, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

err... ermm...
ano ne~ (konon-konon speaking jepun)

segmen ni aku terjumpe dalam blog die ni encik apisv2. tapi tuan punye pereka cipta segmen ni encik aril. (bukan aril menatap matamu tu tau)

sebenarnye saye pun tak tau nak cerita ape dalam entry ni. i just wanna say "selamat datang ke blog saye yang tak seberapa ni" ..
nak kate saye tak mengharapkan nak tambahkan follower karang cam ayat P.O.Y.O pulak. tapi saye just suka ade orang bace entry saye
so, my future friend, nice to know you =)

*agak-agak menyampah tak dengan 'speaking broken' ni

Monday, August 8, 2011

perkara yang x dijangka dan x pernah tengok seumur hidup aku

panjang pulak tajuk entry aku ni. hari ni bagi aku agak kelakar la. maklumlah, tak pernah aku tengok kejadian ni sebegini rupe. tadi mase nak habes time kerje, aku ambil la barang aku. ape la barang aku sangat, just ic, dan mende-mende penting je macam kad ATM, lesen dll. nak dijadikan cerita, mase aku nak ambil barang aku tu, aku ternampak something kat dalam beg sorang bibik ni. mulanya aku tak tau tu menatang ape. macam slip la yang dah diliminate. kalau aku tanya kantoi la aku ngendap beg orang. bukan sengaja aku nak ngendap tapi aku ternampak. yang aku tahu die tadi keluar sebab nak buat passport sebab dia orang indon. so, nanti tak de lah orang panggil pendatang haram. die nak renew tak silap aku passport tu. ni aku nak suruh korang bayangkan something. cube korang bayangkan kalau korang buat passport korang. gambar korang dalam passport tu ade lagi sorang berdiri belakang korang. kalau malam-malam hari tengok memang seram la kan. entah ape yang kite terpikirkan. tapi kalau gambar tu tengok di siang hari? maunye terkekek tergelak tengok gambar tu. dah la tu passport kite, tetibe pulak ade makhluk asing belakang kite nak bergambar sekali. memang aku terkekek la gelak tadi tengok gambar passport bibik tu. tapi tak de la beria sangat aku gelak. karang terase pulak bibik tu, dah la dia pergi mana-mana kena bawak passport tu. cuma yang aku terfikir, ape la orang ni. ambil la gambar tu betul-betul. aku rasa mesti bibik tu tak nak buat kenangan passport tu. buat sakit jiwa je tengok. kekekeke....

Wednesday, August 3, 2011

jersey harimau malaya


wah, aku sekarang menjual jersey ke? harimau malaya pulak tu. haa.. ade sape-sape nak beli tak? tapi realitinye aku tak jual pun. aku just nak cerita perasaan bangga menyokong pasukan malaysia ni. hari tu mase aku on the way balik rumah dari tempat kerja, lebih kurang pukul 5pm lebih. kalau dah pukul 5pm biasanya ramai la orang balik kerja, balik dari sekolah. tengah layan perasaan sorang-sorang mase balik tu ternampak seorang budak baru balik dari mane tu aku tak tahu la pulak sebab aku tak pergi tanye pulak. umur budak tu macam baru 11 10 tahun la. bangga juga sebab masa tu dia pakai jersey harimau malaya yang kat atas ni. paling bangga budak tu mat saleh. bagus betol anak orang putih ni. nak je aku turun kereta bergambar dengan dia tapi disebabkan jalan agak sesak, nak turun pun susah.

Friday, July 29, 2011

futsal mesti jambu

wah, tibe-tibe kan tajuk entry aku nih. hari ni aku balik rumah. bestnye!! tapi yang tak best bile menjelang malam mesti tinggal aku sorang-sorang. adik-beradik aku aktif berjalan malam-malam. main futsal la, pergi rumah sepupu la, pergi rumah aki la. ni aku nak cerita pasal adik-adik aku, ayie dan ama. ayie dan ama ni memang kategori aktif bersukan la. dorang ni sangat bertentangan dengan aku sebab aku ni memang lembik bersukan. kalau masuk lumba lari confirm aku belakang sekali. tapi aku hebat time pertandingan golek tayar. haha.. aku ingat lagi mase sekolah rendah kawan-kawan aku semua kagum tengok kelajuan aku dalam golek tayar. OKlah, berbalik pada sukan tu, ayie dengan ama ni memang aktif main futsal malam-malam. asal keluar rumah je mesti bawak kasut sukan sekali. kalau tanye jawapan dorang main futsal la.

ni aku nak story, tadi ama balik rumah nak ambil kasut bola. sebelum tu ayie balik rumah ambil kasut bola. ama sibuk mencari stoking. memandangkan ama ni macam tak jumpe langsung stoking, pastu aku pun bagitau dia "ayie dah ambik kot stoking. tadi die balik ambik kasut". lepas tu dia pun terus mencari. tapi yang aku nampak stoking aku. kalau stoking aku memang spesis colourful, bunga-bunga dan kartun. aku pun cakap la kat ama "ama, ambik stoking angah tu je" (sambil aku tunjukkan dia dekat stoking warne kuning yang ade bunga-bunga). mulanya dia tak nak sebab dia pakai seluar pendek paras lutut. tak sangke jugak dia ambik. lepas tu dia pun keluar statement "futsal mesti jambu". tak boleh bayangkan pakai kasut bola dengan stoking warne kuning ade bunga-bunga.

walaupun malaysia kalah semalam dengan singapura, aku tetap lagi menyokong malaysia. kepada harimau malaya, teruskan usaha korang. walaupun korang tak tau aku sokong korang, aku tetap sokong korang (ape la ayat aku nih).semoga berjaya di lain match. nak buat macam mane kan dah tak de rezeki nak ke pusingan kelayakan piala dunia tu. harimau malaya, gambatte ne~



Thursday, July 28, 2011

unhappy mood

tak excited pun sebab mood terganggu
kenapa dengan aku ni?
aku harap ada orang boleh happy kan aku
rase macam sedih datang balik

