Pages

info untuk mu


Friday, October 1, 2010

kem


~~SALAM~~


memperkenalkan hutan rimba komanwel dan baju kesatria

lame da aku tak ngarut kat blog ni.. so di sini aku nak cite pasal pergi camping tempoh hari. pada 25.09.2010 aku telah mengikuti kem KESATRIA di hutan rimba komanwel di rawang, selangor. perghhh... skema plak ayat aku ni. huhuhu.. kem ni berlansung 2 hari 1 malam. sebenarnye tak de la seronok sangat kem ni sebab aku ingat banyak masuk hutan or buat xtiviti lasak. tapi tak de plak. hampe la jugak tapi bagi aku bese je. kene marah banyak ade la.. hehhehe.. tapi asyik hujan je kat sane. aku ingat ade la xtiviti lalu kat jambatan gantung, flying fox, knight walk or something like that. ceh, speaking plak. xtiviti banyak LDK je.

so, name kumpulan aku DOLPHIN, kitorang kumpulan 1. xtvti pertame reke logo, moto, visi dan misi. lepas tu macam-macam la xtviti yang berlaku yang berlansung di astaka. malam harinye ade la KOTAK BERACUN. malang betol nasib aku sebab aku terkene racun. watak aku tunjukkan kucing yang berlari ketakutan. huihh, malu kot.. sabo je la. aku buat-buat tak malu je.

lepas tu waktu tido kitorang tido dalam khemah. ramai jugak yang tak tido dalam khemah. al maklumla hujan. khemah banyak bocor, dorang tido dalam surau. tapi bagi aku kalo tak tido dalam khemah memang x cukup syarat kem ni. syok gak la walaupun malam tu ade bunyi yang kurang enak didengar pade waktu mlm.

esok harinye kitorg jalan tengok hutan tapi jalan tar la plak. tapi ok jugak lasebab dapat jugak tengok pokok. so balik tu baru kitorang sarapan. lepastu kitorg mandi air terjun tapi tak de la terjun sangat, macam air sungai je. best jugak la. nak dijadikan cerite aku da hilang ic tapi rupenye member aku, ada, yang sorok. sampai ati ada tapi die da mintak maaf so aku maafkan dan hope die tak gurau macam tu lagi. balik tu makan ais krim dan mase on the way nak ke puncak perdana pakcik bawak bas tu boley sesat plak. di sini je coretan pada hari ini. banyak story senornye tapi x tercoret olehku. hurmmm


 

Template by BloggerCandy.com