Pages

info untuk mu


Wednesday, December 22, 2010

akhirnya....

yeah.....
alhamdulillah ~ maher zain
akhirnye berjaya jugak aku mendapatkan lesen moto dan kereta. seronoknye..!!!
tapi agak beruntung aku hari ini sebab angka giliran aku sepatutnye 16 tapi disebabkan aku terpakse tergesa-gesa nak balik shah alam k.zie ( 'cikgu' yang aku buat lesen ) tolong cepatkan giliran aku. lepas je nombor 6 terus je turn aku. dapat pulak 'uncle' JPJ yang baik hati. sukenye aku.

ade satu story aku nak mory ni. mase aku tengah tunggu turn nak test motor, ade la berlaku insiden yang tak diduga kat seorang calon. bak kata pepatah 'malang tidak berbau'. sampai je part 'break kecemasan' sepatutnya break mengejut. tapi entah macam mane die break boleh plak motor die terbalik. motor tu boleh terbalik atas badan die. dasat betol. takut aku tengok. nasib baik budak tu ok. xde la cedera yang teruk sangat. tapi yang teruk sikit die kene buat 'ulangan' la. hehehe

Friday, December 17, 2010

"my_minutes survey"

yang ni plak aku telah di'tag' oleh eyqa. soalan die english la plak. memang mencabar 'minde'.. terima kasih sebab ingat nak tag kat akak.

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.

person who tagged :eyqa
Starting time : 12:31 am

Name : zyma senpai (facebook.. huhuhu)


full name : azimah binti rosli
Sibiling(s) : 5
Eye colour : black (maybe...)x pernah plak mengkaji mate ni kaler pe.


Shoe size : 7 or 39, 40
Hair : black colour
Height : 159cm
What are you wearing right now : spectacles
Where do you live : temerloh, pahang
Favourite number : 6
Favourite drink : 100 plus
Favourite month : june ( month of my befday)
Favourite breakfast : ermm.. anything

******-Have you ever-******
Broken a bone : nope
Been in a police car : of kos no
Fallen for a friend : no
Fallen for a guy/girl in a short period of time : yup.. bile da tau perangai die terus x suke
Swam in the ocean : no
Fallen asleep in school : ermm.. no komen.. hahaha
Broken someone's heart : yes.. when i 16 years old
Cried when someone died : yes.. ayah saye
Sat by the phone all night waiting for someone to call : no
Saved e-mails : yup.. the important emel
Been cheated on : ermmm... ntah

******-What-******
Your room look like : kindergarten.. hahaha.. x la.. cam stor kot
What is right beside you : family
What is the last thing you ate : tom yam

******-Ever Had-******
Chicken pox : when i standard 6
Sore throat : form 5
Stitches : nope
Broken nose : x pernah

******-Do You-******
Believe in love at first sight : yup.. ermmm.. maybe..
Like picnics? : yeahh.. i like picnic

******-Who-******
Who did you last yell at? : my lil bro..ayie.. ask him to wake up
Who was the last person you danced with? : no one la
Who last made you smile? : ety.. just now she called

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : song.. heartbreaker ( g.dragon big bang ft. flo-rida)
What did you do today? : tidy up
Are you the oldest? : in my sibling?? no la.. my brother, azam who the oldest
Indoors or outdoors? : haruslah outdoor

******-Today did you-******
Talk to someone you like? : no
Kiss anyone? : no
Sing? : everyday i do
Talk to an ex? : no
Miss someone ? :yup
Eat? : of kos everyday

******-Last person who-******
You talked to on the phone? : ety.. just now
Made you cry? : 'langau'.. last month.. annoying
Went to the movies with? : xpernah tgk wayang
You went to the mall with? : makcik tess
Who cheered you up? : sh. rasyidah

******-Have you-******
Been to Mexico? :no
Been to USA? : no
why this question extraordinary.. haiyo.. can you ask the ordinary question

******-Random-******
Have a crush on someone? :crush? of kos yes.. when i form 1 & form 4
What books are you reading right now? : ermm.. right now..?? no... but last book .. ermm.. alamk x ske membace la. hehehe
Best feeling in the world? : fall in love.. maybe..
Future kids name? : x terpikir lagi
Do you sleep with a stuffed animal? : no
What's under your bed? :kasut-kasut saye
Favourite sport(s) : formula one.. sport ke tu??
Favourite place : my bedroom
Who do you really hate? : 'langau'
Do you have a job? : no.. i'm student uitm puncak perdana
What time is it now? : 1:16am.. i take a long time to answer this survey.. hahaha

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people

ety
mah sulaiman
nuratika musa
ada

kena 'tag' oleh ety

soalan2 ni aku telah di'tag' oleh besfren aku, cik ety. koi jawak soklen aok ni ek ety (cewah, loghat temerloh plak aku)

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
henfon kot.. penting ni

Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
aku nak tema hitam tapi member2 cakap aku ntah pape ntah. so, skang aku nak kaler putih la. nampak suci gitu.. TAPI X TERPIKIR PUN LAGI NAK LANSUNGKAN PERKAHWINAN KAT MANE

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
NOPE!!