Wednesday, July 27, 2011

selamat hari jadi zyra ngehz dan tyrah ngehz

tyrah

zyra

pada 27 julai 1990 tirah telah dilahirkan di dunia ni
pada 25 julai 1990 zira dilahirkan. ni blog dia-->> blog zira

selamat hari jadi untuk korang tapi sorry hadiahnye tak de.. hehehe
dorang ni aku kenal mase form6. dengan zyra sejak dari lower 6. mase lower kitorang sekelas. memang banyak la pengalaman kitorang dengan dia. yang suka, duka. macam-macamlah. macammaca kitorang kenal? masa tu zira rapat dengan bestfrennye dari smk tualang iaitu aimy dan nysah (da rapat memang la namenya besfren. apadaa). mulanya dorang ni kelas venus aku dan 2 orang lagi kawan aku syi dan mida kelas ... kelas ape tu? aku pun da lupe. kelas tu ade subjek biologi. wah, gile kepale otak nak belajar bio lagi lepas menderita belajar bio mase spm. so, lepas tu kitorang tukar la kelas yang ade subjek sejarah dan geografi iaitu kelas venus. so, lepas tu kitorang kenal la zyra and the geng.

aku kenal dengan tirah pulak mase upper 6. tirah masuk hostel, kitorang terus jadi member dan mase tu die sebilik dengan aimy (tak silap aku). tu yang jadi rapat. kirenye kitorang jadi bestfren sebab persahabatan yang bersangkut-paut. huhu.. sweet kan macam candy

so, ucapan aku untuk korang:
moga bahagia di dunia dan akhirat
moge umur korang diberkati ALLAH
paling penting moga persahabatan kita kekal abadi



*gambar dorang ni telah dikidnap dari facebook dorang

Saturday, July 23, 2011

geram plak aku !!

hari ni malaysia lawan singapura, tapi aku tak dapat tengok sebab busy (konon-konon). hehe.. hari ni keluar jalan-jalan. lepas tu balik pulak dah pukul 10pm. buka je tv da tak sempat nak tengok bola. so, lepas tu jenguk la facebook. 'friend' aku dalam facebook bukan main lagi meghentam malaysia sebab kalah. yang aku bengangnya dorang ni lah. sape dorang tu? budak-budak bola ke? taklah. aku geram dengan kawan-kawan aku dalam facebook la bukan main kutuk malaysia. wah..!! time menang bukan main memuji, memuja. bile kalah sampai penuh post ko dalam page facebook tu yang asyik kutuk malaysia. ade pulak yang post tu ko bukan main kritik. dah macam rajagopal akan baca je post ko tu sebab ko bagi macam-macam arahan kat rajagopal. tu la korang, tak reti nak setia. tau nak kritik je. pantang tengok orang salah, mulalah ko melenting. haiyoo.. support la malaysia. ko orang malaysia, kalau tak ko, sape lagi nak tambahkan supporter malaysia ni.

Monday, July 18, 2011

aku pergi FLORIA

tengah-tengah borak dengan kak azima, tiba-tiba dia tanya aku "azimah buat ape sabtu ni?" (hari sabtu aku cuti.. hehehe..). dengan confident aku pun jawablah "saya tidor je kak. hehe...". "jom la kite pergi FLORIA kat putrajaya", kak azima ajak aku pergi jalan. mestilah aku semangat kalau berjalan-jalan ni.

sangat seronok semalam aku diajak oleh kak azima pergi FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2011 a.k.a FLORIA Putrajaya 2011. sape kak azima ni? nak kate kawan tu boleh la. tapi aku anggap die macam seorang kakak. kakak yang sangat caring macam kak jajan a.k.a jannah asila.. yang pergi kawan kak azima sekali, kak hajar. seriously, kak hajar kelakar gile. suka buat lawak dengan muke selamber. aku dah gelak terkekek-kekek dengan lawak dia, boleh pulak die hanya tersenyum je. kak hajar pun macam caring jugak. walaupun umur kitorang beza setahun, tapi aku rasa macam dorang lebih matured nak dibandingkan dengan aku macam perangai kebudak-budakkan. dah terbiasa kot. kalau aku dengan kawan-kawan memang perangai macam budak-budak. tak pernah nak dewasa perangainye. bayangkanlah, kak hajar yang first time baru jumpa dia pimpin aku masa nak lintas jalan. masa nak masuk bank pulak dia bukakkan pintu untuk aku dan suruh aku yang jalan dulu. aku pun tak tau kenapa. by the way, aku sebenarnya selesa. hahaha... tapi agak kelakar la mase situasi tengah tunggu bas nak balik rumah. masa tu aku tengah pegang bunga kak hajar yang beli kat floria tu la. bunga tu macam dah kuncup. tiba-tiba aku buat statement "eh, bunga ni dah tutup". sepatutnye aku cakap kuncup, bukan tutup. nak tau dorang balas ape. dorang balas "ha ah.. bunga tu dah tido. dah malam dah". kelakar pun ade. tiba-tiba aku rasa macam malu pulak.
[erkk.. satu soalan. sape yang kenal aku, aku macam budak tak matured ke?]

tengoklah gambar yang aku tangkap. sebenarnya banyak lagi, tak larat dah nak upload:


banyak bunga. rase macam nak baring je atas bunga tu




tengah tulis nama dekat guest book



ni buah anggur


ni la kak azima



ni pulak kak hajar
semangat uitm. aku paling semangat tengok taman yang uitm buat ni. uitm ni join university and school garden competiton


ni pun salah satu taman yang join competition tu









gambar ni senget.. hadusy... baru perasan



...strawberry...

MY HAPPY SUNDAY

ucapan untuk kak azima

Saturday, July 16, 2011

kerja aku sebagai cikgu

sebenarnya, masa hari pertama aku kerja aku nak cerita pasal ni dalam blog. tapi disebabkan bila malam-malam je aku sibuk tengok tv. aku tak tau la, bila aku duduk sini je tetiba aku jenis suka tengok tv. kalau kat rumah, boleh jadi 2 atau 3 kali je dalam seminggu aku tengok tv sebab aku ni jenis malas nak tengok tv. bila dah tengok tv, so aku masuk tidor agak lambat. bila aku online lambat, aku dah jadi malas menaip. so, di hari yang cuti ni baru aku rajin.

masuk hari ni aku dah 4 hari datang KL untuk kerja di sebuah nursery yang jaga budak, bukan nursery tanam pokok. aku tinggal kat rumah tuan punya nursery tu la yang aku panggil makcik. sebenrnya ni bukan pertama kali aku datang sini, dah banyak kali. cuma bila ada kesempatan aku baru datang. tapi kali ni aku datang sebab makcik ajak datang sini. kali ni ramai budak-budak baru sampaikan aku susah nak ingat nama dengan muka. aku ni sebenarnya jenis yang susah nak cam muka dalam masa sehari. budak-budak ni bagus, dorang rasa janggal dengan aku sekejap je, lepas tu ok je. aku start kerja hari rabu. untuk hari rabu dan khamis kak azima (kerja kat nursery tu jugak) yang mengajar, hari jumaat aku ganti die sebab hari tu dia ade kelas.

