Pages

info untuk mu


Tuesday, November 23, 2010

pengkid.. ???

aku ade sorang kawan ni. da lame kitorang x jumpe. boleh dikatakan setahun sekali je jumpe dengan die. kalo jumpe pun mesti senyum dari jauh je. xde kesempatan pun nak borak. tapi kawan aku de kekurangan sikit. sifat die cam laki. die pernah ade 'makwe'. tapi makwe die x tau pun die tu girl. lagipun kalo orang tengok die pun memang x perasan pun die tu girl. suara pun x cam perempuan sangat la. tapi, sebab perangai die macam tu aku pernah bergaduh dengan die tande aku protes perangai die. bile pikir balik, patut ke aku buat die macam tu?? maybe mase tu aku x 'matang' lagi, so aku just tau nak salahkan die je. bile aku jumpe die balik, aku teringin nak bimbing die ~ walaupun x brape nak 'layak'.

ramai orang benci golongan macam ni. orang lain kadang x pernah terpikir kenape dorang jadi macam ni. yang dorang tau terus membenci & mengutuk golongan ni. maksud aku bukan sokong dorang terjebak dlm golongan ni. cuma, kadang2 aku kesian kat dorang. sesetengah yang terlibat dlm golongan ni sebab dorongan dari kecil. macam kawan aku tu. die pernah tunjuk kat aku gambar die mase kecik. dlm gambar tu die pakai pakaian macam laki. aku tanye die, kenape pakai baju ni. die cakap, memang dari kecik emak die belikan baju macam tu. so, sebenarnye sape yang patut dipersalahkan? aku pernah tengok satu program kat tv. wartawan interview pengkid. pengkid tu cakap die ade masalah keluarga. wartawan tu tanye pernah x terpikir nak berubah. pengkid tu cakap nak tapi die 'malu' dengan 'kawan2'. die x nak 'kawan2' die ketawakan die nanti bile die berubah jadi perempuan sebenar. kesimpulannye, bile fikiran da 'matang', aku terpikir kawan2 pun main peranan. sebagai kawan sepatutnye membentuk die jalan yang betul. bukan terus perlekehkan @ mem'benci'. sebagai 'kawan' kite pun ade tanggungjawab membentuk kawan kite

sebabnye:~~

Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).
~lagi 2 golongan: suami yang dayus & orang yang derhaka kepada ibubapa

Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.Maka jelaslah,bentuk penyerupaan lelaki yang diamalkan oleh sebahagian golongan pengkid adalah haram dan dilaknat oleh Allah dan RAsulullah s.a.w

1 comment:

ety_iman said...

koi setuju ni zimah =) try n moga brjaya mmbimbing kwn aok ye..

 

Template by BloggerCandy.com