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
aku akan setia kat 'die' & of kos la jawapan aku lameeeee gilerrr aku akn mencintai 'die'

Dimana korang selalu berjumpa kekasih korang?
ntah.. x pernah bercinte pun

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
UJANG
lepas tu aku lepak sorang2 kat bus stand & aku tergelak sorang2 kat situ

Apakah nama penuh korang?
AZIMAH BINTI ROSLI

Antara mak dan ayah korang,yang mana korang lebih mesra?
same je kot. tapi aku manje dengan ayah

Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang.
NUR NAZURAH BINTI AZMI
SH. RASYIDAH BINTI SYED ABDUL HALIM
dorang ni memang lame gile x jumpe & sangat susah nak berjumpe

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
kat kolej memang sendiri

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
kat mane erk..
kat mont kiara kot.. nursery CUTEY RAINBOW

Pilih salah satu,peluk atau cium?
ni nak buat kat sape??
kalo kat mak peluk & cium saye nak


Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
ety orangnye
1.kelakar
2.sangat kelakar
3.suke buat kelakar

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
1.mobile phone
2.purse
3.kad ATM
4.netbook (namanye nobby-nobby)
5.tafsir al-quran (nur nazurah bagi)


Lagu yang paling korang suka dan selalu dengar
melayu : hanyut ~ faizal tahir
seberang : di saat aku mencintaimu ~ dadali
korea : love light ~ cnblue
jepun : tell me goodbye ~ big bang ( lagu ni bahase jepun tapi artis korea yg nyanyi)
maher zain : hold my hand ( lagu die ni banyak best la. susah nak pilih mane 1 paling best)
barat : ghost of you ~ my chemical romance
hahaha.. semangat plak saye buat kategori

Bila tarikh lahir korang dan dekat mana korang sambut tahun lepas?
10 JUN 1990
x sambut pun.. asal befday je mesti cuti. so, just terime ucapan dari kawan2 je

7 org blogger yang korang nak tag.
eyqa
nuratika musa
mah sulaiman
ada

gotong-royong bersama FAMILY

cuti aku kali ni aku gotong-royong dengan adik-beradik bersihkan rumah. aktiviti yang kitorang buat basuh langsir, lap tingkap, lap kipas, mop lantai dan banyak lagi la. agak penat la sikit. maklum la bukan selalu buat kerja macam ni. walaupun penat, aku puas hati jugak sebab rumah dah jadi bersih. malam ni aku nak buat dadih untuk dorang. ermm.. aku ingat nak buat dadih coklat lah.


muhammad nurazam bin rosli a.k.a abang
ni abang sulung aku


muhammad azhari bin rosli a.k.a ayie
die ni yang ke-3 dalam adik beradik. aku yg ke-2


tersenyum macam kerang busuk ni namenye amaluddin bin rosli
kitorang panggil ama


ni adik aku yang last
nama diberi sejak dilahirkan azirah binti rosli
kitorang panggil adeq

p/s: maaf la gambar adik-adik aku ni 'seksi' sikit. huhuhu

Monday, December 6, 2010

awal muharram


salam maal hijrah untuk semua manusia yang beragama islam. moga di tahun yang baru dalam islam ni membawa azam yang lebih baik dari sebelum ni. awal muharram ni merupakan hari yang penting dalam sejarah islam kerana ia merupakan hari memperingati penghijrahan nabi muhammad dari mekah ke madinah pada 622 masihi.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sunday, December 5, 2010

...keSIBUK an seminggu...

alhamdulillah.. pada 24 nov 2010 aku da lulus utk ujian kelayakan untuk ujian jpj utk lesen motor & kereta. so, ikut perancangan 30 nov 2010 aku kene buat ujian jpj plak. tapi terpakse tangguhkan sebab aku nak pegi KL, kerje kejap kat sane. tapi ujian jpj bertarikh 7 dis 2010 tapi terpakse tangguh lagi sebab cuti awal muharram. so, aku putuskan buat ujian jpj pada 28 dis 2010. lamenye mase senggang. waaa... terpakse ambik mase yang lame untuk amik ujian tu sebab tarikh sebelum 28hb ade kem yg terpakse aku join. aku harap pada 28hb memang xde ape2 halangan.

cerita pasal aku pergi KL tu. lepas aku buat ujian kelayakan tu aku balik awal. jadi, aku pun nak berangkat ke KL pukul 5pm. nak dijadikan cerite, tengah bersiap member aku, neno & ety datang rumah. kitorang borak2 la. maklumla, da lame x jumpe. sedar x sedar dekat pukul7 kitorang baru abes berborak. so, aku pun bercadang bertolak lepas tu. so, emak aku pun suruh aku berangkat lepas maghrib. pukul 8pm aku pun naik la bas menuju ke KL.

kat KL aku keje kat nursery jage budak di mont' kiara. nama nursery ni cutey rainbow. sebelum ni pun aku kat kerje kat nursery ni gak tapi kat tempat lain. nursery ni dulu kat prima pelangi, segambut ( kalau x silap aku la). tempat kerje baru tu banyak gak yang 'baru'. budak2 baru, kerje pun de kerje baru.aku kerje kat sini lebih kurang seminggu je sebab 9hb terpakse berangkat ke shah alam pulak.


dari kiri: yukei, k.azima, hisayoshi, kanato, sakura, nanae, yuzuka, rina, seina, nao (x nampak plak muke comel die) & sara
ni mase kat nursery kat prima pelangi. yang dalam gambar ni namanya kak azima. same name dengan aku kan. kebetulan betul. kak azima baik sangat, lembut je orangnya. aku anggap die cam kakak aku je, maklumla, aku xde seorang pun kakak.

makcik tess banyak tolong aku kat nursery & terime kasih sebab bagi saye kerje kat situ.
makcik tess yang kat tengah tu. gambar ni aku penah letak kat entri sebelum2 ni.