kelakar dengan kerenah dorang. ade yang nakal (mestilah, budak-budak kan),yang dengar cakap pun ade, yang dah besar tapi jenis tak bercakap pun ade, yang asyik menangis je kerjanya, yang asyik panggil mama je, yang kerjanya nak main tapi tak nak belajar pun ade.

ni aku nak cerita masa hari pertama aku kerja:

  • masa aku tengah berjalan, aku tersadung beg sorang budak ni tapi nasib baik aku tak terjatuh. lepas tu aku toleh belakang, mana la tau kot-kot ade orang nampak ke, malu aku. rupa-rupanya ada yang nampak. budak ni namanya masato tapi kecik lagi die ni, bercakap pun tak pandai lagi. dia terkekek-kekek tengok aku. lepas tu die pun nak try buat tersadung kat beg tu (konon-konon nak buat kelakar la tu). tapi disebabkan aku nak jaga keselamatan beg tu, aku terus alih ke tempat lain. lepas tu masato terus nangis sebab dah tak dapat main dengan beg tu. pernah hari tu, lutut aku terhantuk dekat bawah meja. maklum la, orang besar duduk dekat meja kecik memang macam gersasi turun kat dunia manusia la. lepas tu budak-budak terkekek-kekek tengok aku. suka betol dorang ni tengok aku accident.
  • budak ni budak baru, namanya mei. disebabkan namanya sangat pendek so kitorang panggil mei chan (chan ni sebagai nama panggilan tambahan dalam bahasa jepun). ni first time aku jumpa. banyak cakap budak ni tapi dia asyik cakap jepun je dengan aku. manalah aku paham. aku just angguk-angguk je die cakap atau sebut "haik" tak pun aku ulang balik ape yag die cakap (konon-konon nak tunjuk aku paham ape die cakap).
  • kalau first time korang tengok nama BRENDAN, macam mana korang sebut. tambahan pulak budak ni kacukan mat saleh dengan jepun. mesti sebutannya brenden kan (untuk 'e' pertama e=epal, 'e' kedua tu e=emak). tapi ade bibik (orang indon) yang kerja kat situ sebut nama dia branden ('e' tu sebutnya e=epal). kelakar je bila dengar.
  • ade budak ni, anak mat saleh. umur 3 tahun tapi petah gila bercakap. masa dia datang, dia menjerit tau. so, aku tanya la dia nape dia menjerit. dia cakap dia nak mummy dia. pastu aku tanya la lagi, nape nak mummy dia. lepas tu dia diam jap. lepas tu dia sambung balik. dia cakap "leave me alone". kelakar je. kecik-kecik lagi cakap macam orang besar. haha....
  • ade budak ni dia tengah main panjat-panjat. pastu aku panggil nama dia, so aku marahlah dia. ye la, takut terjatuh. lepas tu dia boleh buat tak tau je aku marah kat dia. rupanya baru aku perasan, yang aku panggil bukan nama dia, tapi orang lain. haduii... susah betol aku nak ingat nama dengan muka dorang ni.
  • hari tu aku asyik ajar nama aku je kat dorang. disebabkan nama aku dengan kak azima sama, kak azima dorang panggil teacher ima, aku pulak guna nama teacher zima. tapi budak-budak kan pelat, lepas tu aku ajar nama aku teacher jima a.k.a jima sensei (sensei = cikgu dalam bahase jepun).
kat nursery tu, ade sorang budak ni mengidap autisme. autisme ni berkaitan dengan perkembangan otak. lebih kurang macam gangguan la dalam perkembangan otak. simptom dia jenis yang main sorang-sorang, akan terlalu obses dengan sesuatu benda, tak boleh buat eye contact masa komunikasi, suka benda yang berpusing, tak reti bercakap (kalau nak sesuatu diorang jenis tunjuk je) dan macam-macam la. tapi budak ni memang tak pernah bercakap. sebut "mama" pun tak pernah. kesian tengok emak dia. budak ni orang cina. lagi satu budak ni suka main sorang-sorang, lepas tu gelak sendiri.


ni la masato. yang gelakkan aku tu. bulat matanya. muka macam perempuan tapi lelaki


dorang memang suka bergambar. asal bergambar je tangan mesti naik kat muka
yang kiri sekali eri, yuna, akari, ai chan dan mei chan


jejaka jambu
dari kiri : keigo, rifki. belakang tu brendan


...sesi mewarna...





ni la david. muka hensem. dah macam justin beiber aku tengok. sekali pose dah macam kera dapat bunga aku tengok



ni brendan. hensem kan..

Wednesday, July 13, 2011

turun KL

aku pergi KL hari ini sebab aku telah diajak oleh makcik tess tapi aku panggil makcik je iaitu tuan punye nursery untuk kerja kat sane. ape nak cerita ek? tak de ape yang aku nak cerita sebenarnya.

cuma ade satu mende yang menarik aku tau hari ni. masa sampai kat KL, makcik bawak aku pergi KLCC. masa kat tingkat 4, tiba-tiba makcik suruh aku berdiri diam-diam. dia tanya, ade rase gegaran tak ? memang terase bergegar pun. aku pun tanya soalan bodoh dekat makcik "kenape? ade gempa bumi ke?". bila terfikir balik kalau ade gempa bumi tak kan la makcik tak ajak aku lari keluar dari KLCC. lepas tu makcik cakap, dari dulu memang macam ni, tak tau kenapa. kalau korang pergi KLCC, jangan lupe try rase gegaran tu.

sebelum tu, kat KLCC macam ade event. aku tak pasti ape. tengok macam model-model memperagakan something. mulanya aku ingat fashion show tapi bukan. aku just tengok dari belakang pentas je. ramai sangat orang. malas nak pergi dekat-dekat. dekat nak habis event masa nak umumkan pemenang aku baru pergi dekat sikit. baru aku sedar, rupanya suara MC untuk event tu naz (ala.. yang selalu jadi pengacara kat ntv7 tu). kalau aku tau dari awal dia jadi MC, dah lama aku terpacak depan pentas. haha... gatai nak tengok bapak orang.

Friday, July 8, 2011

perancangan yang terpaksa di'cansel'kan

sepatutnye esok aku pergi uitm puncak perdana untuk join paintball. tapi disebabkan jalan kat KL banyak tutup esok so terpakse semua tu dikanselkan. arghh... !! tension aku dibuatnya. semua ni gara-gara 'perhimpunan' yang merepek tu la. habis semua kerja orang tergendala. dorang memang spesies manusia yang suke menyusahkan orang. dah la tu je peluang yang ada untuk main paintball tu. BENGANG AKU !