..budak ni namenye rifki. kuat merajuk orangnya..


dari kiri: azizul a.k.a bumbu, eri, chinatsu, rito, akari, takeru, sakura, ai, sara, rio & yuna
~~dorang ni semangat giler orang ajak bergambar~~


..si comel ni namanya chiharu..
tapi aku selalu terpanggil 'chisato' sebab terpengaruh dengan satu cerita jepun yang aku pernah tengok


si selendang hitam namanya ana fadila zulaikha a.k.a shila. kelakar orangnya. budak pink tu namanya akari. budak keciknya tu aqil. geram tol tengok chubby die tu...


aku bersama mako (kiri) & shantel~xtau la macam mane nak eje nama budak ni
...mako ni adik kepade rito & shantel plak adik kepade bumbu. shantel ni emaknya orang sarawak & ayahnya afrika~waka waka eh eh(shila la yang cakap) huhuhu...

memang seronok sangat main dengan dorang sebab dorang ni comel sangatttt.. kecomelan dorang ni buatkan aku suka sangat budak2 walaupun agak nakal..


hafiz nasa

entri aku kali ni aku nak promot blog kawan aku. ari tu die promot blog aku kat blog die, so sekarang time aku plak promot die punye blog. time kasih ek. huhuhu

name penuhnye muhammad hafiz b. nasaruddin. (betol ke ejaan name die ni?? kalo salah maaf yek! hehehe)
kali terakhir aku jumpe die mase kitorang umur 15 tahun iaitu pade tahun 2005. badannye agak kecil mase tu & kurus. dengar ceritanya dia mase tu pindah ke kedah & bersekolah di sana.

http://hafiznavy.blogspot.com ~ ni lah link blog die. kalo berminat jadi la follower beliau.

Tuesday, November 23, 2010

pengkid.. ???

aku ade sorang kawan ni. da lame kitorang x jumpe. boleh dikatakan setahun sekali je jumpe dengan die. kalo jumpe pun mesti senyum dari jauh je. xde kesempatan pun nak borak. tapi kawan aku de kekurangan sikit. sifat die cam laki. die pernah ade 'makwe'. tapi makwe die x tau pun die tu girl. lagipun kalo orang tengok die pun memang x perasan pun die tu girl. suara pun x cam perempuan sangat la. tapi, sebab perangai die macam tu aku pernah bergaduh dengan die tande aku protes perangai die. bile pikir balik, patut ke aku buat die macam tu?? maybe mase tu aku x 'matang' lagi, so aku just tau nak salahkan die je. bile aku jumpe die balik, aku teringin nak bimbing die ~ walaupun x brape nak 'layak'.

ramai orang benci golongan macam ni. orang lain kadang x pernah terpikir kenape dorang jadi macam ni. yang dorang tau terus membenci & mengutuk golongan ni. maksud aku bukan sokong dorang terjebak dlm golongan ni. cuma, kadang2 aku kesian kat dorang. sesetengah yang terlibat dlm golongan ni sebab dorongan dari kecil. macam kawan aku tu. die pernah tunjuk kat aku gambar die mase kecik. dlm gambar tu die pakai pakaian macam laki. aku tanye die, kenape pakai baju ni. die cakap, memang dari kecik emak die belikan baju macam tu. so, sebenarnye sape yang patut dipersalahkan? aku pernah tengok satu program kat tv. wartawan interview pengkid. pengkid tu cakap die ade masalah keluarga. wartawan tu tanye pernah x terpikir nak berubah. pengkid tu cakap nak tapi die 'malu' dengan 'kawan2'. die x nak 'kawan2' die ketawakan die nanti bile die berubah jadi perempuan sebenar. kesimpulannye, bile fikiran da 'matang', aku terpikir kawan2 pun main peranan. sebagai kawan sepatutnye membentuk die jalan yang betul. bukan terus perlekehkan @ mem'benci'. sebagai 'kawan' kite pun ade tanggungjawab membentuk kawan kite

sebabnye:~~

Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).
~lagi 2 golongan: suami yang dayus & orang yang derhaka kepada ibubapa

Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.Maka jelaslah,bentuk penyerupaan lelaki yang diamalkan oleh sebahagian golongan pengkid adalah haram dan dilaknat oleh Allah dan RAsulullah s.a.w

Monday, November 22, 2010

rEuniOn amAnAh

reunion kali ni diatur oleh fathin norshafiqah. ni budak-budak kelas aku mase aku form1(2003) sampai form3(2005)
ramai jugak yang x datang. mida, masniah, dhiah, natrah, sapura, una ahmad nizar, roshahida, karimah, lieya, ejah, huda, azura, hairiz, zul, muiz, latif, syukran, hafiz, amirul, .. & maaf.. yg lain x dpt dinyatakan di sini sebab x brape ingat.
reunion ni diadakan di KFC Temerloh pada 14 september 2010.
ni muka-muka yg join reunion
...yg laki sorang 2 namenye firdaus. lagi sorang laki yg datang namenye azam...
...berdiri dari kiri: 'datin' razarina, fathin norshafiqah, cik syi, fatimah, saye, fatehah a.k.a neno...
...duduk: usna bulat, nabilah fathiah, hidayah, zurah {x brape nak duduk & x brape nk berdiri}...
~yg tengah ambik gambar ni maisarah zuhaili mat ali~

maisarah tu yg berdiri 3 dari kanan. yg konon2 pegang tepon tu.
'uncle KFC' pun nak bergambar ngan kitorang jugak.. hehehe
ni la KFC Temerloh yang part depan.

so, aku harap reunion mcm ni akan ade lagi. lagi 1 harap semua dpt datang. baru syok maa!!