*'perhimpunan' ape? korang tau kan isu semasa. so, pikir sendiri je la. ngee...

Thursday, July 7, 2011

happy day [edisi ngehz]

hari ni aku, nysah dan mida keluar jalan-jalan temerloh. ni la hobi kami, luang mase sambil luangkan duit. kawan-kawan yang lain tak dapat join sebab ade yang tak de kat pahang, busy, dan ade masalah yang seangkatan dengannya. bagi aku, hari yang best bile dapat luang mase dengan kawan-kawan. walaupun tak ramai aku tetap rase happy dengan dorang.

hari ni kelakar je sebab :

  • mida berape kali ulang-alik pergi bank sebab nak keluar duit. kuat shopping budak ni.
  • mida sibuk nak beli barang dapur. katenye mak die balik kampung, so nak masak la kat rumah. nak buat begedil la, kentang goreng la, sandwish la. paling semangat die beli KFC untuk adik die [ kakak mithali nih].
  • ni cerita mida lagi. die sibuk cari pengupas buah punye kulit.
  • tengah-tengah pilih pengupas tu, nysah pulak sibuk dengan kerja die. kerja die sibuk main dengan pisau potong daging. risau kitorang tengok die sampai aku tergagap-gagap bagi nasihat kat die jangan main pisau tu.
  • time makan aku order la mee kuning ayam lada hitam [hot plate]. aku kongsi dengan mida sebab mida ni jenis tak makan banyak. tengah makan ni tetiba aku nampak something kat luar pinggan kami. rupa-rupanya cendawan. aku tanya la mida, nape buang tu sebab aku suke sangat cendawan tu. boleh mida jawab "eh, cendawan ke ? ingat 'mende' yang tak boleh makan". aku dengan selambe ambil balik sendawan tu. aku pun tak tau la ape yang die pikirkan pasal cendawan tu.
  • kali ni kereta kancil nysah ber'bunyi' [bunyi kalau kunci dan buka kunci yang guna remote tu]. emak nysah cakap macam bunyi kereta mewah. aku rasa memang macam mewah bunyinye sebab mungkin satu temerloh boleh dengar bunyi tu.
  • mida asyik membebel barang die berat. memang la berat cik mida oi sebab awak tu banyak shopping hari ni.
  • masa dah sampai rumah aku disambut oleh emak aku dan dua orang adik aku. entah kenape dengan mood aku tetibe je dengan tangan penuh barang aku shuffle depan pintu rumah. mesti korang terbayang macam mane aku shuffle kan. ni khas untuk family aku je [limited edition gitu]. adik aku pun cakap la kat aku "angah keluar temerloh ni mesti pergi shuffle kan". aku pun mengiyakan je la. gile ke 'hape' pakai tudung shuffle kat bandar tu.

nysah dengan mida. time ni la nysah sibuk main dengan pisau potong daging


...makan-makan...


nysah makan chicken chop dan ... eh, tu aku punye ice-blended. nysah sibuk nak posing dengan ice-blended aku. mase tu die order air dalam cawan biase, so die cakap "cawan ni letak tepi, tak payah bergambar sekali" [aku pun tak paham kenape die buat macam tu]


jom makang! (loghat terengganu)

selingan .... ~

tadi tengok showdown 2011 final. group yang ke final bounce stepperz, rokusteps, hmc phlow dan elecoldxhot. ade satu kumpulan ni [aku tak ingat group mane] guna lagu dalam dance dorang yang johan nyanyi untuk ringtone zizan masa dorang perform dalam maharaja lawak minggu 1. yang ni "goyang-goyang, goyang kepala goyang". aku tak tau pulak lagu tu memang wujud, tapi tak sangke lagu tu lagu india rupanya. korusnye yang goyang-goyang tu la. ok, berbalik pada showdown, memang dah dijangka hmc phlow dan elecoldxhot ke final battle [final battle ni peringkat yang dorang kena battle untuk tentukan sape yang jadi juara]. as expected, the winner is elecoldxhot (ECX). aku mengharapkan hmc yang menang tapi ECX memang KEBABOOM! dorang bagus gila. so, terima dia sebagai juara walaupun cam 'sebal' je result tu. huhu...

minggu ni aku agak busy. esok nak ke kuantan. lusa pulak maybe kawan-kawan baik kau dari sekolah rendah ajak jalan-jalan. lepas tu gerak ke shah alam main paintball. lepas tu balik rumah untuk sehari dan kemungkinan aku pergi KL untuk kerja. kalau blog ni sunyi sikit lepas ni harap maaf ye [konon-konon ade orang update pasal blog ni la.. haha..]

Sunday, July 3, 2011

malaysia vs. taiwan 2

TAIPEH: Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.

Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.

*petikan dari berita harian online

akhirnye layak juga pusingan kedua. so, lepas ni malaysia lawan singapura. teruskan sokong malaysia.

Thursday, June 30, 2011

contest BLOG saya COMEL

tiba-tiba rasa macam nak join je contest ni sebab saya rasa blog saya macam comel je. hehe..
syarat penyertaan jengok la kat sini --> cik unknonymous [susah nak eja ni kalau masuk spell it right]

4 orang yang saya nak tag untuk contest ni adalah:
~mida : roses-blossom.blogspot.com
~yayan :yayan-ag.blogspot.com
~fara : hunnyrara90.blogspot.com
~ecah : jiwamemberontak.blogspot.com
[kalau ikutkan ramai lagi nak tag, tapi dah nak 4 orang. hurmm...]

tarikh tutup : 17 julai 2011

malaysia vs. taiwan

aku ni bukanlah peminat bola. biasa la tu perempuan. cume sesetengah je perempuan yang betul-betul minat bola. tapi aku akan tengok bola kalau ade kumpulan aku suka. dalam entry aku ni nak story la pasal perlawanan bola yang berlangsung di stadium bukit jalil tadi.

hari ni malaysia lawan chinese taipei a.k.a taiwan untuk peringkat kelayakan piala dunia 2014. berita gembira malaysia menang 2-1. sepanjang dorang main bola tadi aku tengok squad malaysia nampak berstrategi cuma kadang-kadang tersedikit cuai. tapi overall dorang bagus la. dapat menguasai pentas dengan baik.... [dah macam pengkritik konsert pulak. maap melalut !]. malaysia berapa kali nak bolos chinese taipei tapi ade je halangan. semua ni pandangan aku la, tak tau pulak kalau pandangan orang lain. aku ni bukan pengulas sukan, aku ni hanyalah seorang pengulas ikut sedap mulut. tapi kira hebat jugak la chinese taipei sebab dorang dapat jugak jaringkan gol kat tempat lawan. dorang jaring gol tak silap aku mase minit ke-76.

ahad ni squad kebangsaan kita akan berlawan belah sana pulak. so, best of luck for u guys [macam dorang bace pulak aku wish kat dorang ni. haha..]. tapi tak kisah la dorang bace ke tak, aku sebagai rakyat MALAYSIA sentiasa menyokong dari belakang squad kebangsaan. semangat aku ! hehe.. mesti la kena semangat kan. sape lagi nak sokong selain dari orang malaysia sendiri. kalau orang lain asyik mengkritik je, menghentam je nanti tak de sape pulak nak main bola, nanti tak de sape pulak orang nak menyokong kan [ayat yang dituju khas kepada pengkritik squad harimau malaya]. tapi kat sini aku bukan nak buat ayat poyo, ni betol-betol luahan aku [bukan ayat poyo tapi luahan poyo la]. aku dari dulu memang sokong squad harimau malaya ni walaupun kawan-kawan aku asyik kutuk dorang je. biasa la tu, masa tu musim kejatuhan dorang. tapi harap squad kita makin bagus. supporter malaysia pun sekarang makin banyak.

ape perkara yang paling excited masa perlawanan bola. mesti macam-macam kan. contohnya:
  • semestinya nak tau sape yang menang. paling berharap pasukan yang kita sokong la menang.
  • nak tengok berapa ramai yang cedera. yang cedera betul-betul atau cedera pura-pura. hehehe..
  • tadi masa dorang berlawan, pengadil dorang dari thailand. agak-agak dorang guna bahasa ape untuk komunikasi? bahase inggeriskah ? erm.. entah.
  • paling berdebar mase orang nak jaringkan bola! macam diri sendiri je yang main.
  • kadang-kadang terasa macam nak tekan butang backward je scene yang kita nak tengok contohnya ada orang jatuh ke [part kelakar ni], ade pemain bola yang buat aksi macho ke [untuk penonton bola yang perempuan .. aku ke..? erk ~~..] (ni disebabkan terbiasa tengok video yang dah didownloadkan. kalau ade scene best mesti nak ulang lagi sekali). tapi kalau dah live mana boleh backward.
  • kalau aku, aku paling excited nak tau ape yang dorang bercakap atau jeritkan masa main bola. selalu tengok dalam tv mulut dorang je bergerak. kadang-kadang sampai timbul urat leher nampak dorang menjerit. tapi untuk penonton bola dari skrin tv macam aku ni langsung tak dengar butir dorang cakap ape.
bagi aku hari ni merupakan perlawanan antara showdown 2011 vs. bola. tak tau nak tengok ape. showdown aku selalu follow setiap minggu [sejak cuti sem. kalau tak cuti memang tak de kesempatan nak tengok tv langsung]. bola pula pasukan malaysia yang bertanding. nasib baik showdown ade ulangan so aku tengok bola je la. tak tau pun sape yang tersingkir. minggu ni top 4 dan tema dorang show me what you got. aku sempat tengok tadi group bounce stepperz dan elecoldxhot je sebab masa ni bola rehat lepas separuh masa pertama. dorang memang best gile. aku tak tau nak sokong sape. memandangkan hmc floor, bounce stepperz dan elecoldxhot memang sangat-sangat best, so aku tak kisah sape memang. ermm.. tapi aku harap hmc floor menang. ngee xD


*"GOL !!" merupakan satu-satunya perkataan mempunyai sebutan yang sama dalam apa-apa bahasa [ni aku pernah terbaca fakta. tapi kalau salah bukan salah aku tapi salah orang yang buat fakta tu].

Monday, June 27, 2011

The Greatest Love of All

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone who fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

Sunday, June 26, 2011

mak... HANTU !!

korang pernah jumpa hantu tak? aku tak pernah tapi pernah nampak bayang-bayang je. masa tu aku tingkatan tiga. dah tengah malam dah masa tu tapi aku dengan dua orang kawan aku asyik berborak je kat dalam bilik kawan aku. tengah berborak tiba-tiba dari ekor mata aku ternampak bayang-bayang melintas laju dekat tingkap sebelah koridor. kitorang tengah berborak atas katil sebelah tingkap tu la. tapi beza kitorang dengan tingkap tu cuma satu katil je. katil tu member aku dah tidur. kawan aku yang lagi dua orang pun ternampak. dengan tetibe je kitorang terus terdiam. beberapa saat lepas tu terdengar pulak pintu sebelah bilik kitorang terhempas kuat. lepas tu kitorang berpandangan sesama sendiri dan terus menggelupur tidur dalam selimut. yang kelakarnya, satu katil boleh muat kitorang tiga orang. keesokan harinya ade cerita yang budak bilik sebelah nampak kelibat makhluk hitam atas almari dorang. mujur dorang kuat semangat, so histeria tak de berlaku. tapi nyaris juga nak histeria.

cerita yang kedua ni dari pengalaman sebenar kawan aku. masa tu malam dan dia baru lepas balik surau ke masjid [aku tak pasti]. nak dijadikan cerita masa tu dia tengah tergesa-gesa balik dari surau / masjid tu. dia pun terus memecut laju motor yang diboncengnya. sedang dia memecut tu tetiba je dia terdengar ada budak menjerit "mak .... HANTUUU !!!!". rupa-rupanya budak tu menjerit kat kawan aku tu. agak-agak kenapa budak jerit HANTUU!!! kat kawan aku tu? mesti korang terfikir yang budak tu jerit sebab ada something kat belakang motor dia. maklumlah,masa tu dia sorang-sorang je bonceng motor tu. tapi cerita sebenarnya dia tengah memecut motor dengan telekung. lepas balik dari surau / masjid tu sebenarnya dia tak tanggal pun telekung. dia terus pecut motor dia dengan telekung. so, sebab tu la budak tu menjerit. mesti budak tu ingat ada hantu tengah bawak motor.