Saturday, November 20, 2010

mood cuti

mule-mule sekali, aku nak ucapkan salam takziah untuk keluarga pak sedare emak aku yang meninggal dunia. tadi aku ngan family pergi melawat keluarga die. die meniggal sebab berlanggar dengan lembu. aku tengok jugak keadaan motor arwah naik tu, agak dasyat la. lampu depan pecah. AL-FATIHAH utk arwah.

tapi memang fenomena orang sekarang yang pelihare lembu, kerbau @kambing mesti lepaskan binatang dorang tu. dorang x tau ke binatang dorang tu da merayau sampai ke tengah jalan. aku ingat lagi mase aku balik rumah dalam pukul 2am, lembu-lembu boleh ber'picnic' kat tengah jalan. lepas tu abang aku langgar buntut lembu tu. agak jahat la tindakan die tu, tapi yg tu just nak bagi pengajaran kat lembu tu. (kalo lembu tu paham la)

petang tadi aku terserempak dengan junior aku dari smk temerloh. die pun tegor la aku. so borak-borak la jap. pastu die tanye soalan yg memg femes pada masa kini. bagi aku, cam soalan wajib la bile kite da lame x jumpe. soklan die:

"ade facebook x?"

maklumla, facebook skang da dijadikan medium utk berkomunikasi. mudah, free & senang. (da la mudah, senang plak tu. ape la ayat aku. hahaha..)tapi, budak-budak zaman sekarang memg da maju. sepupu aku tingkatan 1 pun da de facebook. pernah jugak aku tgk budak sekolah rendah dah ade facebook. aku ade akaun facebook pun mase aku umur 20 tahun. baru lagi tu. tu pun bile kawan-kawan pakse aku buat. blog ni pun lecturer yang suruh buat. bak kate org 'x kenal maka x cinta'. makin lame aku seronok dgn blog ni.

banyaknye aktiviti aku nak wat sepanjang cuti. cuti yang sampai 9hb disember aku harap dapat buat semue aktiviti aku. seronoknye. bak kate tiya 'sronkinye' (tiya nak taip 'seronoknye' tapi tertaip 'sronkinye' & die post perkataan tu kat facebook. pastu x padam plak tu bile die silap. so, perkataan tu agak selalu digunakan oleh kitorg utk menggambarkan keseronokan).
aktiviti aku sepanjang cuti ni:

  • tengok movie. banyk movie tengah tunggu aku
  • baca komik. banyaknye komik kat umah. memandangkan aku ni x brape suke membace, so, agak lame jugak la aku nak habiskan bace sebuah komik. walaupun aku x suke membace tapi aku suka bace komik, surat khabar & majalah. novel aku x layan
  • main game. mende ni terpakse aku bersabar sepanjang aku kat u coz nak tumpu kat study.. (kononnye la..). aku ni kalo da ngadap game mule lupe diri. da la game banyak. hahaha.
  • buat lesen. sempat x??
  • blaja buat kek. diajar oleh cik sharifah rasyidah a.k.a she. tQ .. huhuhu
  • kemas bilik aku. bile da lame tinggalkan da cam ape ntah.
  • bersihkan rumah
  • jalan2 kat temerloh. maybe dengan kawan-kawan, family .. seorang diri. hurmm.. agak-agak brape kali nak pergi temerloh.
  • mengikut perancangan, kawan-kawan aku nak buat reunion utk 5sains mase aku kat smk kuala krau. x sabar rasenye nak join
  • aku ingat nak pergi KL. nak melawat kanak-kanak riang kat tempat aku kerja dulu.
aku harap dapat buat semue ni..

Tuesday, November 16, 2010

sebelum cuti sem

final paper for 1st sem {14 nov. 2010}
click here ~ gmbar aku dlm dewan peperiksaan.. huhu..

malam sebelumnye dinner disediakan oleh cik nuratika musa. terbaik dari rumah kakak beliau. makan nasi dgn kari ikan. best!! trime kasih tika. so, dinner 2 merupakan last dinner aku dengan housemate. mesti nanti rindu kat dorang. eyqa & awni je yg xde. eyqa da balik & awni plak da makan. nak tengok gamba?? klik sini & klik ni lagi

tiba masenye utk pulang ke rumah. lepas isyak abang aku baru jemput. sampai rumah lebih kurang pukul 3am (kot....). not sure.... urmmm
lebih kurang 2 kemalangan berlaku sepanjang perjalanan pulang 2. jalan kat situ pun agak gelap n berkabus. 2 yg accident kot. pastu aku aku tengok malam2 pun ada jugak yg bawak laju. lansung x ambil iktibar accident baru2 ni kat genting & accident ngeri pada 10.10.2010. x paham aku. ishh.. org zaman sekarang. pikir pasal diri sendiri je. x pernah nak pikir pasal org lain.

Wednesday, November 10, 2010

hari ini

kenape la aku rasa hari lambat sangat berlalu. bile aku nak menjejakkan kaki ke FELDA JENDERAK UTARA ni. exam tinggal lagi satu paper.

tadi ade exam imc402. soalannye susah la jugak bagi orang yang study x brape nak hard ni. tapi kalo orang study betol2 sebenarnye senang je. x tau la macam mane pointer aku sem ni. takutnye...

masa aku & kawan2 nak pergi dewan perikse tadi ade situasi yang agak klakar.mase kitorang turun bawah lengang sangat kat kolej. mule2 macam cuak jugak pastu kitorang wat relax je. tertanye jugak kitorang, "mane semua orang ni?". bile sampai je fakulti, keadaan masih lagi lengang. terasa makin cuak sebenarnye. hati aku makin berdebar. terpikir jugak aku, "betul ke hari ni exam?". tetibe rase cuak semacam je. bukan sebab nak exam tapi xde orang. bile makin dekat dengan dewan periksa rupe-rupenye semua orang da nak masuk dewan. lega hati. tu la pasal, turun lambat. tapi sebenarnye xde la klakar, cume yang aku x tahan, cuak xde orang kat sekeliling lagi dasyat dari cuak nak jawab exam.

balik je exam yana ajak pergi shopping. malas jugak rase nak teman tapi teman je la walaupun mase tu ngantuk gile.

2 orang housemate da balik rumah. eyqa & tika. next sem da x dapat sebilik ngan dorang. terpisahnya kita kerana mengejar impian (wah, cam lagu je. tapi memang lagu pun, lagu anuar zain. huhuhu....) bes sangat dapat sebilik ngan korang. wani, tiya, mah, awni... walaupun macam2 perangai tapi kite serasi. pendek kate, memang bes la. best sangat dapat serumah ngan korang, sampaikan sekarang berat aku da makin bertambah. punye la senang hati. badan aku pun da makin berisi sekarang. memang terbaik la korang.

Friday, November 5, 2010

jLn2 kL

SALAM


hari ini aku n kwn2 kuar ke KL. tujuannye utk beli laptop tiya. trime kasih pade kwn wanny, yan yg anta kitorg sampai ke syeksen 2. pas2 kitorg naek bas n naek monorel. ermm.. nak kate bes nek monorel 2 x taw la. bagi aku bese je coz aku memg x ske tempat yg crowded.

lokasi pertame kitorg pergi LOW YATT. so tiya n tika beroperasi mencari laptop. aku n yg len merantau r mencari barang. timbul kemusykilan plak bile tgk promoter laptop adlah foreigner. cam org bangla je, x clap aku la. plik gak aku. cm ne dorg boley dpt keje 2? bkn ke slalu cine ke? adakah dorg akn dpt tarik pembeli? mcm2 persoalan timbul kt kepale aku yg x terjawab. sepanjang kitorg jalan 2, memg tabiat penjual kot akn panggil org dgn panggilan 'kak' utk trik perhatian kte dtg kat kedai die. bagi aku panggilan 2 memg bley spoil mood aku utk singgah ke tempat dorg.

pas2 tempat seterusnye SUNGEI WANG. byk baju murah2. rambang jap mte. hahaha... pas2 mkn kfc kat situ. lagu2 korea, b.i rancak berkumandang. lagu melayu aku dgr mse kt kfc je. tmpt2 lain memg x dgr pun. ermmm.. no comment.!! so, mse kitorg kuar dri sungei wang 2 de la promoter c****m yg promot sim. lokasi: tepi jalan. dorg ni main serbu je org lalu kat dorg. cm pakse2 lak suh beli. menurut wanny, de kisah cm ni berlaku kat member die. kwn die penah amik simkad cm 2 kat tepi jln cm 2 la. simkad 2 die jarang pakai. mule2 die bayar cm bese bil 2. tapi mkn lme die plik coz bil mkn lme melambung tinggi. so, die stop bayar. memg bahaye la kalo beli simkad kat tepi jalan cm 2.

pas kuar dari sungei wang 2, kat pintu gerbang 2 tulis 'SUNGEI WAN'. kwn2 aku tnye aku. "ko gi mane tadi". aku pun dgn selambe jwb "gi low yat n sungei wan". dorg pun tergelakkan aku coz aku sebut 'sungei wan'. tpi memg la, da kat pintu gerbang tulis cm 2. aku tgk ramai pelancong asing dtg malaysia. aku x tau la dorg perasan ke x ejaan kat pintu gerbang 2 betul ke salah.

pas2 habis membeli belah kitorg trus blik. aku, wanny n nisa sakir blik kolej. mah blik umah mak sedare die kat KL. tika gi umah akak die. tiya plak blik PAHANG. waaaa... aku nak gak blik pahang. tapi ats sebab yg x dpt dielakkan terpakse la aku berubah fikiran blik ke kolej. hurmmm..

sepanjang dlm bas ke PKNS aku x tido. aku suke tgk ragam org kat sekeliling aku sepanjang dlm bas. wanny n nisa sakir tido. penat sgt la kononnye. hehehe.... smpai kat satu tempat 2 de la tbe2 kat satu lokasi 2 org ramai bergegas gi kat situ. adakah ia accident? aku sebenarnye x tw coz aku x nmpk. pas2 org rmai cam kelam kabut je. pas2 aku pun termangu2 dlm bas rase ingin tw pe yg terjadi tpi x dpt plak nk tgk coz mende yg jdi 2 kat tgkap bkn sebelah aku. kesimpulannye, aku x tw pe yg tlh terjdi di situ.