Friday, June 24, 2011

sabar ye tuan muda azimah binti rosli

tajuk yang menunjukkan anda seorang masuk dalam bakul dan angkat sendiri.

ingat lagi tak entry aku sebelum ni yang macam frust orang baru putus makan. haa.. bukan putus cinta tau. tadi aku dengar ceramah agama kat dalam tv. tajuk dia 'doa' [tak silap aku]. ada seseorang ni mengajukan soalan dan statement sikit pada ustazah tu.

bunyinya begini "saya ni pelajar cemerlang tapi bila saya masuk universiti saya teruk sangat dalam jurusan saya. saya selalu dapat result yang teruk dalam exam. tapi saya selalu sembahyang dan berdoa tapi tetap sama je dapat result teruk. kawan saya yang tak solat selalu berjaya. saya rasa malu."(anonymuos, 2011).

ustazah tu pun cakap la yang penting jangan lupa berdoa. ALLAH menguji hambanya itu menandakan dia kasih kepada hambanya. orang yang selalu bergelumang dengan kesenangan selalu lupa pada ALLAH sebab tidak pernah diduga. ALLAH murka jika hambanya lalai dari mengingati-NYA. sebagai orang islam, ujian yang diberi oleh ALLAH sebenarnya akan lebih dekat dengan ALLAH sebab kita akan sering berdoa dan dugaan yang diberi lebih membuatkan kita lagi tabah.

ucapan saya untuk diri saya dan kawan-kawan semoga korang teruskan berusaha dalam apa jua yang kita buat. jangan cepat mengalah. paling penting sentiasa berdoa dan bertawakkal. insya-ALLAH apa yang kita pohon akan dimakbulkan. jika sebaliknya anggaplah itu semua itu dugaan. ALLAH menunjukkan kasih-sayangNYA dengan menguji kita dengan macam-macam dugaan.

lagi satu, untuk kawan saya, fara yang tengah demam teruk harap awak bersabar dengan dugaan ni. awak insan terpilih untuk diduga. kuatkan semangat !

Sunday, June 12, 2011

beberapa step untuk dapat panggilan percuma

sejak dapat panggilan percuma dan SMS percuma ni (hadiah hari jadi gitu kan ..), aku memang tak suka sangat call orang, text orang sebab memang perangai aku tak suka nak cakap dalam telefon dan text orang. sesetengah orang akan rasa gundah gulana kalau henfon dia tak berbunyi. tapi aku tak kisah kalau henfon aku tak berbunyi seharian. memang tak kisah pun sebab tak de 'orang special' yang aku tunggu (ayat poyo).

seharian berlalu lepas hari jadi, aku langsung tak guna panggilan percuma aku yang dapat seminggu tu. semalam buat pertama kali aku buat panggilan. aku call kawan baik aku, ecah semata-mata nak tanya pasal nak register kursus (plus gosip sekali..). zaman moden ni nak register kursus pun kena online. pening aku nak daftar.

tapi dalam entry ni aku bukan nak cerita butir-butir yang kitorang borakkan. aku nak cerita ada banyak step untuk aku buat panggilan percuma. permulaan cerita aku nak call ecah aku kena 8pax (sape yang pakai celcom tau la sistem ni) no dia sebabnya panggilan percuma untuk nombor 8pax je. dah lama contact dengan dia baru sekarang nak 8pax. haha..

berikut adalah step macam mana aku nak buat penggilan percuma :
  1. firstly, aku kena la add nombor dia dalam 8pax list aku. tapi malangnya balasan mesej yang aku dapat "transaksi tidak berjaya. baki kredit panggilan tidak mencukupi. sila caj semula ..... ". time macam ni la baru kredit aku tak cukup. hadoi..
  2. disebabkan jam dah dekat pukul 12 malam, so aku buat credit advance (dapat pinjam kredit dari en.celcom sebanyak rm2). pukul 12 mane ade kedai buka dah kat kampung aku. tapi malangnya lagi sekali mesej yang aku dapat hanya kredit yang kurang 25sen je boleh dapat credit advance. masa tu credit aku 28sen. lagi 3sen aku kena kurang. ish, 3sen pun berkira.
  3. nombor yang aku pakai ni nombor upax (sms 1 sen je). macam mana la aku nak kurangkan 3sen tu sebab aku malas betol nak mesej orang. so, cara yang cepat aku call ecah. aku cakap-cakap sikit dengan dia dan aku cakap aku akan call dia kejap lagi.
  4. next, aku pun request balik credit advance. akhirnya aku dapat juga rm2. jangan risau en.celcom, bila saya top up saya bayar balik ye.. hehe...
  5. aku pun add la dia dalam 8pax list aku. baru aku tau rupanya ecah orang ke-8 dalam list tu. nasib baik la. kalau tak, tambah lagi satu step sebab kena padam nombor dalam list tu.
begitulah caranya untuk membuat panggilan percuma dengan sempurna. sekian, terima kasih.

Thursday, June 9, 2011

proposal daisakusen (japan)


cerita ni aku habiskan selama tiga hari. lama kan.. ? padahal cerita ni ada 12 episod je, satu episod lebih kurang 45 minit. cerita paling best (bagi aku la) pernah aku tengok. mungkin aku rasa cerita ni ada kena-mengena dengan aku kot (statement perasan giler.. hahaha..). start dari episod 1 dah rasa macam nak nangis. tak sabar nak tengok ending dia tapi tak sanggup nak skip cerita ni sebab best sangat !! (dengan nada yang sangat teruja). walaupun cerita ni best mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku habiskan cerita ni lambat sangat (3 hari tu kiranya lambat jugak kan aku habiskan?). tapi kalau tak tanya tak pe la sebab aku nak jawab jugak. disebabkan aku suka sangat cerita ni so fokus aku kena 100% kat cerita ni. yang menjadi masalahnya aku ni jenis susah nak fokus lama-lama. sebab aku jenis yang perlukan masa nak fokus dengan sesuatu. sebenarnya aku tak suka sangat cerita yang sedih-sedih ni tapi cerita ni betul-betul dah tarik perhatian aku.

cerita mengisahkan iwase ken yang suka sangat kat sorang ni, kawan dia masa kecik-kecik sampai la masuk universiti, rei. dorang ni kawan baik dan dorang ni sekelas dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tapi ken tak pernah luahkan perasaan dia kat rei sampailah rei kahwin dengan cikgu dorang, tada-san. si ken memang menyesal tak sudah sampaikan dia mengharapkan ada peluang kedua supaya dia dapat luahkan perasaan kat rei. tiba-tiba muncul fairy yang boleh bagi dia peluang kedua. tapi walaupun dah bagi peluang kedua pun dia susah juga luahkan perasaan. kenapa la cinta ni susah diluahkan. suka tengok ken, suka buat reaksi yang menampakkan dia comel (haha.. dah jatuh hati kat dia pulak). dalam cerita ni ken asyik berlari je sebab dia tak nak menyesal di lain hari. cerita macam tak logik sebab ada fairy kan, tapi cerita ni .. .. seriously, aku tak reti nak gambarkan ke'best'an cerita ni dengan ayat-ayat dalam entry aku ni. mula-mula aku mengharapkan happy ending untuk cerita ni, tapi bila tengok cerita ni aku dah tak kisah happy ending ke, unhappy ending ke [ayat rojak giler ..].


ni lagu ending dia. memang touching sangat. layan habes lagu nih.
so, enjoy la lagu ni.

kalau aku diberi peluang kedua aku takkan buat perkara yang tak sepatutnya aku buat dulu. akhirnya aku juga yang menyesal tak sudah. tapi aku tak kisah, asalkan dia bahagia aku lagi-lagi bahagia. aku tahu sekarang dia sangat bahagia. rasa macam kelakar je sebab mende ni peristiwa yang dah lama tapi still ingat lagi. merepek betul aku ni.

Wednesday, June 8, 2011

jalan-jalan dengan ety

siang tadi aku jalan-jalan dengan ety dekat bandar temerloh je. (klik nama dia, tengok dia punya blog). ety kate dia da nak balik kolej minggu depan. so, ajak la aku jalan-jalan memandangkan kitorang pun memang dah lama tak pergi jalan-jalan buang masa. mula-mula sampai bandar kitorang makan tapi sebelum tu keluar duit dulu. lepas tu kitorang pergi menghabiskan duit beli barang-barang, teman ety buat cermin mata, makan ais-krim, nak cari kedai nak repair henfon [tapi tak jumpe pun kedai yang sesuai], tunggu bas nak balik yang lama dari waktu sepatutnya. hadoi, geram betol.. lama tunggu bas sebab kami tengah kepanasan. dah la ade orang gila dekat situ. kalau gila tak kacau orang tak kisah pun, ni orang gila spesis kacau orang. aku rasa nak baling je dengan tong sampah. aku pun tak paham kenapa dia nak kacau orang. orang lain pun ada gila juga, tapi sekurang-kurangnya takde yang kacau orang. dalam bas masa on the way nak balik mida call kitorang. sepatutnya mida ikut sekali tapi entah kenapa dia tak ikut. dia malas kot. dalam bas tu ety mengantuk. huhu

hari ni agak seronok juga. banyak peristiwa kelakar, memalukan, etc.. :
  • lepas penat berjalan, kami duduk atas kerusi (duduk memang atas kerusi, takkan berdiri pulak kan) kat depan kedai baju. kami borak-borak sekejap. lepas tu kami nak pergi kat sebuah supermarket. tiba-tiba ety menggelabah masa tengah berjalan. dia cakap henfon dia hilang. sempat lagi dia cakap "adoi, koi dah jadi macam mok koi. mudoh sangat lupe". sebelum tu dia cakap kat aku macam ni "awok ni macam mok koi. mudah sangat lupe" sebab aku lupa ape entah. tapi tengah dia menggelabah aku tak tahu kenapa aku asyik gelakkan dia sampai meleleh air mata aku. pada aku, masa tu kelakar sangat dengan statement dia, dengan reaksi dia yang mencari henfon. dia cakap yang dia ingat kali terakhir dia letak henfon atas riba dia. dia risau henfon dia terjatuh dan takut tak perasan henfon dia jatuh. tapi, aku rasa mustahil pulak tak perasan kalau terjatuh. cari punya cari, dia jumpa henfon dalam purse. haishh, kata orang yang pelupe, dia pun 2x5 je. haha...
  • kitorang ada nak masuk sebuah kedai ni, tapi aku la yang nak buka pintu. tapi tak lepas buka. tapi dalam tu ada orang. rasa macam malu pulak. aku tak tahu orang dalam tu perasan ke tak aku tak lepas buka pintu
  • masa kitorang nak keluar duit, ety tak dapat nak keluarkan duit dari mesin ATM di sebuah bank. lepas tu dia try pulak pergi kat 7-eleven (dalam tu kan ade mesin ATM), tapi tak lepas juga. lepas tu dia pergi balik kat bank tu, baru dapat keluar. dia pun cakap la "saje je nak suruh koi ulang-alik".
  • geram betol aku sebab terbeli air botol ice lemon tea yang tak sedap. masa tu aku ingat nak buang. tapi baru teringat aku baru je terbaca 'ribuan orang (tak ingat berapa ribu) mati kebuluran'. so, tak jadi nak buang. bila rasa nak buang, ety mesti ulang ayat tu.
  • ety ajar perkataan baru. 'boyok' = lembab, 'copei' = sikit kot, dan 'secopeh' [aku tak pasti ape maksudnya]. kalau salah eja maafin gue. hehe.. dia ada tanya aku, tau tak maksud boyok, so aku jawab la 'tamak'. aku ingat perkataan yang dia cakap tu dia reka sendiri, tapi dia cakap memang wujud dalam loghat pahang, dia cakap tu 'loghat kerdau'. pada yang tak tau, kerdau ni nama satu tempat dalam negeri pahang.
  • baru aku tau ety tinggi dari aku. dia cakap tinggi dia 162cm.tinggi aku 159cm. pastu dia pun cakap la "la, secopeh je. lebih kurang tinggi je". tu yang aku baru belajar perkataan secopeh. secopeh ni macam 'sikit je' [tak silap aku la]
  • sebenarnya aku ada lesen kereta dan motor, tapi kitorang naik bas juga atas sebab aku tak berape expert nak drive kereta kat rumah aku. kereta manual aku tak pandai sangat. sebab kereta tu besar, masa belajar memandu hari tu kecik je, maklum la, kereta kancil je. so, bila kereta besar, aku jadi kekok, tambahan pulak kereta manual.
  • masa dalam bas, ety mengantuk dan tertidur. nak cerite ke cam ne dia mengantuk dan tidur dalam bas. tak yah la cerite, nanti dia malu. hehe...
  • kitorang asyik bercakap, non-stop.
  • kedai paling excited kitorang nak masuk 'kedai RM2'.
*dialog-dialog dalam ni dalam loghat temerloh.

kitorang buat kesimpulan, kalau temerloh ada shopping complex mesti lagi best dan ramai orang yang nak datang temerloh.