aku pun terus memrhati. aku tertrik ngn sebuah kerete ni yg pemandu die sedang TERSENGGUK2. dasyat gile die tersengguk2. da la die sorg je dlm kerete 2. kalah aku tersengguk dlm kelas. opsss!! hahaha.. x lme pas2 tetibe "POMM!!!!". dlm hati aku trdetik 'keter org tdi 2 accident ke?'. rupenye x pun. sedikit pertanyaan x dpt dijwb di sni. bunyi tdi x dpt dikenal pasti dri mne dtgnye. tpi ramai org pandang kat lori yg kt tepi jln 2. lagi 1 kesimpulan, aku x tw pe yg tlh terjdi di situ.

kitorg turun kat pkns coz nisa nak cari barang. aku pun jln r sorg2 kat pkns coz wanny gi toilet n nisa gi cri ubt pe ntah. sebutnnye cm dlm bhse jepun, aku pn x reti sebut. mse jln2 2 sebenarnye aku da lme teringin nk beli cincin.tpi x kesampaian coz saiz cincin selalu x kene ngn jari aku.

kitorg naik la bas nak ke puncak perdane. tpi memg serius aku x perasan lansung de abg shafik dlm bas. die trun kat giant bru aku perasan. tpi aku memg de 1 habit truk ckit. kalo aku jln2 aku kadang2 x pasan pun org sekeliling. aku memg x amik port kt org pun mse aku tgh berjln. bkn sombong, tpi aku memg.. ish ntah la. sush nak perasan org kot. aku suke tgk ragam org kalo aku tgh duduk or berdiri tetap je. tpi kalo org 2 menarik perhatian semestinye aku akn perhati.


dari tepi:, wanny ayub, nisa sakir, mah sulaiman, cik tieya hanami, saye la 2.
(tika, mohon ampun ek plagiat gmba.. hehehehe)
gmba berlatarbelakangkn monorel

tika pun de crite sal ni kat blog die. check it out her blog blog tika

Friday, October 1, 2010

kem


~~SALAM~~


memperkenalkan hutan rimba komanwel dan baju kesatria

lame da aku tak ngarut kat blog ni.. so di sini aku nak cite pasal pergi camping tempoh hari. pada 25.09.2010 aku telah mengikuti kem KESATRIA di hutan rimba komanwel di rawang, selangor. perghhh... skema plak ayat aku ni. huhuhu.. kem ni berlansung 2 hari 1 malam. sebenarnye tak de la seronok sangat kem ni sebab aku ingat banyak masuk hutan or buat xtiviti lasak. tapi tak de plak. hampe la jugak tapi bagi aku bese je. kene marah banyak ade la.. hehhehe.. tapi asyik hujan je kat sane. aku ingat ade la xtiviti lalu kat jambatan gantung, flying fox, knight walk or something like that. ceh, speaking plak. xtiviti banyak LDK je.

so, name kumpulan aku DOLPHIN, kitorang kumpulan 1. xtvti pertame reke logo, moto, visi dan misi. lepas tu macam-macam la xtviti yang berlaku yang berlansung di astaka. malam harinye ade la KOTAK BERACUN. malang betol nasib aku sebab aku terkene racun. watak aku tunjukkan kucing yang berlari ketakutan. huihh, malu kot.. sabo je la. aku buat-buat tak malu je.

lepas tu waktu tido kitorang tido dalam khemah. ramai jugak yang tak tido dalam khemah. al maklumla hujan. khemah banyak bocor, dorang tido dalam surau. tapi bagi aku kalo tak tido dalam khemah memang x cukup syarat kem ni. syok gak la walaupun malam tu ade bunyi yang kurang enak didengar pade waktu mlm.

esok harinye kitorg jalan tengok hutan tapi jalan tar la plak. tapi ok jugak lasebab dapat jugak tengok pokok. so balik tu baru kitorang sarapan. lepastu kitorg mandi air terjun tapi tak de la terjun sangat, macam air sungai je. best jugak la. nak dijadikan cerite aku da hilang ic tapi rupenye member aku, ada, yang sorok. sampai ati ada tapi die da mintak maaf so aku maafkan dan hope die tak gurau macam tu lagi. balik tu makan ais krim dan mase on the way nak ke puncak perdana pakcik bawak bas tu boley sesat plak. di sini je coretan pada hari ini. banyak story senornye tapi x tercoret olehku. hurmmm


Tuesday, September 7, 2010

shopping last minute..

assalamualaikum..

shopping las mnt memg memeningkan kepale. huhuhu.. jalan sesk gile. banyak kerete, banyak org, banyak ragam n banyak r lagi.. bese r 2, typical malaysian: suke shopping las minute. aku termasuk ke?? hahaha.. ape cer nie. bukan kehendak aku nak sopping las minute nie, huhuhu.. aku balik umah ari sabtu ari 2, so terpkse la shopping lambat. hurmm.. beli baju kurung, selendang, keronsang, kueh raye, ermm pe lagi ek. lupe lak. tapi de story menyeedihkan : aku beli selendang x match ngn baju kurung. hurmm. sabo je la. aku gi shopping kat bndar TEMERLOH, banda ikan patin.. ikan patin masak tempoyak, perghh, sedap gile! eh, apsal lak ttibe je cite sal makanan ni.. hadoii.. ok, proceed to the next story. so, kat sini aku nak story-mory sal mcm2 ragam manusia. antarenye:
  • ade la pemandu kerete yg bawak perlahan cam GARY (binatang peliharaan SPONGEBOB) xnak mention menatang 2. huhuhu.. da la bawk pelan, plak 2 x reti lak nak gune lorong sebelah kiri. die da pandai bawak kete x kan x bljar sal peraturan mase kat institut memandu dulu. x pahm aku. org da sediakan dua lorong 2, manfaatkan la. yg pelan lorong kiri, yg nak memotong sebelah kanan. org cam ni la boleh menyebabkan jalan raye makin sesak sebenarnye.
  • pastu memg jenis manusia yg da lame hidup kot yg melintas x pandang kiri kanan. dlm tv pun da tunjuk cam mane nak lintas jalan. 'pandang kiri, kanan, kiri'. lebih kurang cam ni la iklannye kot. yg aku tgk org2 tue je jenis lintas x pandang kiri kanan. budak2 kecik punye la cam takut gile nk melintas even mak die pegang tangan die.
  • boleh plak ade pakcik ni bawak moto menentang arus jalan. pakcik, nape la berani sgt. x phm toi saye ngn pakcik. cewah, cam pakcik 2 bace je blog ni. tau la 2 kampung die, tapi agak2 la coz banyak kerete lalu lalang kat situ. kampung pakcik 2 kot coz die x pakai helmet, pastu pakai seliper. ni lagi satu, x pakai helmet n x pakai seliper. bahaye la jalan sesak cam 2 pakai seliper je.
  • tengah jalan2 abg aku nak cari parkir kerete ternampak la sebuah lori kat belakang pasaraye. lori 2 parkir kat situ. dalam lori 2 aku ternampak kelibat sorg makcik n sorg budak kecik umur lebih kurang 3 taun. makcik 2 duduk kat tempat sebelah pemandu 2. budak kecik 2 kat mane?? cube teke. kat tempat pemandu tgh main stereng. wah, baik punye! makcik 2 boleh wat x ambik port je pe anak die wat. da la pemndunye ntah lepas ke mane. sekali lori 2 berjalan sendiri, bayangkan budak kecik 2 yg bawak, seme bende die rempuh. ish3x..
  • aku mencari kuih di bazar. bazar ke?? boleh r dlm kategori bazar gak. pastu mase jalan 2, ternampak la gelagat mamat2 duk 'suet' (ala, bunyi cam tikus 2) kat awek2. pose ke x dorg nie, da r wat kat awek seksi. x phm aku. panggil manusia cam panggil tikus je. panggil la 'awak' ke, cam romantik je. x pun 'wanita' ke, 'gadis' ke. kalo 'pompuan' cam x sopan je bunyinye. hahaha...
  • x paham la ngan sesetengah driver yg sanggup parkir kerete kat belakang kerete org lain. maksud aku kat sini dorg block kerete org lain. punye la x nak jalan jauh. padahal ade sgt tempat parkir, tapi jauh je. ala, berkorban la sikit. jangan nak susahkan org lain. bile da block kerete org 2, mule la org yg diblock 2 sush nak keluar. nyusahkan org tol la. tadi ramai toi org parkir kat tengah jalan. jalan makin sesak pun sebab sesetgh driver parkir kerete kat tgh jalan. aku tgk JPJ dari jauh duk senyum2 nak jalankan tugas saman-menyaman. huhuhu...
  • paling aku x puas hati, mase kat bazar ramadhan 2 boleh plak sorg pakcik memg da ternyate muke da tue panggil aku 'KAK'. kuang hasam toi la. kalo de org cam 2 memg jangan harap aku nak beli kat gerai die. huh, sorry to say! panggil la cik ke, adik ke. ni kak, cam aku ni tue sgt je.
alamak.. da ngantuk. igt nak cite lagi. tapi da ngantok so setakat ni je la yg dpt aku coretkan.
NITEZZZ WORLD..

Wednesday, September 1, 2010

malunye aku..

hari ni ade test BEL.. tak sangke hari ni terjadinye perkare memalukan. malunye..... mende ni jadi mase da nak abes jawab test. tengah syok menjawab tetibe je de 1 bunyi. bunyi lagu. lagu showdown-black eyed peas. aku buat tak tau je la sebab tak silap tu bukan ringtone aku. sir pun mencri kat tempat beg banyak-banyak tu. tapi tak sangke bunyi tu datang dari beg aku. segannye aku. rupenye tu bunyi alarm aku. entah macam mane boleh bunyi pukul9.30 am. aku dengan malunye pegi la tutup bunyi alarm 2. kepade budak kelas aku tu bukan bunyi ringtone aku tau. tu bunyi alarm. aku memang da buat silent mode.