Monday, June 6, 2011

Encik Lelaki

boleh tadi abang aku tanya aku dengan soalan cepumas. dia tanya aku "apsal awak ni pendek sangat?". memang berasap telinga aku dengar soalan dia. kurang hasam punye abang. mentang la aku ni antara yang terendah dengan adik-beradik aku. yang paling rendah adik aku yang last, tapi umur dia baru 10 tahun. memang la logik dia paling rendah. nak buat macam mana, dengan kata lain, aku paling rendah walaupun anak ke-2. tapi memang logik la aku rendah, sebab aku perempuan. adik-beradik aku yang lain lelaki. orang lelaki memang jauh lebih tinggi dari perempuan. kann... kan..... tapi aku pun pelik macam mana abang aku boleh mengembang dan meninggi macam tu. teringat lagi aku masa dia tingkatan lima, aku tingkatan empat, kitorang lebih kurang je tinggi dan aku lebih berisi dari dia. kadang-kadang, ada orang tak pecaya yang kami ni adik-beradik. pernah juga ada orang ingat aku ni kakak, abang aku ni adik aku. tapi sekarang, bila aku nak bercakap dengan dia, aku mesti kena mendongak.

ni la nasib bila adik-beradik ramai lelaki. kawan aku pernah cakap kat aku "wei zimah, nasib baik ko tak jadi tomboy". aku pun tanya la kenapa sebab pelik sangat dengan statement dia yang tiba-tiba tu. dia cakap la, adik-beradik aku ramai lelaki, umur pulak lebih kurang, yang perempuan pulak jauh umur dengan aku, mujur aku tak terpengaruh dengan perangai kelelakian (betul ke grammar aku ni?). aku pun terfikir, betul ke aku tak terpengaruh? kalau perangai tak terpengaruh aku rasa, tapi percakapan aku terpengaruh la sikit. sebab mulut aku ni bak kata pepatah 'mulut takde insurans' a.k.a 'mulut laser'. maksudnya yang lain main ikut sedap kepala je bercakap. yang tu aku terpengaruh la sikit. kalau perangai mungkin tak sebab aku ni memang lembik sikit, bukan sikit tapi banyak la. budak-budak laki kan kuat, kasar, gagah, tapi kalau sebaliknya 'cik pon-pon' kot. eh, ada yang terasa ke? maaf .. :-) gurau je, takde kene-menngna antara yang hidup ataupun yang dah meninggal. sem lepas budak-budak bilik selalu ketawakan aku sebab aku sorang je macam tak larat nak buka pintu rumah. adik aku pernah bagi statement kat aku macam ni "tu pun tak larat, macam perempuan". wah, lancar betul berbahasa, selama ni aku bukan perempuan ke? tu la perangai adik-beradik aku yang lelaki, bercakap 'ikut sedap mulut'. tu yang aku terpengaruh. hehehe

Thursday, June 2, 2011

rabu.. ku

pelik je tajuk entry aku ni

hari rabu iaitu hari semalam (baru sejam setengah hari semalam), aku dan family aku pergi perak. halnya pak sedare aku nak merisik dan bertunang dengan orang sana.

tapi entry ni aku bukan nak cerita pasal pak sedare aku bertunang, aku just nak merepek je dalam entry aku ni. aku nak bercerita sepanjang perjalanan aku ke perak. jauh gile perjalanan kami ke sana, kami bertolak lepas subuh, pukul 2pm baru sampai. sebenarnya tak de la banyak sangat story aku nak mory ni. sebabnya, aku ni kalau dah melabuhkan punggung dalam kereta ke, bas ke conferm mata aku terlelap. aku pun tak tau kenapa. so, cerita pendeknya, tak de banyak cerita aku nak cerita.

cuma tidur aku terganggu sebab sepupu aku yang umur 4 tahun lebih (tak silap aku) main game dalam handphone aku sambil menjerit-jerit. geram betul aku. emak dia pun pelik ape yang dia main tu. aku baru perasan rupa-rupanya ada macam-macam game best dalam phone aku tapi aku je yang tak perasan. yang aku tahu, bila aku buka game aku main sudoku je. tak pun aku main game brain challenge, tapi selalu kalah. arghh, tension aku dengan game tu.

sambil nak terlelap tu, aku dengar radio dalam kereta. dengar radio yang agak popular la. ada satu segmen tu ade artis jemputan, dorang ni group baru tapi ada sebahagian dari dorang lama. aku tertarik dengan satu soalan yang penyampai radio tu tanya group tu. aku tak ingat sangat soalan dia tapi yang aku pasti dia tanya macam ada kaitan dengan artis korea. konon-konon group tu macam nak bawak pengaruh kpop la sebab dorang menyanyi sambil menari ala-ala kpop gitu. dia cakap tu soalan panas la. kalau aku jadi ahli dalam group tu, aku yang panas dengan soalan tu. mana taknya, dorang sebenarnya muncul sebelum artis-artis kpop muncul kat malaysia lagi. cuma dorang macam tak berapa nak glamer. tapi lepas dorang join rancangan realiti baru orang lain macam perasan kewujudan dorang. kesian dorang kena tanya soalan merepek macam tu dari radio yang popular tu. mesti penyampai tu dah tak de soalan lain. kesian... aku kenal ada antara dorang pun sebelum aku kenal dengan super junior, shinee etc..

masa on the way balik ke pahang pulak kami sesat. tapi sesat kami tak de la lama sangat. haa.. lagi satu. aku nak menyatakan kemusykilan aku di sini. aku cuma tak paham sangat dengan kepentingan langkah bendul. yang aku peliknya bila si family minta untuk kakak kepada bakal pengantin dengan cincin dan macam-macam. yang menjadi konfiusnya, kakak yang kahwin ke, adiknya yang nak kahwin. pelik kan?

Saturday, May 28, 2011

tutorial segala tutorial

kawan aku selalu tanya aku. "azimah, camne awak boleh letak binatang dalam blog awak?" "macam mana boleh buat disabled right click" "macam mana boleh letak menatang tu la, menatang ni la". aku pun hanya tersengih macam kerang busuk je. kerang pun tak busuk macam ni.

cerita sebenarnya macam ni. aku nak bagitau satu rahsia. aku akan ajar tutorial segala tutorial untuk segala apa yang aku buat untuk mewahkan blog aku yang tak seberapa ni.

mula-mula kita mesti connect dengan internet. lepas tu dengan sepantas kilat, capai keyboard korang dan taip google.com atau sesetengah orang panggil encik google (macam conferm je google ni laki). so, mula la taip kat box tu "tutorial for disabled right click" ke (cewah, speaking pulak aku kan), "tutorial letak icon pada post" ke, dan sebagainya. jadi hasilnya, macam-macam la keputusan yang kita jumpa. haa, senangkan. agak-agak macam nak baling laptop kat saya tak? hehe.. janganlah nak baling, tapi kalau nak baling kat saya laptop apple saya okey je.

sekian, terima kasih ..
 

Template by BloggerCandy.com