Sunday, August 29, 2010

penAt sehAriAn...

hari ni aku dengan kawan-kawan aku pergi jalan-jalan ke pkns dan plaza alam sentral kat shah alam. untuk hari ini aku juz tido brape jam entah. malam tadi aku tak tido sebab nak siapkan assignment. bertungkus lumus aku bersengkang mate nak siapkan assignment ( ni la jadinye kalau suke tangguhkan kerje). semalam pun same jugak. aku tido pukul 4am pastu bangun sahur dan lepas subuh tido kejap dan pukul8.30am ade ceramah. lepas ceramah aku pergi uruskan ptptn. seme hal ni settle lebih kurang pukul 3.30pm la. pastu aku pulun tido lagi n TERBANGUN pukul7 lebih. da nak berbuke. huhuhu...sahur pagi tadi aku makan megi je. tak pernah lagi dalam seumur hidup aku sahur makan megi. nak tak nak makan je la. lepas solat subuh aku tido. tapi terjage pulak pukul7 lebih sebab budak-budak bilik aku tengah bersiap nak pergi shopping kat KL. aku tak pergi sebab da janji dengan member aku nak jumpe kawan aku dari uitm induk kat pkns, zurah namenye. pastu aku sambung tido balik sampai pukul 10 and then mandi pastu bersiap nak keluar. aku dengan kawan-kawanku yana, mida dan yan gerak dari kolej ni pukul 11am.


nak dijadikan citer, mase kitorang tengah jalan cari barang tu, ade la satu tempat ramai gile orang kerumun. kitorang ni pelik la nape ramai sangat orang kat situ. aku dari jauh juz jeling-jeling je kat situ. tapi memang tak de pape pun kat situ. aku ingatkan ade org jual minyak sapu ke, minyak angin bagi sendawe kuat ke...

lepas tu, dengan tibe-tibe je (suspen ni), muncul la seorang ultraman. wah, terlebey suda! ultraman datang malaysia tu. hahaha.. kononnye dari jepun la ni.. pastu aku dengan yan dengan pantas bergerak ke ultraman tu dan ambik gambar beliau. aku tak ambik gambar ngan die sebab takot kene fire. tapi aku dengan yan agak hebat la mase tu sebab entah macam mane kitorg boley menyusup kat tengah orang ramai tu sampai boleh pergi depan sekali. yang kelakarnye dengan tibe-tibe je aku terase macam ade orang tarik tudung aku. rupenye aku hadang pandangan budak kecik lebih kurang umur 2 taun. budak tu bapak die yang dukung. rase macam malu pulak sebab aku yang semangat dari budak kecik tu. huhuhu....

tujuan sebenar aku jumpe zurah juz ambik tiket je. tiket nak balik pahang. tapi bak kate pepatah, sambil menyelam minum air. tapi bukan minum air sebab puase huhuhu.. kitorang shopping. ingat nak window shopping je tapi tershopping pulak. pastu kitorg balik pukul 5.30pm lebih la. tapi ade kerje plak kene bua tadi sampai pukul 12.30am. sabo je la.. name pun penat seharian. so, that's all for today.

nitezzzzz.....

Thursday, August 19, 2010

my first job!! jAnuAry 2010

lepas je STPM aku dioffer oleh kawan aku, tyrah, kerje kat sebuah nursery di segambut, kuala lumpur. nursery ni mak sedare die punye. name nursery tu CUTEY RAINBOW.kerje aku sebagai cikgu. kat sane aku dipanggil teacher. rase macam seronok je jadi cikgu ni... huhuhu.. kadang-kadang aku dipanggil sensei. sensei ni maksudnye cikgu dalam bahase jepun. setiap hari kerje aku menyanyi. walaupun suare aku tak best mane pun aku seronok betol dapat nyanyi tapi lagu kanak-kanak je la. bile da tak kerje sane rase rindu sangat kat budak-budak kat sane.waaaa... rindunye...


pEacE!!!


*cutEy rAinbOw*
....I LOVE YOU....

azimah sensei a.k.a teacher

Saturday, July 31, 2010

kAwAd!!

SALAM

macam best je buat blog ni. huhu.. pukul 8am hari ni ade latihan kawad kaki untuk aktiviti koko. aku masuk KESATRIA. hari ni dengan semangatnye aku buat kawad & memang sungguh-sungguh aku buat.tetibe rase cam best je kawad ni.lepas berkumpul ambik kedatangan kitorang kene pergi tempat berlatih kawad. kitorang kene lari pergi kat situ sebab komander ckp kene sampai dekat situ sebelum cikgu sampai.ade la sorang ni hepi sangat hidup die boleh nyanyi lagu mase tengah berlari tu. masih ku ingat lagi lagu yang beliau nyanyi berlari berkejaran,seindah bunga di taman.bait-bait lagunye membuatkn aku terkekek ketawa.haha..
tapi aku semangat mesti ade je cerite tak best. bile cikgu bagi arahan "ke kanan lurus!!" ade la makhluk bernyawe yang kurang asam dengan selumber je bagi penumbuk kat bahu aku. pastu aku pandang die aku buat-buat la senyum kambing kat die. nasib baik aku senyum kambing, kalo aku senyum ghimau memang da kene penumbuk kat make beliau. pastu ade gak la makhluk yang tak pandai nak jage jarak,suke hati je pijak kaki aku. geram nak warning kat situ je. haiyo!!

balik latihan tu memg lapo gile. member aku bagi la mkn biskut sekeping setengah dan minum dalam 4 5 teguk air milo. pelik gak aku ari ni aku bleh kareb( bace kareb dari belakang) 2 kali. plak tu lepas 5 mint kareb, aku kareb lgi.. entah ape makan tak tau la,rase macam tak makan pape pun pagi tu, aku juz teguk air je sebelum pergi latihan.dalam-dalam pukul 2 setengah aku pon tido la. bukan main aku tido!! pukul 6 baru bangun,tu pon ade orang yang gerak.ish3.. dasyat betol la..
esok FREE!!! best-best.
get ready for the showdown..
 

Template by BloggerCandy